
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
UCAPTAMA DAN PERASMIAN MUKTAMAR MASJID SE-MALAYSIA UNTUK AL-AQSA DAN PALESTIN
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI MASJID SEDUNIA 2024
25 SEPTEMBER 2024 (AHAD) | 9.00 PAGI
DEWAN SEMINAR, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YB Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Hj Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang saya muliakan Ustaz Ahmad Awang;
Cikgu Azmi;
Para Duta;
Keluarga JAKIM yang saya muliakan, saudara saudari yang dikasihi sekalian.
- Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis untuk meningkatkan kefahaman, kesedaran dan komitmen kita menjurus dan amal bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid tetapi juga untuk berusaha, berdoa ke arah pembebasan Masjid Al-Aqsa.
- Pemusnahan masjid itu berlaku pada tahun 1948, berterusan tanpa henti sehingga pada tahun 1969 cubaan masuk ke Masjid Al-Aqsa dan kini memusnahkan bangunan, manusia, anak-anak dan wanita. Kita harus berusaha untuk sedaya upaya kita, bukan sahaja membetulkan naratif ini tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
- Rundingan terus dibuat, Sheikh Ahmad dan rakan-rakan akan terus menghubungi Presiden Iran. Saya sejurus petang tersebut menghubungi wakil ketua Hamas, tetapi tidak dapat menghubunginya kerana beliau berada di Gaza. Berbicara dengan beliau tentang perkembangan terakhir. Saya juga menghubungi Presiden Iran untuk mendapatkan pendirian dan perkembangan. Tentunya kita faham kesukaran kerana semua rundingan ini hanya menjadi alasan untuk Rejim Zionis Israel meneruskan serangan. Jadi sebab itu saya katakan bahawa dunia Barat tidak perlu mengajar kita bicara tentang demokrasi, hak asasi atau kemampanan pembangunan.
- Saya dengar juga Sahibus Samahah Mufti Perlis menjelaskan hal-hal sedemikian, bagi kita yang membina kekuatan dalaman kita mengajar erti perpaduan, komitmen, iltizam dalam perjuangan, dan membina kekuatan kita. Sebab itu saya masih ingat lagi Perhimpunan Sunnah di Kangar beberapa bulan yang lalu, saya mulakan dengan pengajaran dari pengalaman tokoh negarawan hebat dunia Islam, Salahuddin Al-Ayyubi, ini yang kita harus prihatinkan, membina kekuatan dalaman, pencerahan dan kefahaman tentang Islam, kebijaksanaan memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah, membenarkan perbedaan-perbedaan kecil, dan meluruskan prinsip asas kita, iaitu membina kekuatan akidah, akhlak dalam peribadi masyakarat dan negara. Oleh sebab itu kita rangkakan konsep dan falsafah negara MADANI kerana memasukkan apa yang kita anggap tempang dalam pemahaman kita tentang pembangunan, iaitu soal nilai, soal akhlak, soal manusia, soal karamah insaniah, itu yang kita pentingkan.
- Kerana dengan kekuatan dan itu sahaja yang kita boleh bantu. Mengambil sikap dan pendirian yang konsisten. Pengalaman kita dari merdeka memang pendirian kita menyokong penjuangan rakyat Palestin. For the benefits of our Foreign Delegates, may I cert a view which have remain consistent. Malaysian Government from independence 1957 have consistently supported the Palestinian, the legitimate aspiration of the Palestinian People without doubt. What is lacking of coherent and consistency, and times pragmatic, practical considerations and the fear of superpower pressure. Let’s us to compromisal of some decisions. That precise the reason why we continued to engaged and take this is right, until the present government stop civilizing from our boards. A lesson has to be learnt. The struggle against injustice in humanity aggressions colonialism must be consistent well understood, not a political gimmic. Played around in terms of political aspirations but not consistent in terms the action. Off course questions and critism has been raised, why we still engaged or trade with companies that have some interest with Israel? I make no apologise as I alerted our friends in Palestine, in the Arab world, Iran, that trade and investment must continue in order to strengthen our economic fundamental and to strengthen our capacity to struggle for complete independent, economic independent although it is causing independent. Then we can only be raised or standard of living, our capacity to be effective in the international community.
- Saya sebut perkara ini tentang secara tuntas, kita kadang-kadang terbuai dengan slogan yang lunak, gunakan isu Palestin dan Gaza ini sebagai sepak terajang politik. Saya nak sebutkan di sini bahawa tidak mungkin begitu. Nyawa terkorban, kemusnahan berlaku saban hari tidak mungkin kita izinkan orang yang ada hati nurani menjadikan isu ini sebagai sepak terajang permainan politik. Ia harus tuntas lakukan sedaya upaya menyelamatkan negara kita. Kerana orang-orang yang paling kuat menjerit menentang kezaliman Israel masih mengizinkan perdagangan langsung dengan syarikat Israel seperti yang berlaku dalam negara kita. Sebab itu di bawah Kerajaan MADANI, dibawa dalam Jemaah Menteri keputusan ini dan sebulat suara Jemaah Menteri bersetuju menghentikan segala bentuk perdagangan langsung.
- Kemudian, orang-orang yang terlibat dalam mengizinkan perdagangan langsung dengan Israel itu mencerca kita kerana ada hubungan dengan beberapa Syarikat yang ada hubungan dengan Israel. Saya tidak menafikan dan saya menyatakan kalau kita mahu bangkit menurut pengalaman Salahuddin Al-Ayyubi sebagai negara yang kuat kita harus guna kebijaksanaan. Tahu kekuatan kita, had kita, gunakan kekuatan itu membangunkan kekuatan dalaman dan tidak hanya menentang semberono sehingga melemahkan sendi anggota kita.
- Orang-orang yang menegur kita dalam soal perdagangan dengan mana-mana syarikat harus menjawab mengapa pada ketika mereka terlibat dalam kekuasaan mengizinkan perdagangan terus dengan Zionis, syarikat-syarikat Israel, itu saya rasa isu pokok yang harus di jawab. Saudara-saudara, saya tidak mahu menggunakan ruang ini untuk hanya untuk menjelaskan perkara-perkara sedemikian, tetapi kita harus menekan.
- Saya sebagai Perdana Menteri, saya tahu risikonya, saya tahu faktor keselamatan, baik peribadi atau negara. Tapi berilah ruang kepada kita untuk mengatur langkah sedaya upaya dengan bijaksana, dengan harapan insya-Allah selamat dan tidak mengorbankan kepentingan negara. Sebab itu saya katakan bukan sahaja di dunia Arab baik di Jepun, negara China di depan Presiden Li Xiang, ataupun Kishida Perdana Menteri Jepun dan baru-baru ini di India dengan Narendra Modi, soal ini kita suarakan dengan jelas.
- Saudara saudari sebab itu saya katakan isu ini memang terlalu kompleks kita tidak hanya berdepan dengan Israel tetapi dengan apa yang saya sebut kemunafikan sistem dan tantangan dunia ini. I repeated asserted the issue of Palestine, is not just affecting Palestinian or Arabs but the entire international order, that failed in dealing with the situation. And this is hipocritical even comparison to the war between Russian and Ukraine, you can see the united front between the Europe and United States in deliver with these issues, talking with atrocity and genocide, and others silence abundantment or morale ethical principle what the same time hatering and preaching about democracy and human right.
- Saudara-saudara semua tahu itu, apa yang saya sebut, ini bukan perkara baru, tetapi ia harus bukan sahaja mencuit perasaan kita tetapi meluruskan minda dan strategi pemikiran kita. Walaupun negara-negara termasuk Amerika Syarikat, mahupun Jerman baru-baru ini membuat pelaburan, tetapi kita masih memilih untuk mengekalkan hubungan diplomatik, meneruskan hubungan dagang dan pelaburan dan menggunakan ruang itu membicara dengan terang dan ikhlas, itu beda, tidak melutut pada mereka.
- Syukur alhamdulillah setakat ini kita belum melihat dampak yang negatif kerana mereka tahu kejujuran dan keikhlasan kita sama ada depan Presiden Biden, Olaf Scholz atau Kishida atau mana-mana pimpinan yang lain. Setakat ini alhamdulillah dengan mencatat pertumbuhan ekonomi yang melegakan 5.9%, ringgit bertambah kuat, pelaburan yang meningkat dan paling akhir syarikat dari Amerika, Amazon Web Services dengan pelaburan yang sangat tinggi, dan ini menunjukkan bahawa kita sementara terus dengan pendirian kita tidak mengambil sikap yang akan meruntuhkan kekuatan dalaman kita. Mudah-mudahan dapat kita pertahankan.
- Saudara-saudari, apa yang dibacakan oleh Ustaz Awang tadi dan saya ulangi ayat tentang masjid, kita bicara tentang mengimarahkan masjid tetapi kita berdepan dengan tindakan merobohkan masjid. Tuntutan kepada umat Islam itu adalah Innamaa ya’muru masaa jidal laahi (Surat At-Taubah:18) – membina masjid. Membina masjid itu sebagai asas, untuk man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaat. Saya masih ingat kupasan Syeikh Yusuf al-Qaradawi tentang hubungkait Syeikh Yusuf al-Qaradawi masjid, beriman kepada Allah dan membayar zakat, tanggungjawab kepada Allah dan tanggungjawab kemanusiaan benteng pertahanan umat terutama golongan Al Fuqara’ and Al Masakeen, ia menyimpulkan satu penafsiran tentang Riddah zaman Abu Bakar As-Sidiq r.a., ini kita kupas dari sudut akidah, kita kupas dari segi keengganan membayar zakat tetapi dari segi tafsiran kupasan Syeikh Yusuf al-Qaradawi itu tentang betapa pentingnya peranan zakat itu dikaitkan dengan iman dan mendirikan masjid dan juga dikaitkan dengan institusi tunggak yang dipertahankan kerana satu kekuatan negara Islam itu tidak mungkin ampuh kalau tidak diperjuangkan dan dibela nasib golongan miskin (fuqara) dan di antara institusi utamanya adalah zakat.
