AGONG BERKENAN MENERIMA MENGHADAP, BERBUKA PUASA BERSAMA PM ANWAR

BERITA TERKINI

KUANTAN, 18 April (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Abdulaziz di sini hari ini. 

Mesyuarat itu merupakan aktiviti mingguan Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat dengan Perdana Menteri dalam urusan serta isu berkaitan kerajaan. 

Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa di Dewan Santapan Besar istana tersebut. 

Turut berangkat ke majlis berbuka puasa itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda Seri Paduka termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

Selain itu, majlis turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan. 

Sebelum itu, Perdana Menteri turut bertemu dengan lebih 3,000 penjawat awam negeri ini di Kompleks Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, bagi menyampaikan amanat beliau.

— BERNAMA 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.