
NOTA PERCAKAPAN
(VERBATIM)
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
FORUM ILMUAN MALAYSIA MADANI
TAJUK: PERALIHAN TENAGA UNTUK KESEJAHTERAAN MASA DEPAN NEGARA
25 SEPTEMBER 2024 (RABU) | 8.45 MALAM
BALLROOM 2, HOTEL GRAND HYATT
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.
Saudara Menteri-Menteri;
Ketua Setiausaha Negara (KSN);
Tetamu-tetamu kehormat; dan
Saudara Saudari yang dimuliakan sekalian.
SESI 1: MUKADIMAH YAB PERDANA MENTERI
- Forum ilmuan ini pernah kita anjurkan pada sekitar tahun 1980-an, informal, perbincangan santai dan mengumpulkan pemikir-pemikir umat dan sebahagian kita undang juga rakan-rakan dari kalangan bukan Melayu dan juga tetamu dari luar negara. Perjumpaan itu berkala minima satu bulan sekali atau dua bulan sekali tetapi memberi ruang untuk sarjana pemikir negara dan luar melontarkan idea mereka, merentas pemikiran konvensional, mencabar dan mencungkil idea, dan mencabar konvensional polisi-polisi. Dan situ kita bincang secara terbuka. Agak menarik kerana ketika itu kita juga undang ramai juga beberapa tenaga utama dari Universiti Islam Antarabangsa. Maka, sesi bercampur Bahasa Melayu dan ada juga Bahasa Inggeris.
- Jadi, saya hampir dua tahun dalam Kerajaan, bincang dengan saudara Zambry dan beberapa teman tentang hala tuju kita. Saya tidak pernah mewakili pandangan bahawa pimpinan negara itu mempunyai segala jawapan, kita harus juga dicabar oleh sarjana dan intektual tentang apakah dasar kita tepat atau kita masih dalam landasan, atau adakah berkemungkinan kita menceduk idea baru untuk memperbaiki.
- Apatah lagi dalam soal sekarang, yang mana isu-isu yang baru selain daripada geopolitik, seperti digital dan AI yang melibatkan juga value, soal jati diri sebagai bangsa dan negara, soal peralihan tenaga yang kini menjadi pusat pemerhatian kita, keperihatinan kita terhadap mutu pendidikan, arah pendidikan, penguasaan bahasa, penguasaan bahasa-bahasa lain yang utama termasuk bahasa Inggeris. Kemudian perbicaraan tetang kaedah padegogi apa yang diperkenalkan. Isu umpamanya kepentingan untuk mempertahankan dan penghayatan Islam serta cabaran-cabaran yang saya lontarkan baru-baru ini tentang satu ekstrem Islamophobia, phobia terhadap apa sahaja yang berkaitan Islam, satu lagi ekstrem yang melihat mereka sahaja mewakili susur Islam, yang mengkafirkan atau mendajjalkan atau memunafikkan semua kumpulan lain. Isu-isu ini bukan isu politik pimpinan, tetapi isu yang harus dibicara dan harus dibahas dalam wacana terbuka kerana ini menentukan arah tuju dan masa depan kita.
- Tapi tentunya isu-isu yang juga dekat dengan hati saya, soal kemiskinan, apakah idea-idea dan prakasa yang diperkenalkan dalam kerangka ekonomi ini menjawab dan menjamin supaya bantuan dan subsidi itu tidak akan melemahkan semangat kerana berlaku nanti tentang apa yang disebut oleh Samir Amin, pakar ekonomi yang menyebut tentang “dependency syndrome” – sindrom kebergantungan. Jadi kecenderungan pimpinan negara menggunakan bantuan subsidi supaya masyarakat ini kekal miskin dan mengharapkan dan bergantung kepada kelompok elit penguasa. Hal-hal yang sedemikian ada juga dibangkitkan oleh Dr. Noor Azlan di sini, saya juga sudah panggil beberapa sesi sebelum ini membincangkan soal Islam, soal kemiskinan, soal bumiputera, soal hala tuju negara dan sebab itulah diadakan forum ini.
- Tetapi seperti biasa, bila forum itu dikendali oleh Perdana Menteri, protokolnya berlebihan dan menjadikannya lebih formal, ia tidak lagi menjadi perbincangan meja bundar dengan kupasan yang lebih terbuka. Walau bagaimanapun, ini satu perjumpaan dan satu permulaan, saya sangat terkesan dengan minat yang hadir di kalangan pimpinan, sarjana-sarjana utama dalam pelbagai bidang, itu luar biasa, dan ini sangat menyentuh hati nurani saya.
- Saya juga kadang-kadang merasa lemas kerana saya fikir ada kelembapan untuk melonjak ke depan terutamanya dalam melontarkan idea. Kerana saya mewakili pandangan bahawa, ya betul, kemampanan ekonomi baik, ringgit kukuh itu Alhamdulillah, semua faktor-faktor itu penting, tetapi saya masih lagi mewakili pandangan bahawa yang menentukan arah kebangkitan sesuatu negara dan tamadun, apalagi dalam negara MADANI, ialah apa yang diungkapkan oleh Malek Bennabi, pemikir Algeria itu sebagai “Guiding Ideas”.
- Clarity policies and ideas, that can gives clear direction, so that you can galvanised the entire strenght and spirit of the society and community to achieve a higher ideal, not just bread and butter issues, although it is clearly a priority. But we should not loose side.This is not necessary a new idea but generally have been forgotten because politics and governances is through pre-occupied about running the government. Busineses off course trial to achieved good track record and better result, and profit off course and intellectual too busy with his own diciplines and repositorial duties, ignoring the facts that beyond all this, is about humanity, is about justice, is about values and this surpases contemporary mending issues to a higher plane and higher ideal.
- Itulah mukadimah saya, nasib baik bukan idea Abdul Rahman Ibn Khaldun tetapi nak lontarkan idea bahawa inilah semangat forum ilmuan ini. Maknanya kalau masa mengizinkan saya harap untuk diadakan secara bulanan. Bulan ini, terima kasih Tan Sri kerana TNB yang hos, dan bulan depan Petronas. Jadi inilah cara Kerajaan menjimatkan belanja.
- Saya mulakan dengan mengundang hos kita Tan Sri Razak.
SESI II:
- Tapi ada yang penting beliau tekankan, pertama, dia ikut garis dalam Energy Transition Road Map yang saya anggap sangat kritikal untuk kita kuasai, bahawa ada peralihan yang agak radikal melalui pendekatan pergantungan kepada sumber asli yang lama, itu yang pertama. Keduanya, kelonggaran yang diberikan oleh TENAGA yang disebut TPA – Third Party Access. Tidak mudah TNB bagi sebab dahulu dia virtually monopoli, tetapi sekarang untuk menjana pertumbuhan industri, IT dan data centre yang besar. Kita bagi ruang supaya dapat kita gunakan sumber sendiri untuk menjana tenaga di kawasan yang diperlukan.
- Saya juga ucap tahniah kerana TNB dan Petronas telah setuju menyiapkan kerangka supaya memulakan satu program solar atas permukaan air di Kenyir, projek yang agak besar dalam negara dan kita juga bincang dan kita minta supaya fokus TNB juga jangan tinggalkan soal Grid. National Grid umpamanya, pakar Pasir Gudang dan sebahagian dari Vietnam yang bercadang untuk eksport tenaga yang kita gunakan dari pantai (undersea cable) kemudian sampai ke Kota Bharu dan terus ke Selatan. Ini memerlukan juga fokus kepada persiapan Grid, jadi kita tidak tinggal Kelantan, kita berpusat di situ. Itu berbeza daripada persepsi luar with the view, purely in terms of the economic interest, the economic focus, what can benefits the people. Jadi tidak ada gambaran seolah-olah diskriminasi, jadi ini lebih praktikal.
- Bila saya bincang dengan mantan Perdana Menteri Thailand, Perdana Menteri Srettha, tentang Joint Development Authority, untuk memberikan manfaat kepada Selatan Thai dan North Malaya, termasuk Kelantan kemudian menyegerakan pembinaan jambatan Sungai Golok, Rantau Panjang yang sebenarnya akan memberi ruang kebangkitan kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan, itu kita berikan keutamaan.
- Baik, terima kasih Tan Sri Abdul Razak.
- Yang keduanya, sepertimana saudara-saudara tahu Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, with impressive academic credential, dalam dan luar negara, dan sekarang ini di MINDA, UKM dan banyak membantu Kementerian Ekonomi dan Kerajaan, memberikan idea-idea baru untuk melakukan perubahan dan program-program ekonomi yang boleh menjamin.
SESI III:
- Ada beberapa point yang perlu diberikan perhatian khusus, soal gap. Tadi kita bincang dengan Steven Sim di Kabinet, produktiviti dengan Gap itu di Malaysia dalam keadaan yang kurang munasabah. Kita bandingkan dulu umpamanya Korea, sebaik naik produktiviti, upah harus naik, tetapi nampaknya gap itu kian melebar. Sebab itu saya mengambil keputusan yang agak lebih radikal untuk naik secara mendadak sedikit ketimbang pengalaman lalu gaji penjawat awam.
- Saya dikritik dalam beberapa rencana mengatakan bahawa ini populis. Tetapi mereka kurang faham kerana dalam kerangka ekonomi, pertama tidak naik selama 12 tahun, keduanya kadar upah untuk penjawat awam sebagai contoh, maksud saya sebagai permulaan, ini termasuk jugalah kepada pensyarah, profesor, itu terlalu rendah. Sebab itu kenaikan itu dianggap terlalu mendadak. Menteri tak naik, jangan salah faham, Ahli Parlimen juga tidak naik, Perdana Menteri naik tak naik tiada beza kerana tiada gaji (nada seloroh).
- Apabila naik, kita cabar sektor swasta. Terima kasih kerana GLIC mulakan contoh yang baik. GLIC mulakan dengan target RM3,000.00, sementara Kerajaan minima mesti RM2,000.00 ++ take home pay. Dengan cara itu kita mendesak suupaya sektor swasta terutama syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat yang mencatat keuntungan berbilion, mana mungkin bagi gaji RM1,800.00, RM2,000.00 betapa rendah sekalipun jawatannya. Ini saya ingat satu point yang sangat relevan kerana harga barang, walaupun saya tegaskan dalam belanjawan yang kita bincang di Tresury tadi, fokus kita adalah tentang kos sara hidup, harga barang walaupun relatif amat rendah ketimbang negara jiran, Thailand, Singapore, Indonesia, Filipina, minyak masak, minyak, RON 95, gula, tepung, beras, semua ini kita murah, tetapi oleh kerana kadar upah dan gaji itu rendah, maka amat terkesan. Dan kita sedang fikir juga tentang, iaitu Kementerian Ekonomi ada memikirkan tentang Domestic Wages, sebagai sambungan daripada ikhtiar daripada kita naikkan gaji penjawat awam.
- Keduanya, GLIC ini, syarikat-syarikat Kerajaan ini telah ambil satu sikap yang proaktif, bila kita kata dasar, dia terus maju. Macam kita kata investment, sekarang ini kita tidak boleh sebut pasal investment yang diumumkan saya rasa, kerana GLIC itu komitmennya mulai sekarang RM150 bilion ringgit dalam tempoh lima tahun, iaitu komitmen untuk laksanakan tidak perlu tunggu. Kita ada jentera dan kewangan yang cukup, ekonomi baik, returns baik, satu dunia sekarang tumpu untuk masuk beli di pasaran saham dan pelaburan, saya tanya GLIC mengapa kamu hendak kena fikir sama ada domestic investment is attractive or not, something wrong with your planners. Saya challenge itu, now you tell me how much you can invest. Kemudian dia kata okay, combined GLIC itu RM150 bilion ringgit and start now. Ini saya fikir boleh menjana dan GLIC give a set of good example lebih baik daripada syarikat luar kerana dia meletakkan kadar upah yang lebih munasabah.
- Kemudian yang juga dikaitkan maknanya tidak disinggung, pernah Noor Azlan sebut sebelum ini, iaitu kita sebut digitalisasi, tetapi training program kita, universiti kita, sementara ada perubahan tetapi tidak sepantas yang diharapkan. Kementerian Pendidikan menterinya ada, dan Menteri Pendidikan Tinggi pun ada, they have taken measures, tetapi setiap kali jumpa saya desak, No!, it’s not enough. Fakulti AI, AI every universities, TVET, training. Kalau training itu tidak cepat maka gaji rendah, how is it now Datuk Seri Zahid umumkan umpamanya gaji minimum untuk lulusan TVET RM2500 atau RM3000, sebab kita jamin training itu lebih baik daripada TVET tahun lalu, dan training itu sinergi dengan keperluan syarikat. Jangan kita ikut silibus 15 tahun lalu dan tidak ambil kira keperluan. TNB umpamanya, kita minta mereka tengok mana stesen yang besar dan mana ada TVET terdekat, take over partly or the total TVET, you trained what you need, what you required. Proton ambil TVET di sekitar Pekan, Petronas ambil di Pengerang dan di Batu Rakit, Proton juga ambil di sekitar Tanjung Malim. Ini cara-cara yang kita buat untuk menjamin peningkatan upah yang lebih besar.
- Kemudian kita tengok sebahagian besar anak-anak kita, Malaysia ini adalah di antara negara yang paling tinggi jumlah ke Maahad Tahfiz, and it to be highly controversial by comment to these. Sementara Maahad Tahfiz itu tiada salahnya, orang nak menghafaz Al-Quran, tapi there is not the end, dalam seluruh tradisi keilmuan Islam, sejarah klasikal oleh George Makdisi yang menulis buku tentang “The rise of colleges: institutions of learning in Islam and the West” tentang susur galur perkembangan keilmuan Islam. Huffaz itu permulaan, sebagaimana kita baca semua imam-imam ini hafaz dan kemudiannya menjurus kepada cabang-cabang ilmu yang lain, sama ada matematik, atau falsafah, atau fekah, tetapi dia tidak hanya berakhir dengan hafazan. Kita ratus ribu (100,000 – 150,000) termasuk yang tidak berdaftar mungkin mencecah 200,000 lebih, ia bermula dengan hafazan tetapi kemudian berakhir dengan disiplin.
