TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PENUTUPAN KONGRES KOPERASI KEBANGSAAN 2024

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

MAJLIS PENUTUPAN KONGRES KOPERASI KEBANGSAAN 2024

 

 

26 JULAI 2024 (JUMAAT) | 10.00 PAGI

PUSAT DAGANGAN DUNIA (WTC),

KUALA LUMPUR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillahillazi Arsala Rasulahu Wa Dinil Haq

Liyuzhirahu ‘aladdini Kullihi

Wa Kafa Billahi Syahiida

Wausolli Wausallimu ala Rasulihil Karim

Wa ala alihi Wasohbihi Ajmain

YB Datuk Ewon Benedick,

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;

YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan,

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;

 

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali,

Ketua Setiausaha Negara;

 

YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad,

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;

 

YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah,

Presiden ANGKASA;

Pegawai-Pegawai dan hadirin sekalian.

  1. Saya ucapkan penghargaan kepada rakan-rakan termasuk the representative from ICA. It’s a pleasure to welcome you because I think the government and our MADANI economy places importance on the issue over equitable distribution, people’s participation and one of the instruments must clearly has to be the cooperative movement.
  1. Juga terima kasih penghargaan kepada rakan-rakan dari Indonesia. Saya nak mula sedikit dengan Indonesia ini sebab untuk memahami sejarah hebat perjuangan gerakan koperasi dalam kebangkitan perjuangan kebangsaan membina kekuatan rakyat dan bangsa dan menolak penindasan dan arrogant, keangkuhan dan kuasa kolonial dengan golongan elit yang bersama kolonial itu gerakan koperasi itu menjadi tonggak utama.
  1. Saya masih ingat umpamanya di antara lain apa yang masa itu sangat terkenal, (GKBI) Gabungan Koperasi Batik Indonesia. Industri batik, industri desa, kecil-kecilan tapi dengan persatuan mereka, dengan perpaduan mereka, dengan kerjasama mereka dengan ta’awun mereka, mereka boleh bangkit satu kekuatan suara gegak gempita kekuatan raksasa mencabar kekuatan penjajah Belanda, ini dia maksud koperasi.
  1. Ini yang disebut oleh Dr. Abdul Fattah sebentar tadi tentang wata’awanu ‘alal birri wattaqwa – kerjasama itu ke arah kebaikan. Allah menuntut kerjasama dan persatuan itu ke arah kebaikan, bukan kerjasama untuk mempamerkan keangkuhan dan melakukan kebejatan. Maka di sebut tentang kerjasama ini, ta’awun ini ‘alal birri (kebaikan), wattaqwa (dan ketakwaan kepada Allah S.W.T). Sama dengan semangat yang ditekankan dalam Al-Quran, wa’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu.
  2. Saudara-Saudara, saya mula tadi baca ayat tentang kerasulan Muhammad S.A.W dan kita masih di bulan Muharam dan ada kaitan dengan Hijratun Nabi Muhammad S.AW dari Makkah al-Mukarramah ke Yathrib yang kemudian disebut Madinah Tun Nabi atau Madinah Al-Munawwarah. Ada kaitan dengan pembinaan kekuatan ini, walaupun mungkin tidak dalam kerangka koperasi yang kita kenali sekarang tapi persiapan itu harus ada.
  1. Orang yang terlibat dalam koperasi itu harus sedar bahawa ini satu semangat kekuatan yang boleh bina ekonomi dan kemasyarakatan seluruhnya tetapi memerlukan kefahaman dan pencerahan. Kalau dia masuk koperasi tapi tidak ada idealisme yang dipupuk, maka kita lihat juga dan saya percaya Saudara Fattah dan rakan-rakan dalam ANGKASA tahu banyaknya kecundang kerana terhakis idealismenya itu. Dia masuk dan lihat kepada kemudahan dan semangat dia hilang idealisme itu sebab itu program itu saya bisikkan tadi dengan saudara Dr Abdul Fattah mesti dengan pemahaman, pencerahan kesedaran.
  1. Mengapa kita bersama dalam koperasi? Ada kaitan yang saya nak sebut secara ringkas Hijratun Nabi ini kerana Hijrah itu tidak berlaku tanpa persiapan dalam ayat-ayat Muzammil, Muddaththir yang awal itu kum fa’anzir, warabbaka fakabbir, wasiya baka fatahhir itu bangun dari kelalaian. Kita ini lemah, rakyat miskin, yang miskin itu tidak ada modal dan kalau dibiarkan kesenjangan kian melebar di kalangan golongan maha kaya dengan yang miskin.
  1. Dan selalunya pimpinan mana-mana negara sekalipun Islam atau bukan Islam sukar mencari orang-orang yang lebih cukup prihatin. Bukan masa kempen, bukan masa mendapatkan undi, masa sebagai bila ada kuasa untuk melaksanakan program itu. Tidak banyak ya, kerana mereka juga dekat dengan golongan maha kaya kerana mereka punyai kesenangan, kehebatan, kekayaan. Orang-orang miskin ini semasa mengaut, memujuk untuk mendapat undi.
  1. Sebab itu saya katakan kesedaran rakyat itu penting. kum fa’anzir – jangan kita leka, jangan kita tidur, digerakkan dari tidur, dari kealpaan dari kecuaian dari kelembapan dari kemalasan, kena bangun, kum fa’anzir. Untuk apa? Untuk tahu kekuatan itu ada. Dari mana? warabbaka fakabbir, dari Tuhan Yang Maha Besar dan kalau betul kita kata ada sedar, yakin kekuatan Tuhan, apa yang harus kita lakukan, wasiya baka fatahhir, bersihkan diri kita, fiziknya, mentalnya dengan kekuatan ilmu, saudara-saudara.
  1. Ini yang dilakukan sebab itu dalam peristiwa Hijratun Nabi itu digarap, digembeling kekuatan daripada elemen yang sedar. Siapa mereka? Ada yang dewasa, yang matang, yang waras, Abu Bakar As Siddiq R.A. Ada anak muda, ada orang tua. Ada anak muda, Saidina Ali bin Abi Talib kerana semangat, kerana cita-cita, kerana ketaatan dia bersama. Ada wanita, maka dalam koperasi, kalau jayakan, diajar daripada peristiwa Hijratun Nabi Muhammad S.A.W, tidak berlaku tanpa penyertaan wanita, Asma binti Abu Bakar.

