TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2024

 

TEKS UCAPAN  

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2024

 

4 MEI 2024 (SABTU)

 

KOMPLEKS SUKAN KUALA SELANGOR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.

 

YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad,

Menteri Besar Perak;

YB Nga Kor Ming,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

 

YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib,

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan;

YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad,

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;

Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

Setiausaha Kerajaan Negeri;

Rakan-rakan, keluarga Jabatan Bomba dan Penyelamat yang saya muliakan; dan juga

Keluarga, rakan-rakan yang turut hadir menyerikan majlis permai pagi ini.

  1. Kita syukur kerana Allah Taala dapat sama-sama menyambut satu hari yang bermakna mengenang jasa khidmat dan pengorbanan pasukan Bomba dan Penyelamat Negara. Saya percaya hari ini tidak hanya jadi hari kita pamer kekuatan kita, pengalaman kita, tetapi untuk mengajak rakyat memahami dan merasakan prihatin terhadap perkhidmatan keluarga, tenaga dalam Jabatan yang bukan sahaja dapat menjamin keselamatan tetapi kesejahteraan kita. Kadang-kadang dalam kesibukan kita sama ada dalam politik, kita penjawat awam atau masyarakat biasa, kita lupa bahawa Negara ini aman dan selamat kerana kawalan. Yang mengawal itu tentera, Polis, Jabatan Bomba dan kalau Jabatan Bomba dan Penyelamat itu dalam semua keadaan. Orang hanyut, kadang-kadang kucing tenggelam, kadang-kadang yang lebih parah, tanah runtuh dan bencana-bencana alam yang pelbagai.
  1. Semua itu cara automatik kita rasa ada Jabatan yang bertanggungjawab. Tapi kadangkan simpatinya dan kefahamannya kurang. Dan ini jadi masalah, kita anggap ini suatu khidmat yang seharus ada ya, tetapi siapa yang berkhidmat itu anak-anak kita, keluarga kita. Mereka melalui satu latihan, dan latihan itu memerlukan bukan sahaja perkara biasa, Jabatan biasa tapi pengorbanan. Ada yang terkorban nyawa. Ada yang cedera parah. Tetapi mereka dapat menjamin satu keadaan yang selesa bagi negara.
  1. Sebab itu bagi pihak Kerajaan dan bagi rakyat Malaysia seluruhnya, saya hadir untuk menyatakan penghargaan, terima kasih atas jasa dan khidmat saudara-saudari yang dimuliakan.
  1. Dan bukan sekadar negara, menyelamat yang berlaku dan sekarang diiktiraf di dunia. Jabatan Bomba juga ke depan. Saya ingat lagi tahun lalu bila saya hadir. Setelah gempa bumi di Turki. Setiap kali berjumpa dengan Presiden Tayyip Erdogan, dia tak pernah lupa. Tentang bukan sahaja kehadiran, ramai negara lain hadir. Tetapi dia salute, kerana kecekapan, kekentalan, disiplin dan semangat ihsan kasih sayang yang ditunjukkan oleh rakan-rakan pasukan Bomba dan Penyelamat.
  1. Saudara-saudara, saya tidak mengadakan ini. Sebab itu, saya kadang-kadang bicara ini dengan perasaan, dengan hati sanubari saya, dengan keyakinan saya kerana setelah bertarung sekian puluh tahun. Dalam dunia masyarakat dan politik, pasang surut, naik turun lebih banyak surut dari pasang, dan saya rasakan bahawa negara ini harus diangkat martabatnya. Dan terangkat martabat dan keupayaan itu hanya dengan semangat dan pengorbanan, dengan kecekalan. Ini yang bapa-bapa kita lakukan sebelum merdeka. Merdeka itu bukan dihulurkan dengan mudah, tapi dengan perjuangan, dengan darah, dengan air mata, dengan keringat dan saya bangga… Alhamdulillah sebagai anak-anak generasi penerus apa lagi anak sekalian.
