Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Alhamdulillah, malam ini bersama rakyat Melaka Bandaraya Bersejarah berhimpun bagi menghimbau detik bersejarah negara di Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir.

YAB Perdana Menteri mulakan dengan menegaskan erti dan makna kemerdekaan di mana rombongan yang diketuai Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang berjaya memanfaatkan Rundingan Kemerdekaan di London.

Bandar Hilir ternyata sangat istimewa di sanubari rakyat Malaysia dan ia menjadi detik permulaan perjalanan negara kita sebagai sebuah tatanan yang merdeka dan bermaruah.

Pejuang-pejuang terdahulu melakar sejarah dengan menebus maruah bangsa, serta menggapai hak pusaka Kota Melaka yang pernah dirobohkan. Kekayaan dan khazanah negara dipunggah penjajah dan aparat mereka, serta dirompak pulang ke Portugal, Belanda, Jepun dan Inggeris. Penjajahan ternyata memiskinkan rakyat.

Kemerdekaan juga bermakna kita harus menolak amalan lama yang bobrok dan bejat bersama kekuatan dan perpaduan seluruh rakyat berbilang kaum dengan matlamat membangun serta mengisi kemerdekaan.

Perpaduan tidak hanya dibicarakan sekarang tetapi ia mesti menjadi tunjang kemakmuran dan pembangunan negara ini. Dan YAB Perdana Menteri yakin negeri Melaka akan lebih makmur dan gagah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusof dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Melaka.

Akhirul kalam, mari bersama memekar semangat, jiwa dan rupa kemerdekaan dengan bersatu padu dan memperkukuh kebersamaan rakyat antara kaum agar negara ini kekal aman dan makmur.

Di hujung majlis, YAB Perdana Menteri sempat meninggalkan dua rangkap pantun sebagai penutup ucapan:

Patah tangan patah kaki,
Biar bertongkat berjalan juga;
Bumi Melaka menjadi saksi,
Laungan keramat Merdeka Merdeka Merdeka.

Hanya Malaysia negara tercinta,
Pejuang bersusah untuk merdeka;
Jangan persiakan apa yang ada,
Sayangilah tumpah darah kita.

#MalaysiaMADANI

Sumber Video: RTM

Similar Posts:

118 views
Posted on February 23, 2024

You may also like

LIVE TV Okey
Posted on January 1, 2019
23 views
LIVE TV2
Posted on January 1, 2019
489 views
LIVE TV1
Posted on January 1, 2019
3717 views
Live Parliament - Dewan Rakyat
Posted on January 1, 2019
282451 views
New Year Message 2019
Posted on December 31, 2018
180 views
The Launch of Proton X70
Posted on December 12, 2018
227 views

Page 38 of 39

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.