
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-78
GABUNGAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN CINA MALAYSIA (ACCCIM)
13 OKTOBER 2024 (AHAD) | 11.15 PAGI
ONE WORLD HOTEL
PETALING JAYA, SELANGOR
Salam Sejahtera.
Terima kasih, Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan dan Jawatankuasa atas kejayaan mesyuarat Agong Tahun Ini.
- Saya ucap terima kasih atas kesediaan rakan-rakan dan saya mendengar Datuk Ng dan juga Tan Sri Low bagi pandangan termasuk belanjawan, keputusannya 18 haribulan. Tapi terima kasih, ianya sangat bermakna kerana ACCCIM telah menjadi rakan dalam usaha kerajaan MADANI meningkatkan pelaburan, meningkat usaha dan ini saya nyatakan dengan penuh ikhlas bagi pihak rakan-rakan kabinet dan pimpinan. Pertama sudah lihat umpamanya ACCCIM Persidangan Usahawan Se-dunia yang merancakkan kehangatan pelabur-pelabur seluruh dunia bertumpu ke Malaysia dan program yang rakan-rakan atur itu sangat baik kerana memperkenalkan Malaysia, membincang soal ekonomi masa depan termasuk AI, Digital. Membawa tokoh-tokoh paling terkenal di dunia untuk membahas supaya dapat dihadam, difahami oleh rakan-rakan di sini. Kemudian mengajak mereka merantau ke kawasan negeri-negeri berdekatan supaya mereka kenal Malaysia dan tertarik melabur dalam negara ini.
- Kedua, saudara-saudara tahu bahawa saya baru pulang dari Laos, Vientiane untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN untuk 2025. Tentunya kesempatan itu untuk berjumpa dengan beberapa pemimpin dunia. Bila bertemu Presiden Li Qian terus dia sebut tentang lawatan ke Malaysia, sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan di sini termasuk anjuran makan tengah hari Tan Sri Low, terima kasih banyak dan dia sebut pada saya bagaimana dia merasa bahawa semangat rakyat yang bersahabat rapat dengan Malaysia dan dia minta saya hadir ke Shanghai dan Beijing bulan depan untuk menemui beliau dan Presiden Xi Jin Ping, masa itu saya ingat saya tidak akan hadir kerana lawatan APEC di Peru dan lawatan rasmi ke Mesir dan saya nak tumpu di sini, tapi bila dia sebut “Please come Prime Minister, because meeting with you will be a private meeting and Presiden Xi Jin Ping also want to meet you” saya nak kata “No” dah tak boleh dah tapi ni menunjukkan kehangatan persahabatan tapi ini penting padahal kita bersifat terbuka.
- Saudara tahu saya jumpa Secretary of United States, Anthony Blinken, saya ucapkan terima kasih kerana pelaburan daripada syarikat-syarikat digital, data center, AI yang besar tentunya kerana kejayaan Kerajaan, kerana MITI dan peranan-peranan kementerian dan Menteri-meneri kita yang lain. Tetapi dalam perbincangan itu beliau menyatakan “yes” Malaysia menjadi destinasi pelaburan dan tarikan yang penting dan dia sebut umpamanya beratus bilion pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia. Walaupun kita tahu pendirian saya dalam soal Gaza, dalam soal hubungan saya dengan negara China ataupun Vladivostok menemui Presiden Putin itu pendirian kita kerana Malaysia mahu maju berkawan dengan semua tetapi kita bebas, negara ini negara merdeka dan bebas dan kita membuat keputusan untuk berdagang dengan semua negara dan sebab itu kita bersahabat dengan semua tidak ada negara yang boleh arah kita dan ini saya rasa sebab apa?, sebab masyarakat kita dan negara kita pelbagai kaum pelbagai negara bersatu dan kita punya Kerajaan yang kuat hari ini, jadi saya ucap sekali lagi terima kasih kepada saudara.
