TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS IFTAR MADANI BERSAMA SYARIKAT KORPORAT DAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC)

 

 TEKS UCAPAN

  

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

 

PERDANA MENTERI

  

  

SEMPENA

 

 

MAJLIS IFTAR MADANI BERSAMA

 SYARIKAT KORPORAT DAN

SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC)

 

 

 

12 MAC 2025 | RABU| 7:00 MALAM

 

DEWAN TUN CANSELOR, MMU, CYBERJAYA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,

Alhamdu lillahi llazee anzala ala abdihil kitaba walam yaj’hal lahu iwaja,

 

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ala rasool kareem,

 

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,

Menteri Kewangan II;

YB Puan Lim Hui Ying,

Timbalan Menteri Kewangan;

Tokoh-Tokoh Besar yang hadir, terima kasih banyak.

  1. Malam ini Kementerian Kewangan dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan dan saya cuma ingin mengambil sedikit masa sahaja untuk pertama menyatakan penghargaan kepada semua rakan-rakan dari Kementerian Kewangan dan juga kepada syarikat-syarikat swasta dan kerajaan yang hadir kerana telah banyak membantu kejayaan kerangka pelaksanaan Ekonomi MADANI negara kita.
  2. Tetapi sepertimana kita juga tahu, kita masih hadapi tantangan, terutama kerana cabaran kos sara hidup. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk sempena Ramadan ini, kita tahu ada signifikan Ramadan terutama dari segi kesedaran, penghayatan, apa yang disebut spiritual journey selain dari segi kerohanian. Apa yang dikaitkan dengan Ramadan. Dan ada juga dimensi selain daripada spiritual ialah pembinaan karakter, soal integriti, disiplin dari satu-satu ibadat yang sukar ditentukan oleh manusia melainkan amalan itu ikhlas hanya kepada Allah SWT-La’allakum Tattaquun.
  1. Itu yang kedua, sebab itu saya sebut tadi dalam perjumpaan saya dengan warga Lembaga Hasil Dalam Negeri, ujian integriti dan disiplin semasa Ramadan. Kerana kita dilantik untuk menahan diri daripada makan minum dan perkara yang dilarang dan juga disiplin diri dan yang menentukan sama ada kepuasan tugasan kita adalah dengan bertawakal kepada Allah SWT.
  1. Yang ketiganya ialah dimensi sosial. Manusiawi iaitu kemanusiaan, kerana kuasa itu mengajar kita melatih dari segi praktikalnya dan teorinya. Teori orang berbicara tentang kemiskinan, orang membicarakan kelaparan tetapi Islam itu agama amali. Jadi kita berasakan, kalau kita puasa dan kita hanya guna peruntukan dan saya bagi tahu kepada teman saya Jemaah Menteri ataupun pimpinan hanya ada peruntukan Kerajaan untuk bantu orang miskin ataupun pengurus-pengurus besar syarikat hanya lihat dari segi sudut CSR tapi tidak ada sumbangan peribadi, ada kelemahan. Kerana apa bulan Ramadan itu mengajar kita, menggesa kita, mendorong kita secara ikhlas. Perencanaan daripada keikhlasan tentang tanggungjawab kita yang harus kita sempurnakan.
  1. Dan selain daripada peruntukan Kerajaan dan jabatan atau syarikat, sumbangan peribadi itu sangat penting, kerana yang mengalami puasa, amalan puasa ini kita, jadi harus. Sebab itu ada seorang sarjana Islam yang menulis, bagaimana mungkin ada kontradiksi antara pengucapan Islam itu Yā ayyuhallażīna āmanustajībụ lillāhi wa lir-rasụli iżā da’ākum limā yuḥyīkum, penghayatannya tetapi dalam soal yang basic umpamanya jiran dan masyarakat yang terpinggir dan miskin terbiar tidak diberikan perhatian. Dan kuasa yang kita amalkan tidak sedikitpun menanam satu semangat untuk bantu jiran atau masyarakat yang terpinggir atau terlantar, jadi mudah-mudahan Allah mendorong kita, berikan taufiq dan hidayah kepada kita untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.
  1. Setakat ini, seperti mana saudara-saudara tahu, syarikat-syarikat Kerajaan, ketua-ketua pejabat telah menjayakan beberapa program dan saya ingin ucapkan terima kasih. Pertama, Kampung Angkat MADANI, pada tahun 2024, 40 kampung dan diperluaskan kepada 200 kampung tahun ini. Jadi setiap pengurus besar, Tan Sri-Tan Sri, Datuk Seri ketua syarikat itu harus memilih kampung dia sendiri dan tolong bangunkan bersama-sama jentera Kerajaan dengan usaha dia sendiri. Ia bebeda daripada pengarahan tentang program-program pembangunan Kerajaan. Saudara saudari punyai pengalaman sendiri turun ke bawah pergi satu kampung, mungkin kampung asal, saya pilih Cherok Tok Kun, dia tahu apa masalah, penganggurannya, atau masalah dadah di kampung itu, bagaimana peruntukan masjidnya, perparitan, hasil pertaniannya, berapa orang yang menghidap penyakit berat, apa kemudahan dengan hospital terdekat.
  1. Jadi seluruh masyarakat itu dimaklum oleh saudara yang sebenarnya berasal daripada kampung itu. Melainkan macam orang dari asal kota, Dato’ Seri Rashid, jadi dia kita kena bagi pengalaman turun dan terjun ke kampung untuk betul-betul memahami masalah. Saya percaya ini kalau dapat dilakukan saya percaya 200 target kita boleh tambah jadi 300 – 400. Dan saya ucap terima kasih seperti mana kita tahu GLC seperti CIMB, Yayasan Sime Darby telah turut ikut dalam program ini. Dan saya percaya selepas ini yang lain-lain termasuk Yayasan Petronas.
  1. Kemudian ada cadangan yang baharu saya hendak cadangkan, sekolah tahun 2023 ada 8600 tandas yang teruk di sekolah-sekolah Malaysia, bayangkan our childrens, our schools, with such fasilities, this is totally unexceptable as far as I consent. So the least we can do is to try and resolve part of this problem. The Government have undertaken this measures because of the billion talking about level is RM1 billion because it’s such a improbable conditions I was telling our sister from Yayasan PETRONAS, even school in around Kuala Lumpur, five minutes ten minutes from your residents and I think it is time that we blessed by Allah SWT with some wealth or facilities, should they take some measures to reduce the pressures. The government has it’s limitations, my priority is of course, schools and educations, hospitals and we talking about billion, we talking about flood mitigations, again billion. We have to resolve this because it’s effect the daily life of our people.
  1. Jadi soal Sekolah Angkat kalau saya cadangkan tahun ini kita pilihlah sekolah-sekolah, janganlah tidak semestinya sekolah yang sudah baik. Tapi sekolah-sekolah yang lebih lebih di pinggir kota, di desa, di pendalaman, Sabah, Sarawak. Jadi saya harap mudah-mudahan, saya ada minta KSP dan ICU turut selaraskan dengan Kementerian Pendidikan dan kalau kita dapat umpamanya 200 sekolah yang dipantau secara langsung. Bayangkan seorang Pengurus Bank utama, pergi ke sebuah sekolah menengah, itu akan mendapat penghargaan yang sangat tinggi apa yang kita sampaikan kepada anak-anak itu akan memberikan kesan dan bekas. Bayangkan masa kita di sekolah, kemudian datang seorang Pengurus Besar dengan rekod kejayaan yang cemerlang, dia bicara, kita dengar menghadam dan menambah semangat kita untuk beramal dan belajar.
  1. Baru-baru ini saya telah mendapat persetujuan Public Bank umpamanya, semasa saya dalam Kerajaan dulu kita mulakan apa yang disebut Hadiah Bahasa peringkat universiti dan kolej, sekolah menengah, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan saya terima kasih kerana Hadiah Bahasa ini dihidupkan semula.
  1. Aspek STEM yang menjadi masalah kita sekarang. Saya telah minta supaya sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, MARA mendorong anak-anak kita di Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Asrama Penuh, Sekolah Menengah MARA ini MRSM untuk segera mendorong lebih ramai pelajar-pelajar ke STEM kerana kita ada Infineon, kita ada NVIDIA, kita ada GOOGLE, kita ada Microsoft, di merata tempat tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM, matematik, sains itu sudah kurang minatnya, kelulusan kejuruteraan dan sebagainya. Oleh itu, kita harap mulai tahun ini ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang ini. Saya juga cadangkan dan galakkan kepada pelajar maktab-maktab dan Sekolah Berasrama Penuh sekurang-kurangnya 70% mulai tahun depan yang mahu memilih masuk ke Sekolah Asrama Penuh mesti pilih jurusan sains dan matematik dan STEM. 30% mesti liberal arts and social science macam saya, kalau tidak, tidak boleh juga, dia tahu buat jambatan tapi dia tidak tahu jambatan antara manusia. Jadi saudara buatlah jambatan, saya cuba tambah jambatan di antara manusia.
  1. Baik, ini langkah-langkah yang diambil, saya tahu saya tidak sebut semua, PETRONAS dengan syarikat permulaan yang banyak teknologi baharu, KHAZANAH dengan beberapa kegiatan termasuk Yayasan Hasanah dan sekarang syarikat permula teknologi tempatan, Vitrox umpamanya dikaitkan SD Guthrie, automasi pengeluaran. Tapi saya harap dalam majlis Ramadan seperti kita tahu bulan yang berkat penghayatan yang bermakna ‘Shahru Ramadaanallazeee unzila feehil Qur’aanu hudal linnaasi wa baiyinaatim minal hudaa wal furqaan’ Jadi mudah-mudahan bulan Ramadan ini bulan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada kita membawa kebaikan, kesejahteraan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  1. Mudah-mudahan kita buat pertimbangan dengan baik dan tahu di antara baik dan buruk, makruh dan mungkar, hak dan batil terutama sekarang Malaysia ini kita mesti tumpu dalam soal-soal ini dan jangan izinkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama seperti kita dengar dan keputusan Jemaah Menteri seperti mana diumumkan, siapa sahaja mulai sekarang yang cuma menghangatkan suhu perkauman dan bencian kepada kaum dan agama, kaum majoriti ataupun kaum minoriti, kaum kaya atau miskin, menghina dari sudut kaum dan agama, percayalah kita akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang mungkin membawa malapetaka dan kecelakaan untuk negara. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan.

Wssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.