TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN DISEMBER 2024

 

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JPM

 

 

2 DISEMBER 2024 (ISNIN) | 8.00 PAGI

 

DEWAN DE’ SERI ENDON PUSPANITAPURI,

PUTRAJAYA

Assalamualaikum wahrahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera.

Alhamdulillahi rabbil alamin

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem

Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’een

 

Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

 

Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,

Timbalan Perdana Menteri;

Menteri-menteri;

 

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

Yang Berbahagia Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan

rakan rakan saya muliakan.

  1. Agak ketinggalan sedikit pertemuan ini, bulan lalu saya banyak keluar negara. tetapi pada kali ini sesuai dengan doa tadi, mohon Allah membuka Al-Bu Rahmah, Al-Bu Niqmah, Al-Bu Al-‘Aafiyah, Al-Bu Sahah, Al-Bu Khair. Bermakna semua buka ruang dan pintu kepada kebaikan, aafiyah-sihat, keselamatan dan keamanan. Terutamanya tatkala sebahagian besar rakyat kita dilanda musibah banjir.
  1. Kita doa ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala mudah-mudahan dapat diredakan dan bantuan disegerakan dan keadaan mereka terutama yang derita akibat tekanan yang lebih parah dapat dipulihkan.
  1. Saya mengambil kesempatan ucap terima kasih kerana bila kita lihat jentera, tentunya YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad dan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah pantau lebih dekat. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid sudah berulang kali ke kawasan. Saya sempat semalam ke Terengganu. Tapi satu perkara yang saya syukur ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala, persiapan jentera kita itu luar biasa kali ini.

