KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN M40 – PM ANWAR

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan golongan M40.

Beliau berkata dakwaan beberapa pihak bahawa pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada golongan B40 sehingga mengabaikan kumpulan yang berpendapatan sederhana itu adalah tidak tepat.

“Jadi beberapa langkah telah kita ambil tetapi andaian beri lebih kepada B40 itu tidak betul sebagai contoh tengok semua sekolah menengah sains atau MRSM (Maktab Rendah Sains Malaysia) termasuk Kolej Melayu dan lain-lain, manfaatnya kepada golongan paling miskin itu sangat kecil tidak sampai satu atau dua peratus.

“Sebab itu saya usulkan kepada Menteri Pendidikan baru-baru ini, menyatakan bahawa sama ada sekolah khas dicadangkan atau tidakpun mesti diperuntukkan satu hingga lima peratus sahaja bagi yang benar-benar miskin. Kalau tidak kesenjangan itu akan terus berlaku,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Sementara itu, menyentuh mengenai meritokrasi dalam pendidikan, Perdana Menteri berkata sistem itu penting tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya kriteria bagi memastikan pengurusan dan tata kelola negara yang adil.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.