TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS LIBAT URUS BELANJAWAN 2024
‘MEMPERKASA MALAYSIA MADANI’
BERSAMA
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
14 JULAI 2023 (JUMAAT)
KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA
- Terima kasih ke atas kehadiran wakil dari persatuan-persatuan, pengusaha, pelabur, peniaga koperasi dan pakar ekonomi. Dalam beberapa bulan yang lalu, saya aktif dalam mengadakan beberapa pertemuan dengan kelompok-kelompok kecil pakar-pakar ekonomi secara berkala dan juga menerima pandangan daripada peniaga-peniaga tentang bagaimana harus ditingkatkan lagi usaha memacu pertumbuhan, menarik pelaburan dan di samping itu, mewujudkan satu dasar yang menunjukkan keprihatinan dan ihsan kepada rakyat sesuai dengan kerangka Malaysia MADANI.
- Pagi tadi telah diadakan perbincangan dengan Elon Musk menerusi video conferencing disebabkan keuzuran beliau tetapi ada beberapa hal yang sangat menyegar dan meyakinkan kita. Beliau memilih Malaysia sebagai salah satu pusat penting dan bersetuju untuk memulakan pergerakan dengan mewujudkan ibu pejabat bagi kegiatan beliau di Cyberjaya dan akan beroperasi dalam masa sesingkat mungkin.
- Kegiatan kereta elektrik (EV) akan ditingkatkan melalui TESLA, sementara Starlink yang merupakan kemudahan akses Internet yang lebih demokratik menjurus kepada isu kemanusiaan juga turut dipertimbangkan. Beliau tekankan kepada saya bahawa ini sebenarnya “The future agenda for mankind, not to allow inequality to persist and to ensure that there is a opportunity for every single citizen, the most remote parts of the country to have access to Internet”.
- Ia lebih murah dan lebih kompetitif. Beliau hanya dapat menyediakan peringkat awalnya 40 kemudahan yang kita boleh letakkan di kampung-kampung, universiti, kolej yang sebagainya tetapi beliau memberi jaminan untuk memberi arahan supaya menjadikan Malaysia ini sebagai satu pusat atau negera yang penting untuk diberikan tumpuan.
- Selain daripada TESLA dan Starlink, Space X juga merupakan satu rencana beliau dan menariknya kerana apabila diluncurkan pada tahun 2009, kita adalah antara negara yang telah memberikan dukungan awal kepada beliau dalam keadaan banyak negara-negara lain termasuk negara barat tidak memberikan keyakinan.
- Jadi beliau menyebut kepada saya tentang bagaimana tersentuhnya beliau tentang keyakinan kita dan saya kata, walaupun saya secara peribadi tidak boleh mengambil kredit kerana ini dilakukan oleh pimpinan-pimpinan terdahulu, tetapi Malaysia tentunya bangga dengan keputusan itu terutama kerana terdapat tiga (3) syarikat utama di Malaysia yang sebenarnya memberikan pengisian dalam program itu.
- Saya telah memberi jaminan supaya Menteri Komunikasi dan Digital serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saudara Fahmi dan Tengku Zafrul akan memastikan ketiga-tiga syarikat itu diberikan ruang dan perhatian supaya mendapat sinergi dengan keperluan Elon Musk. Beliau memberi jaminan akan mengadakan lawatan dan kunjungan ke Malaysia dalam masa sesingkat mungkin.
- Ini memberi gambaran tentang keyakinan pelabur asing untuk datang ke sini. Sebab saya tahu Tan Sri Tengku Muhammad Taufik pun ada di sini, apabila ada Persidangan Energy Asia baru-baru ini, kita lihat beberapa kemajuan termasuk dari Saudi Aramco untuk mengembangkan pelaburan mereka di Johor dan mungkin di tempat lain. Pengerusinya sendiri, saudara Amin H. Nasser telah memberitahu kepada saya bahawa beliau mahu menjadikan Malaysia ini sebagai tapak di rantau ini.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong tatkala menunaikan haji sempat berbicara dengan Putra Diraja, Mohammed bin Salman yang juga merupakan Perdana Menteri Arab Saudi yang turut memberikan pendekatan yang sama iaitu Malaysia akan dijadikan hub untuk minyak dan gas bagi pihak Arab Saudi.
