TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN KE-73 MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)

 

TEKS UCAPAN

  

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

 

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

 

MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN KE-73 MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)

 

 

 

10 JANUARI 2024 (JUMAAT) | 3.00 PETANG WORLD TRADE CENTRE (WTC)

KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillah nahmaduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul,

Yang di-Pertua Dewan Rakyat;

 

Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh,

Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri;

 

Yang Berusaha Saudara Mohd Izzat Afifi bin Hj Abdul Hamid,

Presiden Majlis Belia Malaysia; dan

 

Seluruh pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan rakan-rakan mantan pimpinan yang ramai.

 

 

  1. Saya terharu kerana sambutan begitu baik dan semangat daripada rakan kita. Saya nyatakan penghargaan ini kerana tidak banyak badan-badan belia atau badan-badan non-government organization (NGO) lain yang boleh menampilkan ketokohan begitu ramai dan kehadiran rakan-rakan yang sudah lama meninggalkan Jabatan tetapi masih setia dengan organisasi, jadi saya ucap terima kasih.

 

Saudara-saudara,

 

  1. Tentunya saya ambil kesempatan mendengar dengan teliti ucapan Presiden, ucapan tentang hala tuju dan visinya bukan kempennya (nada seloroh), dan saya kira kita dalam landasan yang betul. Apakah keistimewaan muda? Kerana idealisme, kerana cetusan idea, kerana ada kekuatan semangat, kerana keinginan membawa perubahan malah kadangkala kurang sabar untuk menuntut perubahan dan ini ciri keistimewaan belia. Kalau belia itu umurnya muda fikirannya lembap, sikapnya hambar dan mudah toleransi dengan penyelewengan, rasuah, kerana terikat dengan kelompok-kelompok tertentu, maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani, conscience Ia tidak mudah dan tentunya akan melakukan sedikit sebanyak kesilapan kerana kegopohan mereka kadang-kadang belum cukup menghayati ataupun menimba ilmu, tetapi itu dia mengerti andai kata ia terpancar dari semangat keinginan membuat perubahan bergelora.

 

  1. Ini bagi saya isu paling dasar, yang fundamental untuk menentukan sama ada kita relevan sebagai gerakan belia, pencetus idea dan pembaharuan atau sekadar organisasi formal. Apa yang dibedakan di antara generasi muda dengan a normal civil society? Ini kerana kumpulan anak-anak muda yang berani, yang tidak sabar, bukan gopoh tetapi tidak sabar. Benci dengan penyelewengan, rasuah, senang dengan usaha membela nasib rakyat terbanyak.

 

  1. Sebab itu kalau tanya saya memang saya bertuah, saya bernasib baik kerana dalam gelora simpang-siur politik yang tidak menentu sejak akhir 60-an, saya terlibat dalam gerakan mahasiswa, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Apa yang uniknya Majlis Belia Malaysia ini? Kerana ia dapat mengumpulkan tenaga idealistik dari kalangan pelbagai agama, pelbagai kaum dan ini satu kemestian di kalangan anak muda untuk mengerti, memahami, menyantuni. Apakah ia mudah? Tidak.

 

  1. Kita dibesarkan dalam kelompok, dengan budaya Melayu kita atau India kita atau Cina kita atau Sarawak kita atau Kadazan kita, dan bagi kita dunia kita itu sahaja. Tempurung kita itu sahaja. Kalau tidak keluar dari tempurung itu, seperti katak di bawah tempurung, maka kita bergegas memikirkan itulah dunia kita, tetapi kenyataan alam dan dunia tidak begitu dan apabila saudara tertedah, terdampar dalam gerakan seperti MBM, ahli belia negeri dan daerah, saudara berdepan dengan kelompok yang asing, yang berbeda dari segi keutamaan pergerakan dan dasar mereka.

