TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
LAWATAN KE SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN
JIT SIN
11 JANUARI 2025 (SABTU) | 12.15 TENGAHARI
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YAB Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
YB Tuan Anthony Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan;
YB Tuan Lim Guan Eng,
Ahli Parlimen Pulau Pinang;
YB Dato’ Law Choo Kiang,
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri;
YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Fng Ah Seng,
Pengelola Kehormat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin;
YBrs. Tuan Tang Eng Hoe,
Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin;
Menteri-menteri, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, dan semua rakan rakan yang hadir.
- Saya nak mula dengan menyatakan penghargaan terima kasih atas kesudian sekolah menerima saya bukan sahaja sebagai Perdana Menteri, tapi sebagai sebab bekas guru sandaran di sini dahulu. Sebab itu kalau ikut katanya protokol biasa dia tak nyanyi lagu sekolah, tapi hari ini saya minta khas kerana saya hafal rangkap awal dia. Sebab masa itu kena hafal walaupun saya mengajar hanya hampir satu tahun sebelum masuk universiti, masih muda tapi pengalaman itu sangat berharga.
- “Gèwèi láibīn dàjiā hǎo” (hello, tetamu yang dihormati). Hari ini juga hari jadi saudara Tang Eng Hoe? Tak sempat kita order kek (nada seloroh) tapi saya ucap terima kasih. Ucapan dia baik dalam Bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina seperti mana yang disebut oleh saudara Anthony Loke sebentar tadi.
Saudara saudari,
- Ini soal pendidikan dan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang membawa satu dasar yang sama. Apa dia keutamaan kita? Meningkat mutu pendidikan. Ingat, kalau Malaysia mahu berjaya, ini saya bicara depan anak-anak juga, mutu pendidikan harus ditingkatkan. Bukan perbalahan dalam soal-soal remeh dan titik bengik. Mutu pendidikan bermakna keupayaan kita meneroka disiplin baru. Kita tidak bicara soal tenaga baharu, ataupun transformasi digital semasa saya mengajar dahulu, tetapi sekarang menjadi tuntutan bagi negara kita.
- Tahun ini kita Pengerusi ASEAN. Kita bicara soal ASEAN Energy Grid dari Laos, Thailand melalui Malaysia ke Singapura. Kita berbicara soal tenaga bahru dari Sarawak ke Semenanjung, Tanjung Sedili, Johor ke Singapura. Dari Sarawak ke ibu kota negara yang baru di Indonesia. Ini yang kita bicarakan dengan pimpinan dan semalam dengan Perdana Menteri Jepun, kita bicara soal tenaga baharu, ammonia, green hydrogen. Maknanya kita kena siapkan anak-anak kita dengan kecekalan dengan ilmu dengan keterampilan untuk menguasai dan mengangkat martabat Malaysia sebagai satu negara yang bersatu.
- Fokusnya mutu pendidikan yang lebih baik dan anak-anak dengan guru-guru harus mempersiapkan. Tentunya kalau fokus itu kita tidak bincang soal-soal lain. Saya dengar teliti ucapan saudara Anthony Loke yang mewakili pandangan kita. Ya betul ada sejarah anak-anak tahu sejarah 50-an, 60-an sangat sengit di antara aliran. Apakah kita mahu aliran kebangsaan? Ataupun mengizinkan aliran Bahasa Cina, Bahasa Tamil? Pergelutan panjang tapi setelah hampir tujuh (7) dekad merdeka, kita putuskan yang tidak boleh kita tolak ansur penguasaan Bahasa Kebangsaan. Biar semua sekolah, semua aliran menerima. Kita belajar di negara Malaysia, kita kuasai bahasa negara kita. Kita faham sejarah kita, kita sama-sama mengangkat budaya kita. Tetapi kita juga terima kenyataan sekarang bahawa kalau negara ini mahu hebat, maka motto negara kita “Bersekutu Bertambah Mutu’ itu kita hayati.
- Apa maknanya? Kalau dahulu semasa saya mengajar di sini, Bahasa Cina itu dianggap bahasa suku kaum Cina. Tapi sekarang dengan kemaraan negara China sebagai kuasa ekonomi besar dunia, dengan hubungan baik Malaysia dan negara China, saya dengan Presiden Xi Jinping dengan Premier Li Qiang. Ini menyebabkan hubungan kita itu juga hubungan perdagangan, pelaburan dan ekonomi dan Bahasa Cina bukan lagi bahasa suku kaum Cina, tapi bahasa ekonomi dunia dan Asia yang sangat penting dan memberi keuntungan kepada kita kalau anak-anak kita menguasai bahasa cina dengan baik.
