TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PELUNCURAN PELAN TINDAKAN MALAYSIA BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI FAHAMAN PELAMPAU KEGANASAN (MALAYSIA ACTION PLAN ON PREVENTING AND COUNTERING VIOLENT EXTREMISM – MyPCVE)

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PELUNCURAN PELAN TINDAKAN MALAYSIA BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI FAHAMAN PELAMPAU KEGANASAN (MALAYSIA ACTION PLAN ON PREVENTING AND COUNTERING VIOLENT EXTREMISM – MyPCVE)

 

 

30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) | 2.30 PETANG

 

HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

 

Alhamdulillahi Rabbil Alamin,

Nahmaduhu Wa Nusolli Ala Rasoolihil Kareem

Waala alihi wa sohbihi ajmain.

 

SALUTASI

 

Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail,

Menteri Dalam Negeri;

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah,

Timbalan Menteri Dalam Negeri;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Datuk Awang Alik bin Jeman,

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri;

 

Yang Berbahagia Ketua-ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Perkhidmatan;

 

Distinguished guests from foreign emissaries;

 

Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri;

 

Terima kasih kerana sama-sama menjayakan peluncuran Pelan tindakan Malaysia dalam mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan.

 

Saudara-saudara,

 

  1. Sudah tentunya kita dalam negara menekankan soal pertumbuhan ekonomi, pemacuan yang harus lebih baik, hubungan diplomatik dan kebajikan rakyat. Tetapi mendasari ini semua adalah keamanan dan keselamatan.

 

  1. Apa yang disebut oleh saudara Saifuddin umpamanya. Dalam pengalaman Saidina Ali bin Abi Talib, berikutnya kerana bab era awal Islam itu juga berlaku pergolakan. Dan setiap kali ada pergolakan ada ketegangan yang kemudian menjurus kepada kekacauan. Sebab itu bila Saidina Umar Abdul Aziz yang disebut Khalifah Thani menjadi khalifah. Anaknya seorang anak muda menegur ayahnya. Kerana ayah terkenal sebagai seorang yang zuhud, yang komited untuk melaksanakan Islam. Saya nak tanya, “mengapa ayah tidak melaksanakan hukum dengan tegas”. Jawabnya Saidina Ali, anaknya Abdul Malik ditanya ayahnya mengapa tidak? Jawab anak ayahnya itu sangat penting dan relevan dalam konteks kita. “Laa tak Jal ya bunayya!” – “Jangan gopoh wahai anakku”. Gopoh kenapa? Kerana kata dia keutamaan adalah keselamatan. Tanggungjawab khalifah itu adalah menjamin keamanan dan keselamatan at all cost. Maka penangguhan pelaksanaan hukum pun itu dalam konteks itu diizinkan. Kerana kalau secara gopoh dilaksanakan hal yang belum boleh diterima oleh rakyat. Maka belum jamin keamanan. Keamanan itu dalam segi urutan keutamaan fiqh aulawiyat, itu dalam urutan keutamaan masih keamanan dan keselamatan.

 

  1. Jadi yang saudara bincang hari ini termasuk pelan, dan apa yang sudah lakukan dalam kerjaya saudara masih ingat. Itu prasyarat bagi negara ini aman, berjaya dan untuk kita melakar dasar-dasar ampuh untuk mengangkat martabat, harakat dan darjat umat dan negara. Sebab itu, walaupun kita dalam perbincangan, sibuk mengurus hal-hal yang lain, tetapi setiap kali bicara soal pertahanan negara oleh Menteri Pertahanan, atau keselamatan dalam negeri oleh Menteri Dalam Negeri, memang Jemaah Menteri memberikan fokus tertentu.

 

  1. Soal undangan berulang kali yang saya tidak sedia hadir itu kerana saya beri keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Menteri Dalam Negeri. Apa dia kekangan, dan saya nak lontarkan ini kerana ini jadi masalah. Semalam saya dengan temu bual dalam sidang TV Mehdi Hassan, sejam dialog. Sebentar tadi dengan Richard Quest, CNN.

 

  1. Dan dalam perbincangan perkara pertelagahan itu soal hak asasi, soal perundangan, soal tindakan-tindakan keras, soal keselamatan, soal pendakwaan itu semua dibangkitkan. Kerana dengan kematangan negara diharapkan supaya pemeliharaan hak asasi itu menjadi juga fokus dan tindakan-tindakan yang tegas itu dianggap pelanggaran termasuk undang-undang yang agak keras.

