
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS JAMUAN NEGERI SARAWAK
28 SEPTEMBER 2024 (SABTU) | 9.00 MALAM
HOTEL PULLMAN WATERFRONT, MIRI
SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam sejahtera.
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat bersama-sama pada malam ini. Saya hadir bersama rakan-rakan dan ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat saya;
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg,
Premier Sarawak;
Yang di-Pertua Dewan Negara;
Yang di-Pertua Dewan Rakyat;
Menteri-menteri Persekutuan dan Negeri;
Ketua Setiausaha Negara;
Setiausaha Kerajaan Negeri; dan
semua terutama di sekitar Miri.
- Saya datang untuk bersama-sama tadi dalam MADANI Rakyat dan malam ini di Miri. Esok ke Kapit untuk menyaksikan program-program baru termasuk IPD baru yang akan disenggara bersama Menteri Dalam Negeri, YB Saifuddin Nasution. Saya bangga kerana aturan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sebelum ini saya banyak tertumpu pada Kuching, jadi sekarang kita dapat melihat kerana sepertimana kita tahu Malaysia itu kalau di Semenanjung bukan sahaja di Kuala Lumpur atau Putrajaya tetapi juga daerah-daerah lain. Begitu juga Sarawak, kesempatan melihat sendiri pelbagai daerah, suku kaum, agama. Itu menjadikan Malaysia ini sesuatu yang benar-benar negara yang majmuk dan boleh memberikan satu contoh yang baik.
- Saya akan mulakan dengan menyatakan bahawa perkembangan dalam tahun akhir ini agak membanggakan. Permulaan Kerajaan MADANI ini tentulah terpaksa melalui liku-liku dan kembimbangan kerana kita mewarisi satu sistem yang tak stabil dan dibimbangkan. Tetapi kerjasama yang ditunjukkan dan saya ambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak Kerajaan Pepaduan MADANI kepada Kerajaan Negeri Sarawak khususnya Premier Abang Johari yang menunjukkan satu sikap yang sangat positif, bersama-sama dalam membangunkan negara sebagai negara yang hebat di rantau ini.
- Apa yang ditekankan tadi sebagai kestabilan politik tidak boleh diremehkan. Kita mencapai kejayaan ini kerana kerjasama semua pihak. Malaysia ini negara dagang, the trading nation. Dan sosok negara dagang ini menuntut kita punyai hubungan yang sangat baik dengan negara jiran, rantau dan antarabangsa. Satu negara dagang berbeda dengan negara-negara lain tu akan berjaya dengan keupayaan negara itu menjalin hubungan dengan semua.
- Sebab itu bila Sarawak bicara soal jiran tentunya dengan Sabah dengan Brunei Darussalam dan Indonesia, itu bagi Kerajaan Malaysia umumnya itu sangat-sangat didukung. Pemerintahan Brunei Darussalam telah menunjukkan kesediaan mereka untuk meningkatkan hubungan secara langsung dengan Malaysia, dagang, pelaburan, kerjasama dengan pertahanan dan pelbagai bidang. Hubungan startegik sebagai jiran dengan Sarawak itu menuntut hala tuju yang lebih dan peningkatan kerjasama. Sebab itu saya maklum kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan kepada Premier Abang Johari untuk mengambil juga langkah-langkah di peringkat negeri Sarawak dan Brunei Darussalam supaya dalam semua bidang, kita jadikan jiran ini jiran yang akrab, yang boleh membantu.
- Kemudian kita berdepan dengan Indonesia. Di Indonesia ada peralihan pimpinan dalam beberapa minggu lagi dan Presiden yang baru, Prabowo, seorang sahabat lama, kenalan sudah puluhan tahun, minta saya bersama ketua-ketua negara ASEAN untuk hadir pada 20 Oktober ini. Dan saya percaya, meneruskan apa yang dilakukan oleh Presiden Jokowi, Presiden Prabowo lebih lagi. Sepertimana saudara tahu, ayahnya Prof. Sumitro Djojohadikusumo, pakar ekonomi telah mempunyai sedikit pergeseran dengan Presiden Soekarno dan oleh itu diusir dan beliau menetap di Kuala Lumpur.
