TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PELUNCURAN PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BAGI MENYOKONG PROGRAM PENANAMAN PADI LIMA (5) MUSIM DALAM TEMPOH DUA (2) TAHUN DI KAWASAN MADA – FASA 1

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI DIRAJA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

MAJLIS PELUNCURAN PROJEK

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BAGI MENYOKONG PROGRAM PENANAMAN PADI LIMA (5) MUSIM DALAM TEMPOH DUA (2) TAHUN DI KAWASAN MUDA – FASA 1

 

 

 

27 FEBRUARI 2025 | KHAMIS | 4.00 PETANG

 

KAMPUNG PIDA 4 AYER HITAM, KEDAH

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Al-hamdu lillahi rabbil ‘alamin

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihi’l Karim 

Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’een

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor,

Menteri Besar Kedah;

 

Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu,

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan;

 

Yang Berhormat Tuan Haji Razali bin Saad,

EXCO Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan Negeri Perlis mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh,

Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad;

Tuan Kamarudin bin Dahuli,

Pengurus Besar MADA;

Ini hari akhir dia hari ini, terima kasih.

 

  1. Terima kasih, hari ini seperti yang disebut oleh Saudara Mat Sabu dan Saudara Sanusi tadi bermakna kerana kita berbicara tentang produktivi pesawah padi. Pesawah-pesawah dari semasa ke semasa merungut kerana hidup dalam kemiskinan dan harga padi masih rendah. Dan ini bukan perkara baru, tidak salah saya 1993 atau 1992 ada perhimpunan ramai di sini. Saya datang, masalah juga harga padi dan masalah pengilang.

 

  1. Tetapi kita tahu bahawa boleh kita bantu sikit-sikit dan kerajaan tambah puluh bilion untuk padi ini. Tetapi selagi tidak boleh tingkatkan pengeluaran produktiviti dia, kita akan hadapi masalah yang sama. Sebab itu saya telah berunding dengan pesawah, dengan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, maka Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ambil langkah mencadangkan supaya diberikan peruntukan yang besar selesai masalah prasarana dulu, tali air dia, Empangan Pedu. Dan kita kaji itu rupanya belanjanya sangat besar. Tapi saya rasa tidak ada pilihan.

 

  1. Sebab itu saya kata “tidak apa kita bagi keutamaan”. Kalau untuk Kedah, untuk Kelantan, Perlis, Terengganu, sebahagian Selangor yang tanam padi dan sekarang ini Sarawak, Sabah sudah mula ambil langkah ini, belanjanya tinggi, kerana sistem tali air itu kena moden dan kena ada empangan. Jadi saya diberi taklimat tadi, Empangan Pedu ini tidak salah saya, dia mula sejak tahun 60-an. Jadi mesin-mesin itu sudah lapuk berkarat. Jadi terpaksa dibawa pakar-pakar dan tidak salah saya Netherlands, kerana Netherland di antara negara yang paling mahir dari segi sistem tali air, perparitan dan juga tebatan banjir.

 

  1. Jadi kita pasal belanja maknanya dalam masa singkat saya minta mereka cepatkan pelaksanaannya, betulkan dulu empangan supaya menjamin pengaliran. Dan ini kalau dibuat belanja tinggi. Sebab itu kita rangka hampir RM1 bilion untuk fasa ini, bukan kecil sebenarnya.

 

  1. Jadi saya hendak beritahu kepada pesawah-pesawah janganlah anggap kita pandang ringan. Kita tidak pandang ringan masalah ini, RM1 bilion untuk satu kawasan bukan kecil. Ini tidak termasuk tebatan banjir, kerana kalau kita baiki sistem perparitan, tebatan banjir tidak selesai, dia jadi merosakkan juga tanaman kita.

