TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA

 

28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) | 3.30 PETANG

 

PICC, PUTRAJAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah,

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem

Wa’ala alihii wasahbihi ajmaeen

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri;

YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir

Menteri Pendidikan Tinggi;

Timbalan Menteri;

Ketua Setiausaha Negara;

Semua yang hadir, Profesor, Rakyat, Wakil-wakil dan anak-anak mahasiswa yang saya kasihi sekalian.

  1. Nak ikut prestasi dan penyampaian Iz Emir ini tidak mudah. Jadi saya ucap tahniah kepada cucunda yang dikasihi. Maknanya kita ada potensi kalau dapat kita perkemas dan perbaiki. Saudara Zambry kemukakan cadangan Festival of Ideas Putrajaya dan maknanya percambahan idea dan ilmu. Jadi persoalannya apakah signifikan dan makna percambahan idea ini? Idea boleh bercambah, idea boleh kecamuk. Sebab itu penerimaan idea, pengupasan idea itu sangat penting.
  1. Buya Hamka pernah mengungkap dalam Magnum Opus, falsafah hidup, idea dan cita-cita itu sangat perlu bagi kehidupan. Kerana tanpa idea dan cita-cita, kita tidak punyai hakikatnya. Ini bermakna idea yang kita bicara ini mestilah idea yang merupakan kerangka besar yang mempertahankan nilai-nilai murni termasuk kemanusiaan dan kebaikan. Kerana kecamukan idea atau percambahan idea itu tidak semuanya memberi manfaat. Jadi Festival of Ideas ini adalah festival yang boleh menyemarakkan pemikiran baru, daya cipta dan kreativiti sera daya kritikal, apa lagi di kalangan anak-anak muda.
  1. Jadi bagi saya mukadimah yang asas yang harus saudara renung. Apakah perlu idea? Ya. Idea tanpa tindakan ibarat pohon yang tidak berbuah. Maknanya idea yang dicetuskan harus tercerna dari hati nurani yang baik. Maknanya mesti ada pemupukan nilai dan budaya yang murni kerana pencernaan idea tanpa asas nilai akan bererti kerosakan. Apa yang disebut kegalauan pemikiran. Galau dalam erti katanya kekeliruan. Nanti orang marah pula dia kata istilah baru ketimbang dia tak faham (nada seloroh). Saya belum pasti sama ada kegalauan sudah masuk dalam Kamus Dewan Bahasa.
  1. Baik, itu asasnya. Apakah penting Festival of Ideas? Percambahan, pencerahan, jawabnya ya. Negara harus membangun. Dia membangun dengan idea. Kita ungkapkan dalam kerangka besar MADANI. Maknanya idea pembaharuan. Ada yang mengakar ke bumi, apa yang mengakar ke bumi? Jati diri bangsa, nilai, budaya, bahasa, keyakinan dan kepercayaan agama, itu mengakar ke bumi dan selalu saya ungkapkan mengapa menggapai langit? Menggapai ke langit kerana kita mahu maju. Kita tidak mahu ketinggalan dan tersisih dari arus perubahan. Maka perlu matematik, perlu kalkulus, perlu digital, perlu AI, perlu membicara soal tenaga baru kerana tenaga lama sudah dipertikai akan membawa kerosakan.
  1. Ini memerlukan yang disebut percambahan idea dan idea yang diungkapkan bila dimasukkan MADANI ini bermakna relevan dengan pemikiran kita, relevan dengan kehidupan kita. Kerana kemampanan itu tidak akan memberi makna kalau tidak diasaskan dengan keyakinan pada agama, erti kehidupan, kemanusiaan, nilai luhur. Ramai yang pintar yang membawa kerosakan. Ramai yang punya karisma yang membawa kemusnahan. Sebab itu idea itu mesti dipelopori dengan keyakinan.
  1. May I summarize and suggesting that while ideas are critical, is necessary, it must be relevant and it must be coupled with higher ideas in life. What about justice? What about good positive values? What about humanity? The West or the East, the North and the South and humanity at large has excelled in many fields. Have achieved what was seen to be unfathomable, cannot be fathomed earlier. But we have lost dignity, we have lost humanity. There is a major trust deficit among political leaders, among academicians, among corporate leaders. Political leaders are seen to be a bunch of practical, pragmatic, greedy leaders wanting to enrich themselves. Corporate players now without dignity, no concern for the welfare of their own workers. Academicians sometimes betrayed the trust as, for example, written by Julien Benda, “The Betrayal of the Intellectuals” so there are challenges.

