TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 TNB

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

 

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 TNB

 

 

29 OKTOBER 2024 (SELASA) | 2:30 PETANG

 

PUSAT KONVENSYEN LEO MOGGIE,

TNB PLATINUM, BANGSAR

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

 

Alhamdulillah rabbil alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasoolihil kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

YB Tuan Fahmi Fadzil,

Menteri Komunikasi;

YBhg. Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid,

Pengerusi TNB;

 

YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin,

Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga)

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air;

 

YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan,

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB;

Warga pengurusan dan tenaga kerja TNB, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk bersama-sama dan  Koir Kolej Melayu.

 

MUKADIMAH

 

  1. Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama menyerikan majlis mengenang lipatan sejarah dan kegemilangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah berkhidmat kepada rakyat dan negara selama 75 tahun.

 

  1. Tapi yang menarik dalam pencapaian ini ialah kesediaan pengurusannya untuk melakukan anjakan yang sesuai dengan tuntutan zaman. Ketika awal, fokusnya itu menyediakan bekalan elektrik kepada negara dan rakyat tetapi ada pemusatan, terutama setelah perubahan Kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak di mana penekanan tentang kemudahan elektrik luar bandar, desa dan pedalaman ditingkatkan.

 

  1. Dan selepas itu diperkenalkan penswastaan dan pada masa itu saya baru lagi ambil alih jawatan Kementerian Kewangan dan saya kenang benar jasa dan komitmen dan khidmat cemerlang oleh pengurusan terutama di bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Ani Arope. Suatu hal yang sangat menarik yang pernah saya imbau sebelum ini ialah pertemuan setahun dua dengan Pengerusi dan Pengurusan untuk melaporkan kejayaan dari sudut keuntungan, tahap kecekapan yang dicapai setelah diswastakan. Saya mula dengan ucapkan penghargaan kepada mereka, dan terus saya tekankan bahawa ada tugas-tugas utama, ia bukan satu syarikat korporat yang harus bangga dengan keuntungan dan tahap kecekapan, tetapi harus prihatin.

 

  1. Pertama, biar ada pembelaan yang wajar dan adil kepada setiap pengurus dan pekerja serendah-rendahnya. Mana-mana agensi, institusi, syarikat tidak akan berjaya hanya dengan kepintaran pengurusan yang diperlukan, tetapi komitmen dan disiplin tenaga kerjanya dari semua peringkat. Kita lihat satu dewan yang bersih, maknanya yang tukang membersihkan itu harus difikir. Kita ada persediaan makanan, maknanya yang menyediakan makanan harus diambil kira. Itu pendekatan kita, apa lagi apabila kita perkenalkan konsep negara MADANI. Mahu negara itu pacu pertumbuhan yang mampan dan segar yang lebih rancak tetapi tidak tinggal dasar yang semasa, tuntutan baru termasuk transformasi digital, transisi tenaga, pelan perindustrian kalau dibilang semiconductor the front end. Semua itu harus diambil kira tapi dalam masa yang sama kecekalan kita dalam memastikan bahawa kita itu istimewa kerana kita itu manusiawi. Kerana kita ambil berat dan prihatin, prinsip ihsan compassion dan menghargai setiap sumbangan semua pekerja di semua peringkat barulah korporat itu menjadi suatu tradisi dan budaya yang sihat.

 

  1. Sekarang umpamanya pengurusan TNB tercabar kerana kebergantungan kepada tenaga awal arang batu mesti beralih, dunia menuntut sedemikian. Saya malam tadi dalam dialog Forum Ilmuan MADANI anjuran kerjasama dengan Petronas, saya imbau satu pengalaman, ya di antara tokoh sarjana yang mula bicara soal cabaran iklim persekitaran dan melahirkan umat yang seimbang itu adalah Seyyed Hossein Nasr, George Washington University dalam karyanya bertajuk, ‘Man and Nature: The Spiritual Crisis in Modern Man’ bahawa kejayaan itu bermakna mempertahankan ‘Ummatanw-Wasatal-litakunu shuha-da-‘a ‘alan-nasi wa yakunar-Rasulu ‘alaykum Shahida. Allah harus angkat darjat kita sebagai umat yang pertahankan keseimbangan (equilibrium), dan equilibrium itu bukan sahaja rohani dan jasmani tetapi juga man and nature, iaitu persekitarannya.

