PERALIHAN DWIRANGKAIAN 5G: IMPLIKASI KEWANGAN KERAJAAN DIKURANGKAN – PM

BERITA TERKINI

 

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan peralihan model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian akan mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan dalam skala besar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata implikasi kewangan dapat dikurangkan melalui peralihan dasar 5G itu kerana ia membabitkan penglibatan syarikat telekomunikasi iaitu antara syarat yang ditetapkan kerajaan.

“Menetapkan syarat semua telco menggunakan rangkaian DNB, struktur yang ada sehingga siap 80 peratus daripada rangkaian kemudian memastikan ketersambungan itu dijalankan termasuk di desa dan pedalaman.

“Sekiranya ini dipersetujui, maka setelah menggunakan kemudahan yang sama, syarikat telco yang mencatat keuntungan yang sangat baik selama ini dikehendaki melabur supaya menjamin keselamatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai kemungkinan keputusan kerajaan beralih daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian mengakibatkan beberapa kemudaratan kepada kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna.

–BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.