BERITA TERKINI
PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas.
Berucap pada majlis perhimpunan MoF di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.
Beliau berkata warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.
“MoF perlu digeruni kerana tata kelola yang tegas,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.
“Saya harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda,” kata Anwar.
Anwar berkata MoF harus memantau prinsip kewangan yang lebih telus kerana ia satu misi besar kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
“Soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas, maka negara akan gagal,” katanya menambah Kerajaan Perpaduan pimpinannya tekad untuk membangunkan Malaysia supaya menjadi hebat bukan sahaja di rantau ini, malah di dunia.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- PM ANWAR MAHU BUDAYA BERI CENDERAHATI DIHENTIKAN
- KELULUSAN PROJEK TEBATAN BANJIR BERNILAI RM7 BILION MELALUI RUNDINGAN TERUS DITELITI SEMULA – PM ANWAR
- PM MAHU PENJAWAT AWAM KENDALI TUGAS BESAR
- KERAJAAN TUMPU USAHA TURUNKAN HARGA BAHAN MENTAH – PM ANWAR