- Saya jumpa juga dengan Perdana Menteri India, Australia, Kanada yang memberikan perhatian yang baik dan saya percaya akhir tahun ini dan mulai tahun depan Malaysia akan jadi perhatian dunia sebab itu peranan saudara-saudara dan saya minta ACCCIM dan Dewan Perniagaan Malaysia beri kerjasama sepenuh. Kita ada umpamanya bulan Mei persidangan ASEAN-GCC. Negara Arab pertama kali datang ke Asia, 6 negara utama Arab Saudi, UAE, Qatar, Bahrain, Oman dan Kuwait ada 6 negara akan ke sini ASEAN-GCC plus China kemudian akhir tahun kita ada pertemuan ASEAN-Amerika Syarikat, ASEAN-China, ASEAN-Korea, ASEAN-Jepun, ASEAN-Eropah, India, Australia, New zealand dan ini akan memberikan tumpuan, perhatian dan saya minta kerjasama saudara-saudara. Kerana tumpuan kita adalah diplomasi, orang hormat negara kita Malaysia tetapi utamanya ekonomi, perdagangan, pelaburan, perniagaan, peluang bagi rakyat Malaysia, peluang bagi syarikat Malaysia dan peluang bagi rakyat Malaysia. Sebab itu saya tekankan hal ini, kerana kejayaan ini bukan kejayaan Kerajaan semata-mata, jemaah menteri tetapi juga dengan penjawat awam dan sektor swasta umpamanya.
- Hari Jumaat kita ada Belanjawan jadi selalunya bila hari belanjawan pagi itu baru ada Mesyuarat Jemaah Menteri tapi setelah bincang dengan Menteri Luar, Menteri MITI, saya putuskan untuk buat mesyuarat khas pada hari Rabu dan saya mahu persiapan kita ke arah ASEAN ini tertumpu tentunya persiapan yang baik tetapi melibatkan seluruh jentera Kerajaan dan saya minta Ketua Setiausaha Negara sendiri pengerusikan technical committee di peringkat penjawat awam. Ini bukan silo tiap committee atau tiap kementerian ini seluruh jentera kita, kerana saudara-saudara tahu walaupun Tan Seri Low sebut dalam ucapan walaupun kita syukur, Ahamdulillah ada kejayaan ekonomi bertambah baik, ringgit lebih kukuh, pelaburan datang tapi harus kita berpuas hati jangan sebab kita ada kapasiti yang lebih baik banyak hal yang kita belum maju ini disebut tadi di antara lain latihan-latihan anak kita dalam kejuruteraan, dalam bidang digital, dan dalam bidang AI. Peluang perniagaan bukan saja di peringkat atas tapi PKS yang mikro sederhana kecil ini harus diberi perhatian, jadi ada beberapa cadangan tambahan akan saya teliti secara serius.
- Saya akan bermesyuarat petang nanti, malam dan esoknya juga untuk kita teliti dan saya akan tentunya beri perhatian kepada apa yang disuarakan oleh saudara-saudara tapi biasalah orang berniaga, tauke-tauke ini boleh saya gurau sikit. Kalau tanya dia, tanya Tan Sri William macam mana berniaga? dia kata “tak adalah, ada untung sikit saja”. Di Ipoh minggu sudah, 2 minggu sudah saya jumpa KLK jadi saya kata “You tolong dia organize syarikat kelapa sawit KLK, IOI, Genting, Sime Darby semua Top macam mana Tan Sri? Dia kata ada untung sikit saja”. Biasa saya orang Bukit Mertajam, Bukit Mertajam ni kita campur banyak bercakap hokkien ya semua sikit-sikit.
- Betul tetapi kita ada masalah juga kan? kita tahu kita hutang tinggi, bayar hutang jadi saya setuju dari segi dasar kalau kita cukai golongan terlalu kaya terlalu tinggi dia tidak akan tarik pelaburan dalam sekarang ini, umpamanya saya sebut ramai sudah peniaga-peniaga kita beruntung kerana ada pelaburan luar negara tetapi pelaburan dalam negara domestic investment itu sangat tinggi. Jadi kalau kita kata kita capai kejayaan yang baik tahun lalu tahun ini, ya, itu bukan sahaja pelaburan asing. We achieve impressive growth? not only or not solely due to foreign direct investments but a growing interest growing confidence, growing commitment by our domestic players, so domestic investment has increased phenomenally and for that I thank you very much. Of course, following that you say, if that is an impressive investment from domestic then I should not discourage you, I should then should not tax you to highly. But you want to proceed? make sure there is peace, there is order, there is panes, there is justice I must tax a little.
- Jadi ini saya nak tekankan ya kerana hal-hal yang dibangkitkan termasuk yang dianggap kontroversi inheritance tax, saya dengar dan saya akan teliti, kita tidak mahu buat apa-apa kenyataan yang merunsingkan. Tapi yang satu hal lain ialah tentang selain daripada perniagaan dan peluang-peluang dan SMEs ataupun PMKS itu akan diberikan tumpuan khas dalam belanjawan seperti juga dalam kerangka ekonomi MADANI. Kita juga akan pastikan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran, KSN yang baru kita lantik nampak berikan tekanan yang sangat kuat. Saya sendiri pantau kesihatan setiap kali memandang ke hospital tentulah 2 ke 3 kali sehari sekarang ini Azizah tidak sihat.
- Saya tanya pekerja dan juga tinggal di mana, sewa berapa bayar, ada rumah atau tidak, kemudian tanya jururawat gaji bagaimana, tinggal di mana, bagaimana persekolahan anak-anak. Jumpa satu syarikat yang buat permohonan pendaftaran, beberapa orang kena jumpa, berapa lama kena tunggu, berapa kos lesen. Jumpa pegawai bandar raya ada perubahan tidak, 2 tahun lalu dengan sekarang berapa orang kena berjumpa, beberapa jabatan kena jumpa sebelum mendapat lesen semua ini bila kita dengar belum memuaskan, walaupun ada perubahan masih ada kebocoran. Sebab itu saudara lihat umpamanya SPRM hampir saban hari tangkap kerana peristiwa rasuah itu ada, bila rasuah itu ada, kos perniagaan meningkat.
- Saudara pun tahu di Kuala Lumpur ada joke, ada lucu dia, kata plot ratio one means how much money have you repeat? you cannot continue to do this ya, sebab itu bila saya sebut tentang tatakelola, governance is not a small thing is not a political gimmick, because you want this country to succeed the governance, the efficiency of officers must follow and follow strictly. Their concern is where our salary one thousand eight hundred ringgit, how to survive? Fine, I do the maximum as you know, unprecedented why? I want to make sure that you are paid fairly, but if I find you continue the old ways and continue to be corrupt, we will do the maximum. We will go after you and will not ever forgive because we are doing.
- Ini yang disebut akta, iltizam kecekapan kerajaan, government efficiency. Komitmen dulu kita kata financial responsibility act kita lulus sekarang efficiency kalau tidak kata gaji naik dengan naik bukan sedikit, betul kadang kita fikir tak lah tinggi tetapi maksimum yang Kerajaan boleh mampu dalam keadaan sekarang. Ada dalam peringkat rendah junior clerk dia boleh naik sampai 35% tentunya yang paling tinggi dia naik rendahlah. Tetapi yang di bawah walaupun saya nak bagi tahu Chin Tong gaji dia tak naik tetapi potongan 20% akan diteruskan ya tetapi untuk penjawat awam, bila saya dengar dengan peniaga walaupun banyak yang ramai yang mengatakan kepada saya ada some improvement what you need to take month for registration.
- Bila saya lancar Program Perumahan MADANI baru-baru ini di Kuala Lumpur. Waktu untuk kelulusan selalunya di antara 8 bulan sampai 14 atau 16 bulan, itu standard. Saya kata bagaimana kalau syarikat itu berikan semua keterangan yang cukup, baik, yang lengkap semua. Kemudian dia kata sekurang-kurangnya 6 bulan. Bila saya tengok begitu saya kata tak, saya akan pergi rasmi dalam 50 hari lagi. Saya tengok 45 hari semua kelulusan boleh diberikan. Apa mesej dia? Maknanya boleh kita lakukan. Kalau negara ini nak betul-betul maju, jangan tangguhkan kerana ada ‘holding cost’, ada bayaran untuk pekerja, ada sewa. Ini yang tak perlu, yang kita boleh kurangkan jutaan ringgit kalau kita jalankan tugas secara lebih cekap.
