Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:- Perlembagaan Persekutuan
- Rukun Negara
"MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN "
Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
Hormat-menghormati
Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.
Rendah hati (Tawadhuk)
Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
Kesederhanaan
Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.
Berbudi-bahasa
Budi-bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat
Budaya Berprestasi Tinggi
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
Budaya Ketepatan
Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
Budaya Ilmu
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
Integriti
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggidalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agarbangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semuapihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekapdalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakantanggungjawab.
Ketabahan
Ketabahan dalam mengharungi masalah dancabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifattidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memilikikeyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kentaldalam apa jua bidang yang diceburi.
Kesetiaan
Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysiadan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negarayang tercinta.
Kebijaksanaan
Ialah cara berhadapan dengan sebarangmasalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlakuperkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-manapihak yang lain.
Budaya Inovasi
Adalah kesediaan kita sebagai rakyatMalaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasidalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysiaperlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadipemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti beraniberubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian barudalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untukmenjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.