- Sebab itu saya tekankan dan galakkan rakyat malaysia ini sedia berubah, tidak hilang Melayu kita, tidakk hilang bahasa kita, tidak hilang agama Islam saya. Saya mengajar sini satu tahun tidak ada yang paksa saya untuk meninggalkan minat saya untuk menguasai bahasa dan budaya Melayu. Tidak ada usaha untuk mengeluarkan saya dari agama tidak, dan saya mengajar di sekolah Cina, 99 peratus guru dan anak-anaknya Cina dan saya sebelum itu belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar yag 100% pelajar Melayu. Tetapi kalau ada kesediaan terima itu bagi saya itu pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Kerana saya sebagai anak Melayu membesar di Bukit Mertajam di kuarters hospital dekat sini dan juga di Cherok Tok Kun membesar dalam budaya Melayu Islam tetapi saya rasa ini anak-anak saya yang saya suruh ajar dan saya diminta mengajar Bahasa Melayu di sini dan saya ajar sebagai anak-anak saya yang saya kasihi.
- Jadi bagi saya ada sentuhan nostalgia dan sentimental dengan Sekolah Menengah Jit Sin ini. Sebab bila kita lihat anak-anak kita anggap macam anak kitalah. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang sangat cerdik, ada yang sederhana, ada yang baik, ada yang nakal, jadi seperti anak-anak kita semua. Jadi sebab itu kita minta ahli politik, ketua-ketua masyarakat ambil sikap baru ini untuk bangun bersama, untuk jayakan negara kita.
- Tadi tatkala upacara perasmian LRT, upacara Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya sebut jarang berlaku dalam sejarah dalam tempoh beberapa minggu, Perdana Menteri Thailand, Presiden Indonesia, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Singapura datang berbincang, melabur hendak meningkatkan perdagangan, hendak wujudkan cabang-cabang universiti, ini yang kita dapat kerana apa? kerana rakyat Bersatu. Apakah mereka tidak tahu bahawa negara ini majoriti Melayu ada kelompok Cina yang ramai, India, Dayak, Kadazan mereka tahu tetapi mereka juga sedar bahawa majoriti rakyat itu mahu maju ke depan. Pulau Pinang di antara menjadi semiconductor hub in the region, itu Pulau Pinang sekarang. Ada yang menganggap kita agak terlalu menekankan Pulau sekarang dia menjalar sehingga ke Batu Kawan dan pembangunan daripada Pulau, bangkit lagi Penang Sentral jadi kita cuba untuk mengangkat martabat semua.
- Saya sebut juga tadi bukanlah sahaja Pulau Pinang, di Kedah oleh kerana pesawah padi yang majoriti Melayu miskin kita tumpu tambahan RM1 bilion untuk naikkan produktiviti mereka baja, kemudahan, saliran, benih yang lebih baik supaya dapat tingkatkan pendapatan mereka. Di kawasan utara Perak, kawasan miskin, kita wujudkan apa yang kita KIGIP. Kita ada industrial park di Kulim, kita ada industrial park juga di Kerian. Jadi kita meratakan pembangunan kita.
- Jangan lihat bila saya pergi ke perasmian LRT ini Anwar hanya sokong Pulau Pinang. Saya datang ke Sekolah Menengah Jit Sin Anwar ini pro-Cina, ini fahaman yang merosakkan. Orang tanya mengapa harus saya bantu, saya bantu walaupun saya tahu Sekolah Menengah Jit Sin relatif jauh lebih baik dengan banyak sekolah lain, tetapi saya hargai dia jauh lebih baik kerana ibu bapa dan masyarakat yang bantu kalau mereka bantu kita bantulah tambahan sedikit.
- Jadi sebab itu bagi anak-anak muda mesti bangkit tegas! Ini negara kita, kita selamatkan. Kita terima negara ini ada peruntukan perlembagaannya, bahasanya, Raja-rajanya, tetapi kita harus terima kepelbagaiannya. Bahasa bahasa lain apatah lagi bahasa yang boleh bantu kita. Saya bukan setuju semua dengan budaya Inggeris dan tamadun Inggeris atau tamadun barat, kawan-kawan saya tahu pendirian saya tetapi saya tahu bahasa Inggeris itu penting di peringkat antarabangsa. Kalau saya tidak menguasai Bahasa Inggeris, saya tidak boleh mengajar di Georgetown University sebagai professor, saya tidak boleh bicara dengan senang bebas di medan antarabangsa. Jadi saya mahu anak-anak kita juga menguasai bahasa Inggeris, untuk menyelamatkan dan mengangkat martabat negara kita sebagai kuasa ekonomi yang penting.