- Presiden Prabowo (kemudiannya) belajar di Victoria Institution Kuala Lumpur dan sejak itu, hubungan dengan Malaysia ini sangat akrab dan sangat istimewa. Saya percaya dengan Presiden Prabowo, hubungan kita akan dapat kita tingkatkan dari segi pelaburan, kerjasama pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan segala bidang yang kita perlukan. Sebab itu kita galakkan Sarawak dan Kerajaan Sarawak untuk mencari jalan juga, meningkatkan kerjasama yang selari dengan dasar negara kita.
- Sekali lagi saya tekankan, negara dagang itu harus punyai sikap yang ke hadapan. Bulan Oktober ini juga kita akan adakan sidang pemimpin-pemimpin negara ASEAN di Laos. Insya-Allah Malaysia akan dipilih mengetuai dan mempengerusikan Negara ASEAN untuk tahun 2025. Pendirian kita ialah menjalin hubungan yang sangat baik sepertimana Malaysia dan juga Singapura sekarang. Kita ada Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) kerana itu akan menjana perubahan dan pelaburan baru.
- Saya telah juga berikan dukungan supaya cadangan Sarawak untuk eksport tenaga ke Semenanjung dan satu under sea cable ke Singapura itu diberikan dukungan dan kita telahpun memberikan persetujuan. Hubungan baik di ASEAN yang akan menumpukan kerjasama bidang digital, tenaga, rangkaian yang boleh memperkukuhkan pelaburan pertambahan. Ini akan memperkukuh kedudukan ekonomi kita. Saya memilih untuk menyampaikan ini di Miri kerana kadang-kadang isu-isu besar ini Cuma dibicarakan di kota-kota besar. Tapi oleh kerana Miri sudah jadi bandaraya, dia masuk dalam kategori kota besar, harus kita bicarakan hal-hal yang besar.
- Saya tidak katakan yang lain tidak penting. Tadi pun saya singguh tentang klinik-klinik, saya umumkan beberapa nama klinik-klinik baru dan yang diperbaiki yang telah diluluskan. Sepertimana yang Premier sebutkan tadi, projek-projek baik pulih sekolah dan sebagainya harus disegerakan, peruntukan telah diluluskan dan dihantar. Kadang-kadang pelaksanaannya baik di jentera Negeri dan Persekutuan harus beri kerjasama dan percepatkan. Saya beri contoh, kalau di Kuala Lumpur kita tengok mercu tanda. Twin Tower ada, bangunan gagah. Tapi saya katakan bawah pentadbiran kita, kita tak mahu tumpu ke arah itu. Saya nak pastikan prasarana selainnya itu diperbaiki. Ini termasuk juga sekolahnya yang lebih baik, kemudahan perubatan yang lebih baik, perumahan rakyat lebih baik dan gerai dan warung juga lebih tinggi mutunya. Ini diberikan tumpuan.
- Jadi baru-baru ini bila saya tekankan keperluan membangun projek perumahan, biasanya projek perumahan daripada ambil tanah sampai mahu mula digerakkan itu mengambil masa satu tahun setengah. Tapi oleh kerana kita kejar dan beritahu Ketua Setiausaha Negara bahawa pemerintahan ini harus cekap dan tegas, saya lihat kelulusan itu dengan syarat-syarat yang dipenuhi, boleh siap dalam masa 45 hari. Apakah yang nak disampaikan? Maknanya, satu kerja yang biasa satu tahun, boleh diselesaikan dalam masa 40 hari untuk memungkinkan projek itu dimulakan. Ini yang harus kita sampaikan. Dari pimpinan sehingga ke penjawat awam di semua peringkat. Tak boleh kita sebut tidak mungkin kerana boleh berlaku.
