TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS MAKAN MALAM
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-70
LIGA MUSLIM PULAU PINANG
6 DISEMBER 2024 (JUMAAT) | 8:00 MALAM
PUSAT KONVENSYEN SETIA SPICE
BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba,
wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa,
Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Yang Berbahagia Dato’ Seri Hj. Haja Najmudeen Kader,
Presiden Liga Muslim Malaysia dan Liga Muslim Pulau Pinang
Seluruh Keluarga Liga Muslim dari seluruh negara,
Tetamu-tetamu kehormat;
Wakil-wakil Persatuan.
- Kalau saya lihat kehadiran penyokong-penyokong Liga Muslim ini, dia hampir boleh kaya daripada Kementerian Kewangan (nada gurau). Jadi saya tidak faham apa Yang Berbahagia Dato’ Seri Hj. Haja Najmudeen, dia kata minta peruntukan, saya tidak faham. Meja yang saya duduk ini, saya tidak boleh fokus makan lihat semua ini bintang-bintang usahawan gemerlapan ini semua.
- Baik, Liga Muslim ini 70 tahun. Bagi anak-anak muda terutamanya yang tidak ikuti, saya harapkan tadi Yang Berbahagia Dato’ Seri Hj. Haja Najmudeen. Liga Muslim ini ada sejarahnya yang tersendiri. Di kalangan daripada keturunan India, Pakistan. Tetapi mereka ini mengambil keputusan untuk bersama serasi dalam perjuangan sebelum kemerdekaan dan selepas itu daripada awal Liga Muslim ini ditubuhkan itu sentiasa berdamping dengan pemimpin-pemimpin negara ini terutama Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
- Jadi, pada peringkat awal dibicarakan kemungkinan menubuhkan Akhirnya bersetuju beralih untuk menjadi satu kekuatan menyokong perjuangan Melayu Islam, United Malays National Organisation (UMNO). Sebab itu saya sendiri kenal beberapa tokoh besar selain daripada Syeikh Alauddin, uncle S. M. Mohamed Idris yang menjadi seolah-olah sebahagian daripada keluarga besar kami. Kemudian Tan Sri Zakaria, yang memimpin Tanjung semasa saya memimpin UMNO Pulau Pinang. Saya sekarang pun masih baik dengan UMNO. Rakan-rakan dalam perjuangan Kerajaan MADANI dan Perpaduan sekarang.
- Jadi ada sejarah, isu-isu dibangkitkan soal penyertaan Bumiputera termasuk India Muslim Bumiputera, soal perumahan dan perniagaan mereka, itu semua dibicarakan dalam sidang-sidang. Saya masih ingat umpamanya, kegiatan dalam beberapa program dengan Muslim. Sebab itu bila seperti mana sudah disebut oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Hj. Haja Najmudeen Kader sebentar tadi, bila ada umpamanya dalam menghadapi kegetiran perang ke atas masyarakat Bosnia yang kita bawa beberapa keluarga mereka datang untuk perlindungan, Liga Muslim menyambut dengan begitu baik dan menyantuni mereka. Dalam perjuangan rakyat Palestin, mereka sentiasa terlibat memberi sokongan. Ini menunjukkan bahawa selain daripada bicara soal kedudukan kita, hak kita, India Muslim Bumiputera di Pulau Pinang ini, kita tidak pernah meninggalkan prinsip, fokus, tanggungjawab kita. Erti hidup ini bukan sahaja dalam erti kata kejayaan peniagaan tetapi memaknai perjuangan. Apa itu kebenaran? apa itu keadilan? apa itu kemanusiaan? Dan ini menjadi prinsip Liga Muslim. Menarik kerana Liga Muslim itu ada kaitan dengan muslim league, baik di India atau di Pakistan.
- Dan salah seorang penggasas idea Liga Muslim ini adalah filsuf (ahli falsafah/ahli fikir), seoarang pemikir seniman dan sasterawan almarhum Muhammad Iqbal, seorang pemikir agung mutakhir. Kalau baca karya-karyanya yang diterjemahkan, Asrar-e-Khudi umpamanya, Javid Namah, puisi-puisi yang menuntut masyarakat muslim pertahankan identiti mereka dalam keadaan seluruh kekuatan ketenteraan dan kuasa dunia berpusat kepada kekuatan Inggeris menjajah bukan sahaja negara, menjajah pemikiran dan jiwa sehingga lawan Islam itu menjadi hanya muslim pada nama tetapi menyerah seluruh jiwa raganya kepada sistem Inggeris.
- Muncul Muhammad Iqbal menyatakan apakah erti harga diri? apa makna kehidupan kalau kita menjadi pengemis. Kagum dengan sistem asing dan meninggalkan akidah, akhlak, nilai dan budaya. Dia menjadi filsuf pemikiran agung. Muncul tokoh seperti Muhammad Ali Jinnah ada jenama yang disebut ‘Quaid-e-Azam’, menyatakan bahawa negara yang boleh bentuk itu mesti negara yang merdeka, negara yang menolak rasuah. Salah satu pidato Muhammad Ali Jinnah pada tahun 1947 di antara pemidato hebat dalam sejarah mutakhir ini. Muhammad Ali Jinnah menyebut dalam 1947 Constituent Assembly Speech, beliau menyatakan merdekanya satu negara baru namanya Pakistan sebagai sejarah sudah kita fikir bukan soal kita campur soal India atau Pakistan ke atau muslim. Tapi soal bagaimana tokoh-tokoh besar ini membicara, memperjuangkan kemerdekaan dan nasib rakyat mereka. Kata Muhammad Ali Jinnah, kemerdekaan dicapai bukan saja dengan darah dan air mata, revolusi yang disebut sikolik. Untuk apa? untuk menegakkan kebebasan, untuk menegakkan keadilan, untuk memberi maruah dan martabat kepada rakyat.