- Jadi inisiatif beliau, saya minta Zahid pengerusikan Majlis TVET, maknanya berapa puluh ribu kita serapkan supaya bagi latihan TVET, bagi exposure yang lebih dan selepas setahun prestasi ramai yang lulus dengan baik. Ramai Huffaz ini apabila mereka menjalani TVET mereka telah memperoleh kelulusan yang amat baik. Kemudiannya kita boleh jamin kadar upah RM2,500.00 ke RM3,000, daripada keadaan sekarang. Ini lah inisiatif yang saya fikir ‘outside the box’. Sebab itu saya minta rakan-rakan saya, Jemaah Menteri, KSU semuanya listen to others views, jangan terikat dengan kepompong pemikiran lama, it is necessary untuk maksud continuity (kesinambungan), namun tanpa suntikan idea baru, kita lebih kepada keadaan yang selesa.
- Tadi saya cerita tentang Raffles yang pergi melawat sekolah agama di Melaka, Gurunya Lebai Abdul Razak, penterjemahnya Abdullah Munsyi. Raffles tanya gurunya, “kamu ajar apa di sekolah ini?”, Lebai Abdul Razak jawab ikut terjemahan Abdullah Munsyi, “kami mula belajar Al-Quran kemudian baru belajar bahasa Arab, kemudian belajar bahasa-bahasa lain, Bahasa Melayu, kemudian baru belajar ilmu-ilmu lain”. Tengok tradisinya, kita sekarang pendekatan kita itu terlalu terikat dan oleh yang demikian tidak memungkinkan kita berkembang.
- Kita kalau hendak berjaya, tiada pilihan, kita mesti meneroka disiplin baru, termasuk digital, AI, engineering, matematik walaupun saya liberal arts, dan liberal arts itu masih penting bukan semuanya mesti engineers. Tetapi saya hendak tekankan mesti ada gesaan yang kuat ke arah ini. Malah, tadi kita bincang dengan Perkhidmatan Awam, JPA, young officers, kita hantar training ke Universiti Tun Abdul Razak dan juga ACL Technologies, India yang ada kepakaran dan keamhiran AI dan kemudian melihat keupayaan AI di dalam Malaysia, sama ada dalam kerajaan atau private sector dan start having internsive training outside the normal scheme of the sivil service undertaking, that’s what we mean for sivil service reform, kalau tidak masih di takuk lama.
- Baik, sekarang ini YB Senator Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, minta bagi pandangan tentang Cabaran Masa Depan, khususnya pendidikan tinggi.
SESI 4:
- Seperti mana yang saya sebut tadi, bunyi banyak istilah-istilah yang mengejutkan dan kurang dihadam tetapi bunyinya intelektual, itu yang penting (nada seloroh). Tadi data centre itu penting, dulu kita buka semua, saya buka data centre itu okay, sekarang tak kita blok. Data centre itu kerana cip energy and water. Sekarang ini kalau mahu data centre kita kena ada AI seperti mana NVIDIA di Johor Bahru, Johor, maknanya dia mesti tambah dan barulah kita ada faedah. Kita juga terpaksa, universiti harus dikejutkan untuk mempersiapkan keperluan engineers dan AI produk yang boleh menampung keperluan mereka.
- Walaupun pelaburan itu besar seperti mana yang disebut oleh Noor Azlan itu tadi, kita sekarang ini lebih selective memilih pelaburan yang boleh memberi manfaat secara langsung yang lebih besar kepada negara.
- Disebut tadi tentang pendidikan, ini masalah yang kita hadapi sekarang, pendidikan dan kesihatan. Dalam Belanjawan, saya bagi paling tinggi adalah pendidikan dan yang kedua kesihatan. Tapi tidak munasabah sebab orang paling kaya pun kita bagi subsidi. Sebab itu saya tidak setuju naikkan yuran pengajian. Saya tidak setuju, kerana ia membebankan pelajar-pelajar yang ramai M40 dan B40. Tetapi, keluarga yang paling kaya yang boleh bayar ratus ribu di universiti swasta tetapi tidak boleh bayar puluh ribu di universiti awam. So, we have to change. Saya bagi notis awal termasuk hospital, bagaimana orang yang kaya raya duduk first class ward di hospital Kerajaan dengan bayaran yang minimal.
- Kalau begitu terus, no country in the world, kalau kita tengok the failure as in the UK, itu kerana subsidize dan bila kita subsidize is a major general policy, maka tidak mampu kita menampung. Tax based Malaysia ini (kadar percukaian) paling rendah di Asia. Tidak ada Kerajaan yang berani nak tingkatkan tax based terutama sebelum pilihan raya. Tetapi kita terpaksa ambil satu sikap yang radikal termasuk penyasaran subsidi diesel. Walaupun dikecam habis-habis. Anwar kata, “hari ini menang, esok minyak turun”, tapi diesel turun sungguh, tak ada pulak dia sebut. Setelah kita buat penyasaran subisdi, harga diesel turun 40 sen. Penyasaran diesel telah membantu bagi confidence kepada pelabur jika lihat pasaran saham.
- Satu lagi Fiscal Responsibility Act. Menteri Kewangan sanggup menyerahkan bidang kuasanya kepada Parlimen sekiranya target tidak dicapai. Dia perlu jelaskan kenapa dan minta votes daripada Parlimen. This is very radical dan tiada Menteri Kewangan sanggup buat begitu. Tetapi bila kita buat mereka cukup yakin bahawa kita belebih keras dan tegas untuk melaksanakan beberapa inisiatif reform yang saya anggap penting.
- Jadi saya beri notis awal tentang orang kaya, mereka tidak boleh harap subsidi terus. Dahulu, letrik bila kita buat penyasaran awal tidak sangat kontroversi, 85% rakyat tidak terkesan, tidak dinaikkan kadar hanya 15% tertinggi, itupun kita diserang dan dimaki hamun. Itu hanya untuk orang paling kaya, tidak ada sangat reaksi daripada mereka, hanya reaksi dalam kalangan tokoh-tokoh politik, so saya tanya you ini wakil siapa? Kalau wakil rakyat 85% tidak terkesan, kalau wakil tauke kaya you beritahu, you wakil maha kaya. Dia kata tidak ada istilah maha dalam bahasa Melayu.
Komen terhadap maklum balas Menteri Pendidikan
Kita boleh rancang 2027, tapi kalau kita bermula dengan 2027, kita akan tertinggal 10 tahun kerana isu seperti STEM, engineering, digital, AI, itu we have to do it tomorrow, kita kena start esok. Kalaupun tidak boleh menyuruh dalam satu sistem, kerana kalau Kementerian Pendidikan ini selalu menyeluruh, tetapi saya rasa kita bagi kelonggaran, take 10 schools, 10 sekolah ini kita buat adjustment. KSU KPT juga ada, dengar betul-betul. So by next month I want to know for example. Tidak boleh nak start dengan 100 sekolah tidak boleh kerana guru tidak ada, kepakaran tidak ada. Start dengan 10 schools, then 10 schools intensive dari segi keperluan semasa then baru dia fulfill KPT yang sepatutnya buat bermula esok juga, jangan dia buat perancangan 5 tahun, 10 tahun, I never convinced about that.
Q&A:
- Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings
This are the issue I take it up, because I think you have the point, iaitu let’s the private sector decide kalau dia rasa dia boleh, isunya kalau dia tidak mahu the entire rooftop, dia bagi some space, then is fine, to me it’s fair. Macam kita nak buat Kenyir, dia tak boleh seluruhnya kerana ikan akan mati, si dia bagi space untuk ikan bernyawa.
But i’m incline to agree with you, bahawa Suruhanjaya tidak semuanya terikat dengan dia punya rules dia bagi flexibility, I’m sure you have made your own study, you know the risk, you know your requirement, so lets you decide but you also know. Saya pakai solar juga, spotlight di rumah tapi kita guna bateri tapi hanya boleh certain time, dia last for certain hours, bila technologies changing, so I think and may be I will look at it, macam Tan Sri sebut tadi, we will refer to the Suruhanjaya, to see, they can be more flexible, kadang-kadang bila kita terlalu terikat dengan certain rules, bagi saya kalau bagi third party access lets them decide, why must you control? Kita control kalau dia bahaya sahaja untuk safety reason, tetapi selain daripada itu you should decide and you take the risk, that is my mind, I am not expertise but I’m certainly take it out.
2: Prof. Dr. Sufian Jusoh, IKMAS UKM
SME’s dia ada agensi, you are right we have to monitor kerana kalau tidak ada pendekatan khusus untuk transisi teknologi di SME dia akan menjejaskan seperti kita tahu pergantungan kita kepada SME itu 90% daripada kekuatan ekonomi, is not small, so you have valid point there. Keduanya ada keupayaan kita sekarang tetapi kita kena start identifying, for example, UPM tentang quantum computing, itu baru kita dapat report daripada international bodies, yang mengatakan dia top 10 in the world dan ada satu dua spesific fields dia agak excel, the best in the region. Jadi saya bagi arahan, saya kata give me a report in two weeks, get the KSN, and we will give all the support necessary.
Maknanya ada bukan tidak ada, tetapi sistem itu menganggap ini sebagai suatu birokratik prosedur biasa kita tidak identify. Betul kita nak democratize supaya semua ada peluang, tetapi sepatutnya dalam bidang ini, then the leads yang berkenaan atau Kerajaan harus tumpu. Dan saya amat indicated tentang UPM quantum computing itu to be given full support, apa dia di UPM, di UM, di UKM dan USM, the various fields. Kita bagi general support betul tapi di mana excel macam ini, top 10 in the world kita tak bagi full support and recognition.