- Ada beberapa kegiatan lain selain dari PETRONAS dan Saudi Aramco yang saya percaya akan dijelaskan kemudian, tetapi ini semua menunjukkan bahawa ada kelebihan di Malaysia yang patut kita manfaatkan kerana Malaysia boleh bertapak semula sekiranya kita boleh menarik pelabur ke negara ini.
- Oleh itu, saya rasa selain daripada masalah-masalah yang kita warisi; hutang, defisit, kedudukan dan senario ekonomi global yang mencabar, ada juga beberapa berita baharu dan harapan yang harus kita manfaatkan. Dalam Belanjawan yang lalu, saya telah tekankan tentang bagaimana kita harus pacu ekonomi yang terangkum dan mampan tetapi ia tertakluk juga kepada keupayaan kita melakukan reformasi, tata kelola dan institusi.
- Ini tentunya kontroversi kerana dia agak bersifat politik. Kalangan yang umpamanya selesa dengan cara lama, dengan memberi sogokan rasuah untuk mendapatkan kelulusan atau mendapat kontrak besar tanpa tender, itu tidak senang dan memberikan serangan yang kuat kerana kata mereka, pentadbiran sekarang khususnya Perdana Menteri terlalu sibuk dengan soal rasuah dan tidak mentadbir negara.
- Mereka lupa bahawa punca malapetaka negara ini di antara lain adalah kerana hilang keyakinan. Semalam, salah seorang konglomerat besar dari Hong Kong, Richard Lee telah berjumpa saya dan berbincang panjang dalam soal peluang pelaburan dan beliau lebih yakin serta mengucapkan tahniah kerana beliau kata ada usaha gigih pemerintah sekarang untuk mengikis imej negatif bahawa Malaysia ini sarang rasuah, dan kata-kata beliau tidak boleh dinafikan, saudara bacalah media di seluruh dunia, Malaysia memang selalu dikaitkan dengan masalah ini.
- Jadi sebab itu kita harus tegas, pacu pertumbuhan, tarik pelabur, reformasi institusi dan jamin dalam masa yang sama supaya masyarakat kita tidak tersisih dan terbiar terutama yang miskin sama ada miskin bandar atau desa. Saya percaya kalau ekonomi itu dapat meningkat, semua kempen kotor untuk menimbulkan kebencian antara kaum dan menimbulkan salah faham agama itu akan dapat dikurangkan.
- Saya tidak akan sebut tentang beberapa pencapaian suku tahun pertama, ada kebimbangan bagi bulan April dan Mei tetapi angka terakhir menunjukkan ada lonjakan semula bagi bulan Mei dan Jun. Ini mungkin ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) kemudian ataupun dalam dialog sebentar lagi. Terima kasih juga kerana yang hadir ini luar biasa ramainya dan mewakili semua peserta-peserta penting di Malaysia. Maknanya kalau berdasarkan kehadiran hari ini, kegiatan di luar ekonomi itu malap kerana semua ada di sini sebenarnya.
- Ada orang tanya mengapa kita beri penekanan umpamanya tentang isu-isu rakyat. Esok umpamanya saya akan ke Kedah, kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diselenggara oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), semua agensi pusat dan juga BERNAS. Satu kerja yang telah berbulan-bulan dilakukan dan diselaraskan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara kerana selagi kita gunakan teknologi yang sama, pendekatan yang sama maka jumlah subsidi untuk rakyat miskin dan beban kemiskinan itu akan ditanggung bertahun atau berpuluh tahun akan datang.
