KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PELANTIKAN DATO’ SRI MOHAMMED SHAZALLI RAMLY
Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan pelantikan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media & Komunikasi Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024 bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.
Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi YAB Perdana Menteri.
Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI.
PEJABAT PERDANA MENTERI
15 Oktober 2024