- Tetapi kita harus ingat, kelengahan ini bermakna orang yang menunggu mendapatkan rumah, tertunggu lebih setahun setengah. Tapi kalau kita boleh jalankan projek itu dengan pantas, tentutnya dengan syarat-syarat, dengan proses tender yang di fast track Tetapi dalam kes ini projek yang swasta, jadi tidak timbul isu tender, maka dipercepatkan, betul 45 hari. Tapi tender sekalipun, saya dah beritahu pada Kerajaan Negeri seluruhnya dan kepada Sarawak dan Sabah, proses tender itu boleh kita percepatkan apa yang disebut fast track. Saya tidak mahu teruskan dengan dasar yang lalu iaitu semuanya pakai rundingan. Rundingan atau negotiated tender ini ada penyakit. Kalau projek itu RM200 juta jadi RM240 juta. Kalau projek itu RM500 juta jadi RM700 juta, bebannya kepada rakyat. Maka, proses tender itu harus dipatuhi tetapi boleh dipercepatkan kerana kalau kita umumkan projek, tetapi pelaksanaan itu lambat, kos bertambah dan menjadi beban kepada rakyat.
- Saya beri contoh umpamanya, Lebuh Raya Pan-Borneo. Kos RM16 bilion, projek Kerajaan Persekutuan yang lama tertangguh. Tetapi kita lihat umpamanya cara dan tahap kecekapan di Sarawak sudah hampir siap, tinggal mungkin 4-5% lagi. Di Sabah baru cecah 50%, projek yang sama, peruntukan diluluskan. Tetapi kerana permasalahan kontraktor, masalah campur tangan, kadang-kadang berlebihan politik itu menyebabkan ada dua (2) corak kaedah pelaksanaan dan menyebabkan permasalahan masing di Sabah. Jadi Kerajaan baru oleh Ketua Menteri Hajiji berikan persetujuan supaya laluan ini dipercepatkan, proses tender itu dijalankan dengan telus dan dipercepatkan juga.
- Jadi saya ambil contoh-contoh ini kerana kita telah umumkan dan pada malam ini kita tidak bermaksud untuk mengumumkan projek-projek baru, tetapi projek-projek yang telah diumumkan bermula dari hal yang basic yang disebut. Soal elektrik, bekalan air, tebatan banjir, sekolah, klinik ini yang mendesak bagi rakyat harus disegerakan. Jadi bagi rakan-rakan yang beri kerjasama, saya ucapkan terima kasih. Yang lain itu harus mengambil contoh supaya dapat dipercepatkan proses tersebut.
- Di Miri ini antara soal yang dikeluhkan ialah soal lapangan terbang. Tapi saya lihat tadi lapangan terbang dah cantik, cukuplah (nada seloroh). Oleh kerana perkembangan baru, saya ingat kali terakhir hal lapangan terbang itu semasa saya Menteri Kewangan yang dulu tahun 1993-1994, bukan yang sekarang. Jadi sewajarnya harus diperbesarkan. Itu dipersetujui. Terutama kerana kadar pertumbuhan pelancongan tahun ini ketimbang tahun lalu, itu peningkatannya hampir 90%. Kita dah jadi tarikan kepada pelancongan. Masalah kita ialah penerbangan, kemudahan masuk lapangan terbang. Saya maklumkan tadi kepada Premier umpamanya Lapangan Terbang Tuaran yang dianggap kecil dan tidak termasuk senarai keutamaan. Tapi sekarang sudah menjadi tarikan pelancong Korea, Jepun dan China. Maka terpaksa diperbesarkan dengan kadar yang segera.
- Begitu juga lapangan terbang yang tidak ditingkatkan termasuk KLIA. Aerotrain yang rosak yang terbengkalai sebegitu lama. Sepatutnya orang yang menguruskan tahu. Dibayar kadar yang tinggi golongan profesional ini. Dia patut tahu lah berapa puluh tahun Aerotrain itu boleh dilaksanakan dengan baik dan apa unjurannya, bagaimana maintenance Tapi oleh kerana ada kecuaian, terpaksa dibebankan maka kita kena buat juga fast track. Dan mudah-mudahan dalam masa beberapa bulan ini akan sampai dan dapat dipersiapkan.
