TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PENGUMPULAN DANA IHSAN MADANI UNTUK MANGSA BANJIR

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

MAJLIS PENGUMPULAN DANA IHSAN MADANI UNTUK MANGSA BANJIR

                               

 

4 DISEMBER 2024 (RABU) | 12.45 TENGAHARI

KOMPLEKS SERI PERDANA,

PUTRAJAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera

Alhamdulillahi

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem

  1. Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Portal InfoBencana JKM, 11.00 pagi ini menyatakan 63,728 mangsa, 19,558 keluarga di 219 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jadi maknanya mangsa keseluruhan sehingga hari ini 235, 706, ini yang tertinggi dalam catatan sejarah kita. Sembilan (9) negeri yang dibuka, 957 PPS. Jadi kebimbangan ialah kemungkinan mengikut MET Malaysia ada second wave, mudah-mudahan insya-Allah dapat kita kawal. Setakat ini surut sedikit di Kelantan dan Terengganu tapi naik di Pahang dan beberapa kawasan di Johor.
  1. Hari ini saya lontarkan sedikit pandangan kerana di kalangan pegawai-pegawai penjawat awam yang bertugas secara sukarela dan juga tanggungjawab menyempurnakan termasuk yang saya baca tadi tentera, polis, bomba, ATM, APM itu 80,000 orang, kemudian kita ada civil society, GLICS, GLCs, Bank, syarikat-syarikat swasta dan individu.
  1. Saya bagi contoh hari itu bila berlaku di Kelantan, kawan saya maklum dari Bukit Mertajam seorang, dia bukan persatuan atau apa, dia peniaga Cina yang agak sederhana, dia kumpul sekitar 10 lori besar barang-barang makanan dan hantar. Ini cerita positif di Malaysia, semua kaum, agama, ambil sikap ada masalah rakyat turun membantu. Perkara ini patut kita bantu hebahkan kerana ini adalah berita positif. Yang kita sering dengar kadang-kadang cerita-cerita pergelutan soal kaum, soal agama, perselisihan tetapi ini cerita yang sangat positif. Kalau saya lihat umpamanya perkembangan banyak-banyak negara tidak semua boleh macam itu dalam masa yang cepat.
  1. Pertama persiapan, kita rencana jentera Kerajaan ini dipengerusikan oleh Dato’ Seri Zahid itu siap dah 2-3 bulan yang lalu dijangka sekiranya berlaku, ATM akan ke sini, Bomba ke sini, semua, APM dan lain-lain semuanya sudah diatur. Tentunya tidak perfect tetapi sekurang-kurangnya kita akui suatu usaha yang bersungguh-sungguh dan bagi yang turun ke bawah saudara-saudara lihat umpamanya, dedication penjawat awam kita, civil society dan volunteers, peniaga-peniaga itu begitu baik, tentulah tidak boleh kita katakan semuanya, tetapi sebahagian besarnya saya perhatikan dengan laporan sangat membangggakan.
  1. Juga saya usulkan supaya sektor swasta juga terlibat, memang saya tahu ada yang sudah terlibat, tetapi saya rasa mesej ini penting dan saya terharu dalam masa singkat, saya bicara dengan spontan tapi ramai yang telah hubungi pejabat saya, dan mengatakan mereka bersedia. Kita belum bagi uar-uar, kita tak ada hubungi persatuan atau dewan, tetapi saya lihat ada kesediaan, oleh itu saya kata saya mahu hadir sendiri saya hendak bagi mesej kepada rakyat bahawa kita ini team effort, komitmen itu menyeluruh, semua kalangan masyarakat, semua kaum, dan ini saya rasa the beauty about Malaysia, that we need to honest continously because that will ensure not only stability but also the future of the great country.

 

  1. So, I’m really extreme the pleased without any real campaign to get funds voluntarily, because I know people wil doing it on their own, but I thought I should take this initiative and have to convey a clear message to the Malaysian including those with tips that we care and not only we in the government, or civil servants, or civil society but businessman, and corporate leaders part and parcel of this nations who cares. This is unfortunate that they victims are mainly in the rural, the poorer segments of our society, therefore any additional support would be most meaningful to them.
  1. For the decision made by our Ministry of Education to proceed with the exam, some opposition wanted to exploited this issue, but as you know we have faced this issues for decades but we have not postponed the exam. But, we must be grateful and thankful to all the misionary including police, arm forces, Bomba, ATM and etc, who took every trouble.