 

  1. Pengalaman saya umpamanya dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), ABIM kemudian dengan 4B, MAYC walau sekadar bersama 4B, MAYC itu tidak terlalu rasa sukar kemudian dengan Methodist Youth Fellowship (MYF), yang christian workers, Malaysian Hindu Youth Council, Buddhist Youth Council. Saudara tepuk, tetapi memang sukar kerana kita terpaksa berdepan dengan budaya yang berbeda, fahaman berbeda tetapi apa dia kekuatannya, keunikannya? Maka kita dapat kemudian rumuskan apa erti kemanusiaan, apa persamaan tentang makna kebebasan? Erti ‘karamah insaniah’, manusiawi, erti kebenaran yang tidak terbatas dengan warna kulit dan kaum, erti keadilan sejagat bahawa yang terdampar dan miskin dan melarat, baik Melayu, baik Orang Asli, baik Hindu, baik Cina, baik Kadazan, Dayak, itu yang harus diberi pembelaan. Kita dewasa dengan pengalaman. Kita dewasa kerana kita bertemu, berunding dan berkawan.

 

  1. Jadi saudara-saudara manfaatkan. Saudara boleh pilih nak jadi jaguh-jaguhan picisan, menjerit tidak tentu arah tentang suku kaum mereka, tentang warna kulit mereka, tentang faham fanatik agama mereka, tentang isu-isu remeh mereka, atau saudara pilih untuk menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta ini.

 

  1. Dalam sejarah, susur galur sejarah, tidak semua ketika peluang atau masa atau era itu memberikan harapan kepada kita. Saya bukan nak sebut kerana Anwar Ibrahim Perdana Menteri iaitu Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan atau Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bukan, saya maksudkan kesediaan kita membawa perubahan, merombak. Apa yang dikatakan establish normative ideas. Merombak.

 

  1. MBM sendiri, Izzat tahu kalau dulu iya tak kata sokong, memang semua Kerajaan dulu sokong. Tapi sokong ala kadar. Kita beri sokongan serius kerana pimpinan negara merasakan ini bukan monopoli Jemaah Menteri atau pimpinan atasan atau elit politik. Masa depan negara ini juga akan ditentukan oleh anak muda yang punyai mandat dari persatuan-persatuan mereka. Maka bantuan yang diberikan itu besar, saudara-saudara. Keseluruhannya. Saya bisik dengan YB Hannah Yeoh tadi. Keseluruhannya, pentadbirannya, rakan mudanya, kegiatan-kegiatan termasuk tambahan dana RM3 juta yang saya luluskan. Itu sudah RM10 juta satu tahun, dan apakah ini cukup? Tidak cukup. Maka saya telah arahkan supaya kita selaraskan. Kalau ada keperluan manfaatkan dana SejaTi MADANI ataupun melalui TEKUN atau bagi yang kalau paling miskin, melalui Amanah Ikhtiar selaraskan dan teruskan.

 

  1. Malah badan-badan lain selalu program Khazanah atau PNB atau mana-mana program CSR (Corporate Social Responsibility). Kerana kalau kita tidak memberikan ruang kepada anak-anak muda, dengan syarat ia telus, bertanggungjawab, maka kita tidak boleh mengangkat martabat. Dia jadi hanya sebagai badan-badan atau agensi biasa, asalkan ada. Negara lain ada Majlis Belia Malaysia ataupun Comittee Nasional dia ataupun National Youth Council, kita pun ada. This nation, if we are to survive as a great nation, has to accept that the youth must have that understanding, affection and spirit to change based on fundamental principles and values and democratic society, a just society in a multiracial plural society. You accept that, we survive, insya-Allah.

 

  1. Dan ini suatu contestation of ideas. Yang saya sebut bukan sahaja contest, ini ada juxtaposition of ideas, pertembungan, penambahan yang maha dahsyat di antara satu kelompok dengan kelompok lain. MBM dan badan belia tidak boleh terpisah. Ini bukan soal politik kepartian, ini kefahaman yang saya sebut sebagai democratic accountability.

 

  1. Kena faham, minggu ini atau bulan ini luar biasa Malaysia. Kunjungan Perdana Menteri Thailand, Perdana Menteri Singapura, semalam Presiden Prabowo Subianto. Lawatan rasminya akhir bulan tapi sebagai sahabat, mahu jalin kerjasama yang cukup erat di antara dua negara, datang beberapa jam sahaja. Makan tengah hari, bincang, teliti isu-isu bersama sebagai sahabat dan untuk membangunkan kedua-dua negara. Dan tadi baru selesai dengan Perdana Menteri Shigeru Ishiba, Jepun.