 

  1. Dan saya juga mewakili pandangan bahawa pelaksana undang-undang yang keras dan tegas itu, sementara perlu harus dijalankan secara sangat berhemah dan berhati-hati kerana yang tidak boleh kita tolak ansur ialah manakala berlakunya keterlanjuran atau ketidakadilan yang mengenakan hukuman ke atas yang tidak bersalah. Itu prinsipnya kita jelas. Malah, selepas temu bual tadi pun dibincang hal ini saya beritahu, ada masalah-masalah yang tidak boleh kita remehkan di antaranya ialah soal yang disebut Dan di Malaysia ini lebih rumit selain daripada soal keganasan oleh pelampau-pelampau agama, ada soal pelampau kaum, dan ada soal pelampau wilayah.

 

  1. Dan kalau kita hindar, izinkan masalah yang berkembang dan tidak dihindari. Ya, permasalahan akan lebih rumit. Jadi walaupun kita masih tegas dalam pertahankan negara ini, mematangkan demokrasi dan menghormati kebebasan, ada peraturan dan syarat kita undang-undang yang harus dilaksanakan dengan tegas supaya seluruh kejayaan itu tidak dimusnahkan.

 

  1. Seperti mana kita tahu lebih mudah memusnahkan daripada membangun, membina, mengambil masa yang panjang, pengorbanan keringat dan air mata bapa-bapa ibu-ibu kita terdahulu puluhan tahun daripada perkukuh perpaduan rakyat. Tapi meruntuhkan itu hanya dengan sedikit sebanyak lontaran fitnah ataupun berita-berita palsu. Apatah lagi dengan kecanggihan dalam media sosial sekarang.

 

  1. Jadi tentu kita harus dalam keadaan berwaspada. Saya tidak apologetic, saya tidak minta maaf kepada mereka mengatakan bahawa sementara saya pertahankan hak dan kebebasan. Saya tidak akan tolak ansur sama sekali terhadap elemen yang dianggap perosak, pelampau yang memusnahkan dan saya tetap seperti mana telah saya tegaskan dalam keputusan Jemaah Menteri akan mendukung dan mempertahankan dengan tegas dengan sesungguhnya. Penguatkuasaan Dalam Negeri contohnya PDRM dan agensi-agensi penguatkuasaan lain supaya menjaga dan mengawal kerana yang paling utama di negara kita ini ialah keamanan dan keselamatan dan bukan imej Perdana Menteri di luar negara.

 

  1. Sebab itu saudara-saudara, percayalah bahawa pelan ini harus ditelaah, dihadam dan dilaksanakan dengan tegas dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Perpaduan. Cuma seperti saudara-saudara sudah tahu ya, saya selalu dalam perjumpaan saya dengan termasuk mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, saya sebut kadang-kadang dalam kerjaya kita dan ini kesilapan juga dalam banyak negara, fokus itu hanya kepada tindakan perlakuan keganasan, tidak elemen hasutan.

 

  1. This is precisely the reason why in many discourses here and overseas, even long before I became, I assume Premiership when I was teaching in the Washington DC many of this forum, I see the problem even in the United States, it is obsession about terrorism without understanding the issues. We deal with the issue of terrorism among the perpetrators. But they wouldn’t understand the reasons. Background, activities prior to the final act of terror. What we consider as the purveyors of terror. The issues raise the effective incessant propaganda using exploiting race, religion, or territory I mean states or sentiments to deny rights of others to demean, condemn and therefore in order to achieve this goal perpetrate allow for the perpetration of violence and terror.

 

  1. In order to achieve these goals, perpetrate allow for the perpetration of violence and terror. Jadi maknanya, dalam menjayakan pelan kita, kefahaman kita tentang ciri yang membuahkan, menyebabkan berlakunya keganasan melalui usaha-usaha ada yang disebut tadi sama ada semangat marah kerana umat Islam dibantai, diperkosa dan ditindas dan dibunuh, maka rombongan ke Afghanistan atau ke Syria atau mana-mana lain, ya mungkin di situ alasannya munasabah, tetapi semangat itu sudah kental dan menerima fahaman dari kalangan yang sudah keras sikapnya bagi kelompok yang dipukul, dibantai, di bunuh, dimusnahkan harta benda setiap hari, maka reaksinya akan tentunya ganas dan pengaruh itu dibawa ke sini di mana hal yang sedemikian tidak berlaku tetapi pengaruh yang disebut tadi hasutan fahaman itu berbekas.

 

  1. Jadi saya bangkitkan tentang masalah purveyors of violence and terror yang kita harus pantau daripada sekarang. Apakah dia melalui sekolah, melalui politik, melalui jabatan, melalui kelompok-kelompok tertentu itu harus dipantau, kerana kalau tidak kita pantau awal, bila dikejutkan dengan tindakan keganasan seperti mana yang kita saksikan di banyak tempat di dunia.