 

  1. I was in Terengganu, and asked how many have been contacted, they have the list of all in the houses and they gave the assurance at least 99.9% would be able to attend the exam and they all put in the temporarily hostels, and interesting enough from our pass record exam, those of them actually achieved better result, at home that will not guarantee that they will study every night, everyday, but in this hostels, teachers will coming and they will be assignments and their collouges and friends are those among those quite commited and serious in his studies and normally from the pass years those who been brought in to this hostels achieved better results. I’m not suggesting that flooding should happen every year but I’m suggesting that this idea is not bad.  But of course they been attacking they don’t have books and pens, I have to remind them this is oral exam you don’t need books and pens. But opposition playing big issues, the student has lost their pen and asked to go for the exam.
  1. Anyway, saya nak guna kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, saya ialah ada jawatan saya tetapi saya juga manusia, kadang-kadang saya rasa kita ini bertuah dalam negara ini. Tidak terlalu sukar, do our best, ikhtiar dengan cara yang baik dan saya lihat sambutannya baik. Jadi saya nak ucap terima kasih kepada saudara-saudara. Elok juga saya bagi recognition ini dengan cara membaca. Saya harap yang tidak datang yang tidak maklum itu jangan kecil hati tapi saya nak beritahu kerana ini inisiatif yang segera, spontan, saya hanya sebut, kemudian orang contact, dan baru kita contact juga teman-teman dalam dua hari. Kita kumpul yang ini.
  1. Jadi, tentunya saya sangat hargai dan saya putuskan supaya dana ini kita selaraskan di bawah ICU menyelaras di Jabatan Perdana Menteri dan kita gunakan untuk baiki selain daripada peruntukan Kerajaan, sekolah, pelajar-pelajar, hospital yang rosak, walaupun tidak rosak bila kemudahan itu meningkat ia akan memberi kesan. Sepertimana sekolah, ratusan sekolah digunakan sebagai PPS, dan tentunya tandas, lantai akan rosak. Jadi, selain daripada peruntukan sedia ada kita akan tampung ini dan saya minta ICU selaras ini. Selain daripada apa yang Kerajaan buat kita tampung termasuk kalau perlu makanan, minuman, uniform, kemudahan yang tidak ditampung oleh Kerajaan itu yang belum cukup, sebab itu saya hendak selaraskan.
  1. Satu perkara yang lain yang menjadi masalah ialah sumbangan derma ini merata dan semua orang kutip, itu pun masalah juga sepertimana kes Gaza. Semua orang kutip wang itu kadang-kadang tak tahu pergi ke mana. Saya pergi Mesir jumpa orang/wakil di sempadan. Dia kata kita tidak perlu ramai sukarelawan untuk Gaza, kita ada engineers, kita ada doctors, kita nak ubat dan gloves, kemudahan, tetapi orang kita tetap nak pergi juga, dia pergi tak boleh masuk, dia tunggu duduk di Hotel Cairo lama-lama. Ini hal isu-isu yang kita perlu betulkan.
  1. Sebab itu di sini boleh pergi kerana negeri kita, ada baiknya pergi jihad, kerana kita tengok apa maksud kemiskinan, apa maksud kesenjangan yang kita bicarakan, tapi saya rasa lebih baik kita channel tak semestinya Jabatan Kerajaan, maknanya kalau ada NGO pun yang betul-betul realistik. Kerana kita selaras sekolah mana yang diperlu, orang di mana? Berapa orang? Mangsa berapa orang? Jentera kita di bawah mereka tahu, tapi kalau kita pergi sendiri tempat yang sudah ada bantuan kita bantu lagi sebab itu kena selaras supaya lebih efisyen.
  1. Saya lupa KSN sudah renung saya dia suruh saya sebut tentang Skuad Ehsan MADANi, yang beliau kepalai untuk pastikan penjawat awam turut turun, terutama tumpuan kepada kawasan yang telah surut, di mana perlu kerja-kerja pembersihan dan bantuan-bantuan yang lain kerana apabila banjir berlaku air surut selesai tidak, air surut jadi masalah lain, dengan 3 inci selut, kalau nak guna cangkul 3 hari tak siap.
  1. Baik, syarikat-syarikat setakat ini yang telah berikan sumbangan adalah:
  • YTL Corporation Berhad – RM5 juta
  • Yayasan AlBukhary– RM5 juta
  • Sapura Secured Technologies – RM3 juta
  • U-Mobile Sdn Bhd – RM3 juta
  • Mah Sing Group Berhad – RM 2 juta
  • WCT Berhad – RM2 juta
  • IJM Corporation Berhad – RM2 juta
  • Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad – RM2 juta
  • Berjaya Corporation Berhad – RM2 juta
  • Press Metal Berhad – RM2 juta
  • Westports Malaysia Sdn Bhd – RM1 juta
  • Roadcare (M) Sdn Bhd – RM1 juta
  • Sunway Berhad – RM1 juta
  • Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) – RM1 juta
  • The Weststar Group – RM1 juta
  • Fortress Mining Sdn Bhd – RM500 ribu
  • Setia Selenggara Selatan Sdn Bhd – RM500 ribu
  • Johawaki Holdings Sdn Bhd – RM500 ribu
  • Dato’ Lawrence Lim Swee Lin – RM500 ribu
  • Newsfields Land Sdn Bhd – RM500 ribu
  • AHAM Asset Management Berhad – RM250 ribu
  • Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) – RM200 ribu
  • YHK Travel & Tours (M) Sdn Bhd – RM100 ribu

Jumlah yang terkumpul setakat ini RM35.8 juta.

Terima kasih.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.