  1. Meneruskan semangat dan cita cita ini dan negara ini tidak mungkin selamat dan saya ingin ingatkan bukan sahaja kepada pasukan tetapi kepada masyarakat umumnya yang kadang-kadang berleter, mengeluh, pertikai beberapa keputusan bila kita hendak berikan tambahan upah dan pengiktirafan kepada perkhidmatan dan penjawat awam. Dia tidak tahu kadang-kadang, oh dia kata mengapa dalam keadaan ekonomi sekarang Kerajaan pilih untuk naikkan elaun dan gaji naikkan gaji dan upah penjawat awam. Dia lupa negara ini aman, negara ini selamat dari kebakaran, dari tanah runtuh semuanya kerana perkhidmatan dan pengorbanan. Maka kita ada masa iktiraf.
  1. Saya tidak kata negara ini sedang dalam keadaan Tan Sri Dr. Jefri ada di sini, dia tahu dalam pembangunan ekonomi, harapan, pengiktirafan negara luar dan sebagainya. Pertama kerana politiknya stabil dan negaranya aman. Sebab tu kalau tidak, dia tidak akan labur bilion ringgit. Dua (2) hari yang lalu Microsoft datang, bukan saya umumkan, dia yang umumkan pelaburan 10.5 bilion ringgit di Malaysia ini, dan akan melatih anak-anak muda ratusan ribu orang. Dan saya minta dia bantu universiti, Fakulti Artificial Intelligence, bantu training di TVET. Dia jawab iya, kerana apa? Tidak banyak negara membangun yang dia rasa yakin kerana politiknya stabil, dasarnya jelas dan pimpinan negara yang tidak akan bertolak-ansur dengan segala penyelewengan, amalan menyakau wang rakyat dan oleh itu saya tegas untuk menolak amalan rasuah di mana peringkat negara ini sekalipun.
  1. Kalau tidak anak-anak di Bomba, pasukan Bomba kita minta korban, selamatkan dari kebakaran, selamatkan dari tanah runtuh, selamatkan rakyat dan bahkan haiwan. Tetapi amalan pimpinannya, lambat ada kontrak, sakau, lambat ada kepentingan, jaga kroni dan anak-pinak. Ini tidak, apa makna pengorbanan saudara-saudara. Saya memilih untuk menyampaikan ini untuk meyakinkan saudara-saudara bahawa Kerajaan MADANI tidak akan bertolak-ansur dan oleh itu meminta saudara-saudara juga faham bahawa negara harus wujud dan bawa perubahan yang baik untuk kebajikan rakyat dan negara ini. Ini yang disebut dalam doa Nabi Allah Syu’aib Alaihissalam dalam Al-Quranul Karim “in uridu illal islah mastata’ tu”, aku tidak akan leka melainkan melakukan perubahan islah dan reform sedaya-upaya aku, dan ini berlaku dari atas Kerajaan pimpinan MADANI sehinggalah di pasukan Bomba dan Penyelamat.
  1. Sebab itu saudara Nga Kor Ming sebut tentang pengiktirafan sama ada Jabatan, sama ada elaun, sama ada upah dan gaji saya teliti bersama dengan KSN, KPPA, kerana saya tahu, 12 tahun sudah sampai masa untuk kita kaji semula skim perkhidmatan. Ya saya tahu ada yang mengkritik. Ada yang ahli Parlimen yang menyatakan oh mana tahu dalam Parlimen tidak akan lulus. Saya nak tengok muka mana yang nak menentang kenaikan elaun dan gaji perkhidmatan awam. Kalau ada orang yang berani menentang ini tanpa alasan yang munasabah kita humbankan mereka dalam pilihan raya.
  1. Saudara-saudara yang kita lakukan ini, walaupun saya bagi tahu ekonominya tidak begitu baik, tapi sekarang berkembang. Tapi ekonomi yang malap kerana kadang pemimpin menyakau, hutang berlonggok-longgok. Kontrak yang patut 200 juta jadi 250 juta. Pasal apa nak bebankan keluarga Bomba? Itu masalah yang saya warisi dan saya kena selesaikan. Wang tidak ada saya kena cari, yang boros saya kena tamatkan, yang rasuah saya kena uruskan, siasat, tangkap dan biar hakim hukum supaya jadi pengajaran.
  1. Saudara-saudara, ini yang kita lakukan, sebab itu saya katakan mulai 1 Disember, insya-Allah saudara akan saksikan kenaikan yang terbaik yang pernah dibuat dalam negara ini selama ini. Bagi kalangan yang di bawah, peringkat bawah, kenaikannya lebih tinggi dari 15-20% kerana kita tidak mahu kesenjangan terlalu tinggi di antara gaji pegawai dengan gaji yang di bawah. Sebab itu skim kita ini akan berubah supaya tentunya yang tinggi harus tinggi, orang yang berkhidmat 30 tahun tak mungkin gajinya sama dengan orang khidmat 3 tahun.
  1. Orang yang punyai kemahiran dan kepakaran mesti diberi pengiktirafan. Tetapi janganlah terlalu berlaku kesenjangannya, dan sebab itu kita akan kurangkan kesenjangannya, maknanya di peringkat bawah mungkin sampai 20%, 25%, 30% peningkatan tetapi secara keseluruhannya saya akan umumkan 15%. Peningkatan Jabatan seperti mana disebut oleh saudara Nga Kor Ming sebentar tadi termasuk mengiktiraf beberapa langkah kecemasan dan pengorbanan yang harus diberikan pengiktirafan khas yang juga saya lakukan setelah melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan di Turkiye dulu.
  1. Jadi saudara-saudara, dengan itu harapan kita apa? Maknanya pimpinan dan pengurusan pasukan Bomba mesti cari kaedah yang disebut dalam doa tadi itqan, itqan itu, itqan fil amal itu striving for excellence, Tan Sri dalam the new normal cliche. Tetapi dalam semangat hadis itu, dalam setiap amal kita selamat, terutama dalam tradisi Islam itu mesti ada keinginan perbaiki dia tidak tetap menerus sahaja. Ada Menteri baru, ada Perdana Menteri baru, dia bukan hanya menerus, dia mesti ada islah, dia mesti ada semangat bawa kebaikan tambahan dan tambahan itu mesti apa yang disebut itqan fil amal, dia mesti strive for excellence.
  1. Jadi ini yang saya minta daripada pihak pengurusan dan pimpinan di Kementerian, KSU dan Ketua Pengarah supaya cari jalan dan kaedah apa lagi yang boleh kita lakukan perbaiki tingkatkan disiplin, tingkatkan keupayaan, tingkatkan kecekapan kerana baru kita nak Malaysia ini bukan sahaja sedikit ekonomi dari segi tahap kecekapan keselamatan itu di antara yang terbaik di rantau kita. Itu cita-cita kita. Insya-Allah.

 

  1. For the benefit of the international delegates may I on behalf of the government and Fire Fighters Department express my profound gratitude and thanks. For your support, presence and would be of immense value to us to show that our neighbouring countries have shown some recognition to the work being done by our Department. This Department, of course critical then sure the safety welfare of our people and I on behalf of the Malaysian government and people, would use this opportunity to express my profound gratitude and thanks appreciation to the family and members of the Fire Fighters Department.
  1. Jadi sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih. Saya tak mahu umum projek-projek, itu Menteri dah sebut yang lain kita boleh baca tapi saya nak gunakan ini nak luahkan pandangan kita dan harapan kita dan lebih-lebih lagi jazakumullah khairan katsiran, terima kasih dan penghargaan kepada anak-anak, keluarga pasukan Bomba dan Penyelamat Negara.

Terima kasih,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.