3: Saudara Yasir, TNB
Tentang tentang ‘Joseph Schumpeter’s gales of creative destruction’. Of course kita tidak boleh kata Malaysia ini dalam keadaan begitu, tetapi bagi saya tentang governance memang virtually distroid. Kita bayar hutang satu tahun, hutang bunga sahaja RM56 bilion. Kalau betul-betul produktif, ada produktiviti, ada kesan tidak apa, tetapi the waste and the linkages itu. Saya tahu ramai orang marah terutama elit-elit di atas tentang laluan saya bagi sepenuhnya kepada SPRM dan gesaan kepada semua enforcement agencies, dan tentunya KSN dan sebagainya untuk pastikan kita elak daripada kebocoran.
Apa sahaja orang boleh bicara tentang Kerajaan hari ini, satu perkara saya tegaskan kita tidak tolerate any acceses. Tender mesti dilakukan tidak lagi negotiated tender, if you are found any members of Cabinet or anybody ada interest you be automatically sack. Itu clear dasar dan nampaknya semua parti bersetuju. Yang lalu biar yang lalu, biar SPRM ambil tanggungjawab dia. Tetapi juga mentaliti kita sebab soal akhlak dan nilai itu jadi ke belakang walaupun dia bersyarah tentang Islam itu berbuih mulut. Tetapi bila kita ambil tindakan tentang rasuah, ambil tindakan tentang Global Ikhwan, berdasarkan nilai dan akhlak itu ditentang termasuk oleh orang-orang yang bicara tentang hal-hal ini. And this is our problem.
Saya setakat ini Alhamdulillah, Tuhan bagi kesihatan, I’m determined and I will not concieved. Kalau itu nak kena promised tak ada makna saya jadi Perdana Menteri. Bagi saya kita ada kuasa, pertama kalau nak kata creative distruction, you destroyed and you built up, atas keruntuhan ini dan it must start with governance. Kerana kita bicara Islam Agama rasmi, peruntukan untuk JAKIM RM1.9 bilion ringgit, program-program Islamisasi, program nilai dan akhlak, tapi substance dan content, kesedaran, penghayatannya tidak ada. Jadi akhirnya bocor, ya kalau saya kata, everything is political. It is not political. You go through every single decision. Dari IPP, privatisation, tender, and every single damn decisions, hilang RM200 juta, hilang RM300 juta, RM10 bilion hilang dan ia tidak menyentuh, bukan sahaja orang politik, academicians, intellectuals, professors, tidak mungkin berlaku kecurangan begitu besar kalau ada suara-suara yang lebih lantang pertahankan. So, sekarang saya rayu betul-betul, let’s us, those yang ada kesedaran, elemen sedar dalam masyarakat, bangkit, berdasarkan nilai dan akhlak ini. Bukan soal dalam sistem pendidikan sahaja tetapi juga dalam kalangan golongan elit, kerana kita tolerate, dan bila ada tindakan dia jadi masalah. Saya fikir dulu-dulu sebelum jadi Perdana Menteri ini, kalau keras lawan rasuah ini lebih senang, orang boleh terima, tidak betul. Lebih kuat serangan rasuah rupanya, kelompok-kelompok yang kaya-raya, maha kaya ini dengan kekuatan kewangan mereka melalui jalur-jalur mereka, politik dan media sosial dan NGO, mengecam kita dengan lebih kuat. So, pencerahan ini penting, kesedaran itu penting. Ini bukan partisan politics, this is about our survival as the nation. Sebab itu saya kata mesti mula dengan isu governance, pimpinan mesti beri contoh yang baik dari sudut bersihkan negeri ini daripada kecurangan, merampok, atau merompak kekayaan negara. Orang serang dari segi ini sebagai political agenda, I don’t care.
But, you tanyalah SPRM, PDRM atau commersial crime atau KSN, saya consistent, saya minta dan Jemaah Menteri bersama saya dalam hal ini, kita nak selamatkan mesti bermula dengan tatakelola yang baik. Kalau tatakelola itu rosak tak ada maknanya perubahan-perubahan ini. We can talk about economic reform, what economic reform kalau curi RM20 bilion keluar. Kalau seorang itu umpamanya retired sebagai menteri ada kekayaan RM4 bilion, RM2 bilion, RM3 bilion, what to this happened to this country? What is wrong with our society? Apa jadi kepada intelektual kita? Elit kita? Dan kenapa mereka menjadi penjilat kepada kelompok-kelompok seperti ini? Kerana jawatan mereka? Kerana pangkat mereka? Kerana kekayaan mereka? Saya sudah hangat sikit dah. Ya betul kerana saya cakap ini from passion. Saya bercakap dari hati ke hati, sebab kalau tidak nanti yang didengar lain, baca lain, persepsi lain, i’m talking a serious matter. Soalan saudara tentang creative distruction, tentang humane, sebab itu economic harus humane economic kalau tidak ia akan jadi unriddled capitalism.