 

  1. Kadang-kadang kalau tidak dipertahankan, keseimbangan itu akan berlaku fassadcorruption, kerosakan di dunia dan keseimbangan itu bermakna tidak boleh ada pencerobohan, tamak haloba, mengganas, hutan rimba, bukit bukau dan sungai sehingga kerosakan berlaku. Itu mengingatkan kita tentang keperluan mengawal nature supaya tenaga asli itu dipertahankan, barulah boleh jadi contoh. Tidak akan menjadi contoh jika hanya dengan melahirkan atau mengeluarkan, melontarkan kata-kata atau idea, tetapi dengan menjadikan kita umat yang seimbang to maintain the equilibrium itu melalui contoh syuhada a’alan nas kepada manusia. Sekitar 10 tahun selepas itu, tahun 70-an, di dunia intelektual sarjana digemparkan, dikejutkan dengan laporan Club of Rome – The Limits to Growth dalam keadaan dunia memacu pertumbuhan bersaing dan mula meyakini bahawa hidup ini hanya dengan pertumbuhan ekonomi, dunia dikejutkan oleh kumpulan pemikir Club of Rome bahawa ada had kepada pembangunan terutama bila berlaku kerosakan persekitaran yang menyebabkan dunia tercabar. Di antaranya adalah penggunaan arang batu.

 

  1. Seiring dengan karya ‘Only One Earth: The Care and Maintenance of a Small Planet’ oleh Barbara Ward dan Rene J. Dubos, tetapi dia tidak mempengaruhi penguasa, pimpinan politik mengenepikan pandangan sedemikian semuanya ghairah tertumpu untuk membangun ekonomi tanpa memikirkan soal keadilan, kesaksamaan, pengagihan, kekayaan di bumi.

 

  1. Sekarang rakyat, pimpinan kian sedar, belum terlambat, tapi agak terlanjur bagi saudara-saudara yang mengikuti rencana yang sangat mengesankan oleh Al Gore ‘An Inconvenient Truth’ itu akan faham betapa cuainya manusia kerana keterlajuran akibat tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan keuntungan tanpa memikirkan kesan bagi generasi akan datang.

 

  1. TNB sekarang setelah rekodnya yang cemerlang dalam pelbagai bidang sekarang tercabar untuk segera melakukan peralihan membuat persiapan sebab itu saya ucap tahniah dan terima kasih kepada pengurusan kerana terus merangka melalui penyelidikan yang rapi dan mencari jalan dan kaedah supaya peralihan tenaga yang disebut energy transition itu berjalan dengan rapi dan berkesan.

 

 

  1. Dan sekarang saudara-saudara tahu tentang TNB dengan green building index, dengan laluan green lane pathway ini semua istilah-istilah baru yang tak pernah didengar, difikirkan oleh pengurusan lama. Ini saya sebutkan kalau istilah Jerman dia kita zeitgeist – tuntutan zaman. Kalau kita mahu maju dan pastikan Malaysia ini berjaya kita harus punyai keupayaan, kecekalan untuk bertindak merobah, bertindak dengan segera dan dengan berani. Kita tidak boleh mengharapkan negara ini berkembang maju kalau kita masih berceloteh dalam soal picisan, bergaduh dalam soal titik bengik dan tidak menumpukan perhatian kita ke arah bagaimana harus kita menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan dan melaksanakan peralihan tenaga dengan jaya.

 

  1. Hari ini Malaysia dalam banyak hal dan tahniah kepada TNB kita agak ke depan dalam energy Nanti Tan Sri Razak kata puji-puji ni, saya baru bagi kopi kosong tadi (nada seloroh). Malah kesediaan TNB kerana sekarang ada umpamanya akses third party. Saya faham benar kerana ini menggusarkan TNB. Ini laluan tradisionalnya untuk mengaut keuntungan dan ini dipatahkan dengan dasar yang memberikan ruang third party akses kemudian penambahan kemudahan solar dan sekali lagi TNB dengan kebijaksanaannya menerima ini adalah kenyataan baru yang mesti diterima dan dijayakan. Maknanya kita harus beralih kepada bidang lain. Apa dia kelemahan besar kita? kita akan pengerusikan ASEAN tahun depan. Dan apa dia fokus kita? dua-dua yang melibatkan TNB. Ini cabaran besar Tan Sri Razak.

 

  1. Better get cracking I tell you. Two main challenges and priorities for ASEAN when we assume the championship next year, than sure that we Malaysia and the region becomes a major hub for energy industry in this region. Secondly to ensure that is what is call is ASEAN GRID which precisely means the transmission from the traditional specialist Pasir Gudang has to be strengthen the new facilities where it is energy from Sarawak to Johor or from Laos to Singapore through Malaysia this is what we call a National and the ASEAN GRID.

 

  1. Ini cabaran besar kerana jumlah pelaburan itu puluhan bilion ringgit dan saya percaya TNB sekarang sedang merangka bidang itu, memikirkan bagaimana harus kita jayakan. Kerajaan sedar bahawa pelaburan ini terlalu besar dan Kerajaan sedang memikirkan cara cara supaya TNB bersama dengan kelompok-kelompok yang lain menjayakan ASEAN GRID ini. Saya juga ucap terima kasih kerana saya di antara yang menekankan pengurusan tahu sudah tentang kecepatan, kepesatan langkah-langkah diambil.

