TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS MENANDATANGANI
PERJANJIAN PEMBANGUNAN BERSAMA
(JOINT DEVELOPMENT AGREEMENT – JDA)
ANTARA PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PENANG DEVELOPMENT CORPORATION – PDC),
PENANG DEVELOPMENT CORPORATION PROPERTIES (PDCP) DAN SKYWORLD DEVELOPMENT BERHAD
10 DISEMBER 2024 (SELASA) | 12:00 TENGAHARI
HOTEL ST. REGIS, KUALA LUMPUR
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berbahagia Dato’ Aziz Bakar,
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang;
Yang Berbahagia Datuk Seri Ng Thien Phing,
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan SkyWorld Development Berhad;
Yang Berusaha, Tuan Ir. Ismail Ishak
Ketua Pegawai Eksekutif PDC Properties
Yang Berusaha Encik Lee Chee Seng
Ketua Pegawai Eksekutif Skyworld Development Berhad
Tetamu jemputan daripada Penang Development Corporation (PDC) dan PDC Properties (PDCP);
Keluarga SkyWorld yang hadir;
Rakan-rakan Media; dan
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
- Saya hendak ucapkan setinggi-tingginya kepada Saudara Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara yang gigih dalam perumahan ni, Saudara Ng Kor Ming dan PDC Aziz Bakar dan tentunya Saudara Lee Chee Seng kerana dan juga Seri Ng Thien Phing semua yang terlibat dalam keluarga Skyworld.
- Saudara-saudara, kita catat pembangunan yang baik Pulau Pinang umpamanya, tahniah kepada Kerajaan Negeri sekarang sudah diterima sebagai kawasan dan rantau utama yang dianggap sebagai pusat pencernaan, pengangkatan semikonduktor. Bukan sahaja back end tetapi sekarang sudah sampai ke design yang dianggap cemerlang dan menjadi tumpuan dunia.
- Saya sebut di Pulau Pinang berapa hari yang lalu, pada hari Sabtu lalu, bahawa kejayaannya itu menarik perhatian dunia. Semasa sidang APEC di Lima, Peru, dalam satu forum depan hampir 2000 pengusaha, teknokrat dan corporate giants dan saya diminta sampaikan ucaptama. Ulasan yang diberikan oleh pengurus Microsoft dan Google tentang potensi Malaysia kerana stabil politiknya, jelas dasarnya dan rancak serta inovatif industrinya. Itu disebut tidak oleh kita Malaysia tapi disebut oleh syarikat-syarikat gergasi dunia.
- Maknanya bab itu kita terima. Kita pacu pertumbuhan yang baik dan khidmat semua pihak bukan sahaja pimpinan persekutuan, negeri, penjawat awam, badan-badan agensi, PDC, MPSP umpamanya, dan dalam konteks ini, jentera kerajaan yang tercabar untuk pastikan kita berjaya dalam rancangan kita.
- Tapi dalam semua ini seperti mana disebut oleh Saudara Ng Kor Ming, kita ini juga Kerajaan MADANI, peka terhadap permasalahan rakyat dan di antara isu besar yang dihadapi oleh rakyat selain daripada kemiskinan ketara, kemiskinan tegar yang kecil jumlahnya di Pulau Pinang dan saya beritahu Kerajaan Negeri itu boleh selesai. Bila pantau dan selesaikan soal kemiskinan tegar tetapi di antara cabaran terbesar kita ialah masalah perumahan. Kota-kota besar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru semuanya tercabar, untuk pastikan kita sediakan perumahan yang dianggap munasabah untuk kehidupan keluarga yang agak selesa.
- Saya juga tekankan hal-hal yang penting bagi rakyat kerana pembangunan ini tidak boleh terus maju dan mengizinkan kesenjangan berlaku. We all want to prepare growth in economic achievements. But we have to remind ourselves that it must be humane development, progress and development for the country is not in the statistics data. It’s still deliverables for the rakyat, their housing, their school and education, amenities, not the big restaurant. Must grooming of so many spurs. But it’s meaningful because the majority of our people go to this stall, what we call it’s as gerai, warung, restoran kecil. So there must be enough empathy in focus this issuse. So we start talking about affordable homes, all these issues must be clearly considered.
- Because Skyworld has a reputation and it’s interesting for the first time then I will be able to monitor personally whether they are up to that reputation or not. I’m sure Ng don’t worry I believe that you can deliver. More so because in my home state, Penang and in Seberang Jaya and Batu Kawan very close to my heart. I was born near Batu Kawan, i grow up near Seberang Jaya. You better be careful, no mistake.