 

  1. The issue is merely not knowledge and ideas but how do we use these ideas for a just purpose. Let us look at the issues in Palestine, in Gaza now. Do people don’t understand the issues? Are we blinded? No understanding of history? No understanding of justice and humanity? We do. But it is an utter abandonment of principles, values and morality. Why? Precisely because we have ideas, but we lack of humanity. We have ideas, but we refuse to accept and acknowledge the truth.
  1. Jadi anak-anak yang dikasihi sekalian, mesti kita bicara dengan baik. Mahu negara ini maju? Generasi kami ini kebetulan, syukur Alhamdulillah, saudara Zahid dan rakan-rakan, sekarang KSN mahu mempelopori perubahan, menerima kenyataan bahawa ada kelemahan dalam sistem negara. Tatakelola yang rosak, rasuah yang menjalar dan menular dan ini merentas semua jabatan dan kedudukan. Bila kita bicara skandal skala besar dahulunya, ia bukan melibatkan 1-2 tokoh, ia melibatkan kelemahan sistem. Orang politiknya, penjawat awamnya, peniaga, pengurus, korporatnya dan sarjananya.
  1. Kalau tidak tidak mungkin, keaiban, keterlanjuran berlaku tanpa satu bantahan yang kuat dari kalangan rakyat termasuk generasi muda. Jadi kita harus pelajari. Syukur Alhamdulillah kerana ada kesedaran, rakan-rakan kita dalam pimpinan mengatakan enough is enough, enough of corruption, enough of racism, enough of religious bigotry, let’s move as one great nation and build a new Malaysia.
  1. Dan bagaimana boleh kita hidupkan Malaysia baru ini? Yang ada prinsip, yang ada nilai? dengan idea, dengan ilmu, dengan pencerahan dengan lazzatul ma’rifah, untuk bawa kebaikan. Saya popularkan itulah lazzatull ma’rifah kerana dikaitkan dengan Saidina Ali bin Abi Thalib. Ilmu yang mendasari, nilai dan akhlak dan kebenaran bukan ilmu untuk menjadi pintar, ramai yang pintar. Pernah saya baca salah seorang sarjana terkemuka dari India yang mengupas tentang ciri-ciri masyarakat Jahiliah.
  1. Abul Hasan Ali Nadwi “Characteristics Over Jahiliah Society”, apa dia cirinya? Ada tiga. Yang pertama, di kalangan berkuasa bila ada kuasa utamanya kekal kuasa rakus zalim dan memunggah kekayaan bagi diri, isteri, keluarga dan kroni, itu ciri masyarakat Jahiliah. Yang kedua, yang berharta, yang berharta memikirkan hanya keuntungan diri dan keluarga dengan riba dengan penindasan dan keuntungan besar, tetapi nasib pekerja tidak terbela, gaji pekerja sangat terendah itu ciri kedua, yang punyai harta tetapi menggunakan harta itu dengan cara yang rakus dan menindas. Yang ketiga, ini cabaran buat kita yang berilmu termasuk mahasiswa dan sarjana. Yang berilmu itu tidak menggunakan ilmu untuk menggagaskan sesuatu yang baik, menggunakan ilmu itu mempertahankan kepentingan peribadinya dan mendukung kepalsuan menjadi tali barut bagi orang yang menindas dan menipu, dan kalau sekarang menjadi pembawa mesej dan penggagas fahaman perkauman yang sempit, agama yang meremehkan hak orang lain, mengenepikan prinsip keadilan dan kemanusiaan tapi menggunakan agama dan menggunakan kaum. Tidak terlepas di kalangan orang politik, peniaga dan di university. Suara-suara tempang dan merosakkan masih ada, kerana apa? Bukan kerana kurangnya ilmu dan idea tetapi kerana ketandusan prinsip akhlak dan dasar perjuangan yang luhur dan mulia.
  1. It is not the lack of knowledge, the lack of wisdom and deficit in terms of moral and ethical values. So, the challenges what Abul Hasan Ali Nadwi refer to is a challenge, a major rebuke against political leaders, corporate and business leaders and also the intellectual, an academia.