Saya berapa kali kuliah kepada GLIC’s, jangan lupa you are there partly because of the agenda, and the agenda termasuk Bumiputera agenda, national agenda. Jangan ingat you duduk di situ you become just a profesional, great profesional and expert, bottom line profit. Profit yes tetapi ada agendanya, ada soal nilai yang perlu diterapkan. Sebab itu saudara, dalam MADANI ini, baik kemampanan apa pun ia mesti ada ihsan dan mesti ada keyakinan.
Dan mudah-mudahan kita dapat terapkan ini, saya tidak tahu lagi macam mana, every opportunity saya adakan dengan penjawat awam dan pimpinan politik saya tegaskan hal ini. Dan nasib baik kita, whatever it’s being said or perceived our side, saya dengan team sama ada Datuk Seri Zahid yang memipin menteri-menteri UMNO ataupun Datuk Seri Fadzilah yang memimpin GPS, dan kita dalam PH, DAP, setakat ini hampir sampai dua tahun, bulan depan dua tahun, belum ada sekali mana-mana menteri atau pimpinan dalam PH yang mempertikai keputusan kita mesti tender, mesti ada pertanggungjawaban, jangan bagi kebocoran, dan bila baru-baru ini saya sergah salah satu agensi Kerajaan, syarikat dan Kementerian yang menghantar 68 orang nak pergi pesta exhibition di Berlin, saya mendapat full support daripada Kabinet. Mereka take out dan stop. Ini first time saya ingat dalam sejarah, bila Perdana Menteri kata nak pergi ke? You tak payah pergilah ya, tunggu jika ada peluang lain. Belum pernah. Why do I do it? Not that I’m strong ataupun politically based strong, tapi sebab my colleagues, kanan saya Zahid, dan kiri saya, Fadzilah bagi full support berdasarkan evidence ini. Jadi menteri nak pergi, berapa orang staf? 3 Dato’ Seri, 2 cukup, itu kita control tapi bila mari agensi di bawah nak pergi 20, nak pergi satu mesyuarat, 8. So we have to stop. Perubahan-perubahan ini mesti diserap, ia takes times sampai ke bawah. Enam (6) bulan pertama saya tidak beranilah, masih terumbang-ambing Kerajaan baru, now ingat kita boleh. Faidza azamta fatawakkal alallah, insya-Allah kita boleh teruskan.
4: Haslinda, UPM
Dari segi dasar memang ada penekanan dalam bidang teknologi, sains, digital, AI termasuk energi. Tetapi, tidak pernah ada keputusan untuk meremehkan apa lagi menjumudkan bidang sains sosial. Sains sosial itu kemanusiaan ialah juga nilai, walaupun kadang-kadang ada bidang-bidang yang kita rasa tidak munasabah untuk dihubungkan, it’s fair. Selagi ia ikut kaedah kerangka yang cukup besar ia tidak akan terbawa-bawa. Ada saya ingat ada debate di antara Prof Naquib Al-Attas dengan seorang profesor yang juga profesor saya, geopologi mengenai beberapa PhD mengenai ‘Bomoh in the Malay Society’, jadi ada pandangan satu dua research cukuplah. Apakah tidak ada penumpuan terhadap soal inequity (kesenjangan) ataupun social problems in the cities, dalam sociological studies. Malah baru-baru ini saya ke Universiti Malaya nak hidupkan Chair Prof Husin Ali Al-Atas, which is also Science Social Chair, tak ada masalah, ada yang cadang sekarang ini Bakar Hamid Chair, which is actually sastera. Bagi saya sangat penting, sastera, seni, budaya dan sains kemasyarakatan itu sebati kepada nilai. Nak kenal sejarah dan budaya Melayu, ia melalui sains sosial bukan melalui engineering. Oleh sebab itu, saya nak betulkan. Kalau ada kesilapan saya minta Menteri perjelaskan supaya ada peruntukan. Dan dari segi peruntukan KSN yang mempengerusikan dari segi itu, kita pastikan bidang besar dalam teknologi dan digital tetapi jangan izinkan kepompong dalam bidang sains sosial. Perdana Menteri dalam bidang arts.
5: Mohd Aris Irfan, Persatuan Pelajar UIAM
You have Profesor Osman, the impactable academic credential, right personality untuk kembalikan dasar universiti itu dan tingkatkan mutu keilmuan universiti dan juga tidak meninggalkan landasan tentang pendekatan integrasi ilmu berdasarkan kefahaman Islam. Jadi ini saya ingat satu perubahan yang baik dan memulakan insya-Allah tumpuan Kerajaan termasuk saya sebagai mantan Presiden universiti, untuk memberikan lebih banyak perhatian, itu satu.
Soal peralihan tenaga sebab itu disebut transisi, peralihan, kerana peralihan ia mengambil masa dan kos, sebab itu menjadi persoalan tadi, mengenai umpamanya ruang kepada sektor swasta yang mampu patut diberikan segala kelonggaran yang mungkin supaya mereka take the lead.