- Jadi saya nak ucapkan penghargaan. Baik, oleh kerana kita kaitkan perumahan ini, rumah mampu bilik dan bakat baru MADANI. Maka perancangannya bukan sahaja perumahan biasa dan saya terima kasih kerana Kerajaan Negeri nampak dan Saudara Nga Kor Ming nampak betul-betul menelaah dan menghadam dan memahami konsep ini.
- Maknanya apa dia erti perumahan bagi rakyat ini? Tentu keselesaan dia, betul. Mutu perumahan itu, ya. Tetapi juga menjadikan dia sebagai satu anggota masyarakat yang boleh hidup dengan kemudahan-kemudahan asas. Kalau orang kaya dia ada kolam yang agak bermutu tinggi, sekurang-kurangnya untuk rakyat ada kolam awam yang boleh dimanfaatkan. Kalau orang kaya boleh main golf, sekurang-kurangnya rakyat ada padang permainan untuk anak-anak mereka. Jadi kita berikan ruang sekadar kita mampu, upaya supaya mereka merasakan mereka itu sebahagian daripada masyarakat. Dan negara itu mengiktiraf peranan mereka.
- Saya singgung soal kemajuan dalam soal microchips, data centres, AI yang tentunya dikuasai oleh golongan yang mahir. Tetapi tidak ada kejayaan tanpa tukang bersih, tukang masak, technicians dan tukang basuh. Jadi sebab itu dalam membicara soal pembangunan, jangan kita ketepikan, sisihkan, keperluan perhati semua elemen ini. Kerana kalau kita tidak diperingatkan kita lupa.
- Saya masih ingat umpamanya tatkala Kerajaan bercakap soal frontliners dalam soal membanteras dan menangani masalah COVID. Pakar perubatan, jururawat, technicians, tukang cuci, tukang bersihkan Operation Theatre (OT) dan tukang siapkan makanan minuman mereka. Jadi, kalau kita lihat dari segi menyeluruh komprehensif ini barulah kita bicara soal manusiawi, soal insan dalamnya. Jadi perumahan harus memenuhi keperluan ini semua. Kalau tidak, tak ada makna baiti jannati (rumahku syurgaku). Sebenarnya hadis Nabi Muhammad SAW, baiti – rumahku, jannati – syurga aku. Syurga apa? Tempat main tidak ada, tempat selesa tidak ada dan tempat solat tidak ada. Kalau ada pun tidak bersih. Kalau ada pun sekadar ada. Jangan tiada asalkan ada. Ya, jadi oleh itu hal-hal ini atur dan direncanakan.
- Saya minta tadi Dato’ Ng sampaikan ke pejabat saya, pelan. Saya bukan pakar perancang, YAB Chow, don’t worry. Saya tak akan ambil alih peranan Ketua Menteri, itu ikut pelan. Tapi oleh kerana kawasan ini, kawasan yang dekat dan saya nak lihat betul-betul bagaimana projek ini boleh mengisi. Sekolahnya, bagaimana? Tadika boleh tak dimasukkan di situ? Tempat ibadat, surau, kedai-kedai kecil di bawahnya. Jadi kita dapat membina komuniti. Bayangkan kalau tadika itu di bangunan lantai, bukan ke selamat. Ibu bapa tak payah runsing. Dan kosnya, kos pengangkutannya dan kos pengawasannya semua dapat diselesaikan.
- Dan saya lihat ada negara-negara, saya ke Brazil dan sahabat saya Presiden Luiz Inácio Lula da Silva nampak dia fikir hal-hal begini, agak baru went we have something very comprehensive, so that is not a burden to the parents and reduce cost substantially and that is security for the children and a level comfort.
- Sebab itu saya nak lihat kalau boleh saya bagi sedikit pandangan supaya yang ini jadi contoh yang baik dan saya percaya Menteri KPKT akan beri kerjasama sepenuhnya dalam bidang ini. Saya juga beritahu kepada Ketua Menteri, kerana ini menang melalui proses tender dan setelah tender memang ditentukan supaya kosnya lebih terkawal supaya lebih rendah daripada unjuran awal dan dipersetujui oleh Skyworld.