 

  1. Take it as challenge, of course it is a tough rebuke about the excesses. And we must be reminded not to be part and parcel or having any trade or characteristics of a Jahiliyyah society. Essentially is a reference to the era of ignorance, ignorance is not a lack of knowledge alone. I have read enough papers and books that refer to this. Ignorant Jahiliyyah society is not refer only to the issue of a lack of knowledge but knowledge as wisdom, knowledge then promote justice and humanity. If you want to rebuild Malaysia as a great nation and I represent a view like my colleague. That we can, we have the tenacity and the courage to build this nation as a great nation only if we have that resolve among intellectual student, business community and political leaders to stay and reiterate the point and be and remain committed to the principle. Yes, we have to remain true to our principles and build the society.
  1. Bagi saya ini dia Festival of Ideas, mengajak anak-anak, mengajak masyarakat menyatakan, ya, boleh berbeza pendapat. Ya, boleh meluahkan pandangan. Ya, sebaiknya mencurahkan sebarang atau sebanyak mungkin idea-idea, pandangan bidang politik yang berbeda, pandangan ekonomi dan teori ekonomi yang berbeda. Kaji masyarakat, politik tetapi mesti teguh kepada landasannya. Landasan ialah mengangkat martabat harakat, darajat, manusia. Mengangkat martabat, harakat dan darjat kita dengan memupuk nilai supaya setiap rakyat Malaysia yang tua dan yang muda, yang di kota, desa dan pedalaman. Yang di Perlis atau di Sarawak, yang Cina, India atau Melayu dan bumiputera. Iban, Kadazan, Murut atau Bugis. Setiap orang itu harus diberi penghormatan dan diiktiraf sebagai warganegara yang harus dimuliakan dan diangkat martabat mereka. Dan ini seperti mana yang saya pernah lontarkan idea MADANI pada peringkat awal. Saya kaitkan dengan gagasan Al-Quranul Kareem, bila Allah angkat darjat kemanusiaan itu, “Wa Laqad Karramna Bani `Adam…” (Surah Al-Isra: 70) – “And we have exalted the children of Adam a.s”
  1. Saudara, anak-anak yang di kasihi sekalian tentunya boleh berbicara soal idea ini. Ada gagasan itu nampak menarik, tetapi jangan kita ketepikan ketandusan ilmu, kelecehan dan kedangkalan ini menghantui kita. Orang Yang dangkal dan bankrup dari segi idea, dia akan cari isu-isu yang boleh menarik orang melalui apa? Fahaman perkauman yang sempit itu paling mudah. Kalau dia orang Melayu, orang Melayu akan tercabar kerana mungkin ada satu atau dua poster bahasa Cina. Di kalangan orang Cina, rakyat Cina di nafikan hak dan tercabar. Kalau pergi ke negeri, hak rakyat Sabah terhakis, ini semua sentimen yang menarik tapi tugas anak-anak muda ialah untuk mendapat pencerahan secara kritis, kebenaran kenyataannya, mendengar dari semua pihak dan mencari jalan penyelesaiannya.
  1. Kalau tidak, seperti mana yang kita tahu, dia menggunakan sentimen perkauman dan kononnya kebangsaan dan nasionalisme dan kita tahu seperti mana disebut oleh seorang filasuf Perancis bahawa ada kala dan kemungkinannya ‘patriotism can be the last refuge of a scoundrel’ kerana bukan dia yakin dengan patriotisme, dia guna sentimen itu untuk membakar semangat membenci orang.
  1. Kalau saudara dengar kadang pidato-pidato pimpinan politik negara kita, apa yang kita dengar? Tidak ada hujah berbicara tentang dasar, tidak ada kupasan, tetapi penuh dengan kebencian. Manusia itu hilang nilai dan harga dan rasa kasih sayang. Dalam Islam dakwah itu ‘Irhamu man fil ard yarhamkum man fis sama’, itu hadis Nabi Muhammad SAW iaitu membetulkan, memperbaiki dengan kasih sayang. Kita tidak mahu orang lemah, kita tidak mahu orang rosak, kita tidak mahu orang rasuah, kita tidak mahu orang melakukan kecurangan, tetapi kita suruh dengan semangat kasih sayang. Ini bukan mencari kelemahan, mengada-adakan apa yang tidak ada dengan fitnah saban hari, saban hari kerana kita punyai media sosial, kita ada kebebasan.