- Jadi saya telah buktikan bahawa boleh kita mulakan dan perolehi kelulusan dalam masa 45 hari. Tapi syarat-syarat diteliti, dan ini cabaran bagi saya. Ini tanggungjawab saya bersama rakan-rakan dalam Jemaah Menteri kerana untuk mengingatkan mereka. Kerana keadaan sekarang, bukan saya nak sebut sebab saya kebetulan mengetuai Kerajaan tapi saudara pergi mana-mana, orang melihat kepada Malaysia sekarang.
- Tan Sri Low sebut tadi umpamanya orang lihat ada perubahan, dia tengok tumpu, semiconductor hub for the region, data centre, Yang AI baru-baru ini, Google, Microsoft, Amazon, AWS pun datang tumpu dan datang tokoh-tokoh utama mereka bincang untuk meningkatkan. Jadi dalam bidang-bidang tertentu kita nampak lebih cekap, tapi dalam bidang yang biasa orang masih tanya walaupun ada perubahan, Imigresen, JPJ dan syarikat-syarikat Kerajaan.
- Baru-baru ini saudara tahu saya sergah, kita Menteri kalau nak keluar saya nak bagi tahu, kena dapat kelulusan Menteri Kewangan dan Jemaah Menteri. Kalau kata nak bawa 4 orang staf, cakap tak payah. 2 orang cukup, Kedutaan ada. Ada yang kata kalau kita nak pergi tak penting tak payah, Menteri lain boleh cover. Saya akan pergi ke Mesir ada perjanjian pendidikan, tak apa Menteri Luar cover boleh sign. Untuk jimatkan wang, ini wang rakyat. Tetapi bulan lalu saya dengar ada satu pesta, pameran di Berlin. Prasarana dan 1-2 wakil lagi, 68 orang nak pergi. Jadi saya bila dapat tahu saya kata pasal apa? Oh, dia kata tak, 18 orang. Saya kata NO. Dia minta 8 orang, saya kata NO. Walaupun kalau 8 orang mungkin munasabah tapi saya nak beri mesej, jadi saya batalkan semua tak payah pergi. Mungkin mereka marah, dah siap, dah tempah tiket, tempah hotel, dah bagitahu isteri dah. Tapi saya kata kalau kita nak betul-betul selamatkan negara, saudara, apakah ini popular? Tak popular. Orang yang terlibat itu ada keluarga dia. Tetapi if I want to affect change, do I have a choice? The answer is no. Either you want to reform and make this country great, you must be courageous and I need the support not only of government leaders, bureaucrats and also business leaders.
- Saudara tengok penyasaran subsidi. Ini penting sebab mana ada negara di dunia, yang saya tahu di Asia, tidak ada negara yang beri subsidi sebanyak di Malaysia. Tan Sri Low pakai Mercedes besar, tapi ada subsidi minyak. Jadi kalau saya tarik subsidi, kita tak naikkan kos, tak. Kita tarik subsidi je. Subsidi untuk hanya orang miskin, dia tak complaint, belum complaint lagi lah. Jadi penyasaran subsidi diesel. Tapi kalau pelaksanaannya ada sikit masalah, kita ubah suai. Saya tidak mengatakan dia perfect. Where we need to make the necessary adjustment, we will do. But the waste cannot continue. Look at the issue of chicken, how much is a general hand out through subsidy every year? It is RM1.2 billion. We have withdrawn that. No, we have not seen nor increase the price of chicken. Because if we continue to give subsidy like this and it does not even benefit the poor.