- Tapi ini suatu yang malang. Satu lapangan terbang yang paling utama dalam negara umpamanya, tidak punyai rancangan masa depan untuk 5-10 tahun dengan penambahan. Ini hal-hal yang harus kita fikirkan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Sebab itu saya setuju untuk beri perhatian dan dapat juga maklumat daripada Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Kementerian Kewangan. Saya akan bincang sekali lagi dengan Menteri Kewangan (nada seloroh). Tetapi pada malam ini, wajar saya umumkan bahawa projek pembesaran Lapangan Terbang Miri itu kita luluskan dan saya akan segerakan.
- They always say don’t ever assume that a dinner is free (in a joking tone). If I don’t announce, I think many of you will be dissapointed. But as always, I have already ascertained the fact that announcement of whatever project that is given priority, must be implemented at the fastest time possible. Otherwise you are back to square one. Malaysia must be more competitive, must be more resilient, must be more dynamic in its attempt.
- Because let me say this, we have an enormous opportunity. Never before we have seen such interest. The numbers of visitors coming here, the invitations we are getting, the attention that is given to us. Traditional allies in ASEAN, investors from United States, Europe, Japan, Korea and now growing interest from China. Recently we said as a trading nation, we are fiercely independent, we will engage and befriend all countries possible and that is precisely the reason why I go to Vladivostok on invitation of Presiden Putin of Russia to expand the trade and investments between Malaysia and Russia.
- Now having said that, I must say that cumulatively and growing interest remains from the United States, investments in Malaysia. Two nights back, I was with Amazon Web Services (AWS) announcing these enormous billions of investments into Malaysia and we have Google and Microsoft and most of these countries have regarded Malaysia as one of their major investment centres in the region.
- In terms of semiconductor, Malaysia is now regarded as the semiconductor hub for the region, and with Infineon, one of the largest semiconductor firms from Germany, deciding to invest in Malaysia with RM26 billions, and the fact that they have chosen Malaysia means that we are going ahead and propelling the economy not only to sustain the level that we have achieved this far but to reach the second level. From the back-end of fabrication but now to the front-end, which also calls for a paradigm shift, a new focus by the federal authority, the state, and municapality to ensure that our young boys and girls get the right training.
- Most would say that Malaysia is fortunate because we have a very disciplined work force, a professional work force, but talking to Nvidia, Microsoft and AWS two nights ago, Infineon, without exception, they say that we must focus on talent, training, on specialized training; not only engineers but higher end, the niche that is lacking on the specialization of digital and Artificial Inteligence (AI) which means that we need to use all our resources at our disposal and make the necessary shift; train our young. They have the capacity, what the need is the opportunity. Therefore, the Ministry of Higher Education and the Ministry of Education must shift fast.
- A few months after I assumed the premieirship, I said we should never compromise, making Bahasa as the national language, language of communication. But we must immediately change course. Having Bahasa, acknowledging that but giving more importance to English so that we remain as an important nation with Bahasa and English as level of communication.
- Now I must comment my friend Premier Abang Jo because he seems to be the first to take this challenge and responded and say yes; Sarawak will maintain Bahasa but will persue English and an important second language. That is consistent with our policy because we have to be more competitive and again i reiterate the point that we Malaysia is a trading nation. A trading nation must do whatever its neccessary including mastery of languages, level of profenciancy languanges. We have those with mastery of chinese and now there is an added advantage because chinese language is not the language of ethnic chinese in Malaysia. Chinese language is growing as an important economic language in this region. Therefore mastery in chinese language,”Hua-Ren”, all language is important; ”Ma Lai-Ren”,”Hua-Ren”, but in the context of economic language, ”Hua-Ren” is an important language. So, we don’t lose, where some in Peninsular we mastered Tamil languange, tamil is not a national language in India but language in the South where digital technolgy, digital transformation taking place in an unprecedented pace collaborating with the other establish companies and conglomaretes in the United States and Europé. So, we take advantage of this. We can see the differences in terms of cultures, sub-cultures and regions and states as problematic. As we have seen the voice of some minority expressing their demand in most vicious manner but we should also choose, we can also choose and we must choose to acknowledge the differences, to respect, to honour our commitment at the same time to realize that working together as a team representing all races, all region will make Malaysia a great nation in this region and insya’Allah in the world.