  1. Saudara, tidak pernah ada satu fahaman atau ideologi atau agama atau nilai yang mempertahankan kebebasan untuk merosakkan, menghina, mencaci dan memfitnah. Sebab itu saudara-saudara, terutama anak-anak, saya katakan kasihlah negara kita, selamatkanlah negara kita. Saudara dan saudari serta anak-anak bertuah Alhamdulillah.
  1. Saya baru pulang dari Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil, Korea Selatan dan sebelum itu China, dalam masa yang singkat. Mengapa mereka lihat kepada Malaysia dan negara ASEAN? Kata mereka, rantau ini adalah yang paling aman di antara rantau yang paling aman di dunia dan Malaysia contohnya, negara dengan pelbagai kaum, pelbagai agama. Orang luar meneropong, meneropong dia kata ini di antara negara yang rumit dijaga, banyak perangainya, pelbagai warna kulitnya tetapi ada semangat kesatuannya dan aman. Dan ini juga rantau iaitu Malaysia dan ASEAN yang dianggap paling pantas kelajuan dan pertumbuhan ekonominya.
  1. Malaysia and we are fortunate to be in this region ASEAN, one of the most peaceful region in the world and more significantly one of the fastest growing economies of the world for 660 million people. Protect this with all the might that you have, preserve this peace and unity and work hard with tenacity with courage to ensure that not only we survive, but we excel as a great nation, that must be our dream!
  1. Jadi saudara-saudara dan anak-anak yang dikasihi sekalian, kita akan ada wacana selepas ini tetapi memang saya terpanggil dan bersemangat tengok anak-anak. Betul. Because when I see you, I see the future. When I see of all ethnic groups here and we can preserve this with determination and never, I repeat, never assume that this is necessary a permanent feature, it is through hard work, through determination and presenting higher ideas; ideas that bind the us, ideas that promote humanitarian values, ideas that bind our culture and our nation, that will determine our future.
  2. It is a good beginning, congratulation saudara YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, a good initiative and of course, the Ministry of Higher Education and I encourage to say that we should continue with this festival every year from now. Cuma saya bisik kepada YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir boleh buat banyak asalkan sebagai Menteri Kewangan, saya pesan jaga dan kawal belanja sahaja.
  1. Jadi anak-anak yang dikasihi sekalian, demikian curahan hati seorang bapa yang mula aktif tatkala di Universiti Malaya dan saudara Iz Emir, I was from University Malaya by the way dan di situ yang saya mula kenal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kerana apabila orang tanya betul saya belajar di Universiti Malaya tetapi sepanjang masa saya jadi pemimpin mahasiswa, saya berkeliaran di semua universiti, semua Institut Perguruan di negara ini dan itu juga sepenting kuliah malah dalam beberapa bidang saya belajar di luar kuliah lebih banyak dari kuliah; mengenal kemiskinan, mengenal kisah Hamid Tuah yang kelaparan tanah, mengenal bahawa dasar ekonomi itu bunyinya hebat, tetapi pelaksanaannya bobrok, mengenal bahawa orang yang berpidato tentang perjuangan tetapi menggunakan kedudukan untuk memunggah kekayaan bagi diri, mengenal bahawa kekuatan kita akhirnya sementara pertahankan bahasa kita, budaya kita, agama kita tahu bahawa Malaysia ini harus mendakap dan memelihara hubungan semua kaum dan semua agama untuk selamatkan kita semua.
  1. Jadi saya harap semangat yang sama dapat dipertahankan dan saya apabila berjumpa dengan anak-anak itu tambah bersemangat dan tambah yakin. Betul! Saya tidak olok-olok, saya rasa dengan semua masalah dan simpang siur, yang saya secara peribadi Wan Azizah dan keluarga lalui, yang selalu saya kata pasang surut, lebih banyak surut daripada pasang, naik turun lebih banyak turun dari naik tetapi bila lihat sekarang alhamdulillah masa depan kita sangat baik dan cerah.