  1. Dan bagi Malaysia dan negara-negara utamanya bila ada penyertaan bukan Islam, ini harus sedar, Ewon juga harus tahu bahawa dalam Hijrah Nabi yang kita bicarakan ini, Hijrah kalendar ini ada penyertaan Abdullah bin Urayqit, ada bukan Islam. Agak aneh kita dengar, ini hijrah Nabi. Kata orang Indonesia “Kok gimana sih?” Mungkin ada orang yang bukan Islam menyertai. Benar kerana dia menguasai logistiknya, lereng bukit di mana untuk selamat daripada serbuan golongan Quraisy.
  1. Bagaimana susuknya dia? hormat Rasulullah walaupun dia belum Islam. Tahu maka dia beri kerjasama, kemudian ada persiapan di Madinah, orang Yathrib masa itu mahu seorang tokoh seperti Rasul untuk menyatukan mereka. Mereka lembab, mereka terjebak dengan pelbagai permasalahan. Tetapi sebelum itu Rasulullah tidak hanya, silakan Rasulullah kamu datang terus datang, tidak. Ada akuan dari mereka. Prinsip, janji, Ba’iah, Baitul Aqobah al-Ula, mereka datang jumpa Rasulullah, ya kami akui sila datang, baik.
  1. Kemudian tahun berikutnya datang lagi, Baitul Aqabah Thaniah (Perjanjian Aqabah yang ke-2) yang juga dikenali sebagai Baiat Nisa (Baiat kaum wanita) kerana penyertaan wanita dalam Bai’ah Aqabah orang-orang Yathrib. Baik, kemudian Rasulullah kata okey kamu dah angkat sumpah setia kepada Rasulullah sila balik, tidak! Betul kamu sedia, betul kamu mahu mengikat diri kamu dalam perjuangan ini dan meredhai dan menerima kebenaran Allah S.W.T dan pimpinan Rasul, baik saya utuskan dua orang. Amr bin Ummi Maktum walaupun buta menghafal Quran, boleh mengajar Al Quran dan Mushab bin Umair, seorang yang lebih petah mengajar selok belok kemasyarakatan dan sebagainya.
  1. Bila sampai, bila berlaku Hijrah yang pertama diasaskan ialah masjid, lamasjidun ussisa ‘alat taqwaa, itu pun penting. Sebab tu saya kata dari kesedaran, ya dari hati, pancaran dari hati nurani kerana keikhlasan itu tatakelola yang baik itu menolak keangkuhan dan salah guna kuasa dan rasuah dan korupsi itu mesti dari batin yang bersih, keikhlasannya, seperti banyak pendirian masjid. Baik, sebab itu ditugaskan seorang yang bernama Abdul Rahman Bin Auf, kerana Abdul Rahman bin Auf itu pakar ekonomi, peniaga, pengurus kewangan, ia diserahkan kepada dia untuk menjaga kekuatan ekonomi.
  1. Apa pengajarannya? Dalam koperasi kalau kita ambil iktibar dari Hijratun Nabi Muhammad S.A.W, ANGKASA itu gabungan yang penting. Saya kebetulan ikuti dah lama, memang betul kata Saudara Fattah sebab itu bila Almarhum Prof. Diraja Ungku Aziz menjadi Presiden ANGKASA, seorang ilmuan, seorang yang sanggup berkorban masa, tenaga dan kepintarannya untuk membina kekuatan asas rakyat dan saya fikir negara harus mengiktiraf dan memuliakan.
  1. Maka sebab itu, saya dukung dan bantu sehingga tersergam bangunan ANGKASA dan beberapa cadangan yang beliau usulkan yang kebetulan saya dapat luluskan tatkala saya menjadi Menteri Kewangan dahulu, sebelum dihumban cuti di ‘Istana Hinggap’ di Sungai Buloh (nada seloroh) dan sekarang sambung agenda yang belum selesai.
  1. Maka sebab itu, sebelum saya berbicara tentang hal-hal yang konkrit dari sudut kewangan, saya nak mula ingatkan bahawa koperasi ini adalah satu asas dan tunggak pertumbuhan ekonomi rakyat yang sangat penting. Benar, negara berubah tuntutan semasa memaksa kita menerima kenyataan ada peralihan tenaga, energy transition, ada kepentingan memperkukuh kekuatan food security (sekuriti makanan), ada fokus baru dalam kecerdasan buatan, digital transformation (transformasi digital) dan AI. Ya, kita tidak ada pilihan dan apakah penerokaan disiplin baru ini atau menggapai yang dilangit menyebabkan kita hilang fokus kita. Bahawa matlamat ialah kesejahteraan rakyat dan kesejahteraan rakyat itu hanya terjamin dengan penyertaan yang lebih luas.