- Maka akan diadakan satu pendekatan baharu untuk memastikan ada peningkatan produktiviti bagi padi dan beras negara. Itu akan saya umumkan secara lebih terperinci esok dan ada kegelisahan di kalangan penjawat awam yang juga harus diketahui oleh saudara-saudari kerana selalunya apabila disebut angka itu dia kata kita ini bloated bureaucracy dan menjadi mantera yang diterima semua. Mungkin ada sedikit kebenaran tetapi apabila kita teliti dan saya meminta rakan-rakan yang membuat kajian dan yang meneliti, rupa-rupanya kebanyakan negara tidak masukkan jumlah umpamanya angkatan tentera polis dalam jumlah birokrasi itu, jadi dari segi peratusan sebenarnya lebih rendah.
- Negara Singapura tidak memasukkan armed forces and police, sesetengah negara tidak memasukkan golongan profesional seperti guru, doktor dan tenaga profesional perubatan. Akan tetapi, yang kita tidak boleh nafikan ialah bahawa harus ada juga reformasi dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan mutu khidmat tetapi juga keprihatinan kita dan pengakuan kita bahawa kadar ganjaran upah itu tidak setimpal dengan pengorbanan khidmat mereka. Kita harus tangani hal ini.
- Dasar yang bakal diumumkan dalam memperkasa Ekonomi MADANI yang diharap akan diumumkan akhir bulan ini atau awal Ogos ialah yang pertama, agar Malaysia menjadi peneraju ekonomi Asia. Dalam pada itu, memastikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bertaraf global. It is a major challenge with the extremely vibrant and competitive environment in the region. How to make Malaysia the really efficient and more competitive.
- Efficient in terms of ease of doing business, competitive in terms of what we can give both to the Foreign Direct Investments (FDI) and also domestic investment. In my discussions and dialogue, quite number of you express why this special emphasis on FDI? I said we will have to continue to do that. Make no apologies on the requirement, the need to attract Foreign Direct Investments, at the same time we will make sure that the facilities incentive accorded must be equally given to the domestic investors.
- Membina ekonomi berteraskan inovasi dan pengetahuan. Perbincangan saya bersama Elon Musk pagi tadi umpamanya ada kaitan bagaimana beberapa syarikat tempatan mempunyai keupayaan untuk bersama dan tidak diberikan tumpuan, galakkan dan dukungan yang lebih dan ini harus kita berikan perhatian.
- Kemudian, keupayaan dalam ekonomi Islam yang kini mencecah lebih USD satu trillion dan juga jaguh Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) serantau. Kedua, kita juga memberikan penekanan kepada rakyat bahawa pertumbuhan dan pemacuan ekonomi ini akan menjamin kehidupan rakyat itu ditingkatkan dan lebih berkualiti. Pekerjaan pendapatan tinggi, peluang yang lebih adil dan saksama, penyampaian perkhidmatan terbaik dan perlindungan sosial untuk golongan rentan.
- Maka sebelum dibentangkan Belanjawan MADANI 2024, penting untuk saya umumkan beberapa langkah utama dan segera sebagai ikhtiar awal untuk merealisasikan pemerkasaan ekonomi MADANI. Selain daripada apa yang saya sebutkan, akan melibatkan beberapa pengumuman baharu hari ini.
- One key element of the MADANI empowerment is establish Malaysia as a global competitive investment destination. Malaysia will streamline its investment promotion agencies. By the end of 2023, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) will take the lead in reducing duplication among IPAs and at the same time strengthen the focus of handling investors, both domestic and foreign with the focus of translating approved investments into realized DDI and FDI, which means all the umteenth agencies will be only coordinated by Malaysian Investment Development Authorit (MIDA) respective whether there are agencies within a ministry or different ministries, you only go to MIDA and MIDA will coordinate the rest I have mentioned this and approved by the cabinet to suggest that we will not tolerate any departments or agencies that would insist that the old procedures sometimes are obsolete, must be observed or respected because this will be then coordinated and finally decided by MIDA.