- Dan katanya jangan kita lupa nilai-nilai ini. Jadi bagi saya Liga Muslim ini walaupun kini sudah serasi sebagai satu badan berakar ke bumi Pulau Pinang dan Malaysia. Hidup sebagai masyarakat Islam yang serasi dengan budaya Melayu, tidak boleh tinggal asas dan erti kehidupan.
- Dan saya harap kegiatan-kegiatan diteruskan selain daripada bidang pendidikan, budaya, sejarah, entrepreneurship, perniagaan dan bidang-bidang baru kita bicara dalam negara ini Malaysia termasuk Pulau Pinang, Kulim Hi-Tech Pulau Pinang ini dianggap sebagai di antara hub semi konduktur yang terkemuka di rantau ini.
- We have emerged. As an important place and considered to be one of the most significant semiconductor hub industry. Investment growing in, so we need our people, including young members, and children members to be involve in this activity to make sure that we have a great training, exposure in this area and then digital, artificial intelligence to make sure fully utilize this facility and this new opportunities.
- Jadi saya dengan ini juga diberikan kesempatan tidak semuanya dijalankan oleh Liga Muslim, tetapi harus ada kerjasama dengan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan. Yang lain jangan bimbang, saya telah beri arahan, supaya semua kementerian, jabatan termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, menterinya ada di sini, Kementerian Pendidikan Tinggi akan tetap menyantuni semua rakyat termasuk saudara-saudara yang digolongkan dalam Liga Muslim ataupun India Muslim bumiputera di Malaysia.
- Jangan bimbang, ini Kerajaan MADANI. Kerajaan MADANI ini bicara soal perubahan, in uridu illal-islaha mastata’tu. Makna kita cuba bawa kebaikan dan perubahan. Bukan bermakna dulu semuanya tidak baik, tidak! tapi sentiasa. Orang Islam itu dia tidak selesa dengan ada syukur alhamdulillah tapi sentiasa bergerak, dinamik bawa perubahan. Tidak malas, tidak lembap tidak menganggap kita sempurna. Sentiasa mencari jalan bawa perubahan dan kebaikan.
- Jadi beberapa hal soal pengiktirafan, hak, kewarganegaraan dan lain-lain, sebaik ada peraturannya sepertimana yang pernah saya lakukan pada tahun 90-an. Insya-Allah saya telah beritahu Menteri Dalam Negeri, saudara Saifuddin Nasution saya beri perhatian kepada apa yang saudara-saudara bangkitkan selama ini, insya-Allah.
- Dan merujuk kepada soal latihan. Saya mahu Liga Muslim juga berikan perhatian pada kegiatan anak-anak muda ini dalam bidang yang mereka boleh tetapi termasuk dalam bidang yang saya sebut keusahawanan, latihan dari segi digital, malah kalau yang mampu diangkat dalam bidang digital, tidak akan melebarkan jurang di antara golongan elit kaya dengan masyarakat umum. Sebab itu yang disebut sebagai digital devide, ada teknologi baru, ada AI tetapi kesenjangan, di antara kelompok yang senang dan kaya dengan yang miskin itu kian melebar.
- Jadi saya setuju untuk memberikan peruntukan awal supaya dapat selaraskan. Gunakan dana ini diselaraskan dengan jabatan dan kementerian memberi peluang kepada anak muda mendapat pendedahan dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan latihan. Dan saya teruskan kerana Saifuddin dia tidak perlu apa-apa peruntukan kerana mereka semua sudah seanng. Makan pun cukup enak dan luar biasa. Jadi bila makan tu terlalu sedap, saya berasa letih untuk berikan apa-apa peruntukan tambahan (nada seloroh).
- Jadi saya luluskan RM 250,000 sebagai permulaan asas. Dan saya percaya boleh dimanfaatkan untuk memperkuatkan jentera dengan fokus kepada latihan keusahawanan.
- Yang lain banyak pakar-pakar yang ada seperti Tan Sri Nor Yaakop pun ada di sini, dia boleh bagi idea kerana dia banyak pengalaman. Dan semua, ramai betul, pelita ada, lampu pun ada. Makan sedap, tapi ramai orang macam-macam bisik kat telinga saya. Tapi saya senanglah, pertama saya nak berkenal. Keduanya saya punyai sejarah dengan Liga Muslim. Semua tokoh-tokoh besar dan saya kenal baik, Tan Sri Zakaria, pernah ke rumah dia. Kalau SM Idris pernah tidur di rumah dia. Jadi saudara-saudara, anak saya ni sebagai salah seorang daripada keluarga Liga Muslim. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih Haja Najmudeen dan seluruh jawatankuasa di Pulau Pinang dan di seluruh Malaysia. Kita usaha atas inisiatif yang mereka lakukan, apa masalah di Pulau Pinang Jemaah Menteri boleh selesaikan. Apa masalah pendidikan, YB Fadhlina kata beres. Yang lain kita bantu, insya-Allah.
Terima kasih.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Similar Posts:
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- DENGAR PENDAPAT PAKAR NAMUN JANGAN SESEKALI ABAI PANDANGAN RAKYAT BIASA – PM ANWAR
- PERBINCANGAN INTELEKTUAL UNTUK RESPONS KEPADA ISLAMOFOBIA – PM ANWAR
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT