TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI VAISAKHI PERINGKAT NEGERI PERAK 2024

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI VAISAKHI

PERINGKAT NEGERI PERAK 2024

 

 

4 MEI 2024 (SABTU)

 

STADIUM INDERA MULIA, IPOH

PERAK

 

Terima kasih.

 

Saya hadir hari ini bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Vaisakhi bagi semua masyarakat Punjabi dan Sikh.

 
YB Tuan A Sivanesan,

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri;

 

YB Tuan Chang Lih Kang,

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);

 

Tuan Baldip Singh Randhawa Santokh Singh,

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan;

 

Tuan Jugindher Singh,

Naib Pengerusi Jawatankuasa Sambutan; dan


Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Terima kasih kerana bersama-sama menyambut Vaisakhi. Ini kelainan di Malaysia. Hari ini umpamanya satu hari di Ipoh dan Tambun khususnya selain daripada sambutan Hari Bomba Sedunia 2024, saya juga menghadiri sambutan Hari Raya di kalangan masyarakat Islam yang juga turut dihadiri oleh rakan-rakan lain. Pagi tadi ke perkampungan Cina, jumpa dengan masyarakat dan petang ini dengan masyarakat Punjabi dan Sikh juga turut disertai oleh kehadiran masyarakat Melayu, Cina dan India.

 

  1. This is the unique feature. Never take this for granted because we need to preserve this. There are efforts, there are small number minority forces within our society that begin to sow the seed of discord, enmity, intolerance and mind you, this country, the great country Malaysia must preserve its identity. Yes, Malay Bumiputera are the majority, Islam is the religion of federation, Bahasa, Raja-raja but this country must stand to preserve and protect the right of every single Malaysia. And the honor, the faith and respect of all religious faith and denominations, that’s how we are. We can use this to strengthen, we can use this to sow discord and weaken. Majority of us have decided to make Malaysia strong, formidable force economically, culturally and we will continue to do so.

 

  1. Sebab tu saya yakin sekiranya negara kita ini stabil, dasar kita jelas dan kita jamin untuk bela nasib setiap rakyat negara kita, saya percaya dalam beberapa tahun, Malaysia akan terangkat semula sebagai negara gagah dan hebat di rantau ini.

 

  1. Saudara lihat umpamanya di peringkat antarabangsa sudah mula ada pengiktirafan. Dua hari yang lalu Microsoft dengan ketua eksekutifnya sendiri datang mengumumkan pelaburan RM10.5 bilion di Malaysia. Sebelum itu Infineon, syarikat semikonduktor bersetuju untuk melabur 5 bilion Euro di Malaysia. Saya di Riyadh, Arab Saudi beberapa hari yang lalu berjumpa dengan Aramco yang telah bersetuju melabur RM8 bilion di Pengerang bersama PETRONAS dan 2-3 hari yang lalu, menemui syarikat besar gergasi di Arab Saudi, ACWA Power yang bersetuju melabur RM10 bilion di Malaysia.

 

  1. Perkara ini tidak terjadi dengan sendirinya. Mereka yakin dengan sistem dalam negara kita. Demokratik, aman, dan stabil. Mereka tahu negara ini negara pelbagai kaum, pelbagai agama, tetapi mereka memilih kerana ada kekuatan. Kita harus bersatu dan cari jalan perkuatkan. Apa dia kekurangan kita? Mutu pendidikan, the quality of education. Kalau perlu kekuatan dalam Bahasa Melayu, ya, jangan kita pertikai. Tetapi untuk Malaysia bergerak maju, harus ada bahasa rasmi yang tunggal, tetapi ada juga kekuatan baru dalam Bahasa Inggeris. Sebab itu saya telah arahkan tahun lalu, sistem pendidikan kita mesti beri penekanan dalam Bahasa Inggeris untuk beri kekuatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

  1. Kemudian seperti yang disebut oleh saudara Baldip tadi “bahasa jiwa bangsa”. Ya, untuk negara Malaysia, Bahasa Melayu untuk semua tetapi mana-mana kaum mahu pertahankan warisan budaya mereka dan itu tidak menjadi satu kesalahan. Sebaliknya itu boleh menjadi satu kekuatan. Masyarakat Cina fasih bahasa Cina, India dengan Bahasa Tamil dan Punjabinya, Bahasa Melayunya, Inggerisnya. Kita anggap ini sebagai satu kekuatan. Kita tidak anggap ini satu kelemahan.

     

  2. Sebab itu kalau ditanya umpamanya “Bagaimana? Apakah Kerajaan boleh bantu untuk memberikan ruang kepada anak-anak belajar dalam bahasa ibunda selain daripada bahasa rasmi negara?” Saya jawab boleh dan harus Kerajaan memberikan pertimbangan dan menyokong. Tidak harus bergaduh soal itu. It is not a zero-sum game, if I suggest to you now that “yes we should consider seriously to allow Punjabi to be taught in school for Punjabi students”. It is never at the expense of Bahasa Melayu because Bahasa remains the medium of instruction and that Malaysian must have the level of proficiency that is satisfactory. As much as I do promote the importance of the English language. We used to be stronger in the English language, we still remain somewhat comfortable, but we have lost that stature to be able to be considered generally proficient in the language. I think we should take that, this is what I considered Negara MADANI. Ada empathy, dan kemanusiaan. Saya seorang muslim tetapi saya juga tahu untuk memimpin Malaysia ini saya mesti mempunyai humanity compassion.

