PM ANWAR SANTUNI RAKYAT DI BAZAR RAMADAN GONG BADAK

BERITA TERKINI

 

KUALA NERUS, 15 April — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa mengunjungi serta menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Gong Badak, di sini hari ini.

Beliau yang tiba sekitar pukul 5.10 petang meluangkan masa selama 15 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar selain turut kelihatan membeli beberapa juadah berbuka seperti kuih muih termasuk “akok”.

Turut mengiringi Ahli Parlimen Tambun itu ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta beberapa ahli majlis kerajaan negeri.

Anwar dijadualkan menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum solat Isyak dan Terawih di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.