JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, di sini, sempena lawatan beliau ke negeri ini.
Berangkat sama ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Menurut hantaran itu, Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada pukul 11.20 pagi dengan pertemuan berlangsung kira-kira sejam.
Anwar juga dijadualkan menghadiri Program “Temu Anwar” di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, dekat sini dan melawat Hospital Sultanah Aminah.
— BERNAMA