- Tetapi adalah munasabah supaya kita beri respons yang baik. Kalau semua submission itu in order nak tangguh 5-6 bulan ni sebab apa? bila saya luncurkan program Perumahan MADANI di Taman Desa Kuala Lumpur, saya bagi dia tempoh 45 hari saya nak lancarkan. Sekarang saya tahu semua submission telah dibuat. Boleh pula, kalau biasa minima 6 bulan. Jadi oleh itu saya akan luncurkan program ini di Seberang Jaya dan di Batu Kawan sekitar akhir Januari ataupun minggu pertama Februari. Maknanya dalam tempoh kurang 2 bulan semua kelulusan mesti diluluskan, apa masalah dibangkitkan tempoh tiap minggu diperbetulkan dan dalam tempoh 2 minggu projek mesti of the ground. Boleh ya Perindustrian Penang Science Park (PSP) dan Penang Development Corporation (PDC)?
- Saya ada pengalaman dulu kerana masa saya jadi Menteri Kewangan dulu bila saya luncurkan rumah di Wangsa Maju, di Kerinchi, di Gombak, projek perumahan ketika itu, bila saya bincang dengan pemaju saya tekankan reduce cost, dia kata reduce cost macam mana holding cost tinggi sebab kelulusan dalam 8 bulan sehingga setahun dia ada holding cost. Saya kata okey kalau saya reduce ke 3 bulan, dia kata yes can reduce the five thousand or ten thousand. Sebab itu kerana kos itu dah lebih terkawal kita boleh percepatkan secepat mungkin, kalau boleh umpamanya sebelum tempoh sebelum akhir tahun apa salahnya. Saya tak fikir ada masalah sebab saya tengok di Kuala Lumpur pernah kita lakukan kelulusan Rumah MADANI di Taman Desa dalam tempoh 45 hari. Saya tidak akan terkejut kerana saya tahu tahap kecekapan Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalau Kuala Lumpur dia catat 45 hari, tak ada sebab mengapa Pulau Pinang tidak boleh catat 40 hari.
- Jadi bagi rakyat dia ada makna, that there is an urgency when it comes to affordable housing for the majority of our people. So you not only give them a choice, but there’s empathy. You realize that the role of the government, and the public, the private sector to show enough concern maybe we can execute it efficiently, there’s no reason to delay.
- But the issue governance is important. Clean, fast and no corruption. And I believe we can do it. You know, Malaysia is a great country and we embrace all. And we have therefore to accept this challenge. There’s no reason why we can’t. We not proving to anybody, to bring ourselves. Some have criticized me severely because they see I am too tough about issue of governance and exercise and corruption and not showing enough care compassion to the people. But I think that we have to save the country, the country should not be known to racial strife, religious amity or endemic corruption in the past. The showcase for Malaysia is a united, of course.
- Kelantan majority Muslim, in Penang majority Chinese. So what? Human being work together, we care for each other, when dispense justice that’s important. But finally it’s not matter of race or colour or create religious denomination and believe. It is a matter how we show enough care and compassion for our people. And housing, particularly affordable housing, is one of the key parameters how we can show case our concern.
- So I want this to be done fast and efficient. And I said may I have iterated that if KL can, on the assumption all submissions will be made in proper by SkyWorld they can prove in 45 days. I want to see change in Penang because Penang is known to be efficient. Reality, the main other states. So can they do it in less than 40 days? I believe they can.
- Jadi ini memerlukan keseluruhan agensi Kerajaan. Saya akan bawa juga perkara ini dengan saudara YB Nga Kor Ming hari Jumaat ini dalam Jemaah Menteri. Dan beritahu Menteri yang terlibat dalam perkara berkaitan mendapat juga pandangan yang sama. Kerana ini bukan sahaja Kerajaan Negeri, banyak hal-hal yang melibatkan Jabatan Persekutuan dan kita harus percepatkan.
- Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepda Datuk Seri Ng dan keluarga SkyWorld, Kerajaan negeri Pulau Pinang, KPKT dan semua rakan-rakan PDC dan semua yang membantu menjayakan. Saya katakan personal interest in the sense that it is there in Penang, my hometown, where I grow up and I think they deserve better and they deserve good services from us.
Terima kasih banyak.
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Similar Posts:
- KERAJAAN TUMPU USAHA TURUNKAN HARGA BAHAN MENTAH – PM ANWAR
- BINCANG SEMULA KADAR GAJI, UPAH PENJAWAT AWAM BILA KEWANGAN NEGARA BERTAMBAH BAIK – PM ANWAR
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- BELANJAWAN 2023 AMBIL KIRA CABARAN EKONOMI SEMASA – PM ANWAR
- JEMAAH MENTERI SETUJU POTONG GAJI 20 PERATUS – PM ANWAR