 

  1. Dan walaupun hari ini nampak saya cakap manis-manis tapi pihak pengurusan tahu saya kata, umpamanya kerjasama TNB Petronas untuk pastikan tenaga terapung di Kenyir disegerakan dan saya ucap terima kasih walaupun saya bising-bising sikit. Itu sekadar untuk bagi sedikit kejutan, tapi rupanya saya bicara depan pengurusan yang cukup cekap dan mahir. Malah mereka telah siapkan peluncurannya di Kenyir bulan lalu tapi kebetulan saya baru lagi pulang dari Vientiane dan Azizah agak kurang sihat, saya kata dalam menghadapi lalui liku-liku hidup yang getir pasang surut lebih banyak surut dari pasang. Kalau dalam 10-20 tahun yang lalu lebih banyak di penjara dari di luar, jadi saya kata berilah peluang saya sekurang-kurangnya pagi itu saya jaga dan temani Azizah di hospital. Jadi saya mohon maaf kepada TNB dan Petronas kerana terpaksa menangguhkan dan insya-Allah, saya akan sama-sama dengan TNB daripada Petronas untuk menyaksikan peluncuran projek energy terapung yang terbesar negara di Kenyir bulan depan.

 

 

 

  1. Baik, yang lain soal teknikal itu bukan kerja saya, ini kerja jurutera pakar-pakar TNB. Dan seperti mana saya sebut tadi, kalau sudah tahu ikuti perkembangan TNB ni saya tahu benar sebab LLN dulu tu pejabat dia dekat dengan Yayasan pejabat ABIM di jalan mana eh? dekat Universiti Malaya, Jalan Universiti. Jadi saya beritahu Tan Sri Razak rahsia, dia tak tahu sebab dia elit atasan sedikit. Saya bagi tahu dia rahsia sepanjang saya hidup gelora dengan tekanan itu dukungan daripada tenaga, daripada LLN, TNB tu sangat mengesan.

 

  1. Terima kasih dan maaf, satu perkara akhir yang saya nak tekankan bila saya umumkan sistem persaraan baru gaji baru penjawat awam. Saudara, dia tidak mudah, kerana hasil Kerajaan betul menambah tapi hutangnya satu trillion lebih dan sebab tu saya lihat saya tekankan tatakelola. Jangan izinkan mana-mana pimpinan curi harta rakyat dan saya juga kenang penjawat awam. Saudara- saudara, kita semua keluarga. Saudara, penjawat awam 12 tahun tidak ada kajian menyeluruh dan tidak ada kenaikan gaji kalau saya nak naik 1-2% bagi saya tak sampai hati tengok.

 

 

  1. Saya bagi mesej bahawa dalam kerja ini, kita harus kerja dengan serius, dengan bertanggungjawab kerana kita bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. Kullukum ra’in wa kullukum mas’ulun an ra’iyyatihi – kita bertanggungjawab akhirnya, kepada rakyat dan Allah S.W.T. Tetapi bagi Kerajaan haruslah ada tanggungjawab sebab itu saya umumkan penyelarasan dan dalam sistem saya itu berbeda daripada dulu. Apa bedanya? yang pengurusan atasan naik sedikit pengurusan bawah naik banyak, supaya tidak berlaku terlalu tinggi kesenjangan. Kesenjangan itu tidak membengkak membezakan di antara dua sumber pendapatan. Ini saya bercakap soal urusan Kerajaan bukan syarikat termasuk TNB dan kos untuk 2025 adalah 10 bilion ringgit tambahan.

 

  1. Tetapi saya fikir dan renung saya nak mereka kerja lebih kuat, saya lebih keras terhadap penyelewengan, kemalasan, lembap, malas atau kecurangan rasuah. Kalau saya minta mereka bekerja lebih kuat dan mahu produktiviti lebih baik, hasil lebih baik, maka wajarlah saya naikkan dan Alhamdulillah disambut baik. Naik sebahagian bulan Disember, kemudian tambahan bulan Januari dan bonus bulan Februari. Ini tidak ada kena mengena dengan TNB.

 

  1. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi TNB kerana bersetuju untuk menjadikan GLC pertama yang menyahut seruan kerajaan, pertama untuk menaikkan kadar gaji minimum anggota TNB kemudian meluluskan kenaikan gaji dan pendapatan bagi seluruh warga kerja TNB.
  1. Sudah-sudah, pengurusan dan pengerusi bimbang apa lagi Anwar nak umum ni (nada seloroh). Jadi saya syukur Alhamdulillah dapat bersama-sama ada beberapa program vendor, bumiputera, kemiskinan, pendidikan anak, perumahan mereka semua itu harus difikirkan. Kerana saya tidak nilai kejayaan TNB hanya semata-mata keuntungan, walaupun penting dari segi keuntungannya tetapi menjadi satu syarikat yang gagah, yang mencatat keuntungan dapat menjalankan amanah dengan berkesan dan efisien tetapi menjaga kebajikan anak buahnya.

 

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.