- To better facilitate investors into Malaysia, the government will actively issue strategic investor pass for investors to enter into Malaysia on a multiple entry basis. For example, in Singapore, to attract professionals from Singapore, we have this Finance Zone in Johor. They require good accommodation and facilities, international school and golf course. I do not know what relevance has golf course got to do with good business but we satisfy them at the same time, they require multiple entry visa and there is no reason why we should delay this.
- Through this facilitation, strategic investors identified by MIDA will be able to stay in the country for a minimum of five years with a view to be extended for another five years. Earlier, we have given the full authority to Bank Negara in deciding professionals to be taken by the financial sector. In the past, after the approval given by Bank Negara, you have yet to go to Ministry of Home Affairs and etc and they will cause further delay.
- However, from the last two months, our decision was to give full authority to Bank Negara. Once Bank Negara decides and approves, then automatically approved by all the relevant agencies accepting, of course, if you identify him or her as a terrorist, cannot discount some of this potential investors. But I don’t think this is going to be the norm, probably very few exception and when I asked the list from Ministry of Home Affairs, from those names approved by Bank Negara, not one has been categorized as a terrorist suspect, good news.
- Now, third, to help address critical skills shortages, the government will extend the scope of digital nomad professional visit pass to cover manufacturing related skill sets. Through this path, eligible professionals such as E & I designers can move into Malaysia and freelance for up to two years.
- Selanjutnya, bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Kerajaan, beberapa langkah dilaksanakan dalam menyegerakan pelaksanaan projek cakna rakyat. Dalam belanjawan 2023 umpamanya setakat Jun 2023, RM188 bilion telah pun dibelanjakan iaitu 49 peratus daripada peruntukan lebih tinggi ketimbang perbelanjaan sebenar tempoh yang sama tahun lalu. Maknanya ada perubahan pelaksanaan. Kecepatan atau kepantasan pelaksanaan jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya tetapi saya telah beritahu dan beri arahan belum cukup memuaskan kerana kita boleh harus menjangkau lebih 60 peratus untuk sebelum bulan Ogos.
- Sehubungan itu, kita laksanakan pemusatan kuasa atau decentralization peruntukan tambahan dan memberi kelonggaran tatacara perolehan. Umpamanya jika projek itu RM50 juta ke bawah diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Teknik Sabah dan Sarawak. Ini bahaya apabila Menteri Kewangan silap juta ni sebab ringgit ini Gabenor punya hal. Luckily, he is here for a dialogue with the some relatively better news otherwise we have been ini trouble (nada seloroh).
- Peruntukan RM100,000 kepada semua jurutera daerah untuk melaksanakan pembaikan kecil di peringkat daerah. Apa maksud projek-projek kecil ini? Membaiki tandas sekolah yang hampir keseluruhannya tidak baik, bumbung dan sebagainya ini boleh disegerakan dan saya berikan arahan untuk menoktahkan kemiskinan tegar untuk keselesaan sekolah-sekolah dengan kemudahan asas seperti tandas.
- Itu mesti disegerakan dan ini termasuklah rumah pasukan tentera kita. Chief ada di sini dan kita memang tengok di beberapa tempat yang kita lihat dalam keadaan yang sangat daif. Jadi saya telah meluluskan untuk kor kejuruteraan RM200 juta supaya mereka dapat laksanakan segera untuk baiki bukan buat rumah baru, bukan betulkan struktur tetapi baiki perumahan-perumahan yang bocor ataupun tandas yang rosak dan pintu yang lekang dan sebagainya. Esok insya-Allah saya akan umumkan beberapa langkah lain untuk anggota polis termasuk penjara. Saya ada sedikit sentimen untuk membantu rumah-rumah penjara.
- Ini sama juga dengan projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu penambahan RM100 juta. Bagi Kementerian Pendidikan adalah sebanyak RM1.5 bilion dan kalau ada kelewatan, kita telah beri kelonggaran pelaksanaan termasuk untuk disenggarakan oleh PIBG.
