BELANJAWAN 2023 MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN DIDEPANI KERAJAAN – PM ANWAR

LATEST NEWS

 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Belanjawan 2023 yang dibentangkan selama lebih dua jam di Dewan Rakyat hari ini telah mencakupi serta menjawab beberapa persoalan mustahak yang sedang didepani kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata belanjawan bertemakan Membangun Malaysia MADANI itu termasuk tentang permasalahan hutang dan persoalan tata kelola, tantangan semasa dan global serta pengarahan baharu ekonomi, kebajikan serta beberapa prinsip jelas mengenai ketelusan dan pertanggungjawaban.

“Selain itu Belanjawan 2023 turut memberi penekanan kepada soal merancakkan pertumbuhan dan kos sara hidup yang menghimpit rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Perdana Menteri turut berharap rakan-rakan Ahli Parlimen dapat meluangkan masa menelaah tawaran serta cadangan yang dihidangkan dan memberikan kritikan yang bermakna agar negara ini serta ekonominya kembali bangkit, segar dan mampan demi segenap lapisan masyarakat.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.