TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI
SEMPENA
MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025
8 FEBRUARI 2025 (SABTU) | 5:00 PETANG
MENARA BERKEMBAR PETRONAS,
KUALA LUMPUR
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Menteri-menteri,
Timbalan Menteri,
Terima kasih banyak terutama kepada saudara-saudari dan anak-anak yang sudah bersiap. Kita sekarang cuma nak peringatkan semangat Sarong Music Run ini kerana matlamatnya ialah sihat, yang pertama. Bagi sihat.
Yang kedua, semangat persahabatan di antara rakyat. Sarung ini ada budayanya, terkenal seantero rantau Melayu ini. Jadi, kalau ada sarung, pakai. Tidak ada, tidak payah. Yang penting semangatnya.
Jadi, saya tidak mahu panjang, doa bagi semua selamat, negara ini selamat, rakyat selamat, ekonomi baik, pendapatan naik dan jangan ada izinkan orang-orang yang merosakkan keamanan negara kita!
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.