  1. Seperti mana makna demokrasi juga, orang boleh bicara tentang demokrasi tetapi demokrasi itu boleh jadi permainan beberapa tokoh politik dan saudagar besar yang boleh menentukan semua, kerana mereka punyai dana mempunyai kuasa dia boleh mengatur semua. Tapi demokrasi itu erti yang sebenarnya mesti musyawarah, mesti penyertaan yang ramai.
  1. Begitu juga ekonomi, ekonomi boleh dipacu dengan gagah dengan meyakinkan kalau kita kumpul 10, 20 orang billionaires dia boleh angkat ekonomi rakyat. Jadi dari segi angka pertumbuhan yang membanggakan tetapi itu bukan merakyatkan ekonomi, itu bukan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat. Apakah kritikan tentang ekonomi Amerika Syarikat? The one percent, ya, 1 peratus maha kaya itu hasil pendapatan dia itu sama dengan 99 peratus yang lain. Jadi kesenjangan yang sangat melebar di antara yang kelompok yang paling kaya dan pendapatan rakyat sama ada yang sederhana atau yang paling miskin. Ini bukan keadilan namanya.
  1. Sebab itu dalam ekonomi MADANI sementara kita memacu pertumbuhan, segar dengan kelajuannya dengan kepesatannya dengan mengambil kira semua teknologi baru, teknologi maklumat dan AI dan digital dan energy transition, kita tidak boleh mengabaikan. Satu prinsip utama yang kita sebut jiwa merdeka.
  1. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini Malaysia MADANI Merdeka tapi kita tekankan jiwa merdeka. Jiwa merdeka maknanya rakyat yang sedar menuntut hak mereka kebebasan mereka dan keselesaan hidup mereka dan kita telah putuskan bahawa di antara wahana yang penting dalam memastikan penyertaan rakyat lebih meluas adalah koperasi dan gerakan koperasi negara kita. Jadi, kalau Saudara Fattah tuntutan dia tu banyak, tetapi ada munasabahnya kalau kita betul serius kita ada Kementerian KUSKOP, Ewon dan rakan rakan dia memberi tumpuan tetapi gerakan koperasi tidak boleh bangkit segar hanya melalui satu kementerian.
  1. Ini dasar negara, Ekonomi MADANI menuntut seluruh jentera kerajaan beri tumpuan dan perhatian kepada gerakan koperasi. Syarat-syaratnya ketat, pengurusannya, tatakelolanya kerana sementara ANGKASA dapat pertahankan dari segi imejnya tetapi sejarah membuktikan banyak koperasi yang kecundang kerana pengurusannya lemah. Maka kita akan bantu dalam semua aspek. Kita ada Kementerian Digital dan saya mahu Kementerian Digital juga memerhati salah satu fokusnya tentang Program Digital di ANGKASA dan Koperasi. Kita ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ada peruntukan untuk kedai-kedai Rahmah. Saya mahu sebahagian daripada peruntukan itu bermula dengan dua juta ringgit disalur melalui ANGKASA.
  1. Kita ada perkampungan MADANI dan sekarang kampung-kampung MADANI diambil beberapa persatuan, jawatankuasa masjid, persatuan, belia, wanita. Saya nak masukkan koperasi di dalam kelompok itu dan perkampungan MADANI saya nak mulakan supaya juga dalam program itu RM2 juta disalur terus melalui ANGKASA kepada koperasi-koperasi di bawah.