- That is why I have an issue about GST. I agree it is the most transparent, efficient system. All the big companies want GST. But please remember, I said “yes”, but let the level of income, the threshold rise first. Give some time, push the economy forward because you implement the GST now means you get everybody to pay. I mean this matter, my political philosophy, my conscience. Is it efficient? Yes, it transparent? Yes. Will the government get more revenue? Yes. But who are you taxing? Everyone. The rich? Yes. The poor, yes. I can’t. So, what is my view? I said look, give some time, give a few years, make sure that the threshold, the level income increases. RM3,000 to RM4,000 minimum then we can gradually adjust this policy. Countries that have implemented GST normally our neighbours have got the level of income, reason first. So that is the only issue that I have.
- I understand this issue, I have studied for decades. You know the first time that we talk about GST was when I was Finance Minister and what was my statement? The most efficient, transparent system that will be advantages of the government in terms of revenue collection. But what was my answer then in the 1990’s? Give some time. Push the economy forward. Stop this rot or corruption of people taking advantage through the political office. One party can get two, three hundred million direct cash into the party. Individuals can buy properties in London, New York, in Australia. I mean you are businessman do whatever you like with your money. But if I am a politician, I want to become Prime Minister, to serve the people and suddenly I started stealing billions, I can’t do that. That’s precisely the point and therefore we have to make sure we act and stop this rot.
- I don’t need to ask, you all know the system. Yeah you are part of it, I mean, in a sense that you have to survive. But I’m appealing to you. I want to stop this. I want to stop this, you know? Now, if you can stop this we can, we can get back billions of ringgits of revenue. That’s why I have said this publicly to the so-called Malay leaders. “Kita mesti jaga orang Melayu, kita mesti perjuangkan orang Melayu, kita adalah pemimpin Melayu nak selamatkan Melayu”. Oh bagus. Jadi saya jawab “Betul bagus-bagus, pemimpin Melayu mesti tolong Melayu.” Tapi berapa kekayaan you? RM2 bilion? RM5 bilion? Ada RM8 bilion? “Betul you pejuang Melayu?” “Ya”. “Okay bagi balik setengah kepada orang Melayu. You ada RM8 bilion, bagi RM4 bilion segera sebab you ambil itu cara tidak sah”.
- Sebab itu saya cerita, I don’t see this as a racial issue. I see this as common endeavour to help improve governance in this country and save the people. If the poor, we got poor with Malays majority, Indians, Chinese, Sabahan, Sarawakian. You are PMKS, PMKS majority Chinese, fair. We try and build up some Malays, some Indians and the rest. But PMKS is too pivotal, too critical, too important, as not only fundamental but life of the economy in this country. So, we will support, doesn’t matter. But if you look at the PMKS in the past, I hear 90% Chinese therefore we ignore. We can’t. We support them, but we tell them, look, engage with the rest.
- I mention last week I met the KLK organize this meeting with the oil palm plantations, you know, one interesting suggestion. They built plantations and smallholders around. Some Chinese, some Malays smallholders. So, they suggest then okay, we the big company said KLK, they have a few thousand acres smallholders, they will take charge. Make sure good seeds, good manure, good productivity and they will buy from them. So that is a new approach. So, it’s not a matter of Malays or Chinese issue. Maybe a Chinese company, but surrounding with Malay smallholders. Or SD Guthrie, a Malay Bumiputera institution with some Chinese smallholders around but let’s have that sort of program and that is precisely our new approach in this MADANI Government. We work together as a team and we make sure that we all succeed as a country.
- Ada sedikit-sedikit masalah berbangkit. Dia cucuk-cucuk biasa. Sekarang pasal kapal China nak datang Pulau Pinang nak serang Pulau Pinang. Kita ada joint military operations on a small scale, dalam kawasan kita dengan Amerika Syarikat, dengan India, dengan China, dengan Singapura, dengan Indonesia, dengan India jadi semua. Apa dia masalah dia? Bagi saya tak ada masalah. Hal ini telah berlaku sejak lama. Malah kalau di Kerajaan dulu yang bersama PAS dan BERSATU, itu kapal terbang Israel pun boleh lalu, kapal Israel Zim pun boleh masuk pelabuhan. Tapi tak jadi isu. Sekarang jadi isu. Jadi saya nak bagi tahu, dia boleh kata apa yang dia suka. Kita nak jelaskan dasar untuk berbaik dengan semua negara, kapal dia nak berlabuh dalam semua pelabuhan kita bagi semua negara kita akan terus izinkan, no compromise. Yang kita tak bagi Israel, yang lain masuklah. Kerana itu dasar yang kita amalkan sekarang. Tapi ini dijadikan isu untuk menunjukkan “Tengok, China dah ambil alih kerana bila Anwar baik dengan Xi Jinping, kapal perang China dah masuk”.
