TEKS VERBATIM JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMASA SESI PMQT 4 MAC 2025: SOALAN YB DATUK HAJI AWANG BIN HASHIM [ PENDANG ]

UCAPAN VERBATIM

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN PERDANA MENTERI

MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT

PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KELIMA BELAS 2025

 

 

 

PERTANYAAN

:

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

DARIPADA

:

DATUK HAJI AWANG BIN HASHIM

[ PENDANG ]

TARIKH

:

4 MAC 2025 (SELASA)

 

SOALAN;

 

Minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

 

a.        berapa nilai dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar bagi Malaysia untuk tahun 2022, 2023 dan 2024; dan

 
 

b.        berapa nilai dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal bagi Malaysia untuk tahun 2022, 2023 dan 2024.

 
 

 

JAWAPAN:

 

  1. YB Pendang, saya memilih untuk jawab ini kerana Pendang berkali-kali minta penjelasan tajuk ini. Baik, kadar pertumbuhan ini selalunya tahun itu mesti ketimbang tahun sebelumnya. Jadi sebab itu, kita bawa sejak tahun 2020, 2021, 2022, 2023, 2024.

 

  1. Tahun 2020 itu menguncup 5.5%. Jadi bila kita lihat tahun 2021 dia berkembang 3.3%. Bagaimana kita faham dari segi ekonomi makro? maknanya 3.3% daripada penguncupan tahun sebelumnya. Jadi maknanya dari segi real terms, pertumbuhan ekonomi masih terlalu rendah.

 

  1. Baik, tahun 2022 post covid naik 8.9%, dari mana? Dari 3.3%. Jadi selalu relatif. Tahun 2023 naik daripada based9% itu kepada 3.6%. Jadi kita kena faham ini, low base dan contraction dan kenaikan post covid. Tahun 2024 alhamdulillah 5.1% di antara tertinggi di rantau ini.

 

  1. Pertumbuhan KDNK nominal ini, kalau perlu penjelasan saya bagi penjelasan mengapa dibedakan dengan nominal. Penguncupannya jauh lebih tinggi, tahun 2020 penguncupan 6.2%. Kalau ikut dari segi nominal, maknanya serius economic plight akibat COVID. Tahun 2021 berkembang 9.2%, tahun 2022 15.8% daripada penguncupan dan pengembangan awal. Tahun 2023, 1.6% dan tahun 2024 5.9%.

 

  1. Baik, tentunya ini ada kaitan dari segi kemampanannya, apakah boleh kita pertahankan untuk beberapa tahun untuk mengenal pasti kekuatan asas ekonomi. Tapi kalau kita lihat dari segi pencapaian makro ekonomi tahun 2024, kita boleh berasa lega sedikit.

 

  1. Yang pertama, pertumbuhan. Kedua, inflasi yang rendah 1.8%. Ketiga, growth fixed capital formation (GFCF) meningkat 12% iaitu pertumbuhan pelaburan meningkat tinggi 12%. Keempat, Bursa Tahun 2024, peningkatannya itu 12.9%. Itu agak tertinggi dalam tempoh empat tahun. Jadi apa faedahnya? Prestasi inilah menyebabkan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kita tertinggi dalam lima tahun. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 6.3% tertinggi sejak 2017.

 

  1. Jadi kalau soalannya, apakah angka-angka yang memukau ini beri faedah kepada rakyat? Jawabnya ya. Apakah harus ditambah lagi? Saya setuju. Umpamanya peluang pekerjaan 120,000 orang pekerjaan baru. Maknanya dengan kadar pengangguran 3.1% pada Disember 2024.

 

  1. Kemudian ini yang menyebabkan kita lebih yakin menambah sistem persaraan gaji tahun ini 10 bilion peningkatan. STR tahun ini 13 bilion. Jadi bagaimana kata bahawa pertumbuhan ini tidak berfaedah pada rakyat? STR tambah menjadi 13 bilion ringgit tertinggi dalam sejarah. Gaji kenaikan yang tertinggi ketimbang tahun-tahun sebelumnya. Jadi ini faedah langsung kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan.