 

  1. Mana negara berkembang atau membangun yang dapat faedah, peluang dan tumpuan seperti ini, saudara-saudara. Angka-angka pertumbuhan, pelaburan, ya semua boleh saudara baca, tetapi tidak banyak. Dan saudara tahu tak bahawa kehadiran Perdana Menteri Ishiba itu lawatan pertama bilateral sejak beliau menjadi Perdana Menteri, dia pilih Malaysia sebagai negara pertama yang dilawati. Dia ada multilateral meetings tetapi for bilateral visit dia pilih Malaysia dan petang nanti berangkat ke Jakarta.

 

  1. Saudara-saudara, bukan untuk mendabik dada tapi mengatakan bahawa dalam sejarah, ini kesempatan terbaik untuk kita. Ekonomi, digital, AI, energy transition, kualiti pekerja, pendapatan dan upah yang lebih tinggi. Takkanlah negara mencatat pembangunan begitu rupa, gaji pekerja hambar seperti sekarang. Saya tidak dapat terima. Sebab itu walaupun dikritik dan disergah oleh sesetengah orang, “oh mustahil! Anwar janji tak mungkin gaji naik.” Itu pun ahli parlimen. Entah siapa lantik saya pun tak tahu (nada seloroh). Betul ia tidak mudah. Tapi kita laksanakan sebab apa? Saya mahu gerakkan penjawat awam itu untuk bersama dalam negara MADANI ini mencetus perubahan, bekerja sebagai satu tanggungjawab taklif yang serius. Hentikan penyelewengan, rasuah dan malas yang menjahanamkan negara ini.

 

  1. Berapa implikasi kewangannya untuk tahun 2025? RM10 bilion tambahan untuk gaji ini. Berapa untuk 2026? RM18 bilion tambahan. Iya, tapi saya kata insya-Allah, saya yakin. Tak ada negara dalam sejarah dunia dari zaman purbakala, raja-raja dan maharaja yang kalah, merudum, runtuh kerana tolong orang miskin atau tolong rakyat. Tidak ada. Yang ada itu semua sebab gelojoh, hasad dengki, menindas, merompak, tamak haloba. Ini yang menyebabkan kalah negara kita. Dan saya kalau usaha untuk memberi upah yang lebih tinggi kepada pekerja, gaji progresif dan upah yang lebih adil kepada penjawat awam, saya fikir saya sanggup berdepan dan insya-Allah, Allah akan memberi keberkatan dan untuk ekonomi negara kita.

 

  1. Jadi saudara saudari, tumpu isu-isu ini. Rakyat yang merempat masih banyak, mutu pendidikan masih belum semuanya selesai, anak-anak muda di desa dan di pedalaman yang belum berpersatuan, belum mendapat pembelaan. Tumpu dalam soal-soal ini, bangunkan negara kita. Jangan sibuk soal remeh, pertahankan penyelewengan. Ini heboh, hebat kita pertahankan. Saya singgung saja orang-orang besar yang billionaire pasal rasuah, banyak suara-suara atas nama Melayu, atas nama Islam pertahankan taukeh-taukeh besar yang rasuah. Marah saya dendam kesumat dendam apa kamu curi berbilion bagi balik kepada rakyat, apa makna? Ada orang punyai kekayaan luar negara melimpah bank-bank luar negara, kemudian saya kata bayarlah balik kepada rakyat, cukainya, pendapatannya, kekayaannya yang berlebih melimpah. Tapi kalau bercakap, Melayu, Islam, okey betul bagi balik kepada rakyat.

 

  1. Jadi saudara tidak mudah, tetapi percayalah saya yakin dengan suara anak muda, saya yakin dengan keupayaan MBM. Saudara harus fokus soal ini bahawa saudara adalah suara dan jurubicara conscience majoriti rakyat. Suara dan budi bicara, jurubicara yang nak pertahankan kebenaran dan keadilan membela nasib rakyat bahawa suara yang derita itu ramai itu harus dibela, bukan beberapa kerat. Saya harap ada perubahan dalam negara. Mudah? Tidak, memang sukar.

