BERI FOKUS KEPADA MASALAH EKONOMI, TADBIR URUS

BERITA TERKINI

 

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) — Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Anwar berkata fokus Kerajaan Perpaduan pimpinannya  antaranya adalah untuk mendapatkan kepakaran daripada golongan profesional tanpa mengira kaum dan fahaman politik untuk membangun dan mengurus sebagai satu pasukan.

“Mari kita selesaikan perkara ini, niat dan sasaran kami untuk memastikan reputasi  dan keyakinan kepada  negara dikembalikan,”  katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama jawatankuasa kuil-kuil di seluruh negara di Seri Perdana di sini hari ini.

Anwar berkata suhu ketajaman politik ketika ini perlu diturunkan supaya negara boleh bangkit semula dan membawa agenda pembangunan itu bersama.

“Apa yang diperlukan orang India, Cina, Sarawak dan Sabah untuk menyelesaikannya ialah keberanian untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan, untuk bangkit melindungi negara dan kepentingan rakyat,” katanya.   

Anwar yakin negara dapat bangkit semula lebih kuat dan hebat sekiranya ada kepercayaan, saling hormat-menghormati dan kasih sayang sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.