 

  1. Jadi kedua-dua tebatan banjir semalam saya umum di Parlimen tapi lebih parah di Kelantan, maka kita percepatkan. Dulu kita ada fasa, fasa satu Rantau Panjang, fasa dua, tiga, kemudian hendak korek Sungai Golok. Jadi saya kata percepatkan walaupun dia memerlukan tambahan hampir RM2 bilion. Saya kata “tidak apalah” kita terpaksa cari juga kerana rakyat takkan hendak tiap-tiap tahun dengan masalah yang sama, banjir situ juga, terbenam situ juga dan kita rancangan tebatan banjir kena tunggu 2 tahun lagi, 3 tahun lagi. Jadi kita minta percepatkan.

 

  1. Begitu juga masalah hari ini yang kita bincang, soal program MADA. Jadi daripada empangan Pedu yang harus diperbaiki untuk memastikan sistem pelayaran ke kawasan. Jadi diterangkan juga dari mula tunggu sampai 40 hari itu dia tidak dipotongkan 10 hari untuk penyaluran air sistem air. ini semua di dalam rancangan.

 

  1. Sebab tu saya kata pelaksanaan itu penting. Nak kata dana tak bagi saya tak setuju. Kadang saya di Parlimen saya tegur juga, orang marah kita tak buat apa. Dalam 2 tahun kita jadi Kerajaan, kita naik 2 kali. RM1,500.00 memang tak cukup tetapi daripada tak naik langsung. Dia tak fikir yang dia tak naik dahulu. Jadi sebab itu saya kata kita kena cari jalan kerana ini diperlukan, takkan beras ini dan padi nak import terus. Saya di Vietnam, memang Perdana Menteri dia kata mai beli daripada Vietnam lagi, saya kata boleh lah sementara ni.

 

  1. Tetapi takkan sebagai negara, makanan yang dikatakan untuk sekuriti, ini makanan keselamatan. Mana-mana negara perlu sumber makanan yang asas. Dia nak beli epal, oren import takde masalah, tetapi beras, sayuran, ikan, kena cari jalan untuk menyelesaikan di peringkat tempatan.

 

  1. Selain daripada kelulusan untuk Kementerian Pertanian, saya tidak tahu tahun ini berapa? RM20 bilion. Itu selain daripada peruntukan yang ada sekarang kita tambah ini RM1 bilion untuk MADA. Sebab tu saya minta pesawah-pesawah kalau tidak ada kerjasama tak jalan juga. Jadi saya ucap terima kasih kerana pesawah setuju, pertama. Keduanya, Kerajaan negeri pun percepatkan pengambilan tanah, proses dia, kalau ini lambat umpamanya saya umum 2023, kemudian nak buat kajian, nak ambil tanah semua ni mengambil masa.
  2. Jadi bila dah jalan sekarang dah ada keputusan saya beritahu Tan Sri Khalib, Jabatan dan MADA, semua agensi anggap ini sebagai projek utama laporan tiap bulan ikut jadual. Kalau boleh percepatkan. Kita tak boleh tolak ansur, kalau tidak orang lemas dengar, umum dah umum dah tapi tak jalan lagi, kemudian bila jalan pula ikut macam sambil lewa, ini masalah penanam padi ini, pesawah ini, pasal hidupnya, masalah cari makan dia, melambatkan maknanya beban kepada orang, macam juga program tebatan banjir. Kita lewatkan lagi akhir tahun terbenam lagi. Jadi sebab itu ada projek-projek yang dianggap terpaksa kita jalankan segera.

 

  1. Syukur alhamdulillah, kerana kita nasib baik, pelaburan yang kian tinggi. Menteri Besar Dato Seri Sanusi cakap banyak sangat, saya batuk. Pelaburan tinggi dan pertumbuhan kita 5.1 di antara tertinggi di ASEAN. Tapi saya kata pelaburan tinggi. Kemudian, pertumbuhan 51% tapi bagi petani, nelayan, pesawah padi, dia kata dia dapat apa? Sebab tu kita nak pastikan bila ada suasana yang baik begini, peluang pekerjaan, TVET, anak-anak muda dalam AI (artificial intelligence), dalam urusan teknikal tenaga, semua ini. tetapi ada kelompok-kelompok yang rasa tertinggal.

