TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH
MIP PLANNING EXCELLENCE AWARDS 2024
(MIPPEA 2024)
24 JANUARY 2025 (JUMAAT) | 8.00 MALAM
HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg,
Premier Sarawak;
Yang Berbahagia Datin Town Planner (TPr) Hajah Noraida Binti Saludin,
Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP);
Barisan Jawatankuasa MIP, dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada Datin Hajah Noraidah dan Jawatankuasa Pertubuhan Perancang Malaysia kerana kesempatan diberikan, dan saya anggap satu penghormatan dan peluang untuk saya bicara bersama tentang perkembangan semasa dan menyatakan penghargaan kepada rakan-rakan yang sebenarnya membantu meletakkan Malaysia sebagai suatu negara bukan sahaja mencatat kemajuan tapi menzahirkan perancangan bandar dan negara yang lebih teratur dan tersusun. Saya ucap tahniah kepada semua.
- Dia mengingatkan umpamanya dalam perancangan ini penting, terutama keadaannya berubah. Mark Twain, seorang pemikir, tatkala dia turun kali pertama ke Washington DC peringkat awal, dia tentunya kagum dengan kota yang baru dibangunkan seusai kemerdekaan Amerika Syarikat dari penjajahan Inggeris pada ketika itu. Tapi komen dia itu sangat relevan kepada perancang. Apa dia kata? Dia terpegun dengan pembangunan, tetapi dia kesal kerana kelesuan budaya. Impressive buildings but culturally barrent. Ia menjadi satu sentuhan juga kepada kita supaya dalam merancang ini kita perlu yang terbaik, yang termoden, yang tercanggih, dengan teknologi dan penemuan baru, tapi kita juga tahu bahawa aspek keindahan, kesenian, budaya yang tersendiri dan unik itu mesti kita pertahankan.
- Saya beritahu pada Datuk Bandar kita yang ada di sini, setiap kali kita bangunkan projek-projek, sekecil warung atau setinggi bangunan mega, jangan tinggalkan aspek tentunya aspek teknologi canggih yang tentunya saudara kuasai, tetapi perlu kita jadikan Malaysia ini dari segi perancangannya, sosok bandarnya, kotanya sebagai yang unik, yang tersendiri, yang dikenali ini corak Malaysia, ketimbang New York, London atau Jepun. Ini satu cabaran kepada saudara-saudara.
- Apa lagi dengan penemuan cara penyusunan dan pengurusan dan perancangan menggunakan kekuatan digital, dan sekarang ini AI. AI digunakan dalam banyak pembentukan bangunan dan juga perancangan yang mengambil kira persekitaran hijau, taman dan juga keselesaan bagi rakyat biasa. Jangan ada bandar atau kota yang mengekalkan jurang di antara kelompok yang sangat berjaya dan kaya dengan masyarakat biasa. Jadi itu juga cabaran kita. Sebab itu dalam perancangan ini, walaupun saya akui dan ucap terima kasih tapi saya ingin gesa saudara-saudara untuk lebih beri perhatian kerana Kuala Lumpur seperti mana saya sebut kepada Datuk Bandar berulang kali tidak harus terkenal dengan mercu tanda yang indah, bangunan yang megah, tetapi juga dengan gerai, warung, restoran rakyat yang tersusun indah dan bersih. Barulah boleh kita banggakan bahawa ini pembangunan yang lebih menyeluruh.
- I need to reiterate this point precisely because we tend to ignore the fact, that a vibrant city must be technologically sound, modern with modern architecture, but the same time culturally vibrant. By culturally vibrant means that you must ensure that the indigenous uniqueness, cultural aspects is being infuse in the entire planning of the city and then recent Kuala Lumpur structural plan although I came towards the end, but I make sure that we make major amendments to ensure that the city remains unique Kuala Lumpur, unique for Malaysia and has its a modern, impressive technological aspects at the same time culturally vibrant and profound. With meaning, the indigenous expect the culture, the vibrancy of the city, the green lung catering for the welfare of the majority, we tend to forget. It’s only the small minority that can have the opportunity to be here in this great hall in the great hotel. The vast majority ara still there in the various hawker centres and what we consider or what we call a popularize a warung, gerai and restoran kecil.
- So that’s why i need to remind planners to continue your good work, but always be mindful that Malaysia cannot succeed if just not emphasis, focus on its modernity, technologically sound programmes and projects and at the same time care for the general welfare of the masses.
- As you know, i was back last night from Davos after visiting UAE, London, United Kingdom, Belgium, European Union and World Economic Forum (WEF) in Davos. What’s being discussed? is the future, the uncertainty of geopolitical developments, and what is called the new American President Donald Trump and his policies.
- So, Malaysians at all level, including the planners and the civil servants, of course a political elite, business community must take what’s happening because we are now dealing with post normal time, is not no longer normal there’s so much uncertainty and unpredictability. We have to focus on the development of our country, politically must be strong, clarity of economic policies, to try our level best, to improve and advance in every single field and to be more efficient in term of ease of doing business. Unless we in Malaysia consider this of paramount importance, we will lose in this competitive age and in this uncertain period.
- Jadi saya ingin gesa rakan-rakan perancang dan rakyat umumnya untuk memanfaatkan waktu, untuk memberikan tumpuan kepada isu pembangunan, perubahan, anjakan yang berlaku dari sudut AI, digital, peralihan tenaga yang sekarang harus menjadi tumpuan di negara kita.
- Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana beberapa negara di dunia beri perhatian istimewa kepada kita dan Davos kita diberikan ruang yang agak istimewa berdepan dengan ratusan atau ribuan tokoh-tokoh dunia, pemimpin dan tokoh konglomerat yang besar-besar, memberi kesempatan kepada kita menerangkan tentang kekuatan Malaysia dan kekuatan ASEAN dan selalu saya bawa mesej ASEAN ini kerana ASEAN bermakna 700 juta orang punyai kapasiti perpaduan dan kerjasama yang luar biasa, positif, kita bicarakan soal ASEAN Energy GRID melibatkan Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Singapura, Batam, Sabah, Sarawak, Filipina.
- Melibatkan kekuatan Sarawak yang menjadi hab tenaga atau energy hub rantau ini. Dengan rencana undersea cable ke Semenanjung dan Singapura dan di sebelah selatan dari Sarawak ke Sabah dan saya telah bincang dengan rakan-rakan di Filipina supaya kekuatan dari Sarawak ke Sabah itu menjurus sehingga ke Indonesia Ibu Kota Nusantara (IKN) yang sekarang direncanakan dan ke Filipina.
- Jadi saudara-saudara, Ini memerlukan tumpuan, perancangan, kerjasama semua pihak untuk menjayakan. Saya ambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa Malaysia harus kekal dalam landasan yang betul. Tumpukan perhatian, perbaiki tata kelola negara, banteras penyelewengan dan rasuah dan dalam masa yang sama menumpukan dalam bidang pembangunan dan keutuhan negara dalam bidang ekonomi.
- Saya ambil kesempatan juga mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Premier Abang Johari, kerana diberi anugerah istimewa pada malam ini. Abang Johari merupakan di antara tokoh sepertimana saudara tahu, yang telah membuktikan bahawa sekiranya politik negeri itu stabil, pimpinannya menumpukan perhatian ke arah pembangunan negeri. Memikir, meneroka halacara, idea, dasar baru dan tidak terikat dengan kepompong yang lama, dia cari jalan. Orang bicara soal alternative energy. Orang bicara soal membuka ruang, menembus lautan untuk dapat pulangan dan hasil yang munasabah bagi negeri. Orang bicara soal green hidrogen ammonia. Dan ini umpamanya, boleh kita saksikan sekiranya pimpinan itu punyai wawasan dan pemahaman serta kemudian menggerakkan seluruh tenaga dan jentera Kerajaan dengan kerjasama swasta dan universiti untuk melaksanakan cita-cita tersebut.
- Jadi saya bagi pihak rakan-rakan juga ucap terima kasih kepada semua yang lain, yang memenangi anugerah pada malam ini. Tapi saya ingin menyatakan bahawa pemilihan saudara Premier Abang Johari itu tepat, kerana dia memberikan contoh bagaimana boleh kita rancang bagi negeri itu dengan baik. Mudah-mudahan kerangka MADANI kita itu, yang menekankan soal kemampanan tetapi kita nak nilai kemanusiaan. Bila kita bicara soal pembangunan dan kemampanan harus ada ihsan, supaya ada ciri manusiawi, kemanusiaan yang menjaga kepentingan semua rakyat dari pelbagai kaum dan wilayah.
- Sekali lagi Datin Hajah Noraida, terima kasih banyak atas kesempatan ini saya ucapkan selamat. Ada bincang soal persidangan itu kita bincang dalam kerangka ASEAN ini banyak program-program, kita boleh bantu, tapi Datuk Bandar besar-besar semua ada, biar mereka mengepalai, saya tidak mahu ambil alih peranan dia. Jadi Datuk Bandar kata, kalau setakat buat, anjur program di Kuala Lumpur itu urusan Datuk Bandar. Jadi saya ucap sekali lagi terima kasih dan kalau ada apa-apa kekurangan saya akan tambahlah insya-Allah, tidak ada masalah. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Similar Posts:
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- PERSAHABATAN PERIBADI ANWAR, SULTAN BRUNEI BANTU PERCEPAT PERANCANGAN KEDUA-DUA NEGARA
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- MALAYSIA-UAE SEPAKAT TINGKAT KERJASAMA – PM
- BELANJAWAN 2023 AMBIL KIRA CABARAN EKONOMI SEMASA – PM ANWAR