PM ANWAR RAI GOLONGAN BELIA DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA

BERITA TERKINI

 

PUTRAJAYA, 5 April — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berbuka puasa bersama golongan belia, atlet paralimpik dan anak yatim di Kompleks Seri Perdana di sini.

Majlis itu dihadiri penuntut pelajar universiti, atlet serta warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Antara atlet yang hadir pada majlis tersebut ialah atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin, atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan pemanah negara, Mohd Juwaidi Mazuki.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh KPT dan KBS itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 24 anak yatim dari Rumah Bakti Al- Kausar.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar universiti serta warga kementerian yang hadir sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

— BERNAMA 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.