- Tapi syarat dia mesti keamanan, mesti kedamaian, mesti toleransi, hormat menghormati. Saya datang ke Sekolah Menengah Cina, mereka tahu saya seorang Muslim, dia tahu makan saya macam mana. Saya tidak payah beritahu, “tolong berjaga ya, jangan bagi saya yam seng ah” (nada berseloroh). Ini orang-orang tidak tahu, saya besar di Bukit Mertajam, saya pergi kenduri kahwin kawan-kawan saya orang Cina yang banyak, dia tahu bila dia hendak minum, meja saya diselamatkan. Dia bagi saya yam seng juga tapi orange.
- Saya sengaja singgung perkara ini kepada anak-anak, supaya kita faham untuk memelihara kesatuan bangsa Malaysia ini, tidak mudah. Tetapi kalau ada sikap yang positif di kalangan anak-anak muda, menolak politik bebal dan keliru ini, saya percaya masa depan kita terjamin. Malaysia adalah satu-satu negara di ASEAN dan di Asia yang politiknya stabil. Malaysia adalah satu-satu negara di dunia dengan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama yang tidak menimbulkan rusuhan dan pergaduhan dan kebencian.
- Tanggungjawab kita pertahankan dan kalau kita mempertahankan kita harus ambil sikap positif. Untuk apa kita pertahankan kesatuan? untuk menjaga negara ini bebas dan merdeka. Untuk jaga tatakelola negara ini dan governance yang baik. Untuk jaga negara ini jangan harta dan kekayaan dan wang ringgit dicuri oleh orang. Tidak kira apakah pemimpin Melayu, pemimpin Cina, India, Dayak, Kadazan.
- Amalan kita pengalaman kita memang banyak ada saja peluang curi dan sakau, kita hendak hentikan amalan itu. Saya baca lagu Sekolah Jit Sin dan saya faham maknanya dan saya tahu tentang semangatnya, perpaduannya, kecintaannya dan kemanusiannya yang ditekankan di sini.
- Apa erti Pendidikan? didik bagi orang cerdik, pintar bahasa Cina, pintar bahasa Melayu, pintar bahasa Inggeris, punyai kemahiran dan keterampilan dalam pelbagai bidang, kejuruteraan, biotek dan pelbagai digital tetapi perangainya hodoh, sombong, menindas, menyakau, rasuah, apa maknanya? apa erti pendidikan.
- Jadi pendidikan itu melahirkan manusia yang baik. Nilai itu penting dan ini terangkum dalam konsep MADANI. MADANI ini tidak bicara soal pertumbuhan ekonomi sahaja. Kemampanan ekonomi itu sangat fundamental. Kalau ekonomi tidak meningkat, meniaga tidak untung, pelaburan tidak masuk, susah hidup kita, susah kerja kita, susah keluarga kita. Dan tidak upaya kita tingkatkan mutu pendidikan, kemudahan Kesihatan, jaga ibu bapa kita, jaga anak-anak kita, ekonomi penting.
- Tapi untuk apa hidup ini? untuk jadi manusia yang baik, hormat, jangan angkuh dan sombong, jangan curi. Anak-anak di sekolah, saya ingat masa dulu ada anak dirotan, pelajar sekolah dirotan, kerana curi alat tulis, pensil dan pensil warna, dirotan depan semua. Anak pada masa itu. YB Fadlina kata jangan, sekarangkan tidak boleh di rotan, keadaan sudah berubah. Tapi saya hendak cerita, rotan sebab apa? curi pensil.
- Sekarang ini curi bilion-bilion mahu dianggap sebagai hero apa jadi pada nilai dan moral kita? bila saya ambil tindakan, kepada orang-orang yang curi berbilion-bilion ringgit simpan di sini dan di luar negara oh, saya dimarah, “Anwar ini politik dendam, dia tidak timbang rasa, lupakan jasa orang.” Saya rasa tidak betul. Itu bukan wang saya. Saya dilantik sebagai Perdana Menteri dengan Menteri-menteri yang ada untuk lakukan amanah. Kerana kami dididik dari kecil dan lihat sendiri anak yang curi pensil dan alat tulis dirotan. Pengajarannya apa? jangan curi.
- Saudara-saudara yang menonton filem Anwar: The Untold Story, menceritakan bagaimana nenek saya menegur saya kerana saya di hujung minggu pergi Cherok Tok Kun naik Bukit mertajam, ada kebun buah pala jadi saya ambillah sikit. Ambil buah pala letak dalam poket setengah dalam enam tujuh biji bawa lari balik rumah, sudah hampir tujuh malam, dekat maghrib sudah hampir gelap. Nenek saya tanya, dari mana buah pala? saya kata di kebun. Kebun siapa? kebun cina. Ada dia bagi? tidak. Ada kamu minta? Tidak. Tetapi saya kata tak apa lah, saya kata sekali sekala sebab Cina itu sudah untung banyak, ambil dua tiga biji okay lah. Nenek saya kata, boleh tak mencuri? Saya kata tidak boleh. Ini mengapa curi? Emm, saya tidak boleh jawab.
