MALAYSIA-SINGAPURA BINCANG HUBUNGAN, KERJASAMA DUA HALA DI HAINAN – PM ANWAR

BERITA TERKINI

 

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hainan, China pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan PM Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini.

“Semoga hubungan akrab kedua-dua negara kian utuh dan subur. Insya-Allah,” katanya.

Pertemuan empat mata bersama Lee diadakan sebelum PM Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China hari ini, yang merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke China.

Semalam, pesawat khas yang membawa PM Anwar mendarat di Lapangan Terbang antarabangsa Boao pada pukul 5.29 petang (waktu tempatan sama dengan waktu Malaysia).

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam lawatan berkenaan.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.