 

  1. Saudara-saudara yang tahu agama Sikh, apa relevannya seagama kalau tidak ajar compassion? Tak tahu humanity? Saya masih ingat lagi semasa saya di penjara, tuan-tuan lupa tapi saya tidak lupa. They say “I can forgive but never forget” (nada seloroh). Every week nanti ada wakil dari Gudhwara hantar capati bagi semua patients, third class, second class, first class, Muslim, Buddhist, Christian, Sikh. Dia tak ada identify “Oh kalau dia Sikh, capati. Kalau dia Melayu, tak ada.” Tak ada. They provide food for patients in that ward, every single one. Dan ini bagi saya sebab agama itu mengajar compassion, humanity, kasih sayang yang menyebabkan kita melatih untuk memberikan kelegaan. Saudara mungkin tidak dapat membayangkan maknanya, tapi saya faham kerana tinggal di Sungai Buloh sekian lama dan duduk dalam keadaan susah. Tahu-tahu datang capati, wah ini satu yang enaknya luar biasa. Jadi apabila saya kenangkan, saya guna ini sebagai kekuatan.

 

  1. Sebab itu sebagai dasar, Tuan Jugindher, Tuan Baldip dan rakan-rakan, saya nak bagi tahu negara ini dan Kerajaan Perpaduan MADANI ini tidak akan bertolak ansur untuk jadikan Malaysia negara hebat yang menerima kenyataan pelbagai kaum dan pelbagai agama. Tidak ada ruginya pun. Semalam saya ada perhimpunan Islam yang besar, puluhan ribu orang di Perlis. Bicara tentang Islam dan kesedaran. Hari ini saya meraikan Vaisakhi. Tidak ada pertentangan kerana sementara kita bawa semangat agama masing-masing, kita mesti bawa sifat kemanusiaan atau ihsan. One of the major pillars of MADANI is compassion, humanity and that we must strive to achieve.

 

  1. Dengan ini kita dapat kekuatan ekonomi kerana Malaysia tidak boleh di tahap ini. Kita sekarang dengan semua pelaburan baharu ini, setiap minggu, minggu depan percayalah kita akan adakan pengumuman penting lagi, pemimpin-pemimpin dunia dan syarikat-syarikat gergasi dunia datang. Tetapi apa kekurangan kita? Saya sebut tadi Bahasa. Selain itu, kita kekurangan 30,000 jurutera. Maknanya anak-anak kita mesti digalakkan untuk menguasai matematik, sains dan bidang kejuruteraan. Kita bicara soal AI (Artificial Intelligence), asasnya masih sains dan masih kejuruteraan. Jadi saya harap kita tumpu itu. Nak gaduh apa? Tumpu itu. Bagaimana nak angkat martabat anak-anak kita? Kita mesti pertingkat mutu pendidikan negara, ekonomi negara, kualiti TVET, kualiti engineering, dan kualiti AI.

 

  1. Pada 10 hari bulan, saya akan lancarkan fakulti pertama artificial intelligence di UTM. Saya harap kita tumpu itu. Tuan Baldip sebut tentang apa-apa masalah, tak apa saya bagi ruang, tak ada masalah. Tadi cuma dia tak minta sahaja peruntukan. Saya ingat nak bagi, tapi dia tak minta, tak jadi bagi (nada seloroh). Tapi dia sempat bisik, dia kata datang bukanlah selalu, jadi bagilah sedikit pertimbangan. Tuan Baldip dan Tuan Jugindher, saya luluskan untuk permulaannya RM200,000 untuk kemudahan-kemudahan asas.

 

  1. I’m honestly very glad to be here although unfortunately very brief. I’m leaving now for Kedah. Although it’s an opposition state, I have made a point regardless of the political affiliation, I am here to serve every single Malaysian. Saya dah cover Kelantan, Perlis, petang ini di Kedah, dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri untuk melihat masalah air, masalah tebatan banjir, masalah kemiskinan. Tadi Tuan Baldip sebut masalah kemiskinan, ini satu contoh yang penting. Bila saya sebut miskin, saya tidak kira kaum. Di negeri-negeri di mana ada kemiskinan tegar, abject poverty or hardcore poor, saya kata kita mesti bantu dan saya tak mahu kita izinkan ini berlaku. Kalau ada lagi di Perak umpamanya, bila kita bincang, saya ada minta ICU bersama Kerajaan Negeri bagi target. Takkanlah pula dengan negeri kaya begini, pelaburan puluh-puluh billion, orang nak makan tak cukup tak boleh bantu ke? I cannot accept that.

 

  1. Itu sebabnya saya katakan kemiskinan tegar, maknanya not enough to eat, tak ada wang bagi anak-anak pergi sekolah. That is the responsibility of the government and regardless whether they are Malay, Chinese, Punjabi, Sarawakian or Sabahan, it is our duty to ensure that every single person is protected. Sebab itu kita sudah dapat menoktahkan kemiskinan tegar di beberapa negeri. Walaupun poverty is a relative term, the poor is still a problem but at least hardcore poor.

 

  1. Jadi untuk fasa 1, kita bantu perbaiki tandas-tandas sekolah, semua sekolah dan ini pendekatan baru saudara-saudara, please appreciate that. This is a new approach. When I said repair the lavatories in all schools means all school. Malay school, Chinese school, Tamil school, regardless. They are schools were our children or grandchildren have to go, then we will have to deal with it and resolve that problem. Jadi sekali lagi terima kasih banyak atas kesudian saudara dan insya-Allah jumpa lagi di masa lain.

 

Terima kasih.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.