- Saya yakin saudara-saudara, ada orang kata kita impi impian dan tadi Abang Jo menerangkan bila ringgit diperkukuh, ’Oh ini tidak ada kena mengena dengan dasar negara, ini semua kerana kadar faedah oleh Federal Reserve (FED) di Amerika Syarikat. Ya, sebahagiannya tetapi mengapa kekuatan ringgit kita in terkuat di Asia, terkuat ketimbang 24 negara lain? Kerana politik yang stabil. Politik yang stabil itu bukan sebab Anwar Ibrahim, tetapi kerana seluruh kesepakatan kita dari semua wilayah dan negeri dan parti-parti politik terutama yang dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.
- Kemudian, stabilnya politik tidak cukup. Ada orang apabila politik stabil supaya dia senang rompak atau sakau tetapi ada orang yang menggunakan politik yang stabil untuk menetapkan dasar-dasar yang ke depan, dasar-dasar baharu. Saya bukan memilih datang ke sini hendak puji berlebihan Premier Abang Jo tetapi saya lihat di kalangan pimpinan, beliau punyai satu wawasan yang sangat ke depan, yang akan mampu mengangkat Sarawak. Dan ini umpamanya melihat apa itu kekuatan, apa niche, apa yang dikatakan comperative advantage, ’the theory of competitive nation’, dia ada comperative advantage, jangan kita compete dalam benda yang kita tidak punyai keupayaan lebihan. Jadi comperative advantage itu dilihat umpamanya nombor satu energy, tetapi energy itu dengan eko-sistemnya bermakna boleh export betul, ada hyrdo ya, training pun berbeza, digital ditumpukan, AI diberikan, penyelidikan baharu termasuk green hydrogen, amonia diberikan tumpuan.
- Ini memerlukan pasukan dan pimpinan yang punyai wawasan. Kalau saya umpamanya melihat sebagai yang diamanahkan di Putrajaya, saya lihat apa kekuatan yang ada di Sarawak dan kita dorong, kita berikan seluruh sokongan. Apa kekuatan yang ada di Selangor atau Pulau Pinang? Kalau semi konductor, masih Pulau Pinang, jadi kita berikan dukungan.
- Jadi kalau kita lihat umpamanya di daerah-daerah, kalau saya sebut tadi, economic zone di Johor-Singapura, jadi kita lihat perkembangan pusat-pusat yang gagah dan rancak dan bersaing untuk kebaikan. Jadi kita lihat sekarang pusat yang rancak dulunya di Pulau Pinang, Lembah Klang, Kinta, di Perak, Selangor dan di Johor, dan sekarang muncul Sarawak sebagai satu kekuatan baharu yang membanggakan kita. Sukan betullah juga.
- Jadi saudara-saudara saya melihat di sudut itu dan saya mahu ajak saudara-saudara lihat dari segi itu. Kita kukuhkan semangat kerjasama kita, perpaduan kita kerana tiada, tidak selalu saudara-saudara, percayalah, ini saya sebut setahun setengah yang lalu di Kuching, dalam sejarah negara-negara, ada ketikanya kita mesti melakukan anjakan dan ia memerlukan keberanian, courage. Kita beberapa tahun dahulu penat mendengar, pergi mana-mana dengar ’Well Malaysia has corruption’, pimpinannya semua mahu kaya. Itu yang dikatakan dan juga 1MDB, penat kita dengar.
