Selamat Datang Keluarga Malaysia ke Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia bersempena Setahun Keluarga Malaysia! Pada 21 Ogos 2022 maka genaplah setahun Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 dengan cetusan konsep “Keluarga Malaysia” sebagai tema kepimpinan yang menjadi landasan segenap lapisan kepimpinan dan rakyat demi Malaysia tercinta.
Sudah semestinya kejayaan yang diraih akan menjadi pemangkin Kerajaan meneruskan agenda pemulihan ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi pada masa hadapan dengan mengekalkan konsep Keluarga Malaysia yang lebih komprehensif dan menyeluruh pada masa akan datang. Marilah bersama-bersama kita sebagai ahli Keluarga Malaysia terus utuh bersama bagi mencapai Malaysia yang lebih maju dan harmoni pada masa akan datang!