VERBATIM TRANSCRIPTION
EXIT PRESS CONFERENCE
BY YAB PRIME MINISTER OF MALAYSIA TO THE WORLD ECONOMY FORUM ANNUAL MEETING, DAVOS, SWITZERLAND
22 JANUARY 2025
________________________________________________
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
Di Davos ini, Forum Ekonomi Sedunia, tahap akhir dalam kunjungan kita, pertama ke Abu Dhabi, London dan Brussels, Brussels itu dua-dua, bilateral dengan negara Belgium dan juga dengan European Union. Akhir sekali ke Davos atas undangan Profesor Klaus Schwab, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif World Economy Forum. Tentu saya dengan rakan-rakan Menteri hadir, kadang-kadang dalam beberapa acara berasingan mengikut keutamaan, digital, penyelidikan dan pelaburan, dan kita telah manfaatkan untuk bertemu pertamanya dengan beberapa pemimpin-pemimpin negara dan keduanya dengan Syarikat-syarikat besar.
World Economy Froum ini diadakan untuk mempertemukan pimpinan negara secara formal dan juga santai. Malaysia, kita bersyukur walaupun ini kali pertama saya hadir sebagai Perdana Menteri, saya rasa layanan dan pengiktirafan kepada negara kita itu sangat baik sama ada laluan diberikan kepada sidang plenary atau sidang yang concurrent yang dilakukan atau yang dihadiri oleh Menteri-menteri yang lain.
Kita ada beberapa sesi, satu, kepentingan Malaysia; keduanya tentang Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia terutama dalam bidang digital dan transisi tenaga; dan ketiganya ialah tentang kedudukan ASEAN. Kedudukan ASEAN itu mereka tanya apakah keistimewaan dan penekanan ASEAN? dan tentunya jawapan saya ekonomi dan dagang, sama ada dagang intra dan juga dagang sebagai satu kekuatan dengan Amerika Syarikat, negara China, Eropah dan BRICS.
Kemudian dalam pertemuan dengan Syarikat-syarikat besar yang melabur, ada beberapa yang agak besar termasuk syarikat pelabuhan besar Dubai yang telah masuk ke Sepanggar dengan sokongan kita di Sabah supaya di Sabah akan muncul pelabuhan yang agak besar di rantau kerana apabila Dubai Port masuk dan Kerajaan Persekutuan telah maklum kepada Ketua Menteri, YAB Hajiji dan Kerajaan Negeri Sabah untuk memberikan sepenuh dukungan dan kerjasama.
Kemudian Syarikat Australia yang besar bersetuju untuk melabur dalam green hydrogen, alternative energy di Bintulu, dan Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju pada prinsip dan saya telah beri jaminan supaya beberapa insentif dan dukungan supaya Bintulu akan menjadi juga hab selain daripada langkah-langkah yang diambil sekarang.
Kemudian kita ada program-program lain, umpamanya Google yang akan terus melaksanakan program besar-besaran, sudah bertapak di Selangor, dan Data Centre itu akan memberi manfaat khususnya di negeri-negeri di Semenanjung, di Johor, Pulau Pinang, dan Perak.
Saya juga telah ambil kesempatan di sini, bincang tentang AI bersama dengan Menteri Digital. Kerana AI ini ada dua (2) cabaran, satu teknologi dan kemahiran itu baharu, jadi kita kena harus cepat menangkapnya. Dan menangkapnya itu dalam pelbagai bidang, umpamanya perubatan kerana kalau kita capat dapat menjalankan kekuatan AI dalam perubatan, ia akan dapat memberi manfaat kepada rakyat terbanyak, dengan kemudahan perubatan yang baik dan seterusnya dapat menurunkan kos. Semua pengalaman negara yang menjalankan dapat menurunkan kos secara drastik dan besar.
Dalam bidang pendidikan, pendidikan tinggi telah memulakan tetapi kita telah tekankan keperluan menyegerakan dan mengembangkan dengan lebih besar menjadi suatu pendekatan yang lebih menyeluruh kepada mahasiswa dalam semua bidang, pelbagai fakulti, selain daripada kejuruteraan dan teknologi, sains sosial, pengajian Islam, sastera dan lain-lain supaya pemahaman itu lebih merakyatkan.
Keduanya beberapa langkah telah diambil oleh Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi untuk menyebar luas pemahaman AI Untuk Rakyat.
Kita juga bincang dengan Google, Nestle, Mestronica, DP World, Fortescue, AstraZeneca yang di Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kulim, ini yang telah dijalankan.
Tetapi yang telah kita tekankan untuk menjamin kepentingan Malaysia ini, kita agak lebih menekankan soal keperluan memeterai soal perjanjian perdagangan, FTA. Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) berjaya di UK, Free Trade Agreement (FTA), dimulakan dengan kadar kepantasannya dengan EU, dan di sini kita berikan jaminan kekuatan Malaysia sebagai negara dagang.
Terima kasih.
SESI Q&A
Soalan 1: Apa mesej Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang akan diutamakan dalam WEF?
Jawapan:
ASEAN sebagai rantau hampir 700 juta penduduk, pertumbuhan ekonomi paling pesat sebagai rantau yang lebih aman itu punyai potensi yang besar dan kita punyai tumpuan selain daripada perkara-perkara asas seperti pendidikan dan teknologi makanan, adalah transisi tenaga dengan ASEAN Energy GRID dari Indo-China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura ke Filipina, ini suatu yang agak berlainan dan satu kemajuan luar biasa. Yang keduanya adalah tentang connectivity dan digital untuk ASEAN.
Soalan 2: Dato’ Seri, semalam Alexander umumkan tiada lagi tol percuma ketika hari perayaan. Apakah yang boleh diberikan perhatian oleh Dato’ Seri memandangkan rakyat semua sudah bising tentang perkara ini?
Jawapan:
Tol percuma itu hanya kita perkenalkan dengan lebih meluas semasa Kerajaan MADANI, dan kita akan perincikan sebab ada yang bangkitkan mengapa tol percuma itu kepada semua, mengapa kereta-kereta kaya/mewah dapat juga, mungkin kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberi pertimbangan lain. Ini sedang diperinci. Menteri Alexander Linggi hanya beri dari prinsip dasarnya bahawa tidak boleh kita terus subsidi kepada semua, macam elektrik dan minyak, subsidi itu kepada golongan M40 dan B40, dan tidak boleh kepada semua, itu harus diberi penekanan tetapi pelaksanaan itu perlu diteliti lanjut.
Similar Posts:
- USAHA DAMAI DI MINDANAO HARUS CAPAI KEJAYAAN – PM ANWAR
- MALAYSIA SAMBUT BAIK PEMBANGUNAN NUSANTARA – PM ANWAR
- PM ANWAR GESA ASEAN LAKSANAKAN USAHA KOHEREN DAN BERSEPADU
- ISU IMPORT, SEKURITI MAKANAN ANTARA FOKUS BELANJAWAN 2023 – PM ANWAR
- MALAYSIA, FILIPINA TERUS TEROKA KERJASAMA DALAM PELBAGAI SEKTOR