- Dia kata kalau tak boleh jawab dan saya masih itu umur entah tujuh atau lapan tahun, mungkin masih sekolah rendah. Jadi nenek saya kata kena pulang balik, harta orang jangan dicuri. Jadi saya dalam keadaan menangis, takut, dah gelap, takut Cina kebun itu ada anjing, takut Cina tu nampak, jadi macam mana nak pulangkan balik? Saya lari dari kampung saya dekat masjid rumah saya, terus naik jalan kolam, naik bukit sampai kebun, saya baling buah pala itu dan balik ke rumah.
- Saudara, apa pengajarannya? Jangan curi harta orang. Oh, itu harta Cina, dia tidak boleh curi. Melayu curi Cina punya okey, Cina tipu Melayu okey. Kalau begitu fahaman kita itu bukan faham kemanusiaan. Itu akan merosakkan negara kita. Sebab itu saudara harus diingat, anak-anak harus diingat bahawa pendidikan ini harus cemerlang, harus menguasai bahasa-bahasa dan saya tidak ada masalah. Tetapi harus juga memupuk nilai, sudahlah dengan fahaman kaum yang melampau, fahaman agama yang mahu merosakkan hubungan atau fahaman negeri dan daerah dan suku kaum sudahlah. Saya percaya kita boleh beranjak dan berganjak dan naikkan nama baik negara kita, keluarga kita sebagai sesuatu yang hebat.
- Jadi untuk itu, hari ini memang saya tahu politiknya akan rencam, dan saya bisik dengan pemangku pengetua dan juga YB Chow Kon Yeow, saya kata lepas ini pembangkang nanti hiruk pikuk, Anwar Ibrahim telah menyerah kuasa kepada orang-orang Cina dan Sekolah Cina, dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina binti Sidek pun kena sama. Tetapi saya kata tidak mengapa, kerana saya pimpin negara ini, saya nak pimpin dengan dasar yang jelas dan adil bagi setiap warganegara kita.
- Maka sebab itu, saya ambil kesempatan untuk meneruskan memang sebelum ini ada, tetapi untuk tahun ini, saya memutuskan untuk menyerahkan sendiri bantuan Kerajaan kepada 60 buah Sekolah-sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina, Independent Chinese Secondary schools sebagai tanda kita menghargai khidmat mereka dan kesediaan mereka untuk menyesuaikan kurikulum, menghormati Bahasa Kebangsaan dan mengangkat martabat rakyat keseluruhannya.
- Jadi sekitar RM320 ribu setiap sekolah, tetapi untuk Sekolah Menengah Jit Sin ini saya ada masalah sikit. Jadi untuk Sekolah Menengah Jit Sin ini kerana usaha mereka dan jasa mereka, jadi untuk Sekolah Menengah Jit Sin saya luluskan RM1 juta.
- Jadi sekali lagi saya ucap penghargaan kepada semua atas kerjasama dan mari kita punyai satu tekad. Baik saya ucap terima kasihlah kerana saudara YB Anthony Loke dan YB Steven Sim mengambil berat juga kerana ini kawasan Parlimen dia, terima kasih. Dan saya nak minta semua sekolah-sekolah kalau selain daripada YB Puan Fadhlina binti Sidek yang menjadi Menteri Pendidikan yang gigih bawa perubahan dalam negara kita, membaiki memperbaiki mutu pendidikan negara kita. Kalau di pejabat saya Encik Chan Ming Kai ada untuk membantu selaras, mana Encik Chan Ming Kai? Kalau orang Hokkien kata kalau “Wa bo lui”, cari dia.
- Jadi sekali lagi saya terima kasih oleh kerana bulan depan raya cina dan mungkin saya tak sempat jumpa, dan terlalu terlalu awal untuk ucap Raya Cina tapi saya ucap “Xin nian kuai le, xin nian hao, nian nian hao”.
Baik, terima Kasih.
Similar Posts:
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- PM SARAN GOLONGAN MUDA BANGKIT SEBAGAI KEKUATAN BAHARU MALAYSIA MADANI
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- ISU MONOPOLI IMPORT BERAS TIDAK HARUS DIPOLITIKKAN, USAHA BERNIAT BANTU PESAWAH MISKIN – PM
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA