KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI PELANTIKAN TUN MUSA HITAM SEBAGAI MENTERI DARJAH (CHANCELLOR) BAHARU BAGI DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

 

KENYATAAN MEDIA

PEJABAT PERDANA MENTERI

PELANTIKAN TUN MUSA HITAM SEBAGAI MENTERI DARJAH (CHANCELLOR) BAHARU

BAGI DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

 

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.

Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar.

 

PEJABAT PERDANA MENTERI

25 September 2024

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.