  1. Itu yang disebut ikhtiar. Kita ada umpamanya penyelarasan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tentera, polis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan seluruh jentera. Saya lihat bila dapat Meteorological Department, bila sengaja saya minta laporan-laporan ringkas setiap daripada mereka kesiapsiagaan tu sebelum, berbulan sebelumnya.
  1. Jadi tidak terlalu sukar bila ada persiapan baik dan ini majoritinya adalah jentera Kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Perbandaran, Daerah dan jajahan di Kelantan. Jadi saya sangat-sangat terkesan dan terharu. Saya bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah NADMA semalam, melihat sendiri persiapan. Tanya mereka tentang mutu makanan. Tentunya keselesaan tempat itu terbatas, tetapi rawatan perubatan dan seluruh jentera itu telah bersiapsiaga. Saya syukur dan bangga dengan khidmat yang ditunjukkan dan ini akan berterusan.
  1. KSN menyebut tentang Skuad Ehsan MADANI oleh penjawat awam kerana susulan daripada situasi ini. Kerana ini satu hal yang patut kita bersiapsiaga. Bila surut tentunya ada badan bertanggungjawab memulihkan. Sebab itu kita juga sediakan peruntukan tambahan untuk baiki sekolah-sekolah dan pusat-pusat pemindahan sementara (PPS), kemudahan kebersihan, tandas dan sebagainya dan juga memerlukan satu tindakan susulan mulai pertengahan Disember ini.
  1. Timbalan Perdana Menteri melaporkan tadi bahawa ada beberapa lokasi surut sedikit, tetapi sekarang menghala ke Pahang dan Johor, jadi maknanya kesiapsiagaan itu meliputi seluruh negara. Tapi eloklah saya tegaskan tentang khidmat seluruh jentera kabinet itu turun, setiap Menteri-Menteri turun, pegawai-pegawai perkhidmatan awam jentera itu luar biasa saya lihat. Bila tengok pegawai-pegawai ATM, kesihatan dan semua yang di Setiu yang kita lawati itu nampak semua mata bengkak, tak berapa cukup tidur. Kemudianlah ya, lepas Krismas tidurlah ya. Sekarang ini ganti sekejap.
  1. Ini cerita kebaikan yang kadang-kadang tidak di dihebahkan. Yang akan dihebahkan ialah beberapa orang yang lembab ataupun bermasalah, sama ada curi wang ataupun lambat dalam kelulusan dan sebagainya. Tapi kita harus berlaku adil, kalau kita lihat umpamanya jenteranya puluh ribu, tak salah saya yang dikerah keseluruhannya 82,000. Ini tidak termasuk yang terlibat. Kadang-kadang saya lihat beberapa orang yang umpamanya pulang untuk membantu keluarga pada hujung minggu. Begitu juga NGO yang berperanan dan kadang-kadang bukan formal saya lihat daripada lori-lori yang menghantar makanan daripada Pulau Pinang, kebetulan saya jumpa seorang dari Bukit Mertajam, dia bukan NGO dan bukan apa, dia hanya urus 10 lori makanan kirim ke Kelantan dan kemudian memaklumkan kepada ATM untuk membantu menyelaraskan. Dan ini kekuatan rakyat Malaysia dan kebetulan orang yang daripada Pulau Pinang itu Cina. Dia fikir ini masalah bersama, jadi hal-hal ini kita harus juga hebahkan, ini menunjukkan bahawa kita punyai semangat untuk menyelamatkan.
  1. Government-Linked Companies (GLIC) di bawah Khazanah, Petronas dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) telah kerahkan juga semua syarikat-syarikat di bawah mereka. Bank-bank tempatan juga telah mengambil langkah tangkas untuk bantu. Saya nak seru sektor swasta yang lain yang berjaya, tolong tumpu perhatian sama ada beri dana ataupun siap jentera. Ada baiknya dalam keadaan sekarang bukan sahaja dana tetapi juga jentera. Biar setiap syarikat-syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang turun juga ke gelanggang.
  1. Pertama, dia lihat masalah kehidupan rakyat, kemiskinan mereka, kesusahan dengan penuh kesabaran. Semalam, saya dengan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Menteri Besar Terengganu menjenguk mangsa-mangsa banjir, bila kita tanya tidak ada yang mengeluh ini luar biasa ya. Petugas tentu tidak mengeluh, tapi yang terkesan pun tidak mengeluh, katanya “tak apa, air naik paras pinggang, nanti surut sini kita balik”. Makan macam mana? “makan alhamdulillah sedap” saya ingat kalau sedap sangat dia tak mahu balik (nada berseloroh). Kita tentang kesihatan, kesihatan doktor ada. Tempat anak? dikawal dan dijaga.
  1. Jadi ini tentu dalam 153,000 orang (one five three this morning), jumlah yang besar ya, tentu ada 1-2 yang akan mengeluh tetapi umumnya inilah kekuatan saya sebab itu saya bangga Malaysia ini bila ke mana-mana, ke luar negara contohnya, saya kata look ini satu negara, pelbagai kaum, pelbagai agama walaupun Islam majoriti, Melayu dan Bumiputera majoriti tapi hidup bersama. Itu sesuatu yang unik dalam sejarah.
  1. Dan terutama mutakhir ini, semua negara, barat, timur, Eropah, Amerika, China, BRICS menunjukkan sikap yang sangat baik. Saya lihat umpamanya semasa di APEC Lima, Peru dan Rio de Janeiro, Brazil itu permintaan daripada pemimpin-pemimpin dunia untuk menemui saya. Saya bukan perasan saya ini Anwar, tapi saya fikir saya mewakili rakyat Malaysia. Mereka kenal Malaysia. Oleh itu, ada permintaan daripada Perdana Menteri Eropah yang memohon juga berjumpa saya, tak sempat saya tunaikan, kerana back to back meetings. Begitu juga Perdana Menteri United Kingdom, Perdana Menteri Itali, Perdana Menteri Netherlands.
  1. Kalau dahulu kita ini dianggap negara yang kecil, tidak ada peranan dan kedudukan. Tapi kita manfaatkan untuk apa? Untuk ekonomi kita, untuk pelaburan kita, untuk pendidikan, mutu pendidikan dan untuk ini yang penting adalah tindakan susulan, oleh itu saya dah minta Kementerian Luar Negeri selaraskan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), JPM dan semua Jabatan yang berkenaan.
  1. Kadang-kadang ada sesetengah negara hendak jalinkan hubungan baik, Peru umpamanya, Presiden Peru bagi anugerah sikit, dia kata, dia nampak the crusade against corruption is her agenda. Jadi dia dengar, dia kata, Malaysia ini punyai satu prestasi yang sangat membanggakan dari segi memerangi rasuah. Jadi dia hendak memanfaatkan dari segi pengalaman SPRM. Dan saudara-saudara tahu, dalam International Anti-Corruption Academy, kerana prestasi SPRM begitu tinggi maka dia minta kita mempengerusikan. YB Menteri Azalina sekarang Pengerusi Akademi dunia itu, ini pengiktirafan yang baik.
  1. Kemudian Brazil, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan sekitar 8 bulan dulu menelefon saya beritahu tentang keperluan Petronas untuk menyambung urusan cari gali di tempat yang dia rasa baik dan dia tidak mahu monopoli oleh beberapa kawasan satu negara. Jadi bila kita pergi, kelulusan telah diberikan. Jadi tindakan susulan ini penting untuk menjamin kepentingan kita.
  1. Di Mesir, Proton diberikan suatu kemudahan istimewa, atas kelulusan khas Presiden Abdel Fattah al-Sisi. Di Peru dan terutama di Brazil, syarikat Malaysia Yinson mendapat peluang pelaburan besar, kapal, tenaga elektrik yang terbesar dan juga solar. Dan kalau kita lihat umpamanya, bila kita bincang dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan Menteri Perdagangannya, dia bagi keistimewaan yang lebih sedikit kepada Malaysia. Ini kita bersyukur dan kita kena pastikan tindakan susulan, penyelarasan itu berkesan.
  1. Akhir sekali, ini soal pelaksanaan SSPA dah mula bulan ini. Jadi seperti mana yang kita janjikan. Tahniahlah yang mendapat kenaikan. Tapi seperti mana yang saya gesa, kita setuju itu kerana kita iktiraf. Dan kita rasa ini satu yang adil diberikan. Tapi saya hanya mengharapkan saudara-saudara, memastikan prestasinya jauh lebih baik kerana rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Dan ada beberapa langkah atau ikhtiar Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk perkenalkan reform perkhidmatan awam dan saya harap saudara bagi sokongan penuh kerana orang mahu melihat di peringkat akar umbinya, di daerahnya, di kementeriannya.
  1. Jadi saya percaya dengan semangat ini walaupun prestasi baik, tapi kita harus tingkatkan. Selalu saya sebut, dalam konteks fahaman Islam itu mesti itqan fil amal, dia mesti kecemerlangan dalam amal dia tidak pernah terpukau dengan pujian dan pengiktirafan.Saya selalu mengatakan bahawa keupayaan manusia tu selalu boleh tingkatkan lebih daripada apa yang kita laksanakan selama ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.