 

  1. Sebab tu saya faham kalau satu dua orang pesawah-pesawah marah-marah sikit, tapi janganlah marah banyak. Kalau marah sikit tak apa, kalau kita tak buat apa, kita buat, sungguh-sungguh saya tak melawak, beberapa kali, tiap kali jumpa, mengadap Tuanku ke, cakap dengan Menteri Besar, saya tak pernah lepas, percepatkan. Yang ini bagi saya bukan soal perbezaan politik Negeri dan Persekutuan. Yang perlu kita laksanakan, kita laksanakan. Yang termampu kita buat kita buat, jadi sebab itu kita tengok sini walaupun projek keseluruhannya saya umum RM5 bilion untuk peringkat, tapi kita segerakan fasa pertama kerana ini satu contoh nak meyakinkan semua pesawah bahawa ini boleh dilakukan.

 

  1. Ada yang bangkitkan soal pengilang. Saya difahamkan bahawa BERNAS sendiri pun telah bantu sekitar RM30 juta bantuan kepada pengilang-pengilang Bumiputera ini. Jadi kita kenal pasti satu dua yang mampu bersaing, boleh mungkin kita selamatkan.

 

  1. Tetapi untuk selamatkan semua tidak mungkin. Bukan kerja Kerajaan. Di antara bantu pesawah dengan bantu pengilang, saya pilih bantu pesawah dulu. Kemudian kalau perlu satu dua kilang yang baik, Bumiputera yang berjaya, kita boleh bantu seperti yang dilakukan oleh BERNAS. Ini saya nak jelaskan kerana dalam dunia persaingan sekarang kos tinggi, dan saya juga pernah berunding dulu dengan pesawah-pesawah. Kadang diserah kepada pengilang ini, dia bubuh ikut dia, beras basah lah, macam-macam masalah. Saya dengar dulu, saya tidak lupa. Jadi hal-hal itu pegawai-pegawai Jabatan MADA kena pantau betul-betul supaya adil bagi pengilang dan pesawah.

 

  1. Saya juga guna peluang ini ucap terima kasih kepada BERNAS khususnya Tan Sri Syed Mokhtar kerana bila saya ambil alih jawatan Perdana Menteri, saya kata kepada beliau “BERNAS ini ada juga catat keuntungan. Daripada duduk bagi kepada parti politik, kepada orang-orang tertentu bagi lah kepada pesawah”. Sebab itu daripada mula tahun sudah, RM50 juta yang untuk ini kita bagi lagi tambahan RM15 juta untuk pesawah gunakan persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Saya harap boleh diselesaikan sebelum Ramadan ini. Itu cara kitalah. Saya boleh minta dia untuk bantu KEADILAN seperti depa buat dulu. Tapi saya pilih untuk bantu pesawah.

 

  1. Tanya dia, Tan Sri Syed Mokhtar saya minta bantu pesawah. Jadi hari ini, sudah dapat itu kerana kita ambil sikap guna wang korporat ini bukan untuk kita, tapi untuk pesawah padi kerana BERNAS ini ada kaitan langsung dengan pesawah.

 

  1. Baik, kita tahu dalam dua tahun ini peruntukan bagi bantuan kepada input pertanian ini RM2.6 bilion ringgit. Subsidi bagi input pertanian RM1.3 bilion. Saya nak sebut perkara ini bukan maknanya kita nak bagi tahu bahawa tidak payah buat dah. Tapi saya nak bagi tahu tak benar kalau kita tak bagi. Ini semua subsidi. Tak bagi makanan jaminan keselamatan negara, tercemarlah, makna risiko kita ada. Jadi kita bagi RM825 juta subsidi insentif untuk input pertanian. RM397 juta bantuan dengan anggaran subsidi yang telah diberikan kepada setiap pesawah RM4,323. Ini tak betul kalau kita cakap RM1,500. Total subsidi dan kita buat perbandingan, Indonesia berapa bagi? Thailand, saya pergi Vietnam, saya tanya berapa bagi? Subsidinya sangat kecil. Malaysia beri subsidi terbanyak, tetapi kalau untuk sistem pengairan empangan itu terpaksa kita belanjakan.