 

  1. Semasa saya jadi presiden MBM, Izzat, dengar ini betul-betul. Masa saudara Hamzah Abu Samah, luar biasa sabarnya, Hannah Yeoh. Ucapan saya di hadapan dia, dalam Majlis Ahli Perundingan Belia Negara, dalam perjumpaan Majlis Belia Malaysia itu lebih keras daripada sekarang. Tapi dia sebagai seorang mantan Hakim dengan sabar dengar walaupun hatinya menggelegak, then he was fair. Bila saya mengalami kesusahan ditangkap, dia terus melahirkan simpati, walaupun dia UMNO dan saya pun kemudian UMNO juga.

 

  1. Tapi ini ini saudara, saya masa jadi presiden, saya fikir kalau kita jadi pimpinan kita menentang rasuah, kita bongkar dan cari balik orang yang mencuri harta dan kembali kepada rakyat, saya fikir semua orang terima dan sokong terutamanya yang bijak-bijak, elit-elit politik, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, pejuang-pejuang Melayu dan Islam dan pejuang rakyat. Saudara, tidak semua begitu kerana mereka juga terpukau dengan harta dan kuasa. Sebahagian mereka itu yang penentunya itu siapa yang beri dana, siapa yang berikan mereka dana, itu yang penting, yang menghulur-hulur. Jadi ini saja mesej saya, yang lain Izzat jangan bimbang. We have a good minister; she will solve the problem.

 

  1. Kalau dia ada masalah betul-betul, dia bawa ke kabinet dan kabinet kita dengar, dan mesyuarat kabinet kita 3 jam satu minggu, bukan singkat, dengar, kadang-kadang saya letih nak dengar. Tapi kita dengar. Yang saya nak sampaikan ini mesejnya. Saudara, negara ini terlalu penting untuk diselamatkan, dalam detik era sejarah tidak semuanya, bukan keistimewaan saya, tapi sekurang-kurangnya pimpinan negara sekarang izinkan dan tekad untuk membawa perubahan, lawan dari sudut penyelewengan, ketirisan ini saya sungguh-sungguh. Saya tak tolak ansur, apakah saya berjaya penuh sepenuhnya? Tidak. Tapi satu permulaan yang baik.

 

  1. Dua (2) tahun saya jadi Perdana Menteri tidak ada skandal menteri atau pimpinan yang mencuri, kontrak. Semua keputusan termasuk di Kementerian Belia semuanya melalui tender proses yang ketat dan ini bukan sistem kita, sistem kita yang lalu itu mengizinkan Jadi saudara-saudara, saya mohon saudara-saudara memahami dan sampaikan mesej ini bahawa negara ini perlu diselamatkan dan untuk beberapa tahun biar ada suatu ketegasan sehingga dia jadi kemas, paksi, tidak boleh diganjak lagi.

 

  1. Saya gunakan ungkapan demokratik akauntabiliti kerana demokrasi itu bukan sahaja pilihan raya, bukan sahaja soal persaingan antara parti, bukan siapa menang siapa kalah. Tetapi demokrasi itu harus ada prinsip pertanggungjawabannya, akauntabiliti. Seperti mana pimpinan muda dan akauntabiliti itu kepada rakyat, negara dan perlembagaan negara. Ini negara hukum bukan negara orang yang punya dana. Negara hukum ada prinsip perlembagaannya, dan ada komitmennya. Majoriti kita adalah majoriti rakyat yang masih belum mendapat pembelaan yang wajar, jadi ini saja mesej dalam Mesyuarat Agung Tahunan MBM ini. Pilih lah kalangan yang dapat menjiwai semangat ini, kerana ini pemimpin generasi muda bukan pemimpin kelompok korup, malas dan pimpinan ini mesti punyai keberanian.

 

  1. Saya tidak tersinggung, ucapan, atau teguran kita tiada masalah kalau orang tu ikhlas. Bawa dan tuntutan, kita mungkin setuju, kita mungkin tidak setuju tetapi cetusannya ikhlas. Bela rakyat, betulkan kesilapan, elak ketirisan dan rasuah, kita boleh terima. Masalahnya tuntutan-tuntutan itu mempertahankan kebobrokan, ini mempersulitkan, jadi yang dia belajar kecerdikan ilmu itu, bukan untuk memberi pencerahan, bukan untuk menegakkan keadilan.

 

  1. Jadi selamat bersidang saudara-saudara, tegahkan semangat, kuatkan tekad dan terus mengangkat martabat generas muda di negara kita.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.