 

  1. Saya akui PDRM dengan pengalaman yang lama termasuk di Pasukan Cawangan Khas – special branch yang saya kenal baik dah lama, maklumlah punyai keupayaan dalam perbincangan saya nampak dipantau facility dan ini harus diperkemaskan termasuk bahagian yang disebut sebagai counter terrorism.

 

  1. Saya tahu kita akan kemudian diserang kerana kita ada agenda. Saudara, tidak ada agenda politik kepartian di sini. Agendanya keselamatan dan keamanan, kalau kita nak uar-uarkan kita ini mahu kebebasan dan biar negara ini lingkup itu bukan kebebasan. Itu memungkinkan negara ditakluki atau kacau bilau berlaku. Ini harus dimengerti dan masyarakat, rakyat harus diberi kefahaman.

 

  1. Jadi sebab itu pelan ini, pelan yang harus dihadam tentunya oleh rakan-rakan terlibat tetapi juga harus didedahkan kepada rakyat bahawa mengapa perlunya undang-undang yang mengekang, bukan mengekang kebebasan tapi melarang tindakan ke arah keganasan yang disebut purveyors of terror and violence kerana kalau kita tunggu dan biarkan ini meluas sudah menjadi sebati dengan kefahaman dan maka agak terlambat. Rakan-rakan daripada Cawangan Khas tahu betapa payah dan perit untuk memulihkan fahaman orang yang sudah taksub dengan satu pandangan.

 

  1. Ia mengambil masa sepertimana masa diambil untuk menjadi seorang yang pelampau. Ia mengambil masa bulanan tahunan. Jadi untuk membersihkan semula fahaman itu juga akan mengambil masa.
    Sebab itu wajar dipantau supaya dia tidak menjadi suatu penyakit yang menular dalam kalangan kita. Saya ambil pandangan dalam Kerajaan kritik Kerajaan dari segi dasar ekonomi, dasar politik, dasar International itu memang dibolehkan dan Parlimen seperti mana saudara saudari sudah tahu yang memberikan segala ruang untuk mereka bangkitkan.

 

  1. Tetapi dalam negara kita tentunya ada kekangannya. Seperti mana semua negara yang lain. Tidak ada negara yang memberikan kebebasan untuk menghasut supaya berlakunya perpecahan di kalangan mereka. Tidak ada negara yang mengizinkan kelompok yang menuntut satu bahagian kecil atau besar negeri atau daerah keluar daripada negara ini, tidak ada.

 

  1. Itu sebab berlakunya American Civil War daripada awal sejarah. Jadi saya harap pelan yang diluncurkan hari ini khususnya MyPCVE, malas saya nak sebut (nada bergurau) itu harus dijadikan panduan kerana negara tidak upaya untuk melengahkan. Siapa jangka bila kita sampai kemerdekaan 1957, semua terima, Melayu, Cina, India dan kemudian 1963 bersama Sabah dan Sarawak kemudian tercetus 13 Mei 1969.
  2. Bagi pengkaji sejarah akan tahu bahawa perdebatan, permusuhan kaum melalui kenyataan-kenyataan politik tahun-tahun sebelumnya, terutama dekat dengan pilihan raya Mei 1969 itu sudah ke tahap yang sangat sengit dan hangat. Ia seolah-olah sudah menggelegak tunggu mendidih dan meletup. Pada ketika itu, tentunya pemimpin-pemimpin negara sejurus selepas kemerdekaan masih mencari hala tuju yang baik dan enggan mengambil tindakan yang agak tegas. Maka sebab itu bila berlakunya peristiwa 13 Mei, disepakati bila dicadangkan Majlis Gerakan Negara, maknanya pengisytiharan darurat. Akibatnya, ya tentu keamanan dicapai, tetapi ekonomi hampir merudum dan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan kekuatan ekonomi. Sebab itu kita harus belajar daripada sejarah.

 

  1. Ada insiden-insiden lain yang paling mutakhir, Ulu tiram sebelum itu Al-Maunah dan lain-lain yang harus dipantau yang dibedakan daripada pertelingkahan politik dengan pertelingkahan yang membawa kepada ketaksuban.

