![](https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/Perdana-Putra-02.png)
BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, 6 April — Kenyataan media yang didakwa dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri berhubung siasatan kes salah guna kuasa terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah palsu.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi penafian yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini, memaklumkan Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang ditularkan menerusi media sosial.
“Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut JPM.
Terdahulu, kenyataan palsu yang bertarikh 6 April itu memaparkan dakwaan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap kes salah guna kuasa melibatkan perkhidmatan KSN dan KPPA.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PM ANWAR MAHU BUDAYA BERI CENDERAHATI DIHENTIKAN
- MEMORANDUM TRANSFORMASI PARLIMEN TELAH DISERAH KEPADA PM
- PM ANWAR MULA TUGAS SECARA RASMI DI PERDANA PUTRA
- PM ANWAR ARAH JEMAAH MENTERI AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021
- KERAJAAN SUNTIK PINJAMAN RM152.6 JUTA UNTUK SIAPKAN OPV1 – PM ANWAR