PM ANWAR TIBA DI ISTANA NEGERI UNTUK PENGURNIAAN KEHORMATAN NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 1 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Kubang Kerian di sini, hari ini bagi menghadiri majlis Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan.

Perdana Menteri dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan darjah berkenaan dibuat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang ke-55 Sultan Muhammad V pada 29 Sept lepas.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.