TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN DHL EXPRESS KUALA LUMPUR GATEWAY BAHARU

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN DHL EXPRESS KUALA LUMPUR GATEWAY BAHARU

 

 

28 OKTOBER 2024 (ISNIN) | 10.00 PAGI

KLIA CARGO TERMINAL 1 (KACT1)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.

YB Tuan Anthony Loke Siew Fook,

Menteri Pengangkutan;

YBhg. Dato’ Jana Santhiran Miniayan,

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan;

 

En. Ken Lee,

CEO Asia Pasifik, DHL Express;

Mr. Julian Neo,

Pengarah Urusan, DHL Express Malaysia dan Brunei;

Seluruh pengurusan DHL Express Malaysia;

Tetamu-tetamu yang saya muliakan; dan

Para pengurusan serta pekerja-pekerja DHL Express yang telah menjayakan projek ini.

Terima kasih.

  1. Hari ini kita menyaksikan satu perkembangan fasiliti untuk kemudahan DHL sehingga menjadikannya sebagai gateway baru yang penting di rantau ini. Saya tertarik mendengar penjelasan saudara Julian tentang kemudahan-kemudahan yang terkini dan juga memastikan pelancaran kemudahan dalam logistik pengangkutan dan memungkinkan eksport dan import yang lebih lancar. Tetapi bila disebut ekosistem logistik, ini bukan sahaja urusan DHL. Maknanya rakan-rakan kita yang berkaitan sama ada MAB, Kementerian Pengangkutan, Kastam, Imigresen, jalan, seluruh prasarana dan logistik itu harus diambil kira. Kalau tidak, ia tidak disebut ekosistem.
  1. Ini yang selalu kita berikan perhatian kerana pelabuhan, pengangkutan, syarikat penerbangan dan pengurusan logistik itu sangat kritikal. Seperti mana yang kita tahu Malaysia juga disinggung sebentar tadi sudah dianggap sebagai hab semikonduktor bagi rantau ini. Kemudian setelah kita lihat peningkatan yang begitu meyakinkan di Selangor, Johor dan juga di Kulim Hi-Tech, kita lihat penumpuan baru oleh syarikat-syarikat gergasi dalam bidang data center dan AI di dalam negara kita. Jadi ini semua membanggakan tetapi kalau tidak kita uruskan dengan baik, ia akan menghambat kemajuan yang kita harapkan.
  2. Kita tidak jangka dalam setahun ini minat pelabur besar itu telah meningkat dan angka-angka tambah meyakinkan. Tetapi saya ingin tekankan betapa perlunya seperti mana yang ditekankan saudara YB Anthony Loke dan Kementerian Pengangkutan, iaitu memastikan ekosistem logistik. Ini saya tekankan berulang kali, kerana ekosistem itu kian bertambah bukan sahaja setakat kemudahan prasarana tetapi juga melatih, memberikan perhatian supaya ia menjadi pusat kecemerlangan dan melatih pekerja dan anak-anak yang tertumpu dalam bidang ini.
  1. Di sini saya ingin mengusulkan kepada DHL, saya harap Ken Lee dan Julian boleh berikan perhatian. Sebab pelaburannya sudah meningkat, kemudahannya itu menarik dan bagi pihak Kerajaan dan saya percaya lebih-lebih lagi Menteri Pengangkutan memberi perhatian khusus. Beliau di antara yang menggesa saya supaya hadir sebagai tanda menyokong dan memberikan perhatian kepada suatu prasarana yang penting bagi mengangkat keupayaan kita. Jadi yang kita minta daripada DHL seperti mana yang diusahakan oleh mana-mana syarikat besar yang lain ialah menumpukan sedikit perhatian lebih kepada pengurusan peningkatan upskilling pekerja melalui satu pusat kecemerlangan dan juga latihan yang lebih daripada kemahiran biasa. Upskilling ini kerana kita sudah tumpu dalam bidang automation, dalam bidang digital dan juga AI. Saya percaya DHL sebagai syarikat gergasi mampu mengupayakan anak-anak muda dalam bidang ini.

 