Terima kasih.

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SESI WACANA

 

Soalan 1 (Iz Emir)

What is the plan for children like me for the upcoming years?

 

Jawapan:

You know Iz Emir, in the last Budget, your grandpa (referring to himself) has allocated for the first time a major allocation for autism, including special school. And you Iz Emir can be a good example that given the opportunities, you can excel.

 

Soalan 2 (Haikal, USIM)

Seperti yang kita tahu belia ataupun mahasiswa merupakan aset yang berharga untuk sesebuah negara, masa depan sesebuah negara memerlukan generasi dan berakhlak baik tetapi sekarang ini kita sedar banyak tersebar dan berlakunya konten-konten yang kurang baik serta penggunaan deepfake dalam kalangan generasi masa kini. Apakah idea Dato’ Seri untuk mengatasi masalah kebobrokan akhlak generasi-generasi masa kini?

 

Jawapan:

Tentunya melalui pendidikan, melalui Pendidikan Agama dan Akhlak, tetapi kita juga harus mengekang penyebaran maklumat. Sebab itu Menteri Komunikasi sedang meneliti. Banyak negara-negara sudah mulai menyekat tetapi ada orang salah faham kita menjadi kuku besi, itu tidak. Saudara kritik YAB Perdana Menteri hari-hari, Perdana Menteri tidak ambil gaji dikatanya lebih daripada Nabi, Perdana Menteri dia kata terkaya didunia. Jadi hari-hari disebut kemudian ada seorang ustaz di utara, Perdana Menteri ini buat dasar dia cukai orang miskin tetapi orang kaya tidak kena cukai. Hal-hal yang begitu apatah lagi financial scam yang merugikan rakyat berbilion ringgit, kemudian penggunaan seks untuk kanak-kanak, iaitu pedophile itu menyebabkan Kerajaan mesti mengambil tindakan mengekang. Saya ada bincang dengan Microsoft, Google untuk mengatakan “No, it is not freedom” untuk mengizikan kecelaruan dan kerosakan ini, so we will continue to take necessary actions.

 

Soalan 3 (Irfan Arif, UNISZA):

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Datuk Seri. It has been an honor for us and to the leaders to have a session with you Datuk Seri. My name is Muhammad Irfan Arif and I am from Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).  Coming from an institution that upholds the core value of Islamic and leadership, we student of UniSZA strongly condemn the violence against our Muslim brothers and sisters in Palestine. Dear PMX, you have been the voice of the people that suffered in Gaza and global South but as a Malaysian Prime Minister, how do you solve the conflict through different ideas and approaches? That’s all.

