MAJLIS PELUNCURAN RESIDENSI MADANI PUTRAJAYA

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

MAJLIS PELUNCURAN

RESIDENSI MADANI PUTRAJAYA

 

 

28 OKTOBER 2024 (ISNIN) | 3.30 PETANG

TAPAK RESIDENSI MADANI SENTRAL

PRESINT 7, PUTRAJAYA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillaahil rabbil ’alamain

Nahmahduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem.

Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan);

Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

Yang Berbahagia Dato’ Town Planner (TPr.) Fadlun bin Mak Ujud,

 

Rakan-rakan Strategik;

Rakan-rakan Media; dan,

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

  1. Program hari ini saudara boleh jangka, memang menjadi di antara tumpuan dan keutamaan kita. Kita boleh sebut tentang prestasi kita yang membanggakan dari segi pertumbuhan. Tadi saya dengan YB Anthony Loke di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk meluncurkan DHL Express baharu yang menjadi hab yang penting, automation, mempercepat proses eksport import.
  1. Bulan yang lalu kita ke KIGIP di Kerian meluncurkan satu projek raksasa hi-tech hijau yang penting kerana kejayaan Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech. Kita saksikan projek raksasa Proton Geely Tanjung Malim, industri automotif, universiti dan rangkaian latihan yang hebat. Dan kita catat kadar pertumbuhan yang membanggakan. Ringgit kukuh, semua ini petanda-petanda yang membanggakaan. Alhamdullilah.
  1. Tetapi bagi rakyat, selalu saya tekankan. Kadang-kadang pemikiran kita, golongan elit yang merancang dengan kumpulan sasar. Apa yang rakyat fikirkan? Tentu mereka juga bersyukur. Tetapi bagaimana manfaat kepada mereka? Apakah kemudahan-kemudahan yang kita sebut ini, kejayaan besar ini sampai manfaat kepada mereka? Sebab itu di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, saya tekankan isu penting selain daripada prasarana asas, pendidikan, dan kesihatan, adalah pusat perniagaan kecil-kecilan yang disertai oleh kumpulan bawahan dan perumahan. Sebab itu, ada orang tegur, dia kata dalam Belanjawan Negara kali ini dan sejak saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI tidak ada projek mega, ya, tidak ada projek mega, mercu tanda yang hebat.
  1. Bagi saya projek mega yang lebih penting, adalah rakyat. Jadi bagi saya, kalau tanya apa dia projek mega untuk rakyat? Perumahan rakyat. Itu mega bagi dia dan keluarga dia. Gerai, warung dan restoran kecil, itu mega untuk dia. Mutu, kemudahan sekolah, kesihatan dan klinik yang baik, itu mega bagi mereka. Jadi sebab itu, cara kita berfikir dalam soal pertumbuhan ekonomi itu penting, ada anjakan, betul-betul anjakan daripada pemikiran tentang kerangka ekonomi dari sudut pemacuan pertumbuhan yang segar dan rancak yang tentunya penting. Kalau ekonomi kita tidak berkembang dari mana kita harus dapatkan dana dan syarikat-syarikat besar mana yang mahu melabur dan membangunkan perumahan, kalau tidak ada tenaga beli yang menyakinkan. Jadi, saya tidak meremeh dan memperkecil kepentingan pertumbuhan.
  1. Saya hendak tekankan bahawa, di kalangan penjawat awam, pimpinan politik, peniaga, pengusaha harus memikir bersama bahawa mari kita bangkitkan, jayakan semua. Jangan kita jayakan kelompok kecil dan kita tinggalkan yang besar yang menyebabkan membengkaknya kesenjangan di antara golongan yang maha kaya dengan yang miskin. Ini dapat dilihat di banyak negara. Sebab itu kalau di Amerika, dia kata the top 1 percent, maknanya 1 peratus dia kuasai semua dan pengaruhnya dalam sistem kewangan, pembangunan, ekonomi, pelaburan, pengaruhnya di Capital Hill dan di White House itu terlalu kuat sehinggakan suara rakyat itu hanya menjadi umpamanya proses yang dikatakan demokrasi, 5 tahun atau 4 tahun sekali.
  1. Tetapi sebenarnya yang punyai kuasa itu hanya satu kelompok yang kecil. Kita harus ubah ini. Sebab itu, apa yang dilakukan hari ini, ya saya ucap terima kasih kepada Jabatan Wilayah, YBhg, Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana komitmen mereka untuk melaksanakan cita-cita, kerana dasar mungkin elok, program mungkin menarik tetapi ujiannya, cabarannya adalah pelaksanaan yang berkesan.
  1. Jadi bila saya tanya YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, kerana projek perumahan mencecah 10 ribu unit ini, ya betul kita ada juga rencana keluar subsidi kerana kita kena fikir bagaimana rakyat di peringkat rendah ini boleh membeli. Kita boleh bina, bangun, serahkan sahaja kepada pemaju, dia bangunkan. Tetapi tidak mampu begitu. Apa tanggungjawab kerajaan? Pastikan ada peluang dan kemudahan bagi semua rakyat di semua peringkat. Jadi sebab itu, kita jamin sekurang-kurangnya 40 peratus itu dengan kos RM 200 ribu ke bawah. Ya dan saya harap, dengan hadirnya pemaju-pemaju bersama, pastikan projek itu dijalankan dengan cepat dan penjawat awam di bawah KSN tahu pendirian kita selama ini, iaitu pastikan jangan ada karenah melewat-lewatkan. Melambatkan tiga bulan, enam bulan itu mendera rakyat yang menunggu dan menyebabkan kos meningkat kerana ada holding cost dan sebagainya.
  1. Jadi, pastikan pengawasan ya, kecepatan pelaksanaan projek. Dan kalau ada apa-apa masalah dari sudut karenah birokrasi, selesaikan dengan secepat mungkin. Saya selalu, di mana-mana saya pergi, contoh, bila kita buat perumahan MADANI di Taman Desa, syarikat siap semua keperluan termasuk environmental impact assessment (EIA), perparitan dan semua lulus. Tetapi biasanya, tahap kelulusan itu lapan bulan, setahun setengah. Saya hendak pecahkan tembok ini yang mempersulit. Orang nak rumah kena tunggu, pemaju kosnya meningkat kerana holding cost dan pinjaman. Maka saya bagi tarikh, saya luncurkan projek itu dalam masa 45 hari. Kemudian saya lihat Dewan Bandaraya dengan seluruh jentera kerajaan boleh bertungkus lumus dan siapkan, jadi boleh kita luluskan dalam masa 45 hari. Which means it can be done, jadi kalau boleh dilaksanakan maka kita permudahkanlah.
  1. Jadi untuk itu, kita harap kita pantau betul-betul kerana projek ini besar, terbesar di Putrajaya dari segi perumahan menunjukkan kita lebih prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh penjawat awam kerana itu keluarga secara langsung di bawah jagaan kita. Seluruh rakyat tanggungjawab kita, tetapi penjawat awam itu secara langsung menjadi satu kelompok atau kumpulan yang secara langsung menjadi tanggungjawab saya. Kalau di swasta, gajinya dibayar oleh swasta, kalau penjawat awam gajinya dibayar oleh Kerajaan.
  1. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk sekurang-kurangnya melegakan mereka. Jadi untuk penjawat awam, bagi tumpuan. Pertama, soal sistem persaraan yang baru diumumkan bulan Disember, naik lagi bulan Januari, bagi lagi bonus bulan Februari. Jadi maknanya, tiga bulan berturut-turut naik sedikit-sedikit, sekurang-kurangnya dapat melegakan hidup mereka dan Insya- Allah membolehkan mereka itu hidup dengan lebih selesa ketimbang tahun-tahun sebelumnya. Kemudian, hari ini kita perlihatkan bagaimana keluarga di Putrajaya umpamanya diberi kesempatan memilih untuk mempunyai rumah yang lebih selesa.
  1. Jadi cepat, mesti disegerakan dan pihak pemaju saya harap dapat tentukan mutu itu baik. Saya ada pengalaman di sini kerana masa saya Menteri Kewangan dulu, saya juga tekankan di Kerinchi, Wangsa Maju, Gombak, Setapak dan perumahan-perumahan rakyat dan kadang-kadang mutu itu tidak begitu baik. Sebab itu mesti dipantau cara baik. Semua syarikat dan pemaju harus mencatat keuntungan, kita tidak nafikan tetapi pastikanlah, janganlah bila rumah itu rumah kategori rendah mutunya itu sampai terlalu tidak memuaskan.
  1. Jadi saya harap pemantauan itu baik dan kalau ada masalah harus YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud berikan seorang umpamanya, pegawai yang khusus. Kalau apa sahaja masalah sementara mereka memulakan projek itu, dia boleh terus kepada pegawai itu. Tidak payah pergi beratur jumpa 14 Jabatan untuk selesaikan satu masalah.
  1. Jadi untuk Putrajaya, patut jadi contoh terbaik, ada satu sahaja, seorang yang ditugaskan untuk mendapat apa? Jadi esok umpamanya, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud perlu tetapkan siapa yang bertanggungjawab. Kalau ada dalam pelaksanaan, apa sahaja masalah bawa kepada dia dahulu dan boleh diselaraskan dan diselesaikan.
  1. Kalau mesyuarat melibatkan 18 ke 16 Jabatan untuk pastikan selaraskan 16 atau 18 tu tak payah beratur buang masa, hilang produktiviti, hilang tenaga dan jadi masalah. Ini yang maksud kita reform dalam pentadbiran awam. Kita bagi pengiktirafan tapi, kita harap dan rakyat juga harap mutu perkhidmatan lebih baik. Jadi saya harap dua (2) perkara ini diberi perhatian, cepat siapkan projek, lebih cepat daripada jangkaan, ya itu cabaran. Jangan lupa, rumah rasmi saya dekat dengan pejabat, silap…jaga! (nada seloroh). Dan keduanya, biar mutu projek itu memuaskan ya. seperti mana sebelumnya tadi disinggung oleh YB Dr Zaleha tentang apa yang disebut kemiskinan tegar.
  1. Kemiskinan tegar ini adalah di kalangan kelompok masyarakat yang sangat susah, maknanya susu bayi, uniform sekolah, makanan asas di rumah itu tidak mencukupi, jadi Kerajaan tidak boleh lengah. Ini tanggungjawab kita sempurnakan mana munasabah. Ada Pejabat Perdana Menteri, ada pejabat KSN, ada pegawai kanan yang tinggi, ada pengurus-pengurus dan pengarah-pengarah syarikat yang hidup lumayan, tapi ada di kalangan kita yang hidup nak makan pun tak cukup.
  1. Jadi, sebab itu Kerajaan memutuskan supaya ada program menoktahkan kemiskinan tegar. Yang miskin itu mengambil masa relatif, tetapi kemiskinan tegar disegerakan jadi kita ada angka 166,000. Mengikut angka tahun 2022 kita selesaikan jumlah itu 166,000. Kemudian bila kita buka lagi, ada lagi sekitar 80,000 jumlah baru sama ada yang lama dulu dah selesai, kemudian dia jadi miskin balik ataupun jumlah baru kerana dulu tak daftar. Setakat bulan lalu kita selesaikan 15,000, ada lagi belum selesai jadi saya kata target akhir tahun ini kita selesai angka terbaru yang 80,000.
  1. Tahun depan kalau ada jadi maknanya berkurangan dari 166,000 kemudian jadi 85,000 dan sekarang mungkin kurang. Sebab apa saya sebutkan begitu kerana tidak munasabah bagi negara yang makmur begini dan catat pertumbuhan hasil mahsul yang banyak tetapi yang miskin tegar itu pun ramai. Jadi syukur Alhamdulillah kerana jentera Kerajaan bantu di peringkat daerah sampai kawasan pedalaman dan miskin bandar yang sekarang meningkat. Jadi saya harap hal ini juga diteruskan. Jadi sebab itu miskin tegar dan perumahan patut diberikan tumpuan.
  1. Tapi saudara tahu kalau di parlimen itu perbahasan jadi aneh-aneh, soal songkok perdana menteri, soal capal Perdana Menteri, jadi maknanya ya ini orang kata bankrap idea. Dia tidak ada modal untuk dibahaskan. Saya tengok macam gaji penjawat awam ada juga 1- 2 yang bercakap ini satu tindakan yang sungguh-sungguh, kita buat dan berani, gaji minima RM1700. Kalau saya tanya syarikat, tidak ada yang tak akan ada keputusan, mustahil nak dapat keputusan jadi saya bincang kawan jemaah menteri. Saya kata no countries is doing well, investment coming in a big way and the prosperous nation cannot afford to see this sort of treatment to our workers dan kita bukan naik 2500 atau 3000 kita naik kepada 1500, naik 1700 dan itu pun berperingkat, kita bagi masa lagi kepada syarikat-syarikat kecil.
  1. Jadi saya harap bagilah kerjasama ya, sama-sama kita hadapi kerana ini sahaja yang boleh kita lakukan, apa yang disebut political will – tekad politik yang jelas kerana tidak semua orang akan senang dan bersetuju, tapi inilah cabaran pimpinan apakah kita berani atau tidak. Seperti juga gaji penjawat awam 12 tahun tak ada kajian. 12 tahun itu masa yang lama, inflasi naik, kos naik tapi gaji tidak naik kemudian kita tekankan supaya kerja lebih kuat, lebih bertanggungjawab maka saya ambil keputusan yang berani dan kos tinggi untuk 2025, peningkatan kos gaji ini 10 bilion ringgit. Tapi saya rasa pendapat saya mudah sahaja, simple basic economics saya tidak pernah baca pengalaman sejarah sama ada sejarah Islam atau China purba, sejarah India atau sejarah Arab atau sejarah Latin Amerika bahawa Kerajaan itu jatuh kerana dia tolong belanja banyak untuk orang miskin. Saya tak pernah dengar, belum pernah tercatat dalam lembaran sejarah mana-mana pemerintah itu kalah, jatuh kerana membantu rakyat miskin atau menaikkan gaji yang sepatutnya upah yang adil. Tidak pernah. Kerajaan jatuh kerana rasuah, penyelewengan tamak haloba, pimpinan kaut harta yang bukan hak mereka. Itu yang menyebabkan mereka jadi dan kita elak daripada hal yang sedemikian dan tumpu.
  1. Saya tahu ada cabaran tapi kita syukur Alhamdulillah, kerana selain daripada masalah saya katakan kita boleh catat perubahan yang besar, semi konduktor seperti Infineon, pelaburan terbesar luar daripada German di Malaysia. Baru-baru ini sudah tengok Google, Microsoft itu pilih malaysia sebahagiannya pilih Malaysia sebagai hab. DHL Malaysia umpamanya pusat automation pertama logistik di rantau ini. Syarikat AI yang terbesar memilih Malaysia di Johor sebagai pusat AI yang utama. Ini semua kenyataan-kenyataan meyakinkan. Manakala tanggungjawab kita ialah pastikan politik negara itu stabil dasar jelas dan pelaksanaan berkesan dan jangan benarkan ketirisan penyelewengan dan rasuah. Kerana rasuah ini sudah jadi sistemik, dia tidak mudah banteras, dia hanya perlu tindakan yang keras dan tegas dan konsisten. Dia memerlukan penguatkuasaan jelas, pemantauan di semua peringkat yang tegas baru boleh. Kerana bila kita bersihkan rasuah, kos dengan sendirinya turun.
