TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PELUNCURAN SERENTAK JUALAN TERMURAH MADANI (JTM)
ZON UTARA I ZON TENGAH I ZON SELATAN
7 DISEMBER 2024 (SABTU) | 11.00 PAGI
JALAN MASUK KAMPUNG MASJID TIMAH,
PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
- Ekonomi umumnya baik sangat. Tadi saya luncur tentang semi konduktor kita di Pulau Pinang ini, pusat khas. Tetapi kita tahu juga masalah kos, masalah harga barang walaupun rendah banding dengan negara-negara jiran tapi tetap masalah. Sebab tu saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Syed Hussien, dia tolong ambil inisiatif tolong jual barang-barang lebih murah selain daripada Program Rahmah Program Pasar Tani MADANI dan semuanya kita buat untuk beri apa dia? Supaya kurangkan beban rakyat, harga lebih rendah.
- Kemudian tadi pula dia bagi ayam percuma. 1,000 ekor dia bagi percuma, beras 200 kapit saya nak bawa balik bagi dekat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jauh sangat. Jadi tolong ambil. Saya ucap sekali lagi terima kasih atas kesudian mari semua.
- Ikan yang ditawarkan pasai apa dia boleh jadi murah kerana dia boleh ambil langsung daripada kapal di laut, jadi lepas tu dia bawa pi lari ke Perlis saya tak tahu (nada seloroh). Yang saya tahu dia ambil daripada laut, bawa mai jadi harga tu lebih rendah. Kadang-kadang ikan ni tak tinggi. Saya pernah jaga Port Dickson, katalah harga RM4, pi Seremban RM6, pi Kuala Lumpur RM8.
- Jadi la ni (sekarang ini) kita dok galakkan nelayan ini pakai satu aplikasi (Apps) orang nak beli langsung jadi RM2, kalau beli dekat Kuala Lumpur dah naik, macam juga kita di sini. Sebab itu perlu ada persaingan yang sihat. Mudah-mudahan Allah Taala beri keberkatan untuk usaha kita semua.
- Terima kasih sekali lagi, termasuk Yayasan Global yang tolong bantu-bantu sedikit sebanyak. Beras ini ada lagi. Itulah hal beras tempatan ini ada masalah sikit. Tapi sekarang ini harga beras import turun sikit sebab kita berjaya runding dengan Kerajaan India dan baru ni saya balik dari luar negeri, Pakistan, runding-runding sikit dan depa (mereka) setuju juga jual beras dengan harga lebih murah. Ini supaya dapatkan ringankan beban masyarakat kita. Baik, terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Similar Posts:
- ISU MONOPOLI IMPORT BERAS TIDAK HARUS DIPOLITIKKAN, USAHA BERNIAT BANTU PESAWAH MISKIN – PM
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- JANGAN AMAL BUDAYA SELESA, TEKAD LAKSANA PERUBAHAN UNTUK NEGARA – PM
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- PM ANWAR TERIMA PANGGILAN DARIPADA PM PAKISTAN