- Ada beberapa langkah baru yang saya umumkan sekarang berhubung aspek peluang pekerjaan dan meraih pendapatan. Government-linked companies (GLCs) yang menyediakan 35,000 peluang pekerjaan akan turut mengambil lepasan TVET bekerja. Saya sudah minta semua GLCs memberikan laporan berkala tentang berapa jumlah yang diambil supaya target kita untuk memperoleh 35,000 pekerjaan akan dapat dipenuhi.
- Kementerian kewangan menetapkan secara dasar supaya semua syarikat GLCs yang mengambil pelajar yang menjalani praktikal / latihan industri / internship dan saya merayu kepada syarikat-syarikat yang mengambil intern. Intern ini adalah graduate atau siswazah, tetapi sesetengah syarikat yang ambil tidak bayar atau kalau bayar kecil sangat. Jadi untuk permulaan, intern dari segi tradisi memang tidak dikenakan bayaran, betul sebab ia adalah exposure and training tetapi jika dia datang daripada keluarga yang miskin dan kadang-kadang beberapa dialog saya di universiti, mereka merayu betul, dahlah habis belajar kemudian tidak ada lagi pinjaman, bantuan dan PTPTN. Jadi terpaksa bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu untuk kerajaan dan syarikat GLCs, elaun perantisan minimum RM800 sebulan untuk semua intern. Cadangan ini diberikan kepada saya oleh seorang pelajar tingkatan enam. Walaupun kita perlu input daripada pakar-pakar ekonomi tetapi kadang-kadang pelajar tingkatan enam bagi cadangan yang baik, jadi saya terima. Bank Simpanan Nasional akan meluncurkan Program Geran Padanan Pendigitalan PMKS dengan peruntukan RM100 juta pada Ogos 2023.
- Akhirnya ialah soal perlindungan sosial untuk rakyat yang memerlukan 80 peratus daripada nilai caruman PERKESO ditanggung oleh Kerajaan bagi menggalakkan pekerja gig membuat caruman PERKESO dengan peruntukan RM100 juta.
- Skim Perubatan MADANI turut diperkenalkan terutama bagi golongan miskin untuk mendapat rawatan dari pengamal perubatan awam swasta (GP) dengan peruntukan RM100 juta. Sambutannya sangat baik, oleh itu, Menteri Kesihatan atau Kementerian Kesihatan telah minta diperluaskan, maka kita memperluaskan skim ini ke tujuh negeri, terutama negeri yang lebih pesat penduduknya.
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk meringankan kos sara hidup di tambah kerana setakat ini lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data E-kasih akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SAR) mulai 17 Julai 2023 berjumlah RM600 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas. Maknanya ini adalah tambahan 200,000 penerima STR berdasarkan data E-kasih, mereka mendapat RM600 mulai 17 Julai.
- Ini adalah beberapa langkah baru yang kita ambil yang lain itu saya telah menerima beberapa memorandum termasuk daripada SME, ANGKASA, persatuan, dialog-dialog dan kita ambil kira termasuklah perbincangan yang akan diadakan pada hari ini.
- Saya sekali mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kesediaan saudara-saudara memberikan kerjasama dan kita percaya dan yakinlah bahawa kalau ada satu tekad yang begini, saya percaya kita boleh angkat semula martabat ekonomi Malaysia sesuai dengan harapan kita untuk menjadi satu gergasi di rantau ini.
Terima kasih, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
14-Julai-2023-MAJLIS-LIBAT-URUS-BELANJAWAN-2024-MEMPERKASA-MALAYSIA-MADANI-BERSAMA-YAB-DATO-SERI-ANWAR-BIN-IBRAHIM-PERDANA-MENTERI-DAN-MENTERI-KEWANGANDownload
Similar Posts:
- MALAYSIA SAMBUT BAIK PEMBANGUNAN NUSANTARA – PM ANWAR
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- KERAJAAN TUMPU USAHA TURUNKAN HARGA BAHAN MENTAH – PM ANWAR
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- USAHA DAMAI DI MINDANAO HARUS CAPAI KEJAYAAN – PM ANWAR