BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tempatan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini ini.
Perdana Menteri yang tiba pada 6.47 petang dengan berbaju Melayu biru muda diiringi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.
Sebelum berbuka, Anwar turut meluangkan masa bersalaman, berbual dan beramah mesra dengan hadirin pada majlis itu.
Kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua agensi media, wartawan dan jurukamera, tempatan dan antarabangsa, selain penggiat seni serta 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.
Selain itu, selebriti tempatan yang hadir teramasuk artis versatil Ifa Raziah, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal serta penyampai radio dan penyanyi Dina Nadzir serta pengarah filem Datuk Suhaimi Baba.
Perdana Menteri juga sempat menunaikan solat Magrib berjemaah bersama hadirin.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PM MAKAN MALAM BERSAMA KEPIMPINAN NEGERI SABAH
- PM BINCANG NAIK TARAF INFRASTRUKTUR, FASILITI PENJAJA DI KUALA LUMPUR
- PM ANWAR GEMBIRA ‘KEMBALI’ KE WISMA MCA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
- PM ANWAR BERTEMU PENGURUSAN TERTINGGI PERBENDAHARAAN, BINCANG BELANJAWAN 2023
- PM ANWAR BENTANG BELANJAWAN 2023 MALAYSIA MADANI DI DEWAN RAKYAT