
BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Kerajaan komited menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter hari ini, mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).
Kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 (60.53 mata).
Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).
— BERNAMA
Similar Posts:
- JOE BIDEN UCAP TAHNIAH KEPADA ANWAR, PUJI DEMOKRASI MALAYSIA
- MALAYSIA KECAM PENINDASAN BERTERUSAN ISRAEL KE ATAS WARGA PALESTIN
- PRESIDEN JERMAN BERTEMU PM ANWAR DI PUTRAJAYA
- PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN MENTERI HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI
- PM ANWAR HARAP RUNDINGAN TAHUNAN MALAYSIA-BRUNEI MUKTAMADKAN BEBERAPA PERKARA