 

SOALAN TAMBAHAN 1

 

Saya sedikit buat homework mengenai latar belakang KDNK Yang dipetik dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong sejak 2019 hingga 2025 yang baru ini, semenjak tahun 2019 semua angka pertumbuhan KDNK yang dititah Yang di-Pertuan Agong adalah angka pertembungan sebenar. Pertumbuhan sebenar KDNK ataupun a real GDP growth, berbanding 2025 menggunakan KDNK nominal. Adakah Kerajaan ataupun YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berhasrat untuk menjadikan angka KDNK nominal ini sebagai angka sandaran utama Kerajaan dalam setiap ucapan, pembentangan serta laporan yang disediakan oleh agensi Kerajaan dalam semua urusan rasmi bersama pelabur, professional, serta semua pemegang taruh sektor ekonomi?

Salah satu yang dikaitkan dengan GDP, elemen yang ada dengan GDP adalah mengenai gaji yang disebut tadi, data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan peningkatan gaji sektor swasta, real wages iaitu kenaikan gaji yang lebih, yang telah ditolak inflasi naik 1.3%, pada suku keempat tahun lepas. Manakala kalau kita lihat sektor pembuatan, ataupun manufacturing nominal wages growth, kenaikan gaji kasar sektor pembuatan adalah 1.7% dan inflasi adalah 1.8% pada tempoh yang sama. Maka, kenaikan gaji bersih ataupun real wages sebenarnya adalah -0.1%.

Justeru itu, rakyat berasa tertekan dengan kenaikan harga barang kerana gaji mereka tidak naik dengan setimpal. Oleh sebab itu, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menaikkan gaji sektor swasta terutamanya dalam sektor pembuatan? Dan bilakah jangkaan rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan?

JAWAPAN SOALAN TAMBAHAN 1

 

  1. Jarang saya setuju dengan YB Pendang, tapi hal ini saya setuju iaitu selain daripada peningkatan gaji bagi sektor awam, Alhamdulillah dicapai dan diterima dengan baik, tetapi kita ada masalah di swasta. Sebab itu Kerajaan telah secara tegas, berani menetapkan gaji minimum RM1700 ini, walaupun tidak dipersetujui oleh sebahagian daripada sektor swasta, itu satu.

 

  1. Keduanya, kita perkenalkan apa yang kita sebut Skim Gaji Progresif, makna kita akui bahawa syarikat-syarikat yang mempunyai rekod, pencapaian dan keuntungan tinggi harus memulakan tradisi ini, dan saya tegas. Cuma, dia tidak ada kekuatan undang-undang memaksa syarikat swasta, namanya swasta untuk menekankan.

 

  1. Cuma, sekarang ini kita mula gunakan apa yang disebut moral suasion, mula dengan GLIC, semua syarikat-syarikat Kerajaan yang banyak. Ratusan ribu pekerja dari Petronas, TNB dan Telekom, semua ini menetapkan gaji yang lebih tinggi daripada kadar yang kita sebutkan minima, yang mana mencecah lebih daripada RM 2,000.

 

  1. Kemudian, syarikat-syarikat yang punyai mencatat keuntungan besar itu diminta juga membayar lebih tinggi. Saya sendiri selain menteri-menteri lain menemui umpamanya syarikat-syarikat termasuk plantation, yang mencatat keuntungan haruslah lebih adil supaya jangan umpamanya catatan keuntungan mereka terlalu tinggi tetapi gaji pekerja tidak setimpal.

 

  1. Kita ada umpamanya kesenjangan di antara kenaikan produktiviti dengan gaji, jadi dia ada gap di situ. Kenaikan produktiviti lebih tinggi daripada kenaikan gaji, ditambah pula dengan inflasi walaupun rendah tetapi kalau gaji tak naik, jadi inflasi itu akan mengesankan.

 

  1. Jadi, kita sekarang mengambil langkah seperti pertama, gaji minima. Keduanya, gaji progresif dan ketiganya, menetapkan GLIC telah pun melaksanakan, dan keempat, syarikat-syarikat swasta mencatat keuntungan besar diminta dan digesa supaya lebih adil kepada pekerja.

 

SOALAN TAMBAHAN 2

(YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh – Ahli Parlimen Ledang)

 

Berkaitan juga tadi dengan angka-angka yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ramai yang mengatakan bahawa angka-angka ini memukau. Tetapi ada sebahagian yang merasakan bahawa ramai daripada kalangan rakyat tidak dapat limpahan daripada peningkatan ekonomi tersebut. Mungkin ada kaitan dengan peluang pekerjaan, tetapi peluang pekerjaan itu mungkin tidak menggambarkan suasana menyeluruh di mana mereka dapat nikmat keseluruhan.