- Dan sekarang kita lambat, dahulu kita maju tetapi sekarang kalah dengan Thailand, Indonesia, Singapura dan kalah dengan Vietnam. Vietnam itu dahulunya terkebelakang, pada 1993, lawatan saya ke Vietnam, Menteri-menterinya duduk bersama dengan kita meminta sedikit pengalaman, pengajaran tentang bagaimana hendak rangka kekuatan ekonomi. Tetapi kita sudah mula ketinggalan.
- Jadi, kita harus ambil keputusan, hendak terus lembab dan mundur, bergaduk soal titik bengik, hak kamu hak aku, kaum kau kaum aku, warna kulit aku warna kulit kamu atau bekerjasama membetulkan kerosakan-kerosakan dahulu, hentikan amalan rasuah dan penyelewangan, perbaiki tata kelola, punyai dasar yang jelas dan seluruh kekuatan digembeling untuk maju terus, angkat semula negeri kita dan negara kita sebagai yang hebat.
- Saya percaya dan yakin insya-Allah, sekiranya ini dapat dilakukan, kita baiki kelemahan kita, tidak ada siapa yang sempurna termasuk saya yang banyak kelemahan, Kita dengar dan kita perbaiki, kita tumpu perhatian dan saya percaya, sekarang baru hampir dua tahun dalam Kerajaan Persekutuan, kita lihat umpamanya ada kemajuan, pelaburannya, maknanya bayangkan kita boleh jaga pace ini, tingkatkan lagi semuanya, Menteri-menterinya, penjawat awamnya, Kalau penjawat awam mengeluh umpamanya kata ’12 tahun tidak ada siapa peduli, gaji tidak naik’, jadi kita gagah dan bagi okay. Apakah tuntutan itu munasabah? Yes. Apakah sudah tunggu lama? Ya. Apakah kita maksudkan dengan perubahan ini dia akan kerja lebih kuat, dia akan lebih bertanggungjawab, dia tidak akan datang kerja lambat, dia tidak akan cuai dalam kerjanya, dia berikan kelulusan cepat? Baik, 1 Disember naik gaji meningkat.
- Itu yang saya maksudkan dan saya ucapkan sekali lagi terima kasih. Saya pun tidak tahu apa yang Abang Jo bagi makan kerana saya semangat hari ini (nada bergurau). Kadang-kadang apabila sampai keadaan macam ini saya luahkan pandangan saya dengan ikhlas dan saudara pun tahu dengan hidup kita ini penuh liku-liku, bersusah payah dan sekarang tuhan takdirkan kita dapat bekerjasama, maka buatlah yang sebaik mungkin.
- Kita bukan sahaja hendak selamatkan negara kita, kita punya cita-cita besar untuk angkat martabat negara kita dan jangan pandang remeh. Saya yakin walaupun pada peringkat awal terutama kalau di Semenanjung orang melayu dan orang Islam itu nampak curiga, dia ingat kita ini menyimpang dari agara, menyimpang dari kaum tapi saya yakin insya’Allah mereka akan pilih untuk memberi sokongan atas dasar, pelaksanaan dan keikhlasan kita.
- Sebentar tadi kita dapat keputusan pilihan raya kecil Mahkota yang mengejutkan, tidak siapa yang jangka kemenangan Barisan Nasional di pihak Kerajaan Perpaduan dengan majoriti lebih 20 ribu. Saya percayai ini petanda masyarakat, kalau di situ Melayu, Cina dan India sudah punyai pandangan bahawa berilah peluang kepada Kerajaan Perpaduan ini menumpukan perhatian dalam bidang ekonomi, angkat darjat negara dan rakyat.
Terima kasih, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Similar Posts:
- MA63: PERJANJIAN HARUS DIPEGANG, MESTI DITUNAIKAN – PM ANWAR
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- KERAJAAN TUMPU USAHA TURUNKAN HARGA BAHAN MENTAH – PM ANWAR
- JANGAN AMAL BUDAYA SELESA, TEKAD LAKSANA PERUBAHAN UNTUK NEGARA – PM
- MALAYSIA SAMBUT BAIK PEMBANGUNAN NUSANTARA – PM ANWAR