KERAJAAN KOMITED JAMIN KEBEBASAN, MEDIA TERBUKA – PM ANWAR

BERITA TERKINI

 

KUALA LUMPUR, 1 Mei  — Kerajaan komited menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter hari ini, mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).

Kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 (60.53 mata).

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.