- Baik, kemudian sekarang soal cukai, pengecualian cukai bagi UTAR, tak betul. Itu universiti Cina, Malaysia saya kata apa dia, apa dasar kita? Semua usaha ataupun yayasan untuk pendidikan bukan keuntungan untuk pendidikan kita kecualikan. Mengapa lewat diamal diambil tindakan untuk UTAR? Kerana yayasan itu belum pecahkan di antara urusan syarikat perniagaan komersial dan juga pendidikan. Jadi saya cadangkan dipisahkan. Tetapi kalau untuk bangunkan fakulti, untuk bagi pelajar-pelajar miskin belajar, untuk kecualikan tuisyen kita kecualikan cukai. Bagi saya tak ada masalah. Cuma kita umumkan kerana kelewatan kita luluskan kerana Yayasan UTAR belum pecahkan. Jadi baru-baru ini mereka bagitahu tak apalah dia kata bagi kita setahun, kita pecahkan. Tapi sementara itu tolonglah bagi pengecualian. Bagi semua kelulusan untuk pendidikan dan untuk anak-anak miskin.
- Bila saya sebut anak-anak miskin saya tak kiralah anak Cina ke anak Melayu ke anak dan India, Sabah atau Sarawak. Ini anak miskin kalau Melayu tolonglah, ini kalau di UTAR anak Cina, semua anak yang miskin, yang kita bagi biasiswa atau bantuan itu hanya Melayu. Kalau Cina dia miskin tak apa biar dia miskin. Tak boleh fikiran macam ini. Sebab itu saya tahu ia jadi isu. Di kampung apa mereka sebut? “Tengok Anwar dia ikut DAP dan Cina yang kaya RM83 juta tak payah bayar cukai, Melayu yang ada syarikat kecil kena bayar cukai”. Ini kita tahu dakwaan palsu dan kita dalam politik harus kerja. Tapi saya yakin saudara. Saya sebut ini kerana ini jadi isu besar yang digunakan oleh pembangkang. Tapi saya yakin apakah kita undur? No. Apakah kita akan tarik balik? Tidak. Kita saudara-saudara yakinlah. Kalau negara ini mahu jadi negara yang boleh hormat dan kasih kepada semua rakyatnya, semua kaum, Kerajaan ini akan tegas akan melaksanakan apa yang telah kita janjikan and no compromise.
- Saya cuma nak jelaskan 2 contoh, ini untuk memberikan kefahaman. Minta maaf kerana cakap panjang sikit sebab saya dengar ACCCIM pun saya agak seronok sikit (nada seloroh). Because I’m here among friends, and I can depend on you in terms of working together as a team to propel the economy. Saya gembira hari ini dan saya percaya kepada Datuk Ng, sesiapa yang kemudian jawatankuasa yang baru, Tan Sri Low akan terus bantu dan kita akan bagi jaminan Kerajaan akan beri kerjasama sepenuhnya untuk angkat ekonomi kita. Saya dengan ini merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ACCCIM ke-78.
Terima kasih.
Similar Posts:
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- DENGAR PENDAPAT PAKAR NAMUN JANGAN SESEKALI ABAI PANDANGAN RAKYAT BIASA – PM ANWAR
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- PERBINCANGAN INTELEKTUAL UNTUK RESPONS KEPADA ISLAMOFOBIA – PM ANWAR
- JANGAN AMAL BUDAYA SELESA, TEKAD LAKSANA PERUBAHAN UNTUK NEGARA – PM