- Jadi apabila membicarakan soal masjid ini adalah tentang ummah, soal keimanan mereka, soal solat, dan soal zakat mereka, kerana kekuatan ini menyebabkan tertanam dan terpahat di sanubari kita. Wa rabatnaa ‘alaa quloo bihim (Surah al-Kahfi:14), terpahat sepertimana dalam surah Al-Kahfi kekuatan sehingga tidak takut. Apakah mungkin kita bicara soal masjid yang disebut oleh Ustaz Ahmad Awang tadi meniupkan semangat baru, kesedaran baru, pencerahan yang boleh menjadikan majlis seperti ini meneguhkan iman, menyempurnakan ibadah asas dan jamaah, memperkuatkan institusi zakat dan menanam dalam sanubari setiap umat tidak akan gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT untuk menambat keyakinan pada diri mereka.
- Bagi saya terutama kita di Malaysia, sementara berusaha untuk membantu dan paling akhir membawa pesakit anak2 Gaza dan Palestin melalui pesawat TUDM untuk mendapat rawatan di sini dan juga lain-lain usaha yang terus, saya berharap akan mendapat kerjasama dan dukungan daripada semua rakyat, walaupun ada usaha-usaha tambahan kita untuk memberi kefahaman kepada yang bukan Islam kerana ada suara-suara daripada golongan kecil umat dan yang bukan Islam yang merintih.
- Malam tadi di Kuching Sarawak, dalam acara sukan SUKMA, saya ingin sekali menjawab telahan yang dilontarkan oleh seorang sarjana yang bukan dari kelompok pemerintah, yang kononnya, ‘kalau bawa rakyat Palestin jangan jejak ke bumi Sarawak’. Itu pandangan yang paling biadap. Tidak tahu erti kemanusiaan. Sama ada anak Afrika, Afrika Selatan (Apartheid) atau Rwanda (masalah kaum) atau Palestin? kita suarakan. Sama ada dia anak Cina yang dipukul atau Melayu yang sengsara atau ibu India yang jatuh lubang baru-baru ini, itu semua menyentuh hati nurani dan perasaan kita dan cuba kita selesaikan. Di mana kemanusiaan ini? Jangan dibiarkan sentimen kaum dan wilayah menyebabkan sikap begini. Orang seumpama ini tidak layak menjadi seorang rakyat yang faham jiwa dan hati nurani manusia. Mujurlah suara ini suara kerdil, tetapi jangan kita izinkan berterusan, kerana akan membiak. Apa sahaja fahaman jumud dan melampau jangan dibiarkan kerana bibit-bibit itu jika diizinkan akan menjadi barah termasuk suara ini.
- Now, I’m reffering to some minority voices here and happen to be in Sarawak last night. He challenged the Malaysian authorities, why with public funds for the precedence cost for the seek Gaza. Don’t step one inch to my state in Sarawak. These are uncivilized, barbaric views who do not understand the meaning of humanity and justice. I’m here given a mandate to lead this country and I say every suffering and every single citizen in this country, muslim or Kristian, Hindu, Buddists, from Perlis to Sarawak is my concern as a human being. That why I make reference to the mother of Indian Lady who fell down and still unable to be found, we express our sympathy and we take all trouble, we started to find out from the family, express our condolences, that is what Islam is all about, its about compassion, its about Ehsan, about Rahmah. We must maintain as Muslim this view, and we here as Muslim, and Muslim are majority, we will struggle and defend the right of Muslim will defend the right of every single citizen of this country.
- Jadi saya harap semangat yang ada pada saudara-saudara itu membawa kepada semangat kesatuan. Perbedaan, Ud’u ilaa sabiili robbika bil hikmati wal mau’idhotil hasanati wajaadilhum bil latii hisa ahsan (Surah An-Nahl: 25), barulah kita bawa kemajuan kepada negara kita. Saudara-sauadara saya ucapkan terima kasih atas ikhtiar ini dan semalam DYMM Tunku Sultan Nazrin minta sampaikan salam dan memberikan semangat dan dorongan agar inisiatif dan ikhtiar ini diteruskan.
Terima kasih.
Similar Posts:
- MALAYSIA MADANI ANGKAT SEMULA MARTABAT NEGARA – PM ANWAR
- PM ANWAR ARAH JEMAAH MENTERI AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021
- JANGAN AMAL BUDAYA SELESA, TEKAD LAKSANA PERUBAHAN UNTUK NEGARA – PM
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- BELANJAWAN 2023 AMBIL KIRA CABARAN EKONOMI SEMASA – PM ANWAR