 

  1. Sarjana-sarjana Islam termasuk Sheikh Yusuf al Qaradawi juga menulis tentang bahaya pelampau dalam agama, bukan suatu perkara baru. Dalam sejarah dulu, istilah assassin itu istilah Kumpulan Assassin di Utara Afrika dengan orang Islam yang tugasnya itu untuk kelompok kecil pelampau yang ditubuhkan itu untuk melakukan assassinations sehinggakan istilah itu menjadikan istilah assassination dalam Bahasa Inggeris sekarang.

 

  1. Jadi saya tidak mahu bermaksud untuk menakutkan, nanti orang kata Anwar ni menjurus ke arah agak keras. Tidak, saya tetap seorang yang agak lebih terbuka dan demokrat dan saya enggan untuk mewujudkan undang-undang yang terlalu keras dan saya sentiasa mengingatkan jangan melanggar prinsip-prinsip yang bimbang akan mendera orang yang tidak bersalah tetapi harus waspada.

 

  1. Keutamaan kita adalah keamanan dan keselamatan negara. Kalau perlu undang-undang kerana ada kelompongan yang disebut oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tentang dana dan kemasukkan pengaruh-pengaruh badan-badan antarabangsa, sebab itu counter terrorism ini merupakan juga bukan sahaja usaha negara, tapi antarabangsa and we support an equally the focus on the attempt to ensure that is effective collaboration between nations and when I assume the Chairmanship of ASEAN next year, our certainly give this endorsement that they should be better collaboration among nations within ASEAN, to ensure that we deal with issue counter of terrorism in a more effective manner is getting to be more sophisticated. We are dealing with extremely sophisticated weapons, sophisticated methods and if for those of you are familiar with their works of Qaedah or ISIS it is not a simple terrorist cell. It’s a very elaborate sophisticated with enormous funds and intellectual effort being place to win the hearts and minds of their followers and to be able to inflict as much harm as possible to groups that they consider their foes or enemies.

 

  1. Jadi sebab itu saya rasa ada keperluan, kalau ada keperluan tentang Akta Keselamatan Negara yang menjurus khusus kepada usaha menjamin keselamatan dalam negeri daripada unsur-unsur dan pengaruh dari luar. Jadi saya serah kepada kebijaksanaan PDRM dan Angkatan Tentera selain daripada penguatkuasaan yang lain sekiranya ada elemen-elemen ini harus dimasukkan yang belum cukup kuat dalam undang undang negara dan tentunya akan disergah oleh sebahagian iaitu insya-Allah kita akan pertahankan sebab betapa pun kita mahu negara ini lebih matang sebagai satu demokrasi, satu hal yang tidak boleh kita terima adalah mengizinkan negara menjadi medan dan gelanggang bagi puak yang melampau.
  2. Sebab itu dalam hubungan kita dengan Hamas sekalipun, ya, kita bedakan dengan kerjasama kita dalam bidang politik dan dukungan, tentang usaha pada segmen politik dan kita cuba sebagai negara yang kecil membangun menjalin hubungan antarabangsa dengan semua. Kita cuba elak daripada terlibat dalam mana mana perseteruan yang melibatkan senjata.

 

  1. Tetapi ia tidak melepaskan kita daripada tanggungjawab menyokong apa yang kita anggap sebagai yang hak yang menolak kebatilan. Tadi dengan CNN memang panjang bertelagah soal dukungan saya kepada Gaza dan dia minta saya kutuk peristiwa 7 Oktober. Saya kata sejarah itu tidak hanya berlaku dan bermula dengan 7 Oktober 1948 tapi demikianlah kadang-kadang naratif di barat. Itu soal kesampingan yang lain tetapi cuma saya hendak tegaskan di sini bahawa usaha kita dalam bidang menjamin keselamatan negara itu tetap menjadi keutamaan.

 

  1. Walaupun kita bicarakan sekarang, Ahamdulillah semi conductor hub for South East Asia, energy hub for South East Asia dan sampai sekarang dari ratus bilion soal data center dan AI, semikonduktor dalam negara kita, semua ini berlaku dengan satu hal yang penting bahawa negara ini aman dan rantau ini dianggap antara rantau yang aman. Maknanya usaha diplomatik, usaha hubungan antarabangsa itu harus ditingkatkan tetapi jangan kita cuai dan badan-badan penguatkuasaan khususnya PDRM. Dalam konteks ini dan sementara kita berikan dan kerjasama universiti society tak harus lupakan.

 

  1. Tapi sementara kita minta teruskan dan beri dukungan, saya ingin bagi jaminan bahawa kita akan tetap berikan segala sokongan yang perlu supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan selesa dan mendapat seluruh sokongan kuat daripada kerajaan yang ada.

 

  1. Jadi dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim saya luncurkan Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan.

 


Sekian.

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.