 

Jawapan:

Thank you. We have used all possible forums, most recent is of course, the Extraordinary Arab and Islamic Summit in Riyadh, even calling for the expulsion of Israel as a member of United Nations due to a few reasons. Firstly, they have completely ignored all resolutions of United Nations and the Security Council. Number two, the world since the 1940’s and the establishment of United Nations have rejected colonization. Why is it the world condone tolerate and in fact, in some countries, even support colonization of Palestine and Gaza by the Israeli regime. Number three, is of course, the genocide and I followed through in the APEC summit in Lima, Peru and after that in Rio de Janeiro for the G20 on the invitation of President Luiz Inácio Lula da Silva of Brazil then a day before in Seoul, Korea, I reiterated the same point to the maximum. We brought some of the very ill babies and children Palestinians to be treated here and we will continue but that is why I referred to the law of contradiction as YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir put it, but also the hypocrisy, the policies of many countries in the West.

And I fail to understand, I mean some of them are my friends, and they look very decent and they understand issues, but the failure to act and even to take a position it is so difficult even to mention Genocide when the International Criminal Court has produced incontrovertible evidence to support that problem. That’s why I think Malaysians should be coming out with one voice. I still hear some Malaysians say ‘oh why is it Anwar Ibrahim is trying to help them when we have poor people here and we are not interested because this Islamic issue?’ You see we have lost these values and sometime they use religion to support the argument which to my mind is absurd. So, thank you, I mean UniSZA and thank you the students for continuing to champion this.

Soalan 8: Haikal, UMPSA

Mortimer J. Adler telah menyusun ‘The Western Canon’, iaitu satu koleksi buku yang penting untuk mamahami satu kesan ilmu pengetahuan dalam membentuk pemikiran barat. Jadi adakah Datuk Seri sendiri mempunyai idea untuk versi serupa untuk Malaysia?

 

Jawapan:

Dalam sejarah ilmu, ilmuan penulisan di Barat dia ada dua. Satu, great book series yang diedit oleh Mortimer J. Adler, Universiti Chicago. Tapi rumusan yang agak menarik adalah oleh Harold Bloom yang saudara sebut tadi The Western Canon. Harold Bloom seorang sarjana terkemuka Amerika Syarikat.

Maknanya mahu jadi intelektual dalam kaca mata barat, The Western Canon, maknanya ‘canon’ utama karya-karya besar yang harus dikuasai oleh sarjana untuk melayakkan mereka itu menjadi sarjana utama atau intelektual, itu disebut The Western Canon. Bagi dia, at the core of the centre canon ialah William Shakespeare kerana dianggap seorang genius yang boleh memikirkan masalah kemanusiaan secara menyeluruh.

Baik, tapi saya nak sebut di sini, dalam The Western Canon oleh Harold Bloom dia sebut dalam nota kaki, kalau mahu menjadi seorang sarjana, maka pembacaan dan penguasaan Al-Quran itu adalah wajib. Menarik ini, untuk The Western Canon mesti menguasai. Tapi soalan saudara adalah dalam ilmu barat kalangan cendekiawan, untuk jadi sarjana itu dia kena pegang kepada beberapa karya agung yang lama dan yang baru. Itu yang dibuat oleh Mortimer J. Adler dari Universiti Chicago, yang menyunting the great books dan juga Harold Bloom.

Bagaimana tentang orang Melayu dan Islam? Di Pakistan dulu ada usaha yang didukung oleh ramai sarjana yang cuba menggali karya-karya besar Islam. Maknanya kalau nak jadi sarjana kena baca karya besar al-Ghazali, umpamanya. Atau yang lainnya, al-Farabi atau Osman. Jadi ini teks-teks yang penting yang dikupas oleh umpama Sheikh Taha Jabir Al-Alwani sebagai turath, maknanya kena ada gali legasi. Kata Moltimer J. Adler, editor great book series ini, salah satu kelemahan sarjana barat kini adalah kerana terputusnya mereka dengan legasi karya-karya agung zaman silam. Seolah-olah ilmu yang diperolehi ribuan tahun itu dihapuskan dan cuba dikembangkan hanya yang baru. Ini satu kerugian dan malapetaka dalam bidang keilmuan.

