
BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan peralihan model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian akan mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan dalam skala besar.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata implikasi kewangan dapat dikurangkan melalui peralihan dasar 5G itu kerana ia membabitkan penglibatan syarikat telekomunikasi iaitu antara syarat yang ditetapkan kerajaan.
“Menetapkan syarat semua telco menggunakan rangkaian DNB, struktur yang ada sehingga siap 80 peratus daripada rangkaian kemudian memastikan ketersambungan itu dijalankan termasuk di desa dan pedalaman.
“Sekiranya ini dipersetujui, maka setelah menggunakan kemudahan yang sama, syarikat telco yang mencatat keuntungan yang sangat baik selama ini dikehendaki melabur supaya menjamin keselamatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai kemungkinan keputusan kerajaan beralih daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian mengakibatkan beberapa kemudaratan kepada kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna.
–BERNAMA
Similar Posts:
- SUBSIDI BERSASAR : PM ANWAR BERI JAMINAN KEPENTINGAN PIHAK INDUSTRI TURUT DIBERI PERHATIAN
- JIMAT RM1.8 BILION MENERUSI PROSES TENDER TERPILIH PROJEK RTB – ANWAR
- KERAJAAN TIDAK BERCADANG PERKENAL GST, CUKAI KEPENGGUNAAN BERASAS LUAS TANGANI ISU HUTANG NEGARA – PM ANWAR
- KERAJAAN KOMITED PASTIKAN KELANGSUNGAN HIDUP RAKYAT – ANWAR
- PM GUNA BEG FAIL SONGKET SARAWAK BAWA DOKUMEN BELANJAWAN 2023