  1. Percayalah ya pemaju-pemaju mungkin tak mahu bagi tahu tapi saya tahu. Kalau dulu apa dia kata? hmm satu sumbangan untuk mempercepatkan, kalau naik satu tingkat dia ada kos dia, kalau 18 tingkat okey nak naik 20 itu ada ada kos dia. Even if they denied i won’t believe them, i know what happened in the past, but this has to stop and stop now because kalau kita dapat kawal ini maknanya kos akan lebih turun dan rakyat akan memperoleh manfaat dan ini yang kita nak tentukan. Jadi saya harap kerjasama dalam soal menentukan good governance tatakelola yang baik dan membanteras korupsi. Rasuah ini bukan sahaja penjawat awam dan orang politik tetapi juga pengusaha dan peniaga. Jadi mudah-mudahan pengalaman kita hari ini mendewasakan kita dan saya harap di bawah YB Nga Kor Ming, di bandar-bandar lain di seluruh negara kita akan percepatkan proses ini dan kalau kita boleh temu target perumahan ini, berpuluh tahun sudah, saya tahu tak pernah capai, sebutlah 400,000 tak ada orang percaya. Sebab komitmen tak sama.
  1. Saudara nak tolong rumah kos rendah berapa nak dapat komisen? nak buat rumah-rumah orang susah ni komisen tak ada, kecil. Haa kalau nak buat kawasan golf itu adalah mudah, cepat lulus. Kalau nak buat rumah-rumah mewah okey. Buat rumah mewah tak ada orang protest, buat rumah rakyat, rumah badan ni bermacam protes, sesak jalanlah, environment problem lah ini perangai tak bagus betul. Saya tahu, di parlimen ada dibangkitkan lagi rumah yang besar mewah itu buat tak ada bantahan tapi tu sebelahnya buat rumah untuk rakyat, rumah MADANI rumah yang kata affordable tu ubah kawasan rendah. Keluar bantahan pelbagai. Tak betullah, environment lah, kolam lah, bukit lah, ini yang dulu tak ada kolam, nampak rumah orang besar itu tak ada bukit. Hal ini kita harus hadapi, saudara syukur juga saya ini ada pengalaman oleh kerana dah lalui hiruk pikuk dan pasang surut maka Allah berikan sedikit kekuatan untuk lawan fe’el-fe’el begini.  Betul saya tak faham, ya nak buat rumah ni susah, yang beli rumah kena faham tidak mudah, ia memerlukan keberanian kita. Ini YB Dr Zaleha tahu, nak buat di Kuala Lumpur protes-protes. Kemudian orang susah nak duduk di mana? terlalu tinggi rumah, nanti kawasan sesak, jalan ni sesak sebab nampak rumah orang susah dan pendapatan rendah sahaja ke? yang sebelum ni tak sesak ke?
  1. Ini kadang-kadang sikap yang saya sangat tidak berpuas hati. Tentang lawan itu serahkan kepada saya sebab kita tidak boleh tolak ansur. Kita bincang dengan syarikat-syarikat kalau 100% tak boleh kerana kos yang tinggi dan akan menyebabkan kerugian. Oleh itu kita keluarkan subsidi sedikit kerana nak buat Perumahan Rakyat dalam 40%, saya okey. Kerana kita mahu syarikat itu juga yakin, there can deliverable kerana kita tidak mahu memaksa dan memberi pertimbangan. Jadi sebab itu saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Fadlun dan KPKT kerana berjaya mempercepatkan.
  1. Doa semoga mudah-mudahan projek ini berjalan lancar dan kalau boleh lebih cepat daripada jadual. Ada problem sahaja tomorrow morning Fadlun will assign one officer and I want to know the name of the officer and give a call to make sure any issue that been raise resolve speedy. Jangan ada masalah menyangkut sehingga melengahkan projek ini kerana rakyat yang menunggu terlalu penting bagi mereka.

Terima kasih.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.