TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN PEJABAT AI KEBANGSAAN
12 DISEMBER 2024 (KHAMIS) | 9.00 PAGI MITEC, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera.
Alhamdulillah nahmaduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem
YB Tuan Gobind Singh Deo,
Menteri Digital;
Rakan-rakan Menteri;
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
Rakan-rakan dari Kedutaan;
Duta-duta Besar;
Pesuruhjaya Luar Negara ke Malaysia; dan
Tetamu-tetamu yang saya muliakan termasuk anak sekolah yang ramai ikut serta.
Terima kasih.
- Hari ini kita seperti mana disebut oleh menteri tadi mencatat satu lagi sejarah kerana kesungguhan kita melaksanakan transformasi digital dengan mewujudkan pejabat AI Kebangsaan (NAIO). NAIO Ini sebagai satu ikhtiar yang mampu memacu Malaysia ke tahap kecerdasan buatan atau artificial intelligence kerana ia melibatkan daya cipta inovasi. Dia melibatkan penglibatan keseluruhan yang inklusif dan dia juga melibatkan soal nilai dan etika kerana ia berpangkalan di negara kita.
- Tadi kita lihat penyertaan syarikat-syarikat besar. Banyak juga dari Amerika Syarikat. Syarikat-syarikat besar yang diumumkan dan ini menunjukkan bahawa pendirian dagang kita dan sikap kita bersahabat dengan semua negara. Kita lihat umpamanya banyak penyertaan yang besar dari Amerika Syarikat kerana masih mengetuai bidang penguasaan teknologi maklumat dan AI. Kita juga dapat penyertaan banyak dari Eropah, dari negara China dengan Huawei, ZTE, selain daripada yang disebut tadi. Ini menunjukkan bahawa sikap kita, bagi saya negara yang bebas jaring hubungan dengan semua negara dan menekankan keperluan meningkatkan hubungan dagang melalui perjanjian perdagangan (FTA) dan beberapa hubungan perdagangan perjanjian peringkat antarabangsa.
- Tetapi apa yang agak istimewa dan unik di sini adalah tunjang masa depan dunia iaitu ekonomi digital. Tadi disebut tentang kekuatan di ASEAN. Saya masih ingat umpamanya dari laporan yang dikaitkan dengan McKinsey Global Institute (MGI) untuk dunia sebelum 2030, kekuatan ekonomi itu akan mencecah hampir USD13 trilion. Kalau kajian World Economic Forum dari segi peluang pekerjaan itu mencecah hampir 100 juta pekerja baru di dunia hanya untuk 2025.
- Kemudian untuk negara kita, YB Senator Zafrul lebih maklum, dia mungkin mencecah sehingga 23% dan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Jadi peralihan dari getah dan bijih timah kepada kelapa sawit dan industri asas, sekarang telah melonjak kepada bidang digital. Kita jangka dalam masa setahun ini dari apa yang saya catat 23% lebih, kalau tahap kelajuan dan kepantasan begini, dia mungkin melonjak sehingga 25.5%.
- Sebab itu kita wujudkan Kementerian Digital. Satu cabaran bagi saudara YB Gobind dan seluruh keluarga di Kementerian Digital dan saudara kalau lihat dari ucapan dia, dia mengambil satu sikap dengan penuh perasaan dan passion dia mahu jayakan program ini. Saudara-saudara harus tahu bahawa dalam usaha, dalam kerja ini yang dilakukan oleh Menteri-menteri yang memimpin, dia mesti kerja dengan keyakinan.
- Dia kena kerja dengan kefahaman apa erti negara MADANI, Ekonomi MADANI serta lonjakan ke bidang digital dan AI. Dia harus bekerja dengan sepenuh sikap dan tanggungjawab yang disebut passion Dan ini saya rasa bangga kerana saya ada pasukan begitu rupa iaitu rakan-rakan pimpinan dalam kalangan kementerian-kementerian yang bekerja sebagai satu tanggungjawab untuk bukan sekadar menyelamatkan bangsa dan negara tetapi mengangkat martabat mereka. Kita tengok dan lihat bagaimana YB Anthony Loke dalam bidang pengangkutan. Terjah ke bawah, lihat bagaimana boleh kita perbaiki. Tapi ini tidak boleh dilakukan kalau kita laksanakan dalam bentuk kadar biasa.
- That is precisely the reason why we need this paradigm shift. Not only about material progress, but also they include what I term as inspection for the job, the inculcation of values that also of course enshrined in our Malaysia MADANI precepts. Particularly the importance of sustainability, importance of integrity and equitable sharing of wealth. There is also always this concern about digital divide. We must address these issues between the urban elites and the urban poor, the rural folks and the deep rural heartland. This is, of course reflected in our Malaysia Digital Economy blueprint.
- Kerangka digital yang dikaitkan dengan dasar negara ini bertujuan dan bermatlamat sesuatu yang besar yang belum terfikir atau terancang dan terjaga sebelum ini. 20 – 30 tahun lalu tatkala saya mengepalai Kementerian Kewangan, hal-hal ini hanya dianggap suatu permulaan, tetapi ia telah menjadi suatu kemestian. Ini yang dikatakan pemberdayaan. Mengangkat keupayaan kita dan mengharapkan dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang didorong. Ingat ya, pendapatan tinggi itu hanya akan berlaku sekiranya didorong oleh digital. Ini sekali lagi saya tekankan mengapa kita di antara beberapa negara awal di dunia yang meletakkan satu kementerian sebagai Kementerian Digital kerana ini penentuan untuk menjayakan negara kita.
- Tetapi pemberdayaan ini harus bermula dengan peningkatan literasi digital yang saya sebut dulu bila kita luncurkan, saya kata kecelikan digital. Dulu kita katakan kecelikan dari segi pendidikan asas. Kemudian kita rasa sekarang ini digital literacy atau kecelikan digital itu sudah menjadi satu kemestian. Dari sekolah rendah hingga ke universiti, bagi pegawai pengurus sebab itu kita juga minta supaya kita melangkau dari batas-batas peraturan birokrasi yang ada dan saya ucap terima kasih kepada KSN yang mengepalai pasukan untuk membawa perubahan ini. Kita tidak boleh wujudkan dan jayakan Kementerian Digital dan MITI dalam keadaan sekarang. Malah Kementerian Pengangkutan. Kalau kita terikat dengan kefahaman dan pendekatan pentadbiran yang lama. Kerana ia satu transformasi, satu revolusi dari segi kaedah kerja dia.
- Ini memerlukan pimpinan penjawat awam dan sektor swasta yang harus berganding bahu. Sebab itu saya bila dengar umpamanya perbincangan dengan Microsoft, Google, AWS tiap kali mereka datang kita ambil kesempatan mendengar pandangan mereka, mendapat pandangan bagaimana kita harus bawa perubahan yang boleh dilakukan oleh Jemaah Menteri, oleh penjawat awam dan oleh negara keseluruhannya.
- Bila kita bawa pimpinan, NVIDIA dan YTL umpamanya, bila bicarakan satu projek raksaksa yang baru yang akan menentukan tahap Malaysia itu terangkat keupayaannya. Tentunya kita terima kenyataan bahawa cara dan kaedah menjalankan kerja yang lama harus melakukan apa yang disebut, peralihan atau anjakan paradigma.
- Dalam majlis-majlis terdahulu di depan penjawat awam, saya selalu sebut. Semua orang bicara soal paradigm shift, Thomas Kuhn yang mulakan idea ini. Tetapi kalau kita baca Thomas Kuhn, paradigm shift itu bukan alih 1 atau 2 peraturan dan 1 atau 2 surat pekeliling dan 1 atau 2 dasar. Anjakan paradigma itu menuntut perubahan, pendekatan dan sistem – systemic change.
- Dia tidak boleh umpamanya hendak jayakan Malaysia sebagai negara digital dan terikat dengan kerangka pemikiran lapuk yang lama, tidak mungkin lagi, apa lagi kalau kita hendak libatkan umpamanya syarikat besar yang saya sebutkan tadi. Tapi syarikat besar itu tidak akan membawa kebaikan kepada negara, kalau dia tidak selaraskan dengan penjawat awam, selaraskan dengan SMEs, PMKS yang juga harus digalakkan supaya memberikan dan menerapkan penyelesaian inovasi yang menuntut mereka membawa perubahan.
- Anjakan ini juga akan mengenal pasti pertamanya kefahaman. Saya sangat bimbang hal ini dan rakan-rakan menteri tahu saya kadang kurang sabar, sebab itu bila dalam isu yang terbaru, MyDigital ID saya sergah termasuk Kementerian Digital, kerana mereka harus bantu menyelaraskan. Tapi saudara harus faham kerana kalau kita tidak lakukan anjakan dengan kepantasan yang luar biasa, kita akan tewas. Cita-cita kita akan hanya menjadi cita-cita di alam maya.
- Sebab itu membina ekosistem digital yang kukuh itu satu kemestian dan ekosistem yang digital yang kukuh itu termasuk apa yang disebut, Ai office, kerana harus bantu menyelaraskan, memikir, merencana, menyelidik, menyelaras dan membantu melaksana. MyDigital ID dalam merangka mendapatkan penyertaan setiap rakyat dalam suatu prakasa baru.
- Dan syarikat-syarikat termasuk Syarikat Telekom kadang-kadang juga walaupun telekom ini industri baru mencabar new teknology, tetapi kadang-kadang yang mengurusnya pemikirnya itu lapuk lama. Jadi terpaksa kita asak dan kita pergi umpamanya penentuan, semua syarikat mahu untung, betul dan kita sebagai negara harus menggalakkan syarikat untung. Tapi dia tidak boleh fikir kerangka yang terbatas, kerangka lama yang lapuk, biar untung dengan melebarkan, memperluaskan kegiatan supaya keuntungan itu tidak hanya terikat kepada jumlah yang terbatas, tetapi yang lebih komprehensif. Dan ini ada juga disinggung tadi dalam ucapan saudara YB Gobind.
- Jadi saudara-saudara, inilah yang kita hendak ditekankan dalam menetapkan suatu Ai Office ini, kerana ada isu-isu lain saya sebut tadi kecelikan (literasi) yang sangat mendesak ini saya sangat bimbang ya. Kecelikan (literasi) termasuk juga kepada penjawat awam, kepada pimpinan politik.
- Kadang-kadang sudah bayangkan di mesyuarat jemaah, Menteri, saya kadang minta supaya setengah jam atau satu jam hanya menerangkan hal-hal yang demikian kerana perkara itu berubah cepat. Dia bukan sahaja teknologi baru tapi dia mencecah semua kementerian, tadi disebut kesihatan, pendidikan dan pendidikan kita ini untuk ubah ini jadi masalah, kena ubah ini, ubah pelajaran bagi anak jutaan orang, dia tidak boleh seperti biasa. Satu menteri datang bahawa satu dasar baru, pening kepala guru-guru, riuh rendah jadi reaksi ibu bapa. Tetapi kita kena yakinkan mereka bahawa pendekatannya sudah berbeza dan perubahan itu harus cepat, tepat dan terjamin dari segi mutu dalam operasi mereka.
Saudara-saudara,
- Organizations they have adopted Ai project and increase competitiveness up to 2.2 times, means double and Ai sector has the potential to contribute. As I have alluded earlier in Bahasa Melayu, RM1.20 billion to the country’s GDP by 2030, but all estimate sometimes a quite flawed because once you review in the next two years, you may even quadruple the amount. So among the crowning achievements is the entry of global tech-giants. Some have heard they have set up their RND centers in Malaysia and of course I take this opportunity to thanks an express my appreciation to them, the government support, the embassys they have taken their trouble to give them the additional confidence.
- Now, dengan adanya NAIO bekerjasama bukan sahaja dengan satu kementerian tetapi dengan MITI, dengan Kementerian Pengangkutan, Kesihatan, Pendidikan dan juga dari segi talent tadi yang disebut oleh Menteri, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan penggunaan AI tidak juga menyebabkan kehilangan pekerjaan.
- Saya sebut tadi digital divide itu satu masalah. Keduanya, kebimbangan tentang kehilangan pekerjaan yang saya tidak sangat bimbang sebab kalau kita fikir bila ada industrial revolution peringkat awal, semua orang bimbang akhirnya orang terima. Kemudian penggunaan IT orang bimbang tapi kita boleh mampu. The ingenuity makna keupayaan pemikiran untuk menyelesaikan masalah ini tetapi latihan itu sangat perlu dan mendesak.
- Ketiga terkait ialah soal nilai, saya ingat saya bincang dengan Jason daripada NVIDIA bersama YTL, Microsoft, Google dan AWS. Saya ke China berjumpa Huawei dan baru ni ZTE, semua saya tekankan bagaimana dengan jati diri kita, keyakinan kita, nilai kita dan keluarga kita. Itu jawapannya semua standard, sebab itu kita harus latih keupayaan anak-anak tempatan untuk memberikan perisian supaya yang dimuntahkan dan dilontarkan dari oleh AI itu adalah yang dimasukkan oleh kita bukan hanya dimasukkan oleh pandangan barat atau timur atau sistem lain. Dimasukkan semuanya dari dunia, tetapi ada yang khusus dari kita.
- Ini penting seperti mana latihan MyMAHIR yang sekarang ini mula melatih dan kita harap 50,000 orang dapat dilatih menjelang 2025 dalam bidang kemahiran dan Ai, pengaturcaraan dan analisis data. Saya tambah soal pemupukan nilai. Apa yang penting dalam negara kita dalam MADANI ini ialah soal identiti, soal nilai, soal moral, soal etika, kerana kita bicara soal manusia, kita tidak bicara soal mesin. Kita tidak hanya bicara Ai dari segi mesin, kita bicara soal manusia. Nilai manusiawi itu hanya mampu dipupuk melalui kefahaman, melalui agama, budaya dan sikap hormat-menghormati.
- Malaysia ini negara pelbagai kaum, pelbagai agama. Kalau tidak ditekankan nilai dan etika ia mampu memecah-belahkan. Sebab itu, kod etika dan tadbir urus Ai (AIGE) yang dilancarkan menekankan prinsip-prinsip ini. Bahawa kod ini melibatkan kebebasan, ketelusan dan keadilan. Mendakap keseluruhannya inklusif dalam pembangunan dan penggunaan Ai.
- Jadi ini yang disebut AIGE, MyDIGITAL Corporations bersama dengan Malaysia Centre for The Fourth Industrial Revolution, ISIS Malaysia dan badan-badan lain seperti Microsoft yang baru-baru ini bersama meluncurkan laporan The future of Malaysia as AI governance. Ini saya rasa bacaan wajib bagi menteri-menteri dan pengurusan dalam bidang Ai dalam negara kita. Kerana dia menekankan soal the new technology, dibicarakan soal value, dicorakkan juga the Malaysian identity.
Terima kasih sekian sahaja kuliah saya pagi ini.
Assalammualaikum wa rahmatullah hi wabarakatuh.
Similar Posts:
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- DENGAR PENDAPAT PAKAR NAMUN JANGAN SESEKALI ABAI PANDANGAN RAKYAT BIASA – PM ANWAR
- PM ANWAR ARAH JEMAAH MENTERI AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021
- SUBSIDI BERSASAR : PM ANWAR BERI JAMINAN KEPENTINGAN PIHAK INDUSTRI TURUT DIBERI PERHATIAN