Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan di Pulau Pinang


Salah satu ikhtiar Kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital dan pendapatan adalah dengan membina Pusat Ekonomi Digital (PEDi), yakni sebuah pusat sehenti penggunaan jalur lebar bagi kawasan-kawasan kurang mendapat perhatian.

Kerajaan MADANI akan menambah lebih 180 PEDi kepada 1,097 seluruh negara menjelang hujung tahun ini ketimbang 911 setakat ini.

Transformasi digital adalah agenda penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi MADANI.

Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baru mesti mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan.

Sewaktu merasmikan Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang hari ini, YAB Perdana Menteri telah umumkan Pulau Mutiara bakal mendapat 41 PEDi dengan peruntukan RM47 juta untuk tujuan pembinaan dan pengoperasian 38 PEDi baharu di Pulau Pinang.

YAB Perdana Menteri yakin rakyat terbanyak pasti mendapat manfaat dan memanfaatkannya agar masyarakat lebih kendiri dan maju.

#MalaysiaMADANI

Sumber Video: RTM

Similar Posts:

11 views
Posted on February 16, 2024

You may also like

Love My Palm Oil Campaign
Posted on January 22, 2019
456 views
Live Berita RTM
Posted on January 17, 2019
9709 views
Live NTV7
Posted on January 1, 2019
29 views
Live TV3
Posted on January 1, 2019
208 views
Live Awani
Posted on January 1, 2019
12 views

Page 37 of 39

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.