 

  1. Dan kita juga selaraskan baru-baru ini seperti saudara-saudara sudah tahu tentang pelarasan harga lantai padi yang berkuatkuasa pada 16 Februari yang lalu dan saya harap dengan bantuan-bantuan ini masalah beras tempatan dan beras import, saya Menteri Pertanian tahun 1986, masalah beras import dengan beras tempatan itu dah bergaduh dah. Kemudian ada perhimpunan besar-besaran, kalau bapa-bapa kita ingatlah di sini, kerana bantah tidak ada kenaikan dan kemudian pada peringkat awal dulu BERNAS tidak ambil tahu langsung soal nasib pesawah. Jadi tunjuk perasaan itu. Sekarang ini BERNAS diambil alih oleh syarikat lain. Tapi pada mula dulu. Jadi saya ingat dan saya dengar saya duduk, saya dengar masalah-masalah dan sebahagian daripada masalah itu cuba kita selesaikan termasuk dengan sekarang ini kita tubuh satu agensi yang jaga peraturannya dan penguatkuasaan, Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (MAREA).

 

  1. Jadi saya harap dengan majlis pada hari ini kita cuba selesaikan dengan baik masalah-masalah yang kita hadapi. Ingat, hari ini saya ambil wang peruntukan daripada Belanjawan Negara bagi ke kawasan MADA dan RM1 bilion ringgit ini untuk semua keperluan tambahan daripada yang diberikan umpamanya benih dan baja. Saya setuju, banyak pesawah dia tegur, dia tak puas hati dengan masalah benih. Saya bagi tahu kat YB Bang Mat “tak apa bincang betul-betul”. Tak setuju pasal apa? pakat betul-betul dan bagi persetujuan apa yang dianggap benih yang terbaik. Ada yang kata guna benih Sekinchan. Mereka membuat kajian, benih sekinchan tak semestinya sesuai dengan tanah Kedah. Ada yang kata benih Indonesia yang tinggi nilainya.

 

  1. Saya bincang di Vietnam semalam, Menteri pertanian dan Perdana Menteri dia ada. Dia kata “kawasan Vietnam pun di antara Utara dengan Selatan, dia kena benih berbeda kerana kesesuaian tanah itu. Yang itu jangan tanya saya, saya tidak tahu. Tapi yang saya tahu, ambil benih yang bagi pesawah puas hati. Kalau dia tak puas hati, dia rasa dia terpaksa, dia mengamuk dan pesawah Kedah pun garang-garang juga. Saya tahu, jadi jangan bagi depa mengamuk.

 

  1. Jadi berunding cara baik. Begitu juga baja, baja memang disebut betul yang kilang di Gurun, Kedah bagus tetapi kita faham pengurusan NAFAS ini banyak masalah dulunya, jadi kena baiki pengurusannya. Baja itu guna baja itu juga tapi pengurusan itu kena cekap. Jadi sebab itu baru-baru ini kita kata tegas betul, ini kartel-kartel jangan tidak mahu, tidak orang marah kita, katanya ada kuasa tidak boleh control kartel.

 

  1. Kita tengok ayam bila kita batalkan penguasaan kartel, harga ayam boleh jatuh. Kalau tidak ada lima enam syarikat yang kawal harga, begitu juga baja. Jadi saya harap ini difahami. Kalau pesawah kata kami tidak sesuai baja ini, baik bincang baik-baik kata sepakat kita urus ataupun tidak sesuai dengan baja jenis ini, bagi tahu betul-betul. Saya rasa kalau dia yakin maka jalanlah ‘faidza ‘azamta fatawakkal ‘alallah’ barulah kita runding dan kita jalankan dengan baik.