  1. Dan saya nak minta nanti Tan Sri KSN bantu untuk menyelaraskan supaya saluran itu cepat. Saya tak mahu Perdana Menteri umum 26 hari bulan, kemudian akhir bulan, akhir tahun belum ada apa-apa. Saya tak mahu, ini Kerajaan MADANI. Kerana pernah ada berlaku, kita umum betul dipersetujui tapi dia buat cara biasa. Jadi, KSU dengar, Suriani ya, saya nak hari ini umum hari Rabu saya sahkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum Hari Jumaat gerakan dah mula. Selalu saya bagi dua minggu keputusan muktamad dalam satu bulan dana disalurkan. Baik, dia dah empat juta dah.
  1. Cukuplah Fattah. Ini masalah bila sahabat lama ni. Dia pandai, dia cerita “kita dulu kan, kita sama-sama hari tu kan pakai selipar jalan ini mana?” Pandai dia mencuit hati nurani. Pada hari ini kita disebut tadi ini yang disebut elemen insaniyah manusiawi kita ni akhirnya ke mana kita. Sebab itu Allah angkat darjat kita ni kerana apa? Kerana insan, perasaan keinsanan, manusiawi Walaqad Karramna Bani Adam, Allah angkat darjat, nilai keinsanan. Allah is exalted, the Children of Jadi kita harus gerak dan fikir ke arah itu, ya sibuk, ya ada pengurusan perniagaan.
  1. Semalam saya dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara, yang hadir mungkin kalau kumpul-kumpul semua ratus bilion ringgit, yang penting kita bagi jaminan, bagi galakkan mereka bantu kita dalam beberapa rombongan saya ke luar negara untuk menarik pelaburan syarikat-syarikat tempatan memberi kerjasama yang kuat. Semalam itu dengan peniaga, pengusaha besar perindustrian.
  1. Hari ini dalam ANGKASA dan semua gerakan koperasi ada yang besar, ada yang sederhana, ada yang peringkat kampung dan desa, ada koperasi sekolah. Oh, hebat sekolah, saya ucap tahniah! Dan digembleng semua kekuatan ini sangat penting sebab itu saya bagi perhatian lebih dan soal undang-undang, Menteri Ewon beritahu sudah ada kerangka awal dan Insya-Allah dalam beberapa bulan akan datang bila ia siap dengan Jabatan Peguam Negara di bawa ke Jemaah Menteri untuk kita luluskan. Kalau lambat saya akan panggil dia dengan Suriani ke pejabat. Tapi saya percaya melihatkan prestasi mereka, itu boleh disegerakan.
  1. Ini tidak kecil walaupun koperasi itu kadang-kadang kampung, di desa, pejabat pun orang Kedah kata ‘laih’, tetapi digabung seluruh kekuatan itu ia mencecah lebih 64 bilion ringgit. Ini besar tapi saya boleh katakan Alhamdulillah baik ya tetapi masih ada ruang untuk perbaiki kerana Indonesia lebih baik dari kita, ada gerakan koperasi. Thailand lebih jauh lebih mengatasi kita dari segi gerakan koperasi. Negara-negara seperti Finland jauh ke atas berbanding atau ketimbang Malaysia. Apa sebab kita tidak boleh angkat? Maka dari Perdana Menterinya, Menterinya, KSU nya, seluruh jabatan-jabatan, agensi-agensi mesti fokus semula setiap kegiatan termasuk usahawan.
  1. Saya akan bicara dengan Menteri MITI, Tengku Zafrul supaya ada satu sesi khas dengan ANGKASA cuba mencari jalan dan kaedah bagaimana boleh manfaatkan dalam kegiatan itu. Dan idea-dea seperti mana yang dikemukakan oleh ICA International Cooperative Alliance itu akan dapat membantu dan oleh kerana kita akan mempengerusikan ASEAN akhir tahun ini, saya mahu Gerakan Koperasi itu dimasukkan juga sebagai salah satu agenda kita tahun depan.
  1. Setakat ini belum, nanti hari Rabu ini KSN boleh ingatkan saya supaya kita masukkan dalam rangkaian ekonomi termasuk koperasi dan penyertaan ini penting dan oleh itu bagi menjana kekuatan koperasi dari segi bidang internatioal kerana Saudara Abdul Fattah juga Pengerusi ASEAN Co-operative Organization (ACO), saya luluskan satu juta ringgit untuk maksud tersebut. Lagi lama berucap dari banyak wang hilang (nada seloroh). Tapi setakat ini dari segi Kementerian Kewangan hanya satu juta yang lain itu daripada peruntukan yang sedia ada, jadi sudah lima juta.