Jadi kita sekarang ini mahu jadi sarjana Melayu, saya dengar banyak hero-hero Melayu, sejarah Melayu pun dia belum baca, Hikayat Hang Tuah dia belum baca, Hikayat Merong Mahawangsa belum baca, Tuhfat al-Nafis belum baca, karya Raja Ali Haji pun belum baca tapi dia nak jadi jaguh orang Melayu. Sebab itu dia cakap terlintang pukang.

Sebab itu bagi saya, karya-karya besar yang disebut karya agung itu harus dikuasai. Maka bila turath, itu harus dikuasai. Maka bila saya balik dulu sebagai Menteri Pendidikan, kemudian Menteri Kewangan, saya hidupkan yang dikatakan Yayasan Karyawan. Yayasan Karyawan itu menerbitkan buku-buku karya agung Melayu dulu. Maknanya popularkan Hikayat Hang Tuah dengan editor yang diedit oleh Professor Muhammad Haji Salleh, kemudian beberapa karya besar Melayu yang silam. Supaya anak-anak muda sementara dia menguasai kalkulus dan matematik ataupun digital dan energy, semua bidang-bidang Artificial Intelligence (AI), dia tak terlepas daripada turath legasi kita.

Ini di antara hal yang anak-anak muda harus juga fikirkan. Kita orang Melayu, tetapi kita tidak tahu langsung sejarah dan karya-karya agung yang tidak semuanya sesuai tetapi asasnya dari situ. Kerana ditulis katakan 500 tahun yang lalu, takkan dah semuanya relevan. Tetapi memahami di dalam konteks sejarah sangat penting ya. Begitu juga boleh bahas umpamanya Hang Tuah. Apakah dia betul-betul hero? Bagaimana moralnya? Bagaimana ketaatannya? Bagaimana, apakah munasabah untuk taat sehinggakan mengorbankan saudaranya sendiri? Apakah munasabah untuk dianggap dia itu sebagai hero dengan mabuk di perkarangan istana. Itu semua dibahaskan. Tidak ada masalah. Tetapi ciri-ciri yang positif dalam Hikayat Hang Tuah itu yang mengaitkan kita dengan sejarah dan budaya kita sangat penting.

Ini dilakukan umpamanya di negara China. Bila saya ada perbincangan dengan Presiden Xi Jinping baru-baru ini, saya tanya dia satu soalan. Saya kata, mengapa saudara Presiden satu-satunya Presiden atau pemimpin dunia yang membicarakan soal tamadun – civilization. Orang lain bicara pembangunan, kerjasama politik, kerjasama digital. Ya, itu dibicarakan, tetapi dia tambah tentang tentunya shared prosperity in term of economic collaboration but he added one very pertinent issue which is absent in terms of the policies, adopted by most countries that is the issue of civilization. His response to me very exciting, he said I want my people the young to understand their history and their civilisation, their literature, their culture, their science, and their art. Then they will appreciate the greatness of this country. They cannot for example succeed and excel purely by adopting and imitating other cultures and the west. And similarly, I think that is relevant here. Yes, we learn from everybody the west, the east, the north or the south will learn technology from everywhere but we must preserve our own identity, language, culture and our history and legacy.

Arigato gozaimasu.

Soalan 8 (Muhd Salame from Lebanon, an international student at Asia Pacific University)

I would like Prime Minister’s opinion as per his knowledge since Lebanon was able to achieve ceasefire yesterday, I would like your opinion if Gaza would be able to as well.