 

  1. Jadi penyelesaiannya, saya hendak ingatkan pegawai MADA dan Jabatan Pertanian, penyelesaiannya ialah berunding betul-betul supaya pesawah faham betul-betul termasuk projek ini. Projek ini peringkat awal apabila hendak ambil tanah memang tengah banyak soalan tetapi sudah ambil, Kerajaan Negeri percepatkan proses itu. Apabila kita nak laksanakan, maklumkan betul-betul kepada pesawah, jangan pula bila laksanakan nanti timbul masalah.

 

  1. Dan kalau tanya saya, bagilah kerjasama kalau kita boleh nak cepatkan projek ini supaya MADA kawasan Kedah dan Perlis, saya kata sambutlah sekali dengan Pulau Pinang tetapi depa tidak bagi Pulau Pinang, Mat Sabu ini pun (nada bergurau). Dia bagi takat Kedah dengan Perlis, saya kata sambung lah Perdana Menteri dia orang Permatang Pauh tidak sampai ke bawah. Tidak mengapa pelan-pelan lah fasa kedua kita sambung sikit, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh boleh cari jalan sambung sikit lagi lah, depa buat naya, dah lah ayaq sanusi tak bagi (nada bergurau).

 

  1. Jadi saya harap kerjasama ini ada. Maknanya ingat, pengurusan MADA, Jabatan Pertanian, MMC Infra Padi Sdn Bhd kena ingat dalam pelaksanaan, biar ada proses libat urus dan rundingan kerana kita tidak mahu dengar masalah tidak puas hati. Sudah diputuskan bersama, dah jalan jangan cakap banyak lagi dah, terus kerja dengan baik dan pantau dengan baik kerana budaya kerja kita pun ada masalah juga. Budaya kerja kita pun ada masalah. Kalau benihnya lain, kaedah dia lain, sistem perparitan dan tali air dia lain, kerja tidak tukar pun tak boleh. Jadi budaya kerja pun kita kena tingkatkan. Boleh belajar, kita bawa video belajar dari Vietnam, China, Sekinchan malah di Kedah ini, yang zakat ini di buat di Yan bukan di Sik ya. Tuanku tadi pun sebut dia kata dia bangga dengan projek zakat yang dibuat di Yan yang bermutu. Kita tengok apa yang mereka buat, apa yang lainnya, apa yang istimewanya yang kita boleh belajar.

 

  1. Mudah-mudahan Allah SWT berikan kekuatan kepada kita, tetapi saya secara penutup macam nak sebut begini lah. Kerja kita amanah kita dan Kerajaan melaksanakan. Saya tidak mahu esok orang kata apabila Anwar Ibrahim pencen, masa itu bebal tidak ada guna dah. Sekarang apabila kita ada peluang, ada kuasa kita cuba lakukan yang sebaiknya. Sebab itu kita tambah harga lantai padi, kita tambah peruntukan, kita minta BERNAS dengan keuntungan, pulang balik langsung kepada pesawah, satu sen pun tidak putus di peringkat, tidak di ambil di peringkat pengurusan. Mesti langsung kepada, ini boleh kita lakukan dan niat ini tidak dilakukan sebelum ini.

 

  1. Walaupun apabila saya sebut bab ini ada orang marah, memang betul tidak dibuat sebelum ini pasal apa? Untung BERNAS itu tidak masuk ke akaun pesawah, tidak bagi langsung kepada pesawah sebab dia nak masuk pada Parti. Saya bagitahu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ‘sudah, you untung daripada beras dan padi, you bagi balik kepada mereka. Saya tidak ada hak, saya bukan tanam padi’.

 

  1. Jadi saya harap kawan-kawan faham ini maknanya mengamalkan apa yang kita katakan. Ia tidak mudah, tetapi inilah saya rasa sesuatu tindakan yang harus dilakukan oleh semua kita.

 

Terima kasih sekali lagi, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.