  1. Baik sekarang ini di antara fokus kita adalah koperasi masjid dan saya akan bawa kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang kini dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya dibincangkan dalam MKI. Meminta kerjasama negeri-negeri dan saya akan persembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya masjid-masjid itu dimanfaatkan juga untuk membina kekuatan koperasi.
  1. Dan untuk menjana kekuatan di kawasan desa terutama masjid-masjid desa, itu saya luluskan setengah juta ringgit untuk maksud itu dan semua ini diselenggarakan melalui ANGKASA, dan untuk melengkapkan lagi setengah juta itu diuruskan kepada ANGKASA untuk pengurusan, latihan, kemahiran dan kepakaran supaya dapat dimantapkan kekuatan pengurusan ANGKASA.
  1. Jadi dua juta Perkampungan MADANI, dua juta dari dana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan satu juta melalui ANGKASA untuk koperasi masjid dan juga pengurusan ANGKASA dan tabung yang disediakan. Saya umum tahun lalu untuk membina kekuatan koperasi ini 100 juta ringgit, tidak kecil. Ini di antara sumbangan besar yang Kerajaan luluskan untuk membina kekuatan koperasi dan saya minta supaya pengurusan tabung ini melalui suruhanjaya akan lebih serasi dan sinergi dengan ANGKASA supaya dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi keseluruhannya.
  1. Jadi saudara-saudara, demikianlah harapan saya tinggi menggunung. Saudara tidak ada sebab mengapa kita tidak dapat mencapai tahap yang lebih baik. Baik untuk negara kita dan rantau kita. Kita punyai asas yang cukup baik dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini sudah lihat ringgit menguat. Dulu kita diserang bertubi-tubi tapi ringgit menguat. Pertumbuhan suku tahun yang kedua 55.8 peratus itu sangat membanggakan. Kita dapat kawal inflasi kedua peratus. Kita dapat kawal kadar pengangguran tiga lebih peratus.
  1. Itu di antara angka-angka yang baik tapi apakah kalau tanya saya apakah saya puas hati? Saya tidak berpuas hati, kerana masih kita hadapi masalah kos sara hidup, kerana harga barang di sesetengah tempat yang menekan tahap kehidupan. Sebab itu saya telah mengumumkan beberapa langkah untuk bantu rakyat secara langsung yang dipanggil Tunai Rahmah (STR). Itu bantuan kita itu kepada sembilan juta rakyat tidak termasuk yang sekolah yang SARA dan sebagainya. Jumlahnya 10 bilion ringgit, ia bukan kecil.
  1. Dan bulan Oktober, mulai bulan depan saya umumkan sedikit, Oktober muktamadkan sistem saraan baru dengan menaikkan gaji penjawat awam. Dan memandangkan keadaan tugas mereka yang lebih cekap, dan harapan kita lebih tinggi serta pengawalan dan pengawasan yang lebih keras maka kenaikan itu bukan kecil. Ia akan merupakan kenaikan paling tinggi dalam sejarah lebih dari 15 peratus. Syaratnya kita sama-sama bertekad bekerja sebagai satu pasukan angkat martabat negara kita.
  1. Negara kita punya potensi yang hebat dan punyai keupayaan, ya. Biarlah ada satu dua suara-suara pinggir yang masih belum hilang cemburu mereka, bebal mereka dan marah mereka, tapi saya harap majoriti rakyat akan fokus kepada pertumbuhan negara dan kaedah menyelamatkan negara. Dan di antara tonggaknya gerakan koperasi negara dan saya salute ANGKASA.

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.