Government dengan keadaan kekangan, saya kata tadi hutang keseluruhannya dengan 1.5 trilion, kini semakin berkurangan, itu pun dipermainkan. Hutang keseluruhannya itu tidak kurang, tetapi hutang Kerajaan semakin berkurangan. Tahun 2021- 96, 2022 tinggal 93, tahun lalu 86, tahun ini 83. We are reducing jumlah hutang, tidak boleh dihentikan kerana kita perlukan kalau tidak kita tidak ada pembangunan. Jadi, kita boleh gradually itu, kita harap kalau kita boleh pertahan pengurusan eknomi yang lebih teratur dan bertanggungjawab kita boleh turunkan. Tetapi dalam keadaan sekarang, semua bangunan baru Kerajaan, bangunan baru kita tekankan solar, bangunan lama nak tukar nak ganti itu it’s going to be a little bit costly. Tapi dari segi dasar you are right tetapi kekangan kewangan is a serious matter now, we are trying our level best.
6: Abdul Rahman, TNB
Saya nak beritahu, saya pergi ke Kulim Hi-Tech meluncurkan expansion Infenion, the largest investment outside Germany 26 billion for the front end or FAB cips, dia bagitau dia working very well with USM, maknanya benda ini berlaku, saya bercakap dengan Google, Microsoft, working with Universiti Malaya. Jadi, you are right, probably kena beritahu tekankan universiti engineering, selain daripada kurikulum biasa mesti ada sinergi supaya tidak ada mis-match. It happening UUM ada program, itu yang saya tahu. Infenion dia beritahu betul-betul, we have huge program with USM, Intel pun sama, Intel daripada dahulu daripada awal memang program yang besar dengan USM. Tapi terpulang, maknanya mungkin, Vice Canselornya, dean, itu lebih proaktif itu akan mempercepatkan dan mungkin KPT akan menyusuli.
Tapi kita kena ingat juga education is not purely utilitarianism. So, kita kena betul-betul ingat universities impart knowledge, values. Industries perlu untuk keperluan mereka. Jadi mesti ada fahaman bahawa tujuan universiti itu bukan menjadi kilang untuk syarikat, tapi dia mesti memenuhi kedua-duanya, otherwise dia become utilitarian. Utilitarian ini maknanya dia adalah philosophy. Utilitarianism maknanya purely utilitarian untuk practical materialisticly. Tapi that’s not a university is all about. So, sementara ini penting supaya jangan ada mis-match the university curriculum yang impart knowledge and specialization itu perlu diteruskan. Saya cuma nak qualified, banyak sangat orang bercakap pasal sinergi ini takut dia lupa tentang the higher ideal of education yang selalu kita sebut is to inculcate understanding is a assimilation of knowledge for dissemination of truth. Itu dia ideal education.
Bagi anak-anak muda Yayasan Anda ini adalah sekolah untuk drop out di Kampung Baru dulu, dengan rakan-rakan bergraduate. Anak-anak kebanyakkannya itu memang tidak mampu bayar, kalau Form 6 seingat saya RM32 tapi kita compromise nak bayar RM10 pun boleh, RM15 pun boleh RM20 pun boleh, kebanyakkannya adalah anak-anak Melayu dari kalangan keluarga miskin. So, saya sebaik sahaja graduate dari Universiti Malaya dengan kawan-kawan teruskan itu sehinggalah saya pergi Kamunting.
Penutup
Terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel dan rakan-rakan yang telah memberikan pandangan. Kita akan insya-Allah jumpa bulan depan. Saya juga banyak keluar bulan depan untuk ASEAN, we take over ASEAN from Laos in mid October, sebelum itu saya ke Pakistan dan singgah 3 jam di Bangladesh, dan ada program untuk semua pimpinan ASEAN ke Jakarta sambut Presiden baru Probowo. Jadi, celah-celah itu mungkin kita boleh buat satu sesi di Petronas.
Apa dia yang ditekankan oleh saudara Zambry tadi, negara patut berkembang. Dan apa yang disebut oleh saudara Azlan tadi, maknanya pengisiannya harus dari pencerahan ilmu, apa yang disebut festival of ideas. Kadang-kadang soal ilmu ini sangat kita remehkan, ilmu ini menara gading, nobody interested, sebab itu saya gabungkan.
Every session there will be one political leader, one academician and one profesional technocrat. Jadi kita akan pertahankan dari tiga profession, maknanya teknokrat itu maybe private sector, seorang sarjana dan seorang bidang politik, jadi kita gabungkan tiga dalam setiap session, dan mudah-mudahan kita boleh kerap. Saya harap yang hadir ini akan menjadi permanent member.
Saya ucapkan terima kasih, jazzakallahikhairankathiran.
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Similar Posts:
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- PM ANWAR ARAH JEMAAH MENTERI AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- PERBINCANGAN INTELEKTUAL UNTUK RESPONS KEPADA ISLAMOFOBIA – PM ANWAR
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG