PM ANWAR RAI PEMIMPIN, AHLI PARTI DALAM KERAJAAN PERPADUAN DI MAJLIS BERBUKA PUASA

BERITA TERKINI

 

PUTRAJAYA, 7 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berbuka puasa dan meraikan lebih 1,000 pemimpin dan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan di kediaman rasmi, Seri Perdana, di sini.

Antara pemimpin dan ahli parti yang hadir adalah dari Barisan Nasional, DAP, Warisan, MUDA, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Majlis itu turut dihadiri Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup, Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong dan Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah.

Turut serta isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti terbabit sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah serta mengikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Presiden Kolej Dar Al-Hikmah Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty. 

– BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.