  1. I made a specific suggestion because when we refer to the logistic ecosystem, we are talking about DHL as a prime promoter, investor and having the expertise facilitating this export and import. But the ministry under YB Anthony Loke of course, has to look at the ecosystem, which means, total infrastructure. Airlines, Malaysian Airport Berhad, transportation, roads, all associated with the need to facilitate and accelerate the process here. But beyond that, I think this is the probably timely for DHL as other major investors have done to focus also on the issue of the training, upskilling of our staff, existing staff because we are moving towards automation, towards digitalisation, towards AI and the expertise is there with DHL. And I think they should have, beginning with the small center of excellence to make sure that DHL promotes also the capacity of our workers because they have shown such resilience and discipline and therefore I must thank the staff and the workers of DHL for the relative success we have achieve this far. Terima kasih banyak.
  1. Saya tidak bercadang untuk menyebut hal-hal unjuran kita kerana dalam Belanjawan saya telah bicara panjang tentang pengupayaan kita, fokus kita. Dan di antara yang kita berikan perhatian adalah dalam bidang perindustrian, pendigitalan, peralihan tenaga, semikonduktor dan ini tentunya akan menuntut kemudahan-kemudahan yang saya sebut tadi. Soal pelabuhan, soal pengangkutan, soal logistik ini menjadi tumpuan. Kalau tidak, di antara isu yang ditingkatkan ialah bila pelabur masuk di Selangor atau di Kulim, di Johor dan Sabah, Sarawak umpamanya, mereka akan lihat keupayaan ekosistem keseluruhannya. Sebab itu saya mahu Kementerian dan rakan-rakan berikan tumpuan yang lebih dalam bidang ini kerana pace dan tahap kepesatan perubahan itu terlalu cepat dan kalau umpamanya jentera kita lembab, kita akan ketinggalan.
  1. Sebab itu saya menekankan yang di bawah pengurusan Kastam juga harus melakukan perubahan. Saya ucap tahniah kerana beberapa perubahan masih ada ruang untuk perbaiki. Kita mewakili pandangan bahawa tidak mudah kita capai kemajuan kalau kita mudah selesa. Salah satu penyakit, baik pimpinan politik atau pengurusan ialah bila kita beri angka-angka yang memukau dan menyenangkan. Padahal kita tahu keupayaan dan kapasiti kita untuk memperbaiki itu banyak.
  2. Saya selalu bergurau dengan rakan-rakan, bila sebut baik, saya selalu pinjam pandangan George Bernard Shaw. The moment one receive a praise, you always remind that to the cynicism of George Bernard Shaw when he said, “Yes my dear, it is nice but there is room for improvement”. You always emphasise the room for improvement, otherwise we will inherit that sort of tradition and culture associated with the culture of contentment or culture of complacency we are easily contented.
  1. Now, we see countries, we see companies able to succeed because of the preparedness to affect change and the necessary reform and not to be subjected by the old ways of doing things. Even if it is proven to be lack strategical, sluggish or slow. Precisely the reason why I think we need to accept the fact if we want to succeed, we must be prepared to affect change, reform and do things better. Make serious study and compare the level of relative success of the countries. We don’t compare with the past. For example, level of anti-corruption crime, immensely successful, compared to what? probably some Banana Republic in Afrika or you compared to the best? Similarly, expertise and change, the reality of success of many of our institutions, must have what this term is comparative advantage and compared to the best, not compare to the most, sluggish weak or mediocre? Then we will then record, great success.

 

  1. Jadi sebab itu saya rasa walaupun saya sudah berumur tapi pemikiran saya masih muda dan mendesak supaya rakan-rakan bekerja lebih keras lagi. Jadi saya sekali lagi ingin menggesa rakan-rakan untuk memberikan sokongan yang padu kerana seperti mana kita tahu Kementerian Pengangkutan dan logistik pengangkutan ini di antara yang sangat kritikal, yang dianggap sangat penting. Sebab itu kementerian ini dianggap di antara kementerian yang paling strategik dari segi peningkatan keupayaan kita sebagai satu negara industri maju dan mendapat perhatian. Saudara tahu dalam bidang geopolitik pun kita ambil sikap yang sangat terbuka. Pelaburan dari Amerika Syarikat masih nombor satu dan kita masih mendapat dan tarikan pelabur-pelabur besar Amerika Syarikat.
  1. Tetapi sekarang ini hubungan kita dengan negara China sangat akrab dan sangat baik. ASEAN masih menjadi fokus utama dan baru-baru ini kita sudah menjurus juga ke teman-teman dan kawasan baru termasuk Rusia. Dan syukur Alhamdulillah dengan mudah sekali bila kita bentangkan pelawaan kita kepada jawatankuasa BRICS, anggota 8 negara utama BRICS, Malaysia itu diberikan keutamaan, paling mudah diterima sebagai anggota BRICS.
  1. Perdana Menteri Ethiopia salah satu daripada 8 negara menjadi anggota awal maklum kepada saya. Dia datang melawat di sini dalam lawatan rasmi pada hari sabtu dan dia kata, “Prime Minister Anwar, you will be amazed to see this support, the friendship shown by all these leaders, when the application from the countries they put Malaysia number one, proposed by Putin who was the chairman, supported by Xi Jinping, China, endorsed by Narendra Modi, and then Lula’s representative from Brazil and Ramaphosa from South Africa, so immediate applause when Malaysia was name as a new member of BRICS.
  1. Jadi saya hendak ucap terima kasih kerana ini adalah jasa dan khidmat seluruh pengurusan kita dan sikap semua kementerian dan rakan-rakan yang telah dapat meletakkan nama Malaysia kembali harum dan kerjalah dengan lebih kuat, dengan bertanggungjawab supaya dapat kita angkat lagi maruah dan imej negara kita sebagai Malaysia yang hebat pada tahun-tahun akan datang.

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.