 

Jadi soalan saya, apakah lagi tindakan yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat dan juga untuk memastikan supaya kita boleh terjemah komitmen pelaburan asing itu kepada lebih peluang-peluang pekerjaan?

 

JAWAPAN SOALAN TAMBAHAN 2

 

  1. Saya tertinggal tadi Pendang, saya tanya nominal itu nampak dia resah. Dia kata PM tidak jawab. Saya setuju bahawa angka nominal bukan angka biasa. Ia sebab 5.9% itu juga suku kedua, (Real growth) suku kedua adalah 5.9%, dan nominal 59%.

 

  1. Sebab pada masa titah Diraja, itu angka untuk suku keempat belum ada dan keduanya angka untuk purata tahun pun belum ada. Itulah sebabnya mengapa dia ambil nominal. Tetapi saya setuju bahawa angka yang patut diumumkan berikutnya tidak angka nominal tetapi angka KDNK real terms.

 

  1. Soalan berikutnya ialah daripada Ledang ialah tentang limpahan. Limpahan saja jelaskan tengok dari segi dividen,tengok dari segi RM 13 bilion STR, tengok dari segi RM 10 billion sistem persaraan itu semua langkah-langkah yang kita ambil pihak Kerajaan. Kemudian daripada GLIC ini ratusan ribu pekerja GLIC juga di minta dinaikkan kadar upah.

 

  1. Ketiga, gaji progresif dan gaji minima di pihak swasta. Tetapi langkah-langkah ini terpaksa kita lakukan upskilling. Upskilling ini maknanya macam TVET 3 dan SKM 3. SKM 3 itu gaji minimum adalah RM 3,000. Walaupun kelulusanya adalah TVET jadi apa yang dilakukan boleh TPM 1, dalam majlis TVET itu ialah menentukan supaya peluang itu lebih dan ini termasuk umpamanya anak-anak maahad tahfiz yang dibawa ke TVET dan dengan sendirinya akan dapat gaji minima. Sekarang gaji memang RM 2,000 tetapi kalau dia upskill boleh cecah RM 3,000.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 3

(YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HASSAN – AHLI PARLIMEN SRI GADING)

 

Kenaikan gaji daripada RM1,500 kepada RM1,700, kami dapati bahawa SME, kebanyakan SME, syarikat-syarikat medium ini adalah merupakan antara yang terbeban dengan kenaikan gaji. Apakah langkah Kerajaan untuk membantu SME supaya dapat terus beroperasi tanpa membuang pekerja-pekerja mereka.

 

JAWAPAN SOALAN TAMBAHAN 3

 

  1. Sri Gading kalau saya jelas dari soalan itu maknanya terkait dengan kedudukan PMKS atau SME. Kalau kita lihat dari segi belanjawan, pinjaman dan kemudahan kewangan ditambah itu besar, saya tidak dapat ingat angkanya sekarang, tetapi dalam belanjawan ini kali pertama kita tingkatkan upaya PMKS.
  2. Tetapi PMKS seperti kita tahu dia ada grading Ada yang betul-betul di peringkat terendah yang’masih sukar. Jadi dalam kes seperti itu, beberapa langkah melalui agensi-agensi baik sama ada MARA atau PUNB ataupun TEKUN yang untuk membantu dari segi modal, dari segi kepakaran, dari segi latihan kepada PMKS yang banyak diselaraskan juga oleh MITI melalui MATRADE dan beberapa agensi yang terkait.

 

SOALAN TAMBAHAN 3

 

Terima kasih YAB Perdana Menteri. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Malaysia berniat untuk diklasifikasikan sebagai negara berpendapatan tinggi dalam bahasa Inggeris high income country. Tetapi untuk kita capai sasaran ini pada tahun 2050, kadar produktiviti negara perlu ditingkatkan lebih dua kali ganda. Pada 10 tahun yang lepas, kadar produktiviti negara meningkat dalam kadar 2.4%, ia perlu dilipat kali gandakan ke 5% setiap tahun.

Persoalan saya, apakah rancangan Kerajaan bukan sahaja untuk meningkatkan gaji tetapi kadar produktiviti pekerja supaya capai peningkatan 5% jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, mereka membelanjakan 2% ke 4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negara bagi tujuan kaji selidik, tetapi di Malaysia kita hanya belanjakan 0.8% dari KDNK Negara.

Terima kasih YAB Perdana Menteri.

 

JAWAPAN SOALAN TAMBAHAN 3

  1. Baik, soalan tepat. Sebenarnya kenaikan gaji itu juga terkait dengan peningkatan produktiviti. Saya beritahu banyak kajian di beberapa negara seperti Jepun, Korea, peningkatan produktiviti yang tinggi yang menyebabkan ada lonjakan gaji. Dalam kes di Malaysia, ada juga kes di mana produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Ini kita sedang perhatikan tetapi bagaimana harus kita tingkatkan produktiviti?

 

  1. Pertamanya, upskiling seperti mana dilakukan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Keduanya, memperkenalkan beberapa disiplin baru seperti Artificial Intelligence (AI), digital, energy, teknologi baru di universiti dan pusat latihan dan centres of excellence (COE).

 

  1. Banyak syarikat-syarikat baru yang masuk melabur kita syaratkan mewujudkan centres of excellence ini termasuk NVIDIA, Google, Microsoft, Infinion. Semua ada kita wujudkan centres of excellence, training, upskilling supaya dengan cara begini terutama AI. Saya akui AI ini satu pendekatan yang mencabar kerana walaupun kita jadikan ini dasar yang jelas tetapi penguasaannya itu masih terbatas.

 

  1. Arahan kepada semua pusat pendidikan termasuk sekolah menengah dan universiti memberikan tumpuan kerana saya berpendapat penguasaan AI ini akan menentukan sama ada Malaysia ada keupayaan dari sudut peningkatan produktiviti.

Terima kasih.

 

SOALAN TAMBAHAN 4

Kemaslahan yang berbangkit adalah pendapatan KDNK sebenar yang tinggi dan juga pendapatan-pendapatan berdasarkan produktiviti tetapi kenaikan harga barang tidak seimbang. Ia naik ikut seronok dia. Jadi apakah usaha Kerajaan untuk memastikan supaya kenaikan kos hidup dan juga harga barang ini diseimbangkan dengan pendapatan.

Yang kedua Yang Amat Berhormat apakah YAB bercadang untuk akaun satu itu dibenarkan untuk dikeluarkan dan masuk ke akaun 3. Rakyat tengah susah sekarang. Ini permintaan rakyat. Saya tidak pernah saya dapat respons yang begini besar dalam 1 jam 1 juta rakyat bentuk respons kepada TikTok-nya.

 

JAWAPAN SOALAN TAMBAHAN 4

  1. Ini kali pertama saya dengar teori ekonomi yang boleh seimbangkan harga barang dengan pendapatan. Tetapi saya mungkin kena belajar lagi teori ekonomi. Sebenarnya, harga barang itu tidak ada kaitan sama sekali dengan pendapatan. Ia soal supply and demand.

 

  1. Dan keduanya pemantauan, saya setuju. Maknanya kalau harga itu tidak sepatutnya dinaikkan, pemantauan itu harus lebih ketat dan supply harus ditingkatkan dan memberi kaedah umpamanya import sementara ini daripada mana negara yang memberikan pulangan yang lebih jauh lebih murah, itu langkah-langkah yang diambil.

 

  1. Saya tidak dinafikan bahawa ada permasalahan yang kita hadapi dari segi kos sara hidup. Kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran masih rendah, tetapi dibanding dengan pendapatan rakyat dibandingkan dengan pengalaman yang kita dihadapi oleh terutama rakyat berpendapatan rendah memang menimbulkan masalah. Jadi sama ada melalui NACCOL, Jawatankuasa dan Menteri berkenaan memang kita berikan ini keutamaan.

 

  1. Yang keduanya akaun ketiga tadi saya sudah jawab, lain kali Arau kena datang awal sikit. Sebab saya sudah jawab soalan tadi. Saya sebut tadi kalau kita lihat umpamanya dari segi dividen, dari segi matlamat ini memang saya faham ada keperluan yang mendesak. Kalau betul ada bukti mendesak pengurusan KWSP memang beri sedikit kelonggaran. Tetapi kita harus ingat, KWSP itu ditubuh dari awal usai kemerdekaan adalah untuk menjamin masa depan pencarum.

 

  1. Jadi kalau kita ambil semua ataupun sebahagian besar maka, masa depan dia tu gelap. Itu masalah yang kita harus imbangi di antara keduanya.

 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.