 

Jawapan:

Thank you. You know, any attempt and initiative to seek an amicable resolution to the conflict is welcomed. Although we are still waiting for details but for now, the ceasefire seemed to be something positive but there are certain reservations concerned by many quarters we will have to monitor closely. But to me what’s important of course a ceasefire because then we should at least avoid any further aggression attacks. My concern also not only on South Lebanon which is critical in this case, but also in Gaza and the West Bank.

Soalan 9: Aizat

Saya mendapati Datuk Seri Anwar terlibat dalam kegiatan belia seperti ABIM pada 70-an dan 80-an, jadi boleh terangkan bagaimanan keterlibatan Datuk Seri dalam kegiatan mahasiswa dahulu memanifestasikan idealism Datuk Seri Anwar pada hari ini.

 

Jawapan soalan 9:

Jadi bagi saya Mahasiswa tentulah perlu menimba ilmu, tetapi selain daripada kuliah mereka itu juga perlu pertahankan idealisme, idea dan cita-cita murni. Idealisme itu bererti senang mendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, benci dengan rasuah dan penyelewangan jadi, itu kita dilatih bila melihat umpamanya kes kelaparan tanah, kemiskinan. Semasa saya, kelaparan tanah Hamid Tuah umpamanya. Ataupun kes kelaparan Baling yang menyebabkan orang-orang Baling dan Sik bangkit kerana harga getah yang merundum dan kehidupan mereka sukar. Jadi kami masa itu di kalangan mahasiswa, saya telah mantan mahasiswa pada ketika itu telah bangkit untuk mendukung perjuangan mereka walaupun saya ditahan 2 tahun pada masa itu dibawah ISA. Tetapi cuma yang nak saya sampaikan ini bahawa mahasiswa itu harus menyuarakan aspirasi rakyat yang saya sebut selalu concerns of majority. Jadi selalu dia ada fakta yang cukup dan bukan dengan maksud yang merosakkan, dia ada keinginan dan mesti sedia berbahas, berbincang dengan baik.

Jadi saya bernasib baik kerana pada masa itu rakan-rakan Mahasiswa ramai yang sedar. Umpamanya ada simposium kemiskinan luar bandar. Pada masa itu sudah tahu pasal Allahyarham Ungku Omar, Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid, Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Tokoh-tokoh itu termasuk Profesor Diraja Ungku Aziz yang menjelaskan tentang kemiskinan luar bandar walaupun ada rancangan-rancangan daripada Kerajaan tapi tidak memenuhi kerana kesenjangan di antara kaya dan miskin terus membengkak, jadi kita suarakan, tetapi kita juga rasa bahawa idea itu, tanpa nilai dan akhlak itu ada kelompongan, jadi pada ketika itu ramai dalam kalangan kami, kalangan anak-anak muda yang memilih untuk menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kerana kita rasa ada pengisian dari segi agama, nilai yang boleh menyantuni masyarakat sejarah langsung jadi itulah sejarahnya secara ringkas.

Soalan 10 (IIUM):

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, I am from International Islamic University Malaysia (IIUM) and as part as IIUM Ibn Ummi Maktum Club (I-MaC), student with disabilities, like me with autism and ADHD to get support in our studies. Autistic people struggle with other systematic and social barriers like money and education, which government is already doing. For example, 60% of autistic people are unemployed. I personally struggle getting support in the first place, what is the country’s efforts in helping people with disabilities like autism for future employment and our label protections? Thank you.

 

Jawapan:

As, I have alluded to earlier, this budget attempts to address this because we have seen autistic students, if you send them to a normal school, you still have a problem unless you have qualified teachers to deal with them, separate classes initially but what we have decided is also to have special autism schools, but i think you are referring to the issue of either graduates have to be given special attention, insya Allah we will look at this.  There are Ministry of Education and Ministry of Higher Education, particularly Ministry of Women, Family and Community Development under YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri who is addressing this, I don’t think is sufficient and I agree. That is why it is the first time that the budget address specifically this issue and